Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Wednesday, April 16, 2014

Review Filem, Drama dan Buku

Assalamualaikum...

Kali ini aku nak berkongsi buku, filem dan drama yang telah aku baca dan tonton.. Penilaian boleh tengok kat sidebar.. aku ni bukanlah pandai sangat sampai nak kritik buku dan filem orang.. cuma nak berkongsi apa yang aku rasa lepas baca dan tonton.. setiap orang ada penilaian masing-masingkan.. best bagi aku mungkin tak best bagi orang lain..

1. Joyland (Stephen King, Buku Fixi)
JOYLAND (BAHASA MALAYSIA)
Buku ini telah diterjemah oleh buku fixi kedalam bahasa melayu.. aku ambil masa tiga hari untuk habiskan baca buku ni... aku dah tak macam dulu.. paling cepat aku pernah habiskan satu buku dalam masa 4 jam.. buku ini berkisahkan tentang seorang budak kolej yang bekerja pada cuti musim panas.. part time kat tempat yang bernama Joyland (macam fun fair)... banyak yang berlaku padanya pada cuti musim panas tersebut termasuklah mengenai pembunuh bersiri.. mulanya rasa teruja nak baca sebab stephen king penulis terkenal.. tapi bila dah baca keterujaan tu makin berkurang...

BINTANG : ***.5

2. Potret Dua Wajah (Haiza Najwa, Alaf 21)

Aku tertarik nak beli buku ni bila baca sinopsis kat belakang... mungkin sebab ada kaitan... tetapi bila baca mungkin ada rasa kecewa sikit sebab tak seperti yang diharapkan.. mengenai seorang guru yang bercinta dengan anak muridnya yang dituduh menyebabkan kekasihnya membunuh diri... namun apa siasatan yang dijalankan yang sendiri... ada rahsia besar yang terpaksa disimpan daripada terbongkar...

BINTANG : ***.5

3. Barfi (India)

Aku tonton filem ni kat youtube je sementara nak jawab kuiz online mandarin... sepatutnya aku tengok filem mandarin tetapi tertengok filem hindustan.. sebenarnya dah lama tak layan tengok filem hindustan.. sebab rasanya filem hindustan sekarang tak macam dulu... yang terbaru pun 3 idiots yang paling best pon.. filem ni bagi aku menarik tentang kehidupan dan kisah cinta golongan istimewa ni.. manusia ni saling lengkap melengkapi.. hero seorang pekak dan bisu manakala heroin menghidap autism.. 

BINTANG : ****

4. Captain America: The Winter Soldier (USA)

Filem ni aku tengok kat wayang beberapa minggu yang lepas.. lebih tepat 1st day tayangan aku dah tengok... thanks to my friend, Syahmi kami dah tahu spoiler 10 minit citer ditayangkan.. dah boleh agak... jalan cerita biasa.. bab CGI dan aksi memang tak boleh nak tipu memang best... 

BINTANG : ***.5
5. Aku Ada Wali (TV Al-Hijrah)

Baru saja tengok episod akhir kat tv tadi... tapi drama ni aku tengok berlompong... ada episod yang tak berkesempatan nak tengok.. apa-apa pun drama ni banyak memberi pengajaran...

BINTANG : ****.5 (sekadar episod yang ditonton)

Buat Masa ni, ini saja yang dapat aku kongsikan.. lain kali aku akan kongsikan apa yang aku baca dan tonton... 
Assalamualaikum..

Monday, April 7, 2014

Keluarga Baru

Assalamualaikum...

Hari ini aku menerima ahli keluarga baru atau lebih tepat anak saudara baru yang ketiga..



"Welcome to the world baby girl"
Kalau ada masa Poksu jaga deh... sejam dua bolehlah...

Notakaki : Ramai kawan-kawan perempuan dah membina masjid masing-masing dan sudah ada cahaya mata... kawan-kawan lelaki masih belum termasuklah aku (blaja xabis lagi.. haha..). Yelah sebab kaum lelaki kena tanggung orang rumah.. kenalah buat persiapan dulu sebelum melangkah kealam rumah tangga...