Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Saturday, May 19, 2012

Anggap Saja Kita Tidak Pernah Bercinta

Assalamualaikum..

Sudah lama aku tak pamerkan karya jiwang-jiwang aku..
Kalau sanggup baca cerita panjang ini..
Dipersilakan..

*****

Telefon selularnya dibiarkan bergetar tanpa ada rasa untuk menjawabnya. Dia tahu panggilan telefon itu dari siapa. Akhirnya telefon itu berhenti bergetar. Dia memeriksa telefon selularnya. Ada 10 missed call dari teman wanitanya, Aishah.

‘Salam, sorry sgt2.. Hadi ada meeting tadi.. Kita jumpa dinner mlm ni yerk.  ’ satu pesanan ringkas dihantar kepada Aishah. Selang beberapa minit, satu mesej diterima. Seperti yang dijangka dari Aishah.
‘Asyik meeting saja. Setiap kali call xpernah nak angkat. Geram betullah!’ luah Aishah melalui mesejnya. Dia selalu saja naik marah setiap kali menelofon teman lelakinya itu. Bukan itu saja, kadang-kadang bila bercakap dengan Hadi, teman lelakinya itu seperti endah tak endah saja.
‘Janganlah marah. Harini Hadi belanja makan best skali. Cakap je nak makan kat mana, sebenarnya meeting tak abis lagi ni. Nanti Aishah mesej tempat dengan waktu. Hadi datang ambil kat rumah! See u!’ alasan itulah seringkali Hadi berikan kepada Aishah. Walaupun dia sebenarnya tidak ada mesyuarat. Dia terpaksa berbohong.

Aishah membalas mesej Hadi dengan perasaan geram. Ikutkah hati mahu saja dicampaknya telefon selular ditangannya. Dia mengeluh berat.
“Hai cik kak, mengeluh nampak! Gaduh dengan boyfriend ke?” Shima rakan sekerja Aishah mengusik.
“Tak, Cuma aku tengah geram dengan dialah. Sakit hati betul!” luah Aishah sambil mengurut-ngurut dahinya.
“Kenapa? Hadi ada perempuan lain?” shima berasa teruja untuk mengetahui masalah rakannya itu.
“Bukan! Kalau kau jadi aku, kau rasa geram tak bila kau telefon boyfriend kau tak pernah nak angkat? Waktu siang dia cakap dia ada meeting, waktu malam dia kata dia tidur awal, waktu cuti pula dia kata dia dalam toiletlah, jogginglah dan macam-macamlah. Kau sakit hati tak?” tanya Aishah penuh marah. Sudah lama dia bengang dengan sikap teman lelakinya yang tak reti langsung nak jawab panggilannya.
“Mestilah geram, akukan kaki gayut.” Jawab Shima penuh angkuh.
“Eh, dia tak pernah jawab langsung call kau? Dahtu korang berhubung macam mana?” keterujaan Shima semakin membuak.
“Tak pernah! Selalunya lepas aku call dia akan hantar mesej bagitahu alasan dia lepas tu minta maaf.” Ujar Aishah bersungguh-sungguh.
“Entah-entah dia ada perempuan lain tak? Mungkin masa kau tengah call dia tengah cakap dengan perempuan lain kot. Yelah,boyfriend kaukan kacak!” teka Shima. Selalunya lelaki kacak memang suka two timing.
“Takkanlah, time aku call boleh je takdelah pula minah salleh yang tolong jawabkan!” Aishah meragui tekaan rakannya itu.
“Kau ni pendinglah, mungkin phone lain. Zaman sekarang orang tak pakai satu phone jer kecuali kau!” Aishah diam mendengar telahan Shima. Hatinya jadi ragu-ragu terhadap kesetiaan teman lelakinya.

