Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Monday, April 2, 2012

Selamat tinggal... ada jodoh kita jumpa lagi..

Assalamualaikum..

Setiap pertemuan ada perpisahan..
3 tahun bukan tempoh waktu yang pendek..
dalam 3 tahun itu beribu momen yang tercipta antara kau, aku dan mereka..
ada kegembiraan, ada kesedihan..
ada kesefahaman, ada kecelaruan..
bergurau, bergaduh jadi mainan..
ada yang diluahkan, ada yang disimpan...
manusia memang begitu..
sukar untuk dimengertikan..

Akhirnya secara tidak rasmi aku sudah tamat menjalani pembelajaran di UiTM Jengka untuk Diploma Kejuruteraan Awam.. Insyaallah secara rasminya bila result sem akhir ni keluar (Harap2 semua pass) dan aku graduate dengan jayanya..
Aku pun dah merancang nak sambung ijazah dan insyaallah ketahap yang lebih tinggi (master dan PhD).. sebab sekarang ijazah pun tak menjanjikan apa-apa.. tambah2 persaingan sengit antara rakyat malaysia yang semakin hari semakin bijak..

Jadi aku ucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan rapat atau kurang rapat.. sama ada yang kenal atau tak berapa nak kenal dan pensyarah-pensyarah yang mencurahkan ilmu yang melimpah ruah kepada studentnya yang tak mampu nak kaut semua ilmu tu.. insyaallah segala jasamu akanku kenang.. buat mereka yang mengenali.. usaha sehabis baik.. kegagalan bukanlah penamat untuk kejayaan tapi jadikan sebagai satu permulaan baru untuk menggapai kejayaan..

Disini aku titipkan video kenangan bersama bdk rumah sewa aku..
asalnya nak buat iklan utk dinner tapi sebab ada masalah yang tak dapat dielakkan..
video ini tidak siap..
hope satu hari nnt kita dapat siapkannya..
video
Insyaallah kalau ada jodoh kita akan bertemu lagi..
Jika ada terasa hati.. maafkanlah..
begitu juga aku..

Assalamualaikum..


5 comments:

ezzu said...

aku xde pun dlm video nie...sedihnye..:(

pe2 pun gudluck utk result t k...kalu ada pe2 bgtau aku...ada jodoh insyaAllah kita jumpa gi...hehehe

FaizalSulaiman said...

apa plan lepas ni syah? sambung ke keje? :)

selamat maju jaya syah :)

Hanie Dew said...

tahniah berjaya menamatkan dip dengan jayanya. sambung la selagi bole.selagi belum ada komitmen..

Eazy Izzuddin said...

kenangan bila dah habis belajar ni
so much memories oh

Hanie Dew said...

skrg ko buat ape. dah habis study kan.