Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Friday, July 29, 2011

Andai Itu Takdirnya

Assalamualaikum..

Sudah lama aku tak mencoretkan kata-kata di blog kesayangan aku..
Betullah apa yang dikatakan malang tak berbau..
kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan..
semuanya telah tertulis..

12 Julai yang lalu..
aku mengalami kemalangan motosikal..
sehingga menyebabkan lutut sebelah kiri aku patah dan kini hampir hancur..
mulanya sukar untuk aku terimanya..
semua perkara bermain dalam benak fikiranku..
aku bagaikan menyalahkan takdir mengapa semua ini berlaku..
aku terpaksa ponteng belajar semata2 untuk menunggu waktu dibedah dan tinggal ditempat yang sama sekali aku tidak suka..
namun setelah hampir 3 minggu berada di hospital..
aku mula menerimanya dan redha..
Ya, ini dugaan kecil buatku..

Aku pandang sekelilingku..
ramai insan yang lebih teruk keadaannya dari aku..
ada yang kakinya terpaksa dipotong..
ada yang terpaksa memakai besi seumur hidupnya..
ada yang hancur seluruh kakinya..
dan ada yang hilang fungsi tangan dan kakinya sehingga menjadikan mereka OKU..

Aku bersyukur..
akhirnya semalam aku dapat pulang kerumah..
kaki aku dimasukkan dua batang besi dari buku lali hingga ke lutut..
kaki aku masih belum boleh digerakkan..
Alhamdulillah kedua belah tangan dan kaki kanan aku masib baik lagi..
sekarang aku kena belajar menggunakan tongkat..
mungkin dua minggu lagi aku akan kembali semula kekampus untuk meneruskan pembelajaraku..
aku harap semuanya akan baik2 sahaja..
ada yang memberi cadangan untuk aku tangguhkan sementara pembelajaran aku..
tapi aku tolak mentah2 sebab sudah impian aku untuk grade on time..
apa2pun aku akan belajar betul2..
sekurang2nya biarlah semuanya lulus..

Terima kasih aku ucapkan buat keluarga aku yang tak jemu menjaga aku di hospital.. dan terpaksa melayan keranah aku..
buat teman2 terima kasih aku ucapkan.. aku harap kita dapat meneruskan pembelajaran bersama2.. dan terima kasih yang mendoakan aku supaya cepat sembuh..

Tak lupa aku ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK buat semua sekali.. dan buat pemain MALAYSIA semalam pmainanan yang baik tetapi mungkin bukan rezeki kita.. tingkatkan usaha..

Assalamualaikum..

Monday, July 11, 2011

Teknik belajar yang baik dan SEKALI LAGI

Assalamualaikum..


Setiap orang ada teknik belajar masing-masing..
macam-macam cara dan gaya..
disini aku cuma nak berkongsi teknik-teknik belajar yang baik..
bukannya teknik belajar yang betul..
baik dan betul itu berbeza..

1. di atas meja cuma ada buku dan pensel sahaja.. ketepikan benda2 lain yang mungkin boleh menganggu tumpuan anda terutama makanan..

2. jauhkan diri anda dari laptop dan telefon bimbit..

3. internet bagaikan monster! satu perkara yang amat membahayakan kecuali untuk mencari maklumat.. takut anda akan terkandas terbuka facebook atau blog.. nanti habislah masa study anda..

4. jangan dengar lagu semasa study.. sepatutnya kita dengar apa yang kita baca bukannya lagu.. nanti tumpuan anda terganggu.. mgkn juga akan berlaku kekeliruan..

Ok.. ini saja teknik2 belajar yg dapat aku kongsikan.. selamat mencuba..

By the way.. beberapa hari lepas aku pergi tengok filem SEKALI LAGI..
boleh dikategorikan sebagai NICE film..
aku bagi 3.5/5 bintang..


buat ibu2 diluar sana jangan lepaskan anak2 yang masih kecil kat KL macam tu.. bahaya woo..

Assalamualaikum..

Sunday, July 3, 2011

Transformers: Dark Of The Moon

Assalamualaikum...

Semalam aku dan lima lagi rakan-rakanku pergi menghiburkan hati menonton filem Transformers: Dark Of The Moon..

Hajat hati nak tengok dekat East Coast Mall..
tapi sayangnya dekat ECM hanya menayangkan dalam 3D sahaja..
aku mana layan 3D sebab atas dua sebab..
1. aku tak sanggup nak pakai double speck
2. 3D takde sari kata..

Jadi kitaorang tengoklah di Megamall..
bukan senang nak dapat tiket filem ni..
kalau ada kosong pun dekat bahagian depan..
kena melenggoklah mahu terkehel leher den..
syukurlah walaupun hall kecil tapi seat kiteorang bukan depan sekali tapi nak depan2 jugaklah..

Overall filem ini bagi aku memuaskan.. sesiapa peminat filem transformers memang patut tengok.. aku boleh tulis cerita ni memang BEST.. aku bagi 4.5/5 bintang untuk filem ini..

Lepas abis tengok filem ni.. satu persoalan muncul..
Mana lagi cantik Megan Fox ke heroin baru filem ni?
Pilihan aku adalah heroin baru filem ni yang bagi aku lagi cantik dari Megan Fox.. bukan sebab scene mula2 cerita ni yerk.. hahah... tapi kawan aku lebih suka Megan Fox..
takpelah, selera masing-masing... kalau selera sama pun susah nanti..

Assalamualaikum..

p/s: ingat nak tengok SEKALI LAGI tapi tak ada kesempatan..