Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Sunday, August 12, 2012

Ghost : Jenayah siber yang menakutkan?

Assalamualaikum..

One click of your mouse, will change your whole world!

Aku baru sahaja selesai menonton sebuah drama bersiri sebanyak 20 episod dari negara korea selatan..
tak dapat dinafikan aku memang suka tengok drama korea..
tapi bukan semua aku tengok.. yang mana kena dengan citarasa aku..

Drama ini bergenre penyiasatan ala-ala CSI jugalah tapi yang ini lebih kepada jenayah siber..
takdelah nak check cap jari ke DNA ke..
tapi check hard disk laptop dengan komputer..
tanpa kita sedar banyak maklumat peribadi kita berada dalam laptop kita..
kadang2 isi kandungan dalam laptop kita tu boleh tengok macam mana pemiliknya..

Jalan cerita ini sangat menarik..
bagaimana seorang hacker cuba menyelesaikan misteri pembunuhan seorang artis terkenal korea.. banyak yang terkorban semasa cuba merungkai misteri pembunuhan itu.. termasuklah kawan baiknya yang merupakan ketua kumpulan penyiasat jenayah siber dan dia juga hampir kehilangan nyawanya sendiri akibat letupan yang berlaku dikilang kimia.. semuanya telah dirancang..

dia berjaya survive tetapi wajahnya hancur terbakar.. kejadian itu tidak berakhir disitu saja apabila pembunuh cuba mahu menghapuskannya sekali lagi.. akhirnya dia mengambil tindakan mengubah wajahnya kepada wajah rakan baiknya yang merupakan polis bahagaian jenayah siber..
dan kehidupan barunya pun bermula..

Ceritanya bagi aku sangat mantap sampai aku tak sabar-sabar nak tahu kesudahannya..
dan ending dia sangat memuaskan bagi aku..
selalunya drama korea jalan cerita dia memang best tapi bab ending mesti hancur..
dan drama ini juga tak ada hubungan cinta antara hero dan heroin..
sekadar rakan sekerja..
mungkin agak mengecewakan bagi peminat drama korea yang famous dengan jalan cerita cinta yang asyik masyuk..
tapi bagi aku, aku dah puas dengan ceritanya..
macam aku puas menonton running man.. haha..


Jenayah siber ini sebenarnya memang bahaya..
banyak fitnah boleh berlaku..
dan paling menakutkan boleh merubah kehidupan seseorang..
jadi kita kenalah fikir kebaikan dan keburukan dunia siber ini..
fikir dulu sebelum bertindak sesuatu..

Bagi yang ada channel astro ONE HD.. drama ni masih lagi dikeudarakan..
Lakonan So Ji Sub dan Lee Yoon Hee


Assalamualaikum..

p/s : menonton drama ni terasa nak jadi hacker pula..
p/s : bukan semuanya hacker tidak baik, ada yang masih berniat murni..
p/s : menceroboh hak peribadi orang bukanlah amalan yang murni..

p/s: harap masih belum terlambat nak ucapkan selamat berpuasa buat semua..


p/s : aku dah tak berharap drama malaysia boleh buat cerita macam ni..