Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Tuesday, August 30, 2011

Raya Kali Ini Memang Berbeza

Assalamualaikum..

"Dalam satu tahun, saya rasa semuanya!"
dialog ciplak dari filem SEKALI LAGI..

Alhamdulillah... Akhirnya Syawal bakal menjelma..
Tahniah aku ucapkan kepada semua yang berjaya menyempurnakan ibadah puasa ini dengan jayanya..
bagi yang kurang berjaya.. perbaiki lagi jika ada kesempatan untuk berbuat begitu..

Raya kali ini memang berbeza sekali bagi aku..
rasanya bagai ada yang kosong..
namun kekosongan itu cuba ditutup sebaik mungkin..

Rasa sebak mula menyelubungi diri..
bila kali pertama kami sekeluarga menyambut hari raya tanpa ibu tercinta..
kepergian ibuku pada bulan Mac yang lalu cukup meninggalkan kesan..
selama 19 tahun aku menyambut lebaran bersamanya..
tapi kali ini aku menyambut hari kemenangan ini tanpa dia..

Tahun ini juga aku mengalami kemalangan jalanraya..
kaki aku patah dan raya kali ini aku bertongkat..
mungkin duduk diam dirumah lebih baik..
dan agak menyentapkan apabila kali ini aku langsung tidak memberi apa-apa bantuan..
aku hanya mampu memandang..


Raya kali ini juga disambut ala kadar sahaja..
kami sekeluarga risau dengan keadaan abah yang baru sahaja semalam keluar daripada hospital..
nasib baiklah abah dimasukkan kedalam hospital swasta..
walaupun belanjanya agak mahal..
tapi sekurang2nya abah dapat beraya bersama-sama kami..
aku rasa sangat bersyukur..


Walaupun aku rasakan terlalu banyak dugaan yang menimpa..
aku tetap yakin yang bahawasanya setiap yang berlaku ada hikmahnya..
mungkin tahun ini keluarga dan aku diduga dengan dugaan sebegini..
tetapi tahun2 yang akan datang kami akan memperolehi kejayaan dan kebahagiaan..
InsyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja..

ALL IS WELL..


Aku juga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI bagi yang mengenali aku sama ada dialam realiti ataupun dialam maya.. jika aku ada tersalah dimana2 aku pohon kemaafan.. kadang2 diriku tidak sedar dengan kekhilafan yang dilakukan.. harap kesalahanku dapat dimaafkan..

Sayu Terdengar Takbir Bergema
Air Mata Mengalir Tanpa Dipaksa
Raya Kali Ini Tanpa Insan Tercinta
Semoga Kita Lebih Menghargai Mereka Yang Masih Ada

Assalamualaikum..

Friday, August 26, 2011

All Is Well

Assalamualaikum..

Akhirnya aku berjaya menjejakkan kaki kerumah kembali..
Setelah 2 minggu berhempas pulas menyambung perjuangan yang terhenti sementara..
Alhamdulillah setakat ini semuanya berjalan dengan baik..
Walaupun berlaku banyak juga masalah tetapi semuanya tidak mematahkan semangat..
Cuma adalah sekali dua rasa macam nak give up..
Namun, semuanya baik-baik sahaja..
All Is Well..

Sebaik saja aku sampai kerumah malam semalam..
Aku dikhabarkan oleh ayah aku yang dia akan menjalani pembedahan hari ini..
Ayah aku terpaksa menjalani pembedahan kerana berlakunya pendarahan di otak..
Jadi aku berharap pembedahan ayah aku akan berjaya..
Harap-harap All is Well..

Ya Allah, Selamatkan Ayahku..
Amin...

Aku juga berharap hidup kalian juga ALL IS WELL...

Assalamualaikum..

Wednesday, August 17, 2011

Cuba Untuk Bertahan

Assalamualaikum..

Hari ini hari kedua aku berada di Bandar Jengka..
Aku dah pun memulakan kembali perjuangan aku yang tertangguh..

Sampai saat ini aku masih lagi terfikir..
betulkah pilihan aku kali ini?

