Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Tuesday, April 19, 2011

Pulanglah

Assalamualaikum..

Study week dahpun bermula semalam..
dan Alhamdulillah semua assignment berjaya disiapkan..
sekarang baru boleh start study..
first paper aku hari khamis ni.. doakan aku..
sebelum aku menjadi lebih sibuk bulan ini..
aku tinggalkan lirik lagu Pulanglah dari Awi Rafael..
sekurang2nya berupdate juga.. hahahah..

lagu nipun aku baru2 juga dgr..
macam kena dengan mood exam?
adalah sikit2..

Awie Rafael - Pulanglah

Bukalah mata dan lihat di hadapanmu
Aku berdiri dekat tapi kau tak nampak
Hodohkah aku ‘tuk sering kau campak saja
Apanya yang dia ada yang aku tak ada

Verse
Mungkinkah aku yang tidak sekaya
Mungkinkah aku yang tidak bergaya
Haruskah aku pun tetap menantikan mu
Berikan jawapan

Chorus
Pulanglah sebelum ku runaway
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari
Monday Tuesday Wednesday Thursday
Aku tak ingin tak perlu
Aku dah bingung

Ulang Chorus

Aku berjalan di kota Kuala Lumpur
Semuanya nampak berbeza tapi ku sama

kalau nak download klik SINI..
sekadar gambar hiasan (penyeri entri)
Assalamualaikum..

Saturday, April 16, 2011

Bila Hujan Mencintai Tetapi Tidak Memiliki

Assalamualaikum...

Argh!! satu jeritan yang perlu aku luahkan..
satu penyesalan mungkin bagi aku..
namun perkara yang lepas tak perlu diungkit...
yang perlu sekarang hanyalah tawakal..
mungkin kita hadapi kesukaran..
tapi bila kita sentiasa dekat padaNya..
dan selalu memohon pasti segalanya akan berubah..
kita hanya mampu merancang..
tetapi DIA yang menentukannya..

KSK: adik buat apa dekat luar ni? hujanlah.. adik taknak tengok mak?
ASK: kejap lagi adik masuk.. adik tengah berdoa ni..
KSK: doa?
ASK: a'ah.. mak pernah cakap hujan ini satu rahmat.. dan antara waktu mustajab berdoa ketika hujan turun..
KSK: oh, yeke? akak baru tahu..
ASK: akak doalah sekali.. mungkin doa salah seorang daripada kita akan termakbul..
KSK: (mengangguk dan berdoa)

Dari Sahl bin a’ad Radhiyallahu ‘anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda.

“Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu azan dan doa ketika waktu hujan”. (Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114).

Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340).



SK: Saya nak ucapkan terima kasih pada awak.. akhirnya saya dah bertemu dengan apa yang saya cari..
EJ: sama-sama.. awak tahu kenapa saya buat semua nikan..
SK: saya tahu.. sebab tulah saya nak ucapakn terima kasih.. hanya Allah saja yang mampu mebalas segala kebaikan yang awak buat pada saya.. saya akan kahwin dengan dia..
EJ: tahniah! (cuba menahan diri daripada menangis namun airmata mengalir jua dan dia terus menangis selama 2 jam)
SK: awak dah habis menangis? lamanya awak menangis sampai 2 jam
EJ: dah... terima kasih sebab tunggu saya menangis..
SK: dan saya nak ucapkan terima kasih sebab selama ini awaklah yang banyak menyokong saya.. dan awak seorang saja yang percaya pada saya..
EJ: sama-sama.. saya buat semua tu sebab saya cintakan awak.. saya gembira awak akan berkahwin.. jangan jadi budak2 lagi.. saya takut dia tak suka.. tapi saya suka perangai budak2 awak tu..
SK: saya akan jadi lelaki yang lebih matang.. dan sebelum awak pergi saya nak bagi hadiah.. sekali lagi terima kasih sebab ada ketika saya susah dan senang.. jumpa lagi..
EJ: jumpa lagi..

hidup manusia selalunya berbeza-beza.. bukan semua yang kita impikan dan rancangkan kita akan dapat.. kita kena ingat walau sehebat manapun perancangan kita yang tentukan segalanya hanyalah DIA..