Hadi tersenyum sambil melambai kearah teman wanitanya yang sedang duduk dimeja yang telah ditempahnya. Seperti biasa, wajah masam mencuka yang diterimanya. Namun, senyuman tetap terukir dibibirnya.
“Kenapa masam ni? Hadi rasa dah on time dah Hadi sampai ni. Itulah tadi Hadi nak ambil Aishah tolak lepas tu dia datang awal buat muka masam pula.” Soalan yang biasa ditanya Hadi apabila bersama dengan Aishah.
“Orang tak marah sebab tulah. Aishah nak tanya sekarang ni, kenapa Hadi susah sangat nak jawab call? Apa sebab dia? Jangan nak kata bisulah takpun pekak sebab tak dengar bunyi telefon!” Aishah meluahkan segala amarahnya. Sudah lama dia bersabar dengan perangai pelik Hadi.
“Okay, Hadi minta maaf. Janganlah marah-marah macam ni. Semua orang tengok Aishah, hilang terus perempuan melayu terakhir! Hadi tak jawab sebab suara Hadi tak sedap.” hadi cuba bergurau untuk mengurangkan amarah Aishah yang kali ini nampak lebih teruk.
“Tak kelakar langsung! Hadi dengar sini baik-baik, amaran terakhir kalau Hadi buat perangai macam ni lagi lebih baik kita putus!” Ujar Aishah perlahan tapi menekan satu persatu perkataan yang diucapkan.
“Jangan jadi budak-budaklah Aishah, takkanlah hal sekecil tu sampai nak putus!” Hadi cuba mengawal kemarahannya.
“Kecil Hadi kata? Hadi ada perempuan lainkan? Jujurlah, Aishah tahu yang Aishah tak sempuna!” Nampaknya amarah Aishah semakin sukar untuk dikawal.
“Aishah, nobody perfect! Hadi bukan nak kesempurnaan dari Aishah, cukuplah yang Hadi dapat seorang wanita yang boleh menjadi isteri dan ibu kepada anak-anak Hadi nanti.” Ujar hadi jujur.
“Orang lelaki memang macam tu, mulut saja manis!” Aishah mencebik mendengar jawapan dari Hadi.
“Oklah macam ni, lepas ni Hadi akan jawab setiap call dari Aishah. Tengah meeting ke atau dalam toilet ke Hadi akan jawab. Puas?” Aishah sekadar mengangguk.

Aishah mengeluarkan telefon bimbitnya dari tas tangan. Semalam Hadi berjanji untuk menjawab segala panggilannya. Nombor telefon Hadi didailnya, selang beberapa saat panggilannya dijawab. Aishah gembira.
“Hello, saya Anita. Maaf Hadi tak dapat nak jawab telefon sebab…” belum sempat wanita bernama Anita itu menghabiskan kata-katanya, kedengaran suara Hadi bertanya, “Anita, awak buat apa tu?”
Lantas Aishah mematikan panggilan telefonnya. Air matanya tidak dapat ditahan lagi. Ternyata Hadi menduakannya. Akhirnya terbongkar juga rahsia yang Hadi simpan. Aishah mendapatkan Shima dan menangis semahu-mahunya.
Puas Hadi cuba pelbagai cara untuk memberitahu perkara yang sebenar kepada Aishah. Namun, Aishah langsung tidak mahu bertemu dengannya dan membuat keputusan untuk memutuskan hubungan mereka. Setelah tiga bulan mencuba, Hadi akhirnya akur bahawa jodohnya bukan dengan Aishah.

Genap setahun Aishah dan Hadi putus dan minggu depan Aishah bakal melangsungkan perkahwinannya dengan lelaki pilihan keluarga. Namun begitu, dia masih tidak dapat melupakan Hadi.
Aishah baru sahaja selesai membeli barang hantarannya dan mahu pulang kerumah. Semasa dia memandu, tiba-tiba dia hampir saja melanggar seorang wanita tua. Wanita tua itu terseliuh kakinya dan tidak dapat berjalan. Aishah menawarkan untuk membawa wanita tua itu kehospital berdekatan. Wanita tua itu bersetuju.
Setelah selesai rawatan di hospital, Aishah sekali lagi menawarkan untuk menghantar wanita tua itu kerumah tetapi ditolak dengan baik. Wanita itu menghantar pesanan ringkas kepada anaknya untuk menjemputnya kehospital.
“Kenapa makcik tak call saja anak makcik? Takut dia risau pula bila makcik hantar mesej saja.” Ujar Aishah sambil memandang wajah wanita tua itu.
“Anak makcik ni istimewa sikit, dia pekak!” ujar wanita tua itu jujur.
“Sekarangkan ada alat bantuan untuk mendengar, harganya pun tidaklah mahal sangat. Apa kata saya tolong makcik dapatkannya.” Aishah cuba untuk membantu.
Wanita tua itu sekadar menggeleng-gelengkan kepalanya. “Bukan kami tak mampu nak mendapatkan alat bantuan pendengaran tu tapi sememangnya alat itu tidak berguna kepada anak makcik. Dia bukan pekak biasa, dia langsung tak dapat nak dengar sebarang bunyi pun. Semuanya disebabkan kemalangan yang berlaku tiga tahun lepas dan dia berkomunikasi dengan orang lain pun dengan membaca pergerakan bibir mereka.” Aishah berasa simpati terhadap anak wanita tua itu. Dia meminta diri untuk pulang kerumah dahulu kerana banyak perkara yang belum diselesaikan berkaitan dengan perkahwinannya.  

