Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Sunday, June 9, 2013

Ulasan Filem : KIL dan After Earth

Assalamualaikum...

Minggu ini saja aku tengok dua filem dekat Aeon Bukit Raja... Mungkin sebab ada kenderaan jadi memudahkan perjalanan kami sebilik.. tapi minggu depan kenderaan itu bakal diambil balik.. panggung wayang mungkin tidak akan dijejak buat sementara waktu ditambah final exam semakin menghapiri..

1) KIL
filem ni memang aku nak tengok sangat sebab kedengarannya filem ini antara diluar norma filem-filem malaysia  yang lain... aku datang bertiga tapi aku sorang masuk hall lain semata-mata nak tengok filem ni.. kawan2 aku memang dah tutup hati nak tengok filem buatan malaysia.. seriously, aku tak salahkan mereka.. money is important to us.. takkan nak bazirkan duit untuk sesuatu yang tidak memuaskan hati nurani masing-masing... aku pun dengan muka tebal masuk hall sorang-sorang... serious aku rasa ni kali terakhir aku tengok  wayang sorang-sorang.. terasa diri ini pula Akil watak filem KIL ni..

Ok2 aku mulakan ulasan.. filem ini mengisahkan seorang lelaki yang ingin membunuh diri... pelbagai cara telah dilakukannya tetapi semuanya menemui kegagalan.. kalau ada yang berjaya tu maknanya dia dah selamat disemadikan.... sehinggalah dia menemui satu iklan yang dapat membantunya mengatasi masalah yang dihadapinya.. agensi yang dikenali dengan nama LAB itu telah diupah oleh Akil untuk membunuhnya tanpa dia ketahui bila, dimana dan siapa yang akan melakukan kerja gila itu.. seorang agen telah dilantik untuk kes akil.. tetapi siapa? kemudian Akil mula mengenali seorang gadis bernama Zara yang boleh memahaminya dan mereka menjadi lebih rapat.. setelah beberapa pertemuan, bibit-bibit indah dalam hidup Akil muncul... namun operasi untuk membunuhnya bermula.... Adakah Akil bakal menemui ajalnya yang seperti dia mahukan dahulu?

Itu serba ringkas sinopsis dari aku... aku suka tema filem ini yang misteri thriller dan sedikit komedi serta romantik yang diselit... cuma ada beberapa perkara tentang filem agak tidak berpuas hati kerana aku rasa filemnya sekejap seperti ending dia terlalu cepat.. hubungan Akil dan Zara pun tak lama sangat.. tapi aku faham kenapa Akil mahu bunuh diri... dia bersendirian dan berhalusinasi....

filem ini memberitahu manusia perlu terus hidup selagi nyawa dikandung badan.. kita akan pergi bila tiba waktunya.. hidup perlu dihargai dan menghargai..

Aku bagi 4/5 bintang untuk filem ini...


2) After Earth
Dua hari lepas aku berjaya menonton filem ini setelah menghadapi beberapa peristiwa yang tidak diingini.. tayar kereta kempis sehingga terpaksa menukar tayar spare yang juga kekurangan angin dan kereta pelajar perempuan rosak... apa kena mengena kereta pelajar perempuan tersebut dengan kami? Ha.. kenanya kerana kamilah yang membantu mereka mendapatkan mekanik... setelah mengisi angin tayar kereta, kami segera mencari bengkel yang terdekat... kesian mereka... nasib baik ada abang-abang yang sudi membantu.. tapi sayang mereka tak sempat berterima kasih kepada kami dan nombor telefon tidak sempat diambil.. huh!

ok2 aku mulakan ulasan... filem ini mengisahkan manusia tidak lagi tinggal dibumi kerana bumi merupakan tempat paling bahaya pada manusia... mereka tinggal di planet lain yang lebih canggil teknolonginya... ceritanya bermula apabila anak kepada will smith yang merupakan pegawai tinggi gagal menjadi renjer.... kerana rasa bersalah meninggalkan anaknya diatasa urusan kerja dan juga kematian anak perempuannya.. dia membawa anak lelakinya itu mengikut ke satu tempat yang aku tak ingat namanya.... mereka membawa satu makhluk yang aku juga tak ingat namanya yang telah membunuh kakak Kitai (Anak will smith) didalam kapal angkasa mereka... namun dalam perjalanan mereka diserang ribut asteroid sehingga kapal angkasa mereka gagal berfungsi dan perlu mendarat dengan segera.. dan tempat paling dekat adalah bumi... hendak atau tak mereka terpaksa walaupun bumi telah diklasifikasikan sebagai tempat nombor satu paling bahaya... kapal angkasa mereka telah terhempas dan magiknya cuma mereka anak beranak yang terselamat tetapi si ayah patah kedua belah kaki dan mereka terpaksa mendapatkan alat bantuan yang berada 100km dari tempat mereka berada... si ayah terpaksa memerintah si anak untuk mendapatkan alat bantuan tersebut jika mereka mahu hidup... dan bermulalah misi si anak yang terpaksa menempuhi pelbagai rintangan untuk menyelamatkan nyawa mereka...

Hollywood memang tak pernah mengecewakan dengan kesan khas mereka.. real is real... tapi filem ini tidak sehebat atau segempak filem sci-fi yang lain... ceritanya biasa-biasa saja.. klimaks rasa tidaklah terlalu tinggi kami berempat rasakan.. tapi masih sedap untuk ditonton... iron man 3 lagi best... hehehe...

aku bagi 3/5 bintang untuk filem ini...

Bagi siapa yang nak menonton selamat menonton.. pilihan ditangan anda kerana duit itu duit anda...

Assalamualaikum...

notakaki : tak sangka berjaya menang tempat ketiga dalam pertandingan mengarang cerpen anjuran pusat kebudayaan universiti dan tak sangka menang hadiah wang ringgit... hahaha... rezeki-rezeki... aduh ecw tak siap lagi..

2 comments:

h.a.n said...

told you ! KIL one of the best malay movie ! yeah , sama la , lepas ni memang tak tengok la , final exam dah dekat

Eazy Izzuddin said...

semua tak berkesempatan untuk menonton wuwuwu