mencintai bukan bermakna memiliki.. tapi mengorbankan diri untuk orang yang kita sayangi..

berkorban bukan bermaksud mengorbankan maruah diri.. tetapi menerima kenyataan dan memberi jalan.. yakinlah jodoh kamu telah ditetapkan.. yakinlah ada seseorang yang telah diciptakan untuk kamu..

jika kamu yakin perasaan itu suci.. maka sucilah.. jika kamu yakin perasaan cinta itu hina.. maka hinalah.. kecantikan buka pada rupa, pada baju, pada tudung, pada kasut.. tetapi pada hati.. yang bisa dilihat pada mata kasar belum tentu menjaminkan apa-apa..

Assalamualaikum...

maklumat : SINi & SINI

p/s: selesai MUET tenagahari tadi.. bila aku ingin lakukan yang terbaik.. aku selalu tak dapat nak mencapainya.. aku beserah..

Thursday, April 14, 2011

KEGAGALAN ITU AKAN BUAT ENGKAU LAGI KUAT!

Assalamualaikum..

fuh! diam tak diam sem keempat akan berakhir..
final exam yang dinanti2 menjelma jua...
minggu depan aku akan berjuang habis-habisan..
sebelum itu siapkan dulu assignment yang masih belum siap..

sampai bila engkau mahu berada diatas..
sesekali kita perlu berada dibawah..
bukan untuk buat engkau jadi semakin lemah..
tetapi sedar engkau bukannya sempurna..
adakalanya engkau perlu rasa kepahitan dari kemanisan..
engkau perlu tahu bagaimana berada dibawah..

kegagalan itu perlu..
kerana daripada kegagalan engkau belajar banyak perkara..
dari kegagalan juga akan buat engkau jadi lebih bersemangat..
engkau jadi lebih kuat..
bukan alasan untuk kau lemah semangat..
putus asa dalam menempuh cabaran dan liku kehidupan..
tetapi merupakan pemangkin untuk terus melangkah mengejar kejayaan..

Si K: kenapa ramai sangat perempuan yang minat justin bieber ni?
Si E: entahlah.. nak kata dia ni semart.. jauh semart aku lagi..
Si K: nak compare dgn kau? jauh semart si bibir tu lagi.. lainlah kalau dgn aku.. akukan KACAK!
Si E: Haha(gelak pendek)!! Jangah perah santan kuat sangat..
Si K: Dengki r tu.. (lalu menyanyi2 kecil sambil meneruskan pemanduannya)
Si E: aku rasakan sama je kalau kita buat sendiri masa test dengan kita meniru masa test..
Si K: ???
Si E: yelah lepas test tu kau boleh ingat balik apa yang kau buat? mesti kau lupa jugakan.. jadi sama jelah..
Si K: memanglah.. sebab aku ni jenis mengingat.. bila dah lepas test.. benda tu akan hilang sikit2.. tapi aku still ingat lagi kot..
Si E: sama jelah.. kau menghafal jawapan.. yang meniru menyalin jawapan.. lepas abis test semuanya dah lupa.. sebab kalau jenis menghafal ni mesti akan lupa punya.. lainlah kalau ni jenis hafiz atau hafizah..
Si K: memang betul apa yang kau cakap tu.. tetapi satu saja yg bagi aku best bila kita buat sendiri.. itu semua usaha kita sendiri.. kalau kita berjaya kita pasti bangga sebab semua dari hasil titik peluh kita sendiri.. walaupun aku ni bukan genius.. dalam aku menghafal itu aku cuba juga memahami tetapi mungkin tak banyak.. tetapi sekurang2nya ada sikit yang akan kita ingat..
bagi aku kepuasan itu lebih penting! walaupun aku gagal sekalipun, itu semua usaha aku..
Si E: (senyum.. lalu menguatkan volume lagu justin biebir..)
Si K: (pantas menutup radio..) memekak tahu tak!

walaupun kita gagal sekalipun.. kita boleh cuba lagi.. asalkan kita usaha dengan usaha kita sendiri.. tiada sesiapa yang mahukan kegagalan dalam hidup tetapi jika kita menghadapi kegagalan bukan bermakna semuanya berakhir tetapi kita perlu tingkatkan lagi usaha dan semangat untuk terus menggapai kejayaan..

ada seorang pelajar perubatan itu sepatutnya belajar selama 5 tahun untuk menjadi seorang doktor.. tetapi dia memerlukan sepuluh tahun namun dia tetap berjaya menjadi seorang doktor akhirnya.. biarlah kejayaan yang diinginkan untuk lambat asalkan ia tercapai..