Aishah menguatkan suhu penyaman udara keretanya dan mengelap peluh diwajahnya sebelum memulakan pemanduan. Tiba-tiba dia ternampak kelibat orang yang sangat dikenalinya masuk kedalam hospital. Dia yakin orang itu adalah Hadi. Selang beberapa minit, Hadi keluar bersama-sama dengan wanita tua yang dibantunya tadi. Aishah terkejut.
Dia mengekori kereta Hadi dari belakang sehingga kerumahnya. Wanita tua itu turun dari kereta dan masuk kedalam rumah. Hadi pula meneruskan pemanduannya dan Aishah mengekori dari belakang.
Hadi parking keretanya dikawasan pembinaan. Begitu juga dengan Aishah. Hadi masuk kedalam kawasan pembinaan itu sambil mengelek beberapa fail dan pelan. Aishah memanggil Hadi dari belakang, namun Hadi langsung tidak memalingkan wajahnya. Kali ini Aishah menjerit memanggil nama Hadi berulangkali. Mustahil hadi tidak dengar jeritannya kerana tiada sebarang pembinaan yang sedang dijalankan. Aishah mengejar hadi dari belakang dan menjerit nama bekas teman lelakinya itu. Akhirnya, Aishah jatuh terjelepuk ketanah. Dia hanya mampu memandang belakang Hadi. Air mata mengalir laju tanpa diseka.   

“Aishah! Awak buat apa dekat sini?” Hadi mendekati Aishah yang sudahpun terjelepuk di atas tanah. Wajah gadis itu basah dengan air mata.
Aishah hanya membiarkan pertanyaan Hadi. Mulutnya seakan terkunci untuk bersuara. Dia bangun lambat-lambat dan mengibas pakaiannya yang kotor dengan debu.
“Hadi dengar Aishah dah nak kahwin. Tahniah!” ujar hadi sambil tersenyum. Namun Aishah masih kaku begitu. Aishah memandang wajah hadi dalam-dalam. Dia seakan tidak percaya bahawa lelaki dihadapannya yang nampak sempurna itu rupanya punya masalah yang besar. Hanya kerana lelaki itu tidak menjawab panggilannya dan disebabkan seorang perempuan yang menjawab panggilannya, mereka putus.
“Hadi pula macam mana sekarang? Anita sihat?” akhirnya Aishah bersuara.
“Hadi masih macam ni. Anita? Oh, Anita dah kahwin bulan lepas dengan Hamka, rakan sekerja Hadi.” Jawab Hadi selamba.
Aishah diam. Ternyata semuanya salah dia. Terburu-buru membuat keputusan. Mengikut hawa nafsu tanpa mencari jalan penyelesaian. Masih ada harapankah dia untuk bersama Hadi?
“Kenapa Hadi tak bagitahu perkara sebenar pada Aishah?  Kenapa Hadi buat aishah macam ni? Aishah dah tahu perkara yang sebenarnya!” jerit Aishah meluahkan perasaannya.
“Aishah dah tahu? Siapa yang bagitahu?” hadi terkejut. Rahsia yang disimpan selama ini akhirnya terbongkar. Rahsia itu hanya emak dan doktor yang merawatnya saja yang tahu.
“Itu tak penting tapi yang penting tak boleh ke penyakit tu dirawat?” tanya Aishah ingin tahu. Dia masih tidak dapat membayangkan bagaimana insan dihadapannya hidup tanpa dapat mendengar.
Hadi hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. “Mampu menghirup udara ini pun hadi cukup bersyukur. Maafkan Hadi sebab simpan rahsia itu pada Aishah. Hadi Cuma perlukan waktu yang tepat untuk bagitahu pada Aishah. Tapi Hadi sedar yang sebenanya kita bukan ditakdirkan untuk bersama. Oklah Aishah, Hadi ada kerja ni. Selamat tinggal, jumpa lagi. Assalamualaikum.” Hadi berlalu meninggalkan Aishah sendirian.
Namun Aishah masih punya banyak soalan untuk ditanya. Dia menjerit memanggil hadi dan seperti biasa Hadi tidak dapat mendengar jeritan itu.

Aishah selamat diijabkabulkan. Perasaannya berbaur. Hadi yang datang kemajlis perkahwinannya datang mendekatinya.
“Selamat pengantin baru! Jadi isteri yang solehah kepada suami Aishah. Terimalah kekurangan dan kelebihannya dengan hati yang terbuka. Dan satu lagi anggap saja yang kita tak pernah bercinta supaya Aishah dapat mulakan kehidupan yang lebih baik, bercintalah dengan suami Aishah hingga akhir hayat. Hadi pergi dulu.” Hadi melangkah pergi meninggalkan Aishah yang sudah basah dengan air mata.

Hadi menekup kedua-dua belah telinganya dengan tangan. Ajal maut jodoh pertemuan itu rahsia Allah. Dia yakin suatu hari nanti dia akan betemu dengan seseorang di ataskehendakNya. Mulai saat itu, dia menganggap yang dia tidak pernah bercinta.

-tamat-