Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Sunday, April 29, 2012

The Avengers VS Battleship

Assalamualaikum..

Sebagai penganggur terhormat,
Baru-baru ini dari belas ikhsan kakak-kakak aku yang cantik dan cun melecun..
Aku berjaya menonton filem Battleship dan The Avenger..
Apa yang mengagunkan besi dalam kaki aku sudah tidak berasa sejuk lagi semasa berada dalam panggung wayang..





Aku sangat enjoy menonton filem ini.. mungkin permulaan cerita agak meleret tapi mungkin juga disebabkan aku menonton tayangan lewat malam.. antara superhero yang ada ialah Iron Man, Captain Amerika, Hulk, Thor, Black Widow dan yang ada pemanah tu mungkin citer the hunger games kot.. aku memang tak tahu..

Kekuatan cerita ini mungkin pada skripnya yang banyak menyumbat unsur humor @ komedi yang melampau.. superhero paling aku suka sekali adalah Hulk sebab aku rasa dalam filem ni dia kuat sekali..  aku suka iron man sebab dia seorang yang angkuh.. tapi aku xsuka mamat mata sebelah tu.. walaupun dia bukan jahat..

Cerita dia tentang Loki yang ingin menakhluk bumi.. loki ni merupakan abang angkat Thor yang kononnya seorang dewa sebab ada kuasa kilat dengan hammer yang besar..

Loki telah mencuri satu kuasa yang bernama Terassate kalau tak silap aku untuk memanggil angkatan-angkatan tenteranya.. dan dia berjaya..

sebelum itu, nick furry (si mata sebelah) cuba mengumpulkan superhero-superhero untuk mengambil kembali terassate itu.. awalnya superhero2 ni tak nak sangat bekerjasama sehingga mereka diserang dan pembantu nick furry yg bernama Phil telah mati dibunuh Loki..

Berjayakah mereka melawan Loki?

Hero mesti menangkan.. apa jadi pada Loki? tengoklah sendiri..

time best skali bila hulk pukul Loki dalam bangunan Iron Man.. Terbaik.. Dewa lembik!!

4/5 bintang untuk movie ini..

Mungkin sangat terlewat untuk aku bercerita tentang filem ini.. tapi diatas keterujaan aku menontonnya aku inginlah berkongsi sedikit..

Menonton di panggung dengan di dalam tv atau laptop tidak sama perasaannya..
kalau filem bosan ditambah dengan kesejukkan dan pergerakan yang terhad.. pasti akan buat aku tertidur.. lainlah kalau dirumah boleh pause dulu kacau air milo dan buat roti bakar dulu lepas tu sambung tengok balik..

Menonton filem ini boleh buat aku batu karang.. jalan ceritanya yang menarik tetapi skripnya tidaklah sehumor The Avenger... walaupun nampak kewujudan transformer dalam filem ini tetapi ia tetap menarik terutama babak hero yang suka cari gaduh dengan tentera jepun tu.. nama Malaysia pun adalah disebut sekali..

Apa2pun aku bagi 4/5 bintang juga untuk filem ini..

Assalamualaikum..

p/s : akhirnya aku sudah berjaya menamatkan diploma aku selama  3 tahun.. result dah keluar walaupun bukan kelas pertama.. apa2pun ijazah nanti aku akan buat yang terbaik.. 


8 comments:

Nurul Ayuni said...

Salam... Lame ta dgr khabar dri kamu... Moga sihat slalu.. Thanks 4 sharing ur opinion bout the movie... Dua2 ta tgk lgi.. Tp akn tgk nnti.. :)

ayie said...

untungla da tgok semua

Hanie Dew said...

The Avengers aku suka gak The Hulk. comel. part die tumbuk Loki mmg terbaik. hahaha

dan Tony Spark nye script paling lawak aku rasa. Loki : I have armies. Tony : We have Hulk. hahaha selamber je dia jawab.

Battleship. mmg terbaik.bole tgk lagi sekali atau dua kali.

congrats. bila konvo.

teha said...

avengers kot menang.. hahaha !

Hanie Dew said...

xde idea cari idea. perhatikan keadaan sekeliling. kadang bole jadi inspirasi. heehee

Ryu on ahsfantasy24.com said...

2-2 belum sempat tgk lagi,
hehe tunggu tgk kt laptop je la, huhu~

ciK LyndaWawa said...

dah jadi penganggur dah? tahniah2,,,tak lame lagi dpt keja la tu..hehehe

mie said...

fuh!!
dua2 pun xtengok lagi...
download je la nnti..
ehehehe