Assalamualaikum..

p/s: selalu terdengar perbualan orang.. ambil sbg aspirasi.. bukan kaki pasang telinga yerk..
p/s: menghadapi kegagalan pertama dgn peroleh carry marks yg rendah.. berharap ada sinar di final exam..

Wednesday, April 13, 2011

Tiada Kejayaan Datang Bergolek

Assalamualaikum..

Untuk memperolehi kejayaan..
kita perlukan pengorbanan dari segi masa dan wang..
kdg2 kita akan merasai keperitan dan kesakitan yang amat..
namun apabila kita memperolehi kejayaan..
perasaan itu sukar untuk digambarkan..
tapi cukup kita merasai kepuasaannya..

kejayaan tidak datang bergolek..
tiada benda yang semudah ABC...
kita cuma perlu tahu cara untuk mengurangkan keperitan itu..
usaha itu tangga kejayaan..
walaupun penat mendaki tangga..
apabila sampai kedestinasi yang dituju kita pasti berasa lega dan gembira..
kejayaan tidak datang bergolek tetapi perlu didaki..
fikir-fikirkanlah..

layan video ini..
aku rasa sgt kelakar..
sempoi habis..


Assalamualaikum..

Tuesday, April 12, 2011

VLOG : ANDA MEMANG BAGUS!

Assalamualaikum..

Sekarang vlog sudah semakin famous..
banyak sudah anak-anak melayu yang berjaya membuat vlog..
aku pun layan menengok vlog2 mereka..
sanggup aku tggu buffered lama giler..
tapi bukan semua yang buat vlog itu bagus..
ada yang buat sekadar suka2.. xde input yang kita dapat..
sekadar untuk meraih populariti? mungkin..

aku suka menonton blog yang punya pengisian..
dan cara penyampaian yang membuat orang tertarik nak tengok sampai habis..
kadang2 tu aku gelak sampai nak pecah perut nasib baik tak pecah..
lebih kelakar dari maharaja lawak..
sejak ada streamyx ini memang agak menyenangkanlah juga untuk aku buka youtube dangan 1tube.. dalam banyak2 video blog atau vlog yang aku tengok..
ada 3 orang yang bagi aku yang bagus...
ada pengisian yang ingin disampaikan..
dan cara penyampaian yang sangat baik..

1. IniAnwarHadi


dia ni memang dah popular sekarang.. setiap video dia memang punya input yang menarik.. dan video terbaru beliau memang bagus.. perkara yang kita sedar tapi tak pernah nak amalkan.. layan!!

2. MatLuthfi


aku memang suka tengok video matluthfi sebab aku boleh gelak kuat2.. dalam aku gelak2 tu ada yang aku motivated diri sendiri.. macam video terbaru dia ini telah memotivatedkan aku untuk menyiapkan 12 report aku yang masih tergendala.. baru siap dua.. ada lagi 10..

3. ShahrinCool


dia ini aku baru tengok vlog dia.. memang menarik.. dah tengok satu video.. nak tengok video lain pula.. stiap video punya input yang berbeza dan memang berlaku pada diri kita..

Jadi itulah 3 orang vlogger yang aku rasa sangat bagus.. aku dah suscribed mereka.. anda bila lagi? hahah..

bukan semua orang dapat terima pendapat orang lain.. namun tak salah kita ambil pendapat mereka secara positif dan renung2kan pendapat itu..

aku rasa tabik juga pada mereka yang berjaya menghasilkan vlog macam ini.. bukan senang nak buat video macam tu.. perlu punya keazaman dan usaha yang tinggi.. serta tepaksa menghadapi mereka2 yang tidak berpuas hati pada mereka.. aku? entah tak pernah rasa nak buat lagi.. lebih suka mendengar pendapat dan nasihat orang lain untuk menjadikan diri lebih baik..

kalau korang rasa internet korang laju atau punya masa yang lapang.. rajin2kan diri untuk mendengar pendapat dan teguran mereka.. kalau tak puas hati ruangan komen ada.. takpun anda buat vlog sendiri.. hehe..