Aku rasakan seperti banyak masalah yang berlaku..
dari kisah pak guard yang terlalu mengikut undang2..
masuk kelas dengan kepala yang masih blur..
serta kepenatan bergerak menuju kekelas..
sampailah terasa terlalu membebankan rakan-rakan..
Kalaulah dirumah..
tanpa segan silu aku pinta itu ini pada kakak aku..
Nak bajulah, airlah, sosejlah, ubatlah, boxerlah dan macam2 lagi..
tapi disini walaupun kawan aku sudi membantu..
tetapi kadang2 aku rasa macam menyusahkan mereka..

Ada satu masa aku rasa macam nak give up..
sebab aku rasa sangat-sangat letih..
tapi aku cuba untuk bertahan.. sebulan lebih je lagi sem ni nak abis..
bertahanlah wahai diri..

Kalau aku rasa kondisi aku ni teruk..
ramai lagi orang yang lebih teruk lagi dari aku..
puas juga aku nak setting fikiran ni untuk think positive..
tapi biasalah pemikiran negatif tu mesti ada..

Test yang banyak cuma menunggu peluang untuk dijawab..
aku agak risau..
sebab lepas berbuka saja aku terasa mudah penat..
bila badan penat minda aku pun jadi penat..
sampai waktu study tu sekejap sangat..
kadang2 tengok buku lima minit terus tutup..

Aku tak mahulah dengan kembalinya aku untuk terus belajar..
tetapi hanya membawa kegagalan..
aku kalau boleh mahu lulus semua subjek..
bertahanlah wahai hati dan jiwa..

Sekarang..
Aku cuma mampu berharap..
selagi terdaya aku akan cuba bertahan..
doakanlah untuk aku..
terima kasih..

Assalamualaikum..

p/s: rindu dengan layanan kakak aku..

Sunday, August 14, 2011

Berbuka Puasa Bersama Kawan-Kawan dan Selebriti?


Assalamualaikum..


Sedar tak sedar dah masuk dua minggu kita kita berpuasa..
Alhamdulillah, Ramadhan kali ini semuanya baik-baik sahaja buat aku..
Untuk kalian juga aku harapkan yang terbaik..
Janganlah ponteng puasa tanpa alasan yang konkrit..

Semalam..

Rakan-rakan UiTM merangkap housemate aku datang..
menziarahi rakannya yang kurang berupaya ini yang asyik duduk dirumah sahaja..
kalau keluar pun pergi hospital saja.. yelah pergerakan agak terbatas..
namun begitu..
mereka mengajak aku berbuka puasa bersama-sama mereka..
dan aku bersetuju..
kami berbuka puasa di Tanjung Lumpur..
tempat yang famous dengan ikan bakar terutama ikan bakar masak bersama petai..
dan kami memilih untuk berbuka puasa di SANTAI..

Di SANTAI mereka mengofferkan makan secara buffet..
dengan bayaran RM30 seorang..

inilah makanan untuk 7 orang makan..
agak berpatutan jugaklah..

masa tengah2 makan tu..
ternampaklah kelibat dua org selebriti yang berbuka puasa juga ditempat yang sama..
kami ternampak Norman Hakim dan juga Memey bersama-sama dgn kaum kerabat mereka..
aku tak dapat nak tengok wajah Memey..
tapi kawan aku kata memey tu tinggi orangnya dan Memey sempat jugaklah hadiahkan sebuah senyuman kat kawan aku tu.. hahah..

memang kenyang gila rasanya berbuka semalam..
sejak akhir2 ni aku cepat rasa kenyang..
jadi kawan2 aku habiskan semua makanan yang kat atas meja tu..
agak puas hati jugalah sampai aku tak berpantang..
termakan udang.. malam tu terasalah sengal2nya..
lepas habis makan kami terus balik..
sebab kawan aku nak balik Jengka terus..
apa2pun aku rasa gembira dan terima kasih sebab layan aku dgn baik..
yelah aku ni agak membebankan sikit..
agak famous juga aku semalam..
ramai orang tengok aku yang berjalan terhencot2 pakai tongkat..
mesti ada yang rasa aku ni Mat Rempitkan... haha..

Assalamualaikum..

Thursday, August 11, 2011

I'll Be Back

Assalamualaikum..

Fuh!
Rasa macam dilema pula yang aku tanggung sekarang..

Apa perasaan anda bila anda dapat cuti selama 6 minggu?

Kalau masa aku sekolah dekat asrama dulu mesti aku dah terlompat-lompat sampai patah katil..
yelah selalu juga pergi melangut dekat hospital kerajaan semata2 nak dapatkan MC yang paling banyak pun 2 hari saja.. masa tu fikiran agak tak matang.. best cuti masa tu..

Tapi sekarang bagi aku cuti yang diberikan bagaikan takde makna..
6 minggu kot melangut dalam rumah tanpa buat apa2..
dengan pergerakan yang agak terbatas..
mahu mati kebosanan..

Akhirnya aku buat juga keputusan..
selepas raya aku nak sambung belajar balik..
aku tak mahu tangguh pengajian aku..
walaupun masa tu tak sampai sebulan lagi aku akan final exam..
mahu tak cukup tidur aku nak catch up balik pelajaran yan g tertinggal..
mungkin aku bukan genius tapi aku akan usaha..
setiap manusia yang berjaya itu semuanya kerana usaha yang dilakukannya..
kalau aku tak berjaya tu maksudnya aku tak cukup usahalah..

Kalau ikut fikiran doktor dia tak benarkan aku pergi sebab terpaksa nak jalani fisioterapi..
tetapi aku rasa dengan bergerak kesana kesini dekat uitm tu..
cukup dah fisioterapi untuk aku...
aku cuma mahu fikirkan masa depan aku..
sem depan ada big project untuk final year..
yang tu yang penting..
kalau takde geng yang best untuk siapkan project tu mmg hancurlah..
jadi aku harap keputusan aku betul..
I'll Be Back.. So, my frieng waiting for me..
mesti korang tak sabar nak dengar ayat-ayat sarkastik dari akukan.. hahah..

Aku juga tumpang simpati kepada pelajar Malaysia di UK yang bernama Mohd Asyraf tu.. kejadian yang berlaku pada dia amat menyedihkan..
semoga beliau tabah untuk terus berjaya mengejar masa depan beliau..
Tak kiralah sama ada belajar didalam atau luar negeri..
kita sama2lah menjaga keselamatan diri..
kadang2 kita ni kalau tak diberi dugaan atau masalah..
kita masih tak sedar..

Apa2pun..
Selamat berpuasa dan berbuka puasa..

Assalamualaikum..

p/s: Drama Kasih Alia tupun mcm best juga.. hahah.. tapi masa dia mcm tak sesuai..

bukan kaki aku.. :P

Saturday, August 6, 2011

Ramadhan Terakhir


Assalamualaikum..

Hari ini dah masuk hari keenam kita berpuasa..
Alhamdulillah aku berjaya menyempurnakan ibadah ini..
Walaupun kali ini keadaannya sedikit berbeza..
Tetapi aku bersyukur dapat melaluinya dengan tabah..

Sekarang aku berada di sem ke-5..
dan sepatutnya aku bukan berada dirumah..
tetapi sedang berjuang bersama-sama dengan rakan2 yang lain..
namun siapa yang tahu takdir mereka bukan..
aku terpaksa tangguh sebentar perjuangan aku..
InsyaAllah selepas aku dah boleh gunakan tongkat sepenuhnya..
aku akan sambung balik dan cuba untuk catch up yg mana aku tertinggal..
kawan2 aku pun sedia nak membantu..

Sepatutnya bulan ramadhan kali ini merupakan ramadhan terakhir aku bersama rakan2 diploma aku..
mungkin kalau ada kesempatan aku dapat merasai menyambut ramadhan bersama mereka..
biarlah masa yang menentukannya..

Apa2pun pada bulan yang mulia ini..
kita perbanyakkanlah melakukan amalan2 sunat...
peluang yg ada jangan dilepaskan..
semoga kurang semua dapat menjalani ibadah puasa dengan jayanya..
dan selamat berbuka puasa..

Assalamualaikum..

p/s: Drama Ramadhan Terakhir tu pun menarik juga..