Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Tuesday, June 28, 2011

Berakhirnya Zaman Bujang

Assalamualaikum..

Bila tibanya waktu..
Dua hati pasti bersatu..

Setelah lama memendam rasa, menyulam perasaan..
akhirnya dari hati sekeras batu menjadi selembut kapas..
masjid dibina sebagai satu permulaan..
demi mencari erti sebuah kebahagiaan..

Pada Sabtu yang lepas..
My Ex-Lecturer, Miss Ainun telah selamat disatukan dengan pasangannya..
Alhamdulillah.. Majlis berjalan dengan lancar..
kehadiranku hanyalah untuk mengurangkan pembaziran makanan..
apa2pun aku doakan beliau dan suami berbahagia sehingga ke anak cucu..

p/s: kalau dapat anak nanti, berilah nama SYAHRAFI.. pasti kacak!

Miss dan Suami

Tahun ini juga kakak sulung aku akan mendirikan masjid juga.. Aku? Biarlah masa yang menentukannya..

Assalamualaikum..

p/s: kalau aku ada calon.. comform aku kahwin awal.. lepas abis bayar hutang PTPTN..

Wednesday, June 22, 2011

Sayonara My Friend

Assalamualaikum..

Bertempat di KFC Bandar Jengka sebuah Majlis Perpisahan diadakan bagi meraikan salah seorang kawan aku yang akan meneruskan pembelajarannya di tempat lain.. engineering bukan lagi bidang beliau.. bidang kesihatan akan beliau tempuhi.. semoga kawanku FAHMI berjaya dalam bidang yang dipilihnya..

Setelah lima sem bersama-sama menuntut ilmu didalam kelas yang sama.. perpisahan akhirnya menjelma jua.. entah bila akan bertemu lagi.. InsyaAllah jika ada umur yang panjang pertemuan akan kembali..

sebelum berpisah sempatlah beliau mengambil gambar kenang-kenangan dengan bunga2 kelas kami..

Apa2pun aku ucapkan kepada beliau SEMOGA MAJU JAYA.. setiap rezeki manusia itu terletak padaNya.. yang penting kita sama2 usaha unuk berjaya di dunia dan akhirat..
SAYONARA KAWANKU..

Kalau time aku pula aku taknak buat dekat KFC.. dah muak dah aku.. kalau boleh tempat yang grand lagi.. hahah.. macam ada je yang nak sambut.. hahaha..

Assalamualaikum..

p/s: setiap pertemuan pasti ada perpisahan..
p/s: sedih itu normal..

Tuesday, June 21, 2011

Belum Tiba Masanya

Assalamualaikum...

Baru!

Ada benda baru yang orang excited nak sangat..
Ada benda baru yang orang masih ragu-ragu : 50-50..
dan Ada benda baru yang orang langsung tak boleh terima..

Bukan mudah orang seperti aku dapat menerima pembaharuan dalam hidup ini yang bagi aku mengubahh hidup aku sendiri 360 darjah..

Tapi satu masa nanti akan tiba masanya aku terima 'benda' baru itu dalam hidup aku..
yang pasti masanya belum tiba..

Assalamualaikum..

Friday, June 17, 2011

Cerita Tentang Ikhlas

Assalamualaikum..

Akhirnya buat kali pertama aku menonton drama Nora Elena satu episod penuh..
maka berakhirlah drama yang disukai ramai itu..
aku tak tgk episod2 sebelumnya tetapi aku dah tahu endingnya..
happy ever after.. tapi aku baca dalam satu blog tulis Nora Elena akan mati..
tapi tak matipun.. tertipu..

Banyak laman web perkongsian file telah disekat.. aku yang suka menonton drama korea ni sukalah mendownload drama2 tersebut.. nak beli CD tak mampu.. antaranya DUCKLOAD, FILESERVER dan MEGAUPLOAD.. apapun hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.. kita carilah file sharing yang tak disekat atau diharamkan..

Sebenarnya mula2 aku nak kongsi cerita makan angin aku yang sangat best dan telah aku war-warkan di entri sebelum ini.. tetapi nampaknya aku masih belum masukkan gambar2 candid kami.. kalau tak tunjuk gambar tak bestlah.. tak teruja nanti..

Jadi hari ini aku ada cerita nak kongsi.. cerita tentang ikhlas..
sepasang suami isteri telah pergi berubat untuk pulihkan penyakit si suami..
selepas berubat pasangan suami isteri itu meneruskan perjalanan pulang kerumah..
tiba2 si suami diserang pening kepala dan muntah2..
dan berhenti ditepi jalan kerana tidak dapat meneruskan perjalanan..
si isteri yang kecemasan itu meminta bantuan seorang lelaki yang sedang makan di sebuah gerai..
lelaki itu yang belum sempat menghabiskan makanannya telah datang membantu membawa si suami ke hospital..
sampai ke hospital si lelaki terpaksa bergegas untuk pulang meneruskan kerjanya mengait buah.. bosnya telah banyak kali telefon sebab kelewatan..
anak pasangan suami isteri itu menghulurkan duit untuknya...
tetapi ditolak dengan baik dan berkata..
"KALI INI AWAK YANG SUSAH, LAIN KALI MUNGKIN SAYA PULA YANG SUSAH!"
dan lelaki itupun pulang..

Yakinlah bila kita ikhlas membantu orang lain, satu hari nanti giliran kita akan tiba.. buatlah sesuatu dengan ikhlas dan klu boleh jgnlh mengharapkan balasan.. sebab satu hari nanti mungkin kita juga akan alaminya..

keikhlasan itu tak dapat diukur..
banyak kali kita dengar.. "Tolong tak ikhlas langsung!"
ingat bukan kita penentu keikhlasan seseorang..
tp kdg2 aku prnh juga cakap mcm tu..

apa2pun terima kasih pada lelaki iotu kerana sudi membantu orang dlm kesusahan.. Hanya Allah saja yg dapat membalas segala kebaikannya.. Amin..

Assalamualaikum..

Tuesday, June 14, 2011

Lu Gua Baru Gangster

Assalamualaikum..

Last Saturday, I went to The Times Square to watch KL GANGSTER..
First time in my life watching a film at TS.. nothing special.. same like another cinema just bigger than in Kuantan..

Ok.. Aku stop.. mula belatih untuk ambil MUET lagi sekali.. result dah keluar semalam.. memang mengecewakan tapi memang sudah menjangkakan... harap kali kedua lebih baik lagi..

Ok hujung minggu yang lalu aku dan gangster2 Jengka turun KL untuk berhibur hati.. seharian.. dari satu tempat ke satu tempat.. sehinggalah impian aku tercapai.. apa2pun mgkn next entri aku akan ceritakan pengalaman yang memenatkan tetapi manis lebih dari gula.. kalau aku rajinlah.. dah lama tak update...

Selepas mendapat tempat keempat dalam perlawanan boling.. tepat pukul 1.20 petang aku masuk dalam pawagam..

melihat reaksi dari kawan2 yang sama2 menonton filem ini ramai yang berpuas hati.. filem ini lebih baik dari filem kongsi.. tapi aku tak boleh nak compare sebab genre filem yang berbeza dan aku tak tengok pun lagi filem KONGSI..

Filem dia menarik dari segi aksi yang dipertontonkan.. dan juga lakonan pelakon yang baik terutama Zizan yang berjaya mencuit hati ramai penonton..

filem ini dari segi jalan ceritanya ringkas dan straight to the point dan rasa masih banyak lompong.. dan filem ini tiada bunga yang mewarnainya.. temanya lebih kepada ketamakan manusia.. tamak kuasa dan wang..

Jadi bagi aku untuk filem ini 3.5/5 bintang..
aku rasa durasi untuk filem ini perlu dipanjangkan dan ditambah pengisiannya sebab rasa macam ada yang tak cukup..
apa2pun itu pendapat aku..

Assalamualaikum..