Assalamualaikum..

p/s: ketiga2 mereka ni belajar over the sea..
p/s: fuh! banyaknya report tak siap.. sesak rasanya.. argh!!!

Sunday, April 10, 2011

Dilarang Masuk

Assalamualaikum..

Dilarang Masuk ? No entry!
Sehari dirumah sempat aku menemani kakak aku berjalan-jalan di shopping complex..
asalnya nak buat kaca mata baru aku.. yelah mata spare aku haritu rosak..
terkebil2 aku jawab test dalam dewan haritu.. nasib baik semuanya lancar.. Alhamdulillah..

Dikesempatan itu jugalah kakak aku ajak tengok wayang..
Asalnya nak tengok Merong Mahawangsa..
dah berkurun filem itu tapi masih tak sempat nak tengok dan memang hari itu cuma ada satu tayangan saja..
nak tengok filem Cun pula tidak ditayangkan dipawagan east coast mall..
akhirnya menggunakan kuasa ditangan aku.. aku memilih filem DILARANG MASUK!
aku cerita serba sedikit tentang jalan cerita filem ini..
empat orang rakan telah tersesat didalam hutan; Fatia, Ronnie, Badrul dan Juli.. tiba-tiba mereka menemui sebuah banglo usang yang tidak berpenghuni..
memikirkan hari sudah hampir malam mereka mengambil keputusan untuk tumpang bermalam.. namun banglo tersebut menyimpan 1001 rahsia.. penemuan dua mayat yang mati ditembak bersama2 dengan pistol.. kemudian mereka menjumpai wang sebanyak 2.8 juta ringgit.. fatia yang baru sahaja menjalani pembedahan jantung dapat merasai sesuatu yang tidak kena pada banglo tersebut sejak dari mula lagi.. pistol yang berada bersama mayat itu juga tiba2 hilang.. dan mereka bukan berempat sahaja yang berada dibanglo tersebut tetapi ada yang memerhatikan gerak geri mereka.. siapakah 2 org mayat tersebut? bagaimana wang sebanyak itu boleh berada didalam banglo tersebut? semuanya terungkai diakhir cerita..

ok aku sebenarnya tak berapa reti nak cerita balik pada orang.. tapi aku nak simpulkn tentang filem ini.. pertama sekali aku agak teruja sebab filem ini bergenre thriller seram.. setahu aku tak pernah tengok filem thriller malaysia.. jadi ini yang pertama.. jalan ceritanya menarik.. perasaan ingin tahu rahsia yang tersimpan itu memang membuak2.. lakonan pelakon agak kurang sikit mungkin kebanyakannya pelakon baru.. shiqin kamal sebagai watak utama boleh memperbaiki lagi lakonannya.. mungkin meningkat sikit dari lakonan dari filem lagenda budak setan.. hero pula dibawa oleh Isma Yusoff.. jujur aku cakap aku nampak pelik bila mamat ni jadi hero.. tapi lakonan dia ok.. Muniff Isa juga membawa wataknya dengan baik sekali.. dan pelakon baru Isma Hanum belum cukup jahat lagi.. heheh.. filem ini memang menarik tetapi ending dia seperti bermasalah.. aku tak faham endingnya bagaimana tapi aku dapat apa yang mesej yang disampaikan.. dan tak lupa lakonan isma daniel sebagai psiko agak menjadi..

Wah panjang betul kesimpulan aku.. aku bagi filem ini 4/5 bintang..
aku kalau boleh nak tengok banyak lagi filem thriller di Malaysia ini.. dimana permulaan cerita kita tertanya2.. dan terungkai di akhir cerita.. walaupun filem ini masih banyak kelemahan.. tetapi agak patut ditonton..

Ok ini pendapat aku saja.. kalau korang suka tonton filem thriller, aku rasa filem ini layak ditonton.. lepas ini aku berura-ura nak tengok filem Kongsi pula..

