Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Saturday, May 28, 2011

Karak : Mesej Dah Betul Tapi Tiba-Tiba

Assalamualaikum..

Budi Bahasa Budaya Kita..

Sebelum aku tulis tentang filem karak ni..
aku cerita sikitlah tentang seorang sekuriti guard..
dari semalam aku melilau seluruh Indera Mahkota untuk cari JPJ..
tapi tak jumpa.. sebab JPJ ni baru pindah tempat baru.. masih ramai yang tak tahu..
jadi hari ini aku try lagi dan akhirnya pukul 4.30 aku jumpa juga JPJ tu..
bila aku nak masuk sekuriti guard kat situ tak bagi..
aku cakap bukannya tutup pukul 5..
pastu dia jawab dgn nada marah pukul 5 pejabat dah tutup..
sekarang kaunter dah siap2 nak tutup..
lain kali datanglah awal..

lepas tu datang sorang mamat tu datang nak masuk..
tiba-tiba pak guard tu cakap..

"Dah, dah pergi balik! pergi balik! pejabat dah tutup! lain kali datanglah awal.. dah pergi balik! pergi balik.. pejabat buka pukul 7.45 lagi.. waktu sekarang baru nak datang.. dah tutup dah!"
memang pak guard tu cakap kuatlah dengan nada nak marah..

mamat tu senyum jer..
aku sempatlah dengar mamat tu cakap sorang2..

"tu pun nak bebel.. tak boleh cakap elok sikit ke.. kata budi bahasa budaya kita.."

aku yg terdengar pun nak tergelak.. aku dan mamat tupun blah..
nasiblah pak guard dah tua.. tapi budi bahasa dia memang tinggilah..
bukan salah pun cakap elok2.. mamat tu semangat balik kerja awal sebab nak uruskan hal dia dgn JPJ kena halau macam minta sedekah.. ish3..

Oklah.. harap2 lepas ini kita jagalah budi bahasa kita yerk..
walaupun kita rasa tertekan dengan kerja kita sekalipun jangan marah pada orang yg tak sepatutnya.. aku pernah tengok seorang pemuda nak bertumbuk dengan seorang mak guard sebab mak guard tu cakap kurang ajar.. kejadian tu berlaku dekat hospital.. nasiblah mamat tu ubah fikiran kalau tak memang habislah mak guard tu..

Berbalik pada filem Karak yang aku tonton pada malam tadi..
ceritanya agak menarik...
ada mesej yang cuba disampaikan..
JANGAN SESAT..

dari segi lakonan agak OK.. takdelah istilah kaku atau tak boleh berlakon..
sebab aku dapat rasa betapa annoyingnyer si Nik..
dan gediknyer si Ida..
hantu2nya juga agak bagus.. lain dari hantu2 tipikal yang kita tengok dari filem lain..
dan mesejnya juga bagus..
manusia sekarang ramai dah sesat..
tahu baca al-Quran tapi tak tahu maksud..
tak solat iman jadi goyah..
good mesej..
tapi tiba-tiba mesej tu macam jadi pelik bila ending cerita itu tunjuk watak Nik dan Zura macam tu..
kalau korang dah tengok mesti korang faham..
dan satu lagi aku rasa Ida tu boleh tahan cantik tapi rasanya tak perlulah tunjuk watak dia berkemban macam tu.. rasanya tak rosak filem tu kalau tak ada babak tu..'
itu pandangan aku sajalah..
aku bagi 3/5 bintang untuk cerita itu..

kalau korang rasa nak tengok hantu yang lain dari lain..
bolehlah layan filem ini..
mesej pun baik cuma pengakhiran cerita tu jadi pelik..
tapi cerita ni di twist dgn baik..
selamat menonton..

Assalamualaikum..

p/s: tak dapat jugalah aku nak upgrade lesen aku jadi tetap..

Thursday, May 26, 2011

Setimpal

Assalamualaikum..

Akhirnya result sem lepas telah keluar..
mula2 dapat tahu result sumpah rasa kecewa..
kecewa dengan diri sendiri..
tapi bila difikirkan balik mmg sem lepas aku buat dengan agak teruk..
mungkin terlalu banyak sangat peristiwa yang tak dijangka berlaku..

Walaupun macam manapun..
aku rasa result tu dah setimpal dengan usaha yang aku lakukan pada sem lepas..
result kali ini adalah yang paling teruk..
mungkin bagi aku ini satu kegagalan..
aku pun rasa dah jangka dengan apa yang aku dapat..
dulu banyak aku tulis entri yang rasa down terlampau..

Jadi untuk sem depan yang akan bermula beberapa hari lagi..
aku akan buat dengan lebih baik lagi..
lakukan banyak perubahan..
takkanlah kita nak pisang berbuah dua kali..
bukan senang nak berjaya dan bukan susah nak gagal..
banyak dugaan yang perlu kita hadapi..
kadang2 menyakitkan dan memeritkan..
bukan sahaja dalam pelajaran..
tetapi dalam misi ingin menggapai sesuatu..
seperti keamanan, kebahagiaan..
bukan senang.. tetapi kalau kita betul2 berusaha..
pasti akan dapat kita gapai..

Hari ini aku akan selesaikan hal lesen aku..
tak sangka rupanya dah permanent dah lesen aku..
pasni tak payah pakai sticker P..
bolehlah aku nak drift kat bandar Jengka tu..
Kalau dulu pakai sticker P..
tak boleh nak drift sangat.. biar gegar bandar jengka..

~I can't be your boyfriend but it doesn't me I don't love you~
kadang2 walau macam manapun kamu mencintai seseorang kalau bukan jodoh kamu.. terimalah seadanya.. jangan pernah menggadaikan maruah diri kerana untuk sebuah cinta.. cinta itu datang dan pergi.. jika anda sendiri tak yakin berapa lama cinta anda akan bertahan.. apatah lagi cinta orang lain..

Kesimpulan dari sebuah filem yang aku tonton.. cuti2 sem ni banyak aku layan filem Asia.. filem thailand dan korea..

Filem hantu korea memang menarik.. banyak unsur suspen.. kalau filem cinta kurang sikit..

Aku menanti Malaysia buat filem genre thriller suspen..

Assalamualaikum..

Tuesday, May 24, 2011

Just Thinking

Assalamualaikum..

Keghairahan nak menulis makin berkurangan.. setiap kali aku nak tulis post jadi tergantung.. dan akhirnya menjadi draft sahaja..

Aku jadi takut kalau aku tulis entri sampah yang langsung tak bagi apa-apa pada orang lain.. sebab itu cuti sem aku kali ini hanya ada beberapa entri yang dapat dipublish.. kalau cuti sem sebelum2 ni memang berlambak yang aku tulis..

Aku sekarang suka pergi terjah blog lain.. kalau aku rasa nak komen aku akan komen.. kalau tak aku cuma baca senyap2 tanpa meninggalkan jejak.. sebab aku tak harap dorang terjah blog aku balik..

Aku memang dulu tak pernah nak kejar follower.. bagi aku blog yg baik bukanlah dari segi follower yang ramai tetapi bilangan komen yang banyak.. sebab ada segelintir yang lebih suka meninggalkan jejak di shoutbox.. kalau orang tinggalkan komen mungkin dia akan baca entri..

Seronok bila kita terjah satu2 blog yang dapat berikan minda kita berfikir.. macam aku yang sekarang ni sedang membilang hari untuk habiskan cuti sem yang tak sampai seminggu akan habis.. nak buka buku memang taklah sebab aku tinggalkan semuanya di rumah sewa.. otak ni kalau tak pakai boleh berkarat juga.. sebab itulah bila kita baca blog yang pengisiannya yang sangat bagus boleh membantu otak kita berfungsi dengan lebih lancar lagi..

sekarang pun ramai yang menulis untuk entri yang SEO.. aku pun tak berapa nak faham tentang ni.. tapi kalau tak silap aku entri macam itu adalah entri yang mudah kita dapat dalam surat khabar atau berita di TV.. dan entri macam nilah ramai yang kejar sebab nak dapatkan trafik yang tinggi.. sehingga ada yang mencecah lebih 1k..

tapi bagi aku kalau setakat tulis apa yang kita boleh dapat di surat khabar atau berita di TV atau online.. itu tak berpatutan.. melainkan dia menyatakan pendapat peribadi untuk pembaca berfikir.. berkongsi pandangan.. itu lebih bagus.. apa2pun setiap orang ada hak nak tulis apa yang mereka suka.. kita tak boleh nak puaskan hati orang..

sebab itu dalam hidup ini keseimbangan itu perlu... setiap perkara itu perlu seimbang..
ada yang akan suka dan ada yang tak suka..

aku pun cuma menunggu masa untuk tahu result aku yang bakal keluar lagi beberapa jam.. meman nervous.. bila nak tahu result mesti rasa mcm jantung nak terkeluar.. tak kiralah jangkaan aku itu tinggi atau rendah..
harap2 semuanya baik dan aku dapat graduate on time..
Amin..

Assalamualaikum..

Saturday, May 21, 2011

Review Filem : Nur Kasih The Movie

Assalamualaikum..

Pejam celik Pejam celik..
Rupa-rupanya cuti sem aku dah nak abis..
minggu depan keluar result lepas tu terus sambung belajar balik..
bila terfikir result terus hati jadi nervous..

Bila hati jadi nervous terus terima tawaran kakak aku tengok filem NUR KASIH THE MOVIE..
orang belanja tak perlulah tolak..

Menonton filem Nur Kasih ini memang seimbang.. ada yang aku suka.. ada yang aku tak suka.. tetapi lebih pada yang sukalah.. kalau lebih pada yang tak suka aku terus keluar panggung.. tak rugipun sebab kakak aku yang belanja..

Yang aku suka pada filem ini.. jalan ceritanya menarik.. sinematografi sungguh menawan.. tak tahulah aku tempat sawah padi sungguh mengasyikkan.. nanti kalau aku dah kahwin aku ajak isteri aku honeymoon kat sawah padi..

Lakonan pelakonnya sungguh mantap.. pelakon utamanya dan juga pelakon tambahan membawakan watak masing-masing dengan baik..

Banyak pengajaran yang boleh kita peroleh.. antaranya babak Adam dengan seorang ustaz dan juga babak Nur dengan Jehan Miskin tu.. ada lagi babak yang lain.. yang tu kena tengok sendirilah..

Yang aku tak suka.. CGI dia nampak memang agak kakulah.. babak keretapi meletup, orang terbakar.. nampak sangat tidak real.. tapi tak apa mungkin kabir bhatia boleh baiki lagi pada filem akan datang...

selain itu.. yang hal ini aku tak tahu salah siapa.. sama ada produksi filem atau panggung wayang.. kalau boleh tolong letakkan subtitle.. aku tahu filem ini filem melayu.. tetapi walaupun sound tu dah kuat.. ada perkataan yang diucapkan kurang jelas.. telinga kakak aku dan aku lain sikit.. sebut lain ingat benda lain.. kalau ada subtitle mungkin lagi feeling nak tengok.. kakak aku yang duduk sebelah asyik tanya aku saja.. aku pun terpaksa terangkan..

Dari satu babab kesatu babak juga agak kurang smooth.. mungkin masalah suntingan atau apa2lah.. nampak macam tak kena..

Kesimpulannya.. filem ini agak menarik.. lakonan dan jalan cerita yang bagus.. mula2 abis filem ini aku agak blur.. kakak aku lagilah blur.. macam ada tak faham.. lama2 barulah aku faham filem ini.. filem ini memang banyak yang sedihnya.. dalam kakak aku yang blur2 tu pun masih boleh sedih.. tahniah untuk dia.. tapi kenapa aku tak dapat kesedihan itu? adakah aku HEARTLESS? tapi aku rasa mungkin gangguan dari kakak aku yang banyak buatkan aku tak dapat nak feel filem ni.. hahah..

Aku bagi filem ni 4.0/5 bintang...

ini pandangan aku.. korang macam mana? setiap orang ada pendapat masing2.. aku pun bukanlah tahu sangat tentang filem.. tapi kalau nak tengok kenalah menghayatikan..
lepas ini ada tak orang nak belanja aku tengok wayang lagi..
maklumlah.. cuti sem ni.. duit tak masyuk..

lepas ini tak sabar nak tengok filem Harry Porter dengan Transformer.. kena kedek2 lah yang mana patut..

Assalamualaikum..

p/s: mungkin aku kena tgk sekali lagi filem ni.. sebab aku tak puas hati kenapa xsampai rasa sedih tu pada aku.. mungkin panggung wayang east coast mall tu sejuk sangat kot..

p/s: dalam panggung tadi.. orang lain semua diam.. kakak aku saja bersuara.. tanya itu ini.. hahah..

Sunday, May 8, 2011

Kenangan Itu Mengingatkan Aku

Assalamualaikum..

Satu demi satu rakan sekelasku beredar dari kelas bersama ibu atau ayah masing2..
hatiku masih lagi berdebar-debar..
semalam aku bagitahu mak supaya mak yang datang untuk tanda tangan buku rekod aku..
selalunya abah yang datang untuk tanda tangan..
dan setiap kali itulah aku jadi malu sendiri..
abah seorang anggota polis..
suaranya kuat dan lantang..
pernah sekali masa aku pergi balai untuk hantar makanan..
aku nampak abah aku soal siasat penjenayah..
memang menakutkan sampai aku jadi menggigil..

result aku kali ini amat mengecewakan sedikit..
kalau selalunya kau antara top 3 dalam kelas..
kali ini aku dapat nombor 13...
puas aku pujuk mak untuk datang tanda tangan..
mak terpaksa menolak sebab mak tak ada kenderaan nak pergi sekolah aku..
akhirnya aku redha..

dulu masa ayah datang tanda tangan..
aku kena marah depan2 cikgu..
suara abah memang kuat..
habis pecah rahsia aku dekat rumah..
abah cerita sikap aku kat rumah macam mana..
aku tak kisah kalau depan cikgu..
tapi masalahnya rakan sekelas aku pun ada..
aku pernah kena nganjing dalam kelas sebab itu..

kali ini memang aku agak aku kena kaw2lah...
tiba-tiba kawan aku tegur..
"Hari ini cerita apalah yang menarik aku dengar tentang kau nanti"
sungguh sinis kata2 beliau..

tiba-tiba nama aku dipanggil..
aku lihat mak yang datang..
debaran aku hilang serta merta..
mak cuma tersenyum bila dengar apa yang cikgu cakap tentang aku..
selesai tanda tangan.. aku pun balik dengan mak..
aku tanya mak naik apa datang sini..
rupa-rupanya mak jalan kaki datang sekolah aku..
sanggup mak jalan kaki semata2 nak tanda tangan buku rekod aku..
aku rasa jarak sekolah dengan rumah aku agak jauhlah..
sebab aku sampai rumah terus terbaring kepenatan..

malam itu aku kena marah dengan ayah aku sebab result rendah..
aku terima jelah..
memang salah aku..
tapi sekurang2nya aku tak rasa segan datang sekolah nanti..
peristiwa ini semasa aku darjah lima..
zaman kejatuhan aku..

Terima kasih Ma...
semoga Ma tenang dan aman didunia sana.. semoga Ma berada dalam kalangan orang yg beriman.. Amin...

kenangan itu selalu mengingatkan aku..

Assalamualaikum..

Friday, May 6, 2011

Masjid Bukan Kedai Kopi

Assalamualaikum..

Hari ini hari jumaat.. hari ini kena solat jumaat..
boleh aku berkongsi ilmu sikit?

Masa aku sekolah berasrama separuh penuh dulu..
aku dan geng2 aku akan bertolak awal dari asrama..
budak2 junior macam kami ni sekolah waktu petang..
jadi memang tak ada masalahlah kalau nak pergi masjid awal..
pukul 12 tengahari dah bertolak dah..
jalan sama2 dengan geng sambil bercerita hal budak2 yang nak masuk remaja ni..
sebelum sampai masjid kitaorang singgah kedai dalam pagar dulu untuk makan nasi lemak..
nasi lemak kat situ memang sedap..
aku kurang sikit makan nasi lemak..
sebab tu badan aku tough!!
kawan aku yang suka makan nasi lemak badan dia kurus je..
sebab tu aku hairan kenapa nasi lemak dikurangkan untuk dijual di sekolah..
kedai tu mmg port kamilah.. aku suka makan ABC sebab tulah aku singgah..
lepas abis mengenyangkan perut kitaorang menyambung perjalanan ke masjid..

kitaorang mmg selalu awal..
senior saja yang selalu lambat..
kami sampai masa tu khutbah pun tak start lagi..
senior sampai masa tu khutbah dah nak abis dah..
sebelum khutbah jumaat start..
satu pesanan disampaikan..
seingat aku bunyinya macam ni..
"Barangsiapa yang bercakap2 semasa imam membaca khutbah walaupun menegah rakannya supaya diam, maka pahala amalannya adalah sia-sia."
tiga tahun aku dengar pesanan ni.. sebab tulah aku diam je dengar orang baca khutbah.. kawan aku tanya aku buat derk je.. kalau desperate sgt aku angguk geleng2 je..
dan kadang2 aku tertidur.. mungkin letih sangat kot..


أن ‏ ‏أبا هريرة ‏ ‏أخبره ‏
‏أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏إذا قلت لصاحبك يوم الجمعة أنصت والإمام يخطب فقد ‏ ‏لغوت


Hadith di atas bermaksud: Sesungguhnya Abu Hurayrah r.a. telah memberitahu bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu mengatakan "Diamlah" kepada sahabat kamu pada ketika imam berkhutbah pada hari jumaat, sesungguhnya kamu sendiri telah lagha. Hadith ini diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Ahmad, Nasa'ie.
Sekarang.. tiap kali aku pergi solat jumaat.. aku dah tak dengar dah pesanan macam ni lagi.. imam terus sampaikan khutbahnya..

masa imam baca khutbah aku selalu tengok budak2 kecik main kejar2 dengan geng dorang dekat bahagian belakang sambil jerit.. biasalah budak2 kecik lagi masih tak baligh nanti kalau dorang dah baligh baru dorang paham kot..

tapi apa yang menghairankan aku.. orang2 tua ni.. golongan umurnya yang lebih tua dari aku.. sedapnya dorang berborak.. rancak betul macam duduk dalam kedai kopi padahal dalam masjid.. siap gelak lagi.. bertepuk tampar bagai.. khutbah dah sah2lah tak dengar.. lepas itu menganggu tumpuan orang lain yang nak dengar khutbah yang disampaikan.. aku rasa dorang salah tempat kot.. masjid tempat untuk beribadat.. nasib baiklah dorang tak bawa air kopi sekali.. masa tulah nak cerita tentang hal2 duniawi.. kadang2 benda tu tak penting.. saja modal nak galak lagi berbual..

Bila kita bercakap masa imam membaca khutbah.. pahala jumaat kita itu sia-sia walaupun solat kita sah.. rugi je datang solat jumaat kalau tak dapat apa-apa.. jadi kalau dengar imam tengah baca khutbah.. diamlah.. kawal nafsu nak bercakap tu.. lepas abis solat jumaat tu.. cakaplah banyak2.. sampai solat asar.. kalau tak cukup lagi sambung lepas solat asar..

kita beribadah biarlah dengan cara yang betul... apa gunanya beribadah kalau pahala amalan kita cumalah sia-sia.. jadi ingatanlah untuk diri aku dan semua yang membaca.. semasa imam membaca khutbah.. tutplah mulut anda.. dengar khutbah yang ingin disampaikan.. kalau taknak dengar sekalipun janganlah ganggu tunpuan orang lain..

fikir2kanlah dan selamat beramal..

Assalamualaikum..

Info Diambil DISINI

Tuesday, May 3, 2011

Kalau Kau Baca Baru Kau Faham

Assalamualaikum..

p/s: entri ini panjang dan tidak mepunyai gambar yang mengghairahkan.. kalau kau baca sampai habis baru kau faham apa yang tersirat!! selamat menjumpai!!

Hari itu aku bangun awal..
awal dari biasa..

Hari itu aku pakai smart sangat..
lebih smart dari biasa..
walaupun aku kacak..
hari itu aku lebih kacak daripada biasa..

Aku berdiri gah dihadapan bangunan itu..
bangunan itu digelar dewan serbaguna atau lebih indah dipanggil dewan sejuk giler..
aku perhatikan sekeliling aku..
mereka semua seperti aku..
memegang kertas putih ditangan dan ada yang menyarung bajuk sejuk dibadan..
aku memandang diri sendiri..
ditangan aku ada kertas putih yang siap diliminate.. keras.. sangat keras..
namun aku tinggalkan baju sejuk buatan korea aku dirumah..
kerana aku tak perlukannya..
kehangatannya sudah kurasai sejak sebelum mandi pagi tadi..

sudah sampai giliran aku untuk masuk kedalam dewan itu..
aku tepuk dada..
tepu!
ya, ilmu penuh didada..
aku bakal menghadapi first paper hari ini..
semangatku berkobar-kobar..
bukan 100% tetapi 200% semangatku dibawa sekali masuk kedalam dewan itu.

aku melangkah penuh gagah dan macho..
tiba2 tanganku dipegang..
pak guard memandang aku seperti singa..
"Kad matrik mana? Pakai skang!"
kocek kudiraba lantas menyarung kad matrik dileher sambil melemparkan sengihan kerang busuk kepada pak guard..
namun semangatku tidak menurun sama sekali..
kupilih seat ditengah2...

masa menjawab bermula...
dengan lafaz bismillah aku menyelak soalan sambil tersenyum lebar..
kulihat soalan pertama..
senyuman yang lebar tadi mengecil..
semangat 200% menjadi 100%..
kuteruskan dengan soalan kedua..
dari 100% turun kepada 80%..
aku cuba jawab sebaik mungkin..
kulihat wajah2 disekelilingku...
semangat yang begitu membara..
penuh semangat..

dari 80% naik 90%..
aku teruskan dengan soalan ketiga..
senyuman automatik bertukar menjadi muncungan..
dari 90% jadi 50%..
jawab yang mana aku mengerti..
meneruskan kesoalan yang keempat..
soalan yang terakhir..
dari 50% jadi 10%..

jam besar diatas dewan ditatap dalam2..
satu jam sudah berlalu..
rambut yang dulunya tercacak bagaikan terkena renjatan elektrik..
akhirnya leper bagaikan disimbah sebaldi air..
pusingan kedua bermula..
soalan satu dipandang..
kemudian soalan kedua..
ketiga dan keempat..
dari 10% menjadi 1%..
siapa buat soalan ni?
maharaja betul..

tiba2 berkumandang lagu I'll be back nyanyian 2PM dalam dewan itu..
aku terkejut..
argh!! aku tak mahu kembali untuk ambil paper yang same..
pantas pusingan ketiga bermula..
soalan satu bermula.. dibaca penuh penghayatan..
seterusnya soalan kedua..
ketiga dan keempat...

tiba-tiba lagu sorry-sorry nyanyian super junior berkumandang dalam dewan..
aku kaget..
aku teringatkan keluargaku dirumah..
maafkan adik kerana tak dapat buat dengan terbaik..
ilmu didada rupanya masih belum cukup..
mungkin tepu dengan air ice lemon tea yang diminum malam semalam..
bersama dengan burger daging double special cheese pataya.. walah...

tinggal lagi satu jam..
teringat pesan cikgu dulu2..
jangan tinggal kosong...
round 4 begin..
soalan satu bermula...
soalan kedua.. ketiga.. keempat..
argh!!

kenapalah aku tak dilahirkan genius.. sekali tengok soalan terus boleh buat..
bagi 3 jam.. satu jam aku dah siap..
aku berangan rupanya..
tinggal lagi setengah jam..
pelajar tidak dibenarkan keluar kecuali desperate sgt..
aku bukan genius rupanya..
pusingan kelima..
setiap rompong diisi sebaik mungkin..
formula rekaan mula keluar..
syah's rule... syah's law...
masih ada yang tertinggal..
lima minit lagi..
machine gun dalam kocek seluar dikeluarkan..
tepat terarah pada jawapan yang kosong...
sasaran mesti tepat...
picu ditekan...
bang! bang! bang! bang! bang! bang!
TIME'S UP!

Fuh! lega!

ko redalah result kau nanti..

Assalamualaikum..

p/s: begitulah aku berperang semasa exam..

p/s: rindu nak update..

p/s: xjumpa apa yang dicari? maaflah kerana membuang masa anda..

EXAM HABIS!!!!