Sebelum tengok wayang aku sempat melahap dulu di Restoran Thailand.. bukan kedai siam biasa.. tetapi Johnny's Restoran..

terkenal dengan makanan steamboat..

tapi aku tak makan steamboat waktu.. aku makan mihun goreng ala thai.. ternyata orang thai sukakan kepedasan..

aku memang suka dia punya air dan desert.. aku bagi 3.5/5 bintang untuk restoran tu.. kalau sesiapa nak merasa di Kuantan, Restorannya berada di East Coast Mall..

Assalamualaikum..

p/s: sebelum itu aku nak cakap tajuk filem tu macam tak sesuai..

Mencari Punca

Assalamualaikum...

Aku ada seorang member yang namanya Punca..
bukan sebenar tapi nama glamour..
nama sebenar beliau Anuar..
dan masalahnya aku bukan mencari beliau..

korang pernah dgr Hapress atau Pystress?
korang tak payanh susah2 nak google sebab aku baik hati nak bagitahu..
yelah takut2 internet korang lembab ataupun korang akan kecewa menemui jawapannya..
Hapress dan Pystress adalah dua benda yang sama..
Happy + Stress = Hapress @ Pystress..
jadi korang dah tahulah yang aku reka benda nikan..
alah Faizal Tahir reka boleh..
Bencinta = Benci + Cinta..
aku pun nak..
dan aku skang tengah Hapress..

Ok.. aku happy hari ini..
sebab sungguh tak kusangka..
hari ini genaplah 2 tahun aku menjadi blogger picisan di alam maya ini..
dah dua tahun umur blog aku..
tak sangka lama benor aku menceburi bidang ini..
dari lepas keluar result SPM sampailah sekarang...
SELAMAT ULANG TAHUN KE-2 BLOGKU..
1. Sembang Sebentar Bersama Aku
2. Jom Sembang
3. Ini Cerita Aku
4. Kacak Macam Syah
Ini antara nama2 blog yg pernah aku guna..
macam 6 bulan sekali pakai pastu tukar jer..
rasanya lepas ni takkan tukar dah.. sebab memang best nama blog aku sekarang..
KACAK MACAM SYAH...


Ok yang stress pula..
yelah aku dapat berada dekat rumah sehari saja..
sebab hari ini aku ada test..
baru saja abis..
rasa agak terkilan sedikit dengan test sebentar tadi..
tengok soalan punya senang..
bila buat punyalah susah..
sekarang aku mencari punca kenapa aku tak cukup masa nak jawab test tadi?
Aku rasa mungkin sebab air cond tadi sejuk sangat kot..
sebab tulah tangan aku nak tulis jawapan lambat.. tekan kalkulator pun lambat..
mungkin sebab masa tu tangan dan otak aku dah beku..
lepas ni aku cadangkan jawab test kat bawah cahaya matahari..
barulah segar dan dapat vitamin E..
tapi tu masa waktu pagilah.. kalau petang?

haha.. aku dah mengarut..
banyak je alasan..
memang senang nak bagi alasan..
tapi memang susah nak akui kesilapan diri..
sebenarnya sebab kau tak study betul2kan..
banyak sangat minum air semut sebab tu kau banyak lupa dan do so many many many mistakes..

daripada aku terus melalut hingga kelaut...
lebih baik aku makan ayam golek dulu..


Assalamualaikum..

Thursday, April 7, 2011

Filem Jiwang Malaysia 2011

Assalamualaikum..

Sejak pagi tadi badan rasa semacam.. kejap sejuk.. kejap panas... kejap dekat afrika.. kejap dekat korea.. cecair dihidung pun masih degil nak keluar.. bermacam cara dah buat.. akhirnya terpaksa beli ubat juga.. aku dahlah susah makan ubat.. kalau sebiji ubat memerlukan dua jag air untuk diminum.. parah2.. baju pun dah mula basah2 sikit.. peluh keluar macam keluar air pancut..

Ok hari ini aku nak tulis tentang filem-filem jiwang macam best yang bakal ditayangkan pada tahun ini..

1. Sekali Lagi
Lakonan hebat Lisa Surihani dan Saheizy Sam..
dua2 ni baru saja menang anugerah pelakon filem wanita dan lelaki popular di abpbh2010 baru2 ini..

sinopsis:
Arman (Shaheizy Sam) merupakan seorang pesakit yang percaya dirinya menghidapi penyakit autisme. Dia dijaga oleh ibu (Kartina Aziz) dan ayah saudaranya (Alex Yanz) selepas pembedahan. Dia dijodohkan dengan (Shasha Zurazie) atas pilihan ibunya. Satu hari, Arman diperas ugut dan kehadiran Amy (Mia Sara Nasuha) menyelamatkan Arman. Sejak hari itu, mereka berkawan baik sehinggalah hal persahabatan mereka diketahui ibu Amy, Shiela (Lisa Surihani). Shiela berang dan melarang Amy berjumpa Arman. Mengapakah Shiela berbuat begitu?

poster:


trailer:


tarikh tayangan : 30 Jun 2011


2. Nur Kasih The Movie
setelah drama bersirinya mencatat rating tertinggi.. akhirnya difilemkan dan masih mengekalkan pelakon yang sama iaitu Remy Ishak dan Tiz Zaqyah..

sinopsis:
Drama bersiri popular Nur Kasih pada tahun lalu disajikan penuh dengan cerita cinta antara Adam lakonan Remy Ishak dan Nur Amina (Tiz Zaqyah) serta pengorbanan Aidil (Fizz Fairuz) kepada adiknya, Adam.Jika dalam drama bersiri, Aidil terpaksa mengorbankan cintanya kepada Nur Amina demi Adam tetapi pengorbanan Aidil tidak terhenti dalam drama yang disiarkan sebanyak 26 episod itu.Ini kerana dia masih lagi menerima pelbagai dugaan dan ranjau dalam menempuhi kehidupan menerusi sekuel terbaru Nur Kasih yang disambungkan dalam bentuk filem.Untuk filem berjudul Nur Kasih The Movie itu, Aidil menjalani kehidupannya sebagai seorang bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu Ilyas, 7, dan Maryam, 5, setelah isterinya, Alia (Ayu Raudhah) yang meninggal dunia.

poster:


trailer:


tarikh tayangan:
19 Mei 2011

Filem jiwang malaysia ni bukan macam filem jiwang korea.. dia lain sikit.. tapi apa2pun tak salah kita support filem malaysia.. orang2 malaysia pun jiwang2 jugak..
dan kalau korang nak tahu lelaki2 di Malaysia ini romantik.. sebab baka dia sememangnya macam itu.. jadi buat perempuan2 diluar sana jangan risau yerk.. aku tahu korang suka yang romantik2 kan.. dah2 lah fikir tentang lelaki korea.. lelaki malaysia lagi hebat..

Aku sebenarnya suka tengok filem2 jiwang ni.. aku kalau nak berjiwang agak2 dengan siapa.. aku rasa nak sangat pasangan aku perempuan ini.. sangat cantik..
kalaulah ada dekat Malaysia perempuan macam ni bertudung dan berpakain sopan pasti aku orang first yang mengorat.. terus daftar keluar dari kelab lelaki-lelaki single yang baru ditubuhkan housemate aku..

sumber: DISINI dan DISINI

Assalamualaikum..

Wednesday, April 6, 2011

O.M.G : Oh! MUETku Gempak

Assalamualaikum..


Bangun tidak seawal seperti biasa..
Bekalan air susu putih dutchlady yang diminum malam semalam..
cukup memberikan kekuatan untuk tulangku..
lantas melangkah gagah masuk ketempat ujian..

Datang seawal pagi.. matahari pun masih segan2 malu mahu muncul..
menunggu giliran dibilik kuarantin..
akhirnya giliran tiba pabila matahari gagah mengeluarkan bahangnya..
sehingga diriku sendiri terasa bahangnya..

Satu persatu wajah candidates lain dipandang penuh syahdu..
wajah juri pun dipandang penuh jiwa..
pasti juri2 tersebut memujiku..
wajah kacukan melayu-korea..
ditambah dengan speaking aku yang begitu gempaq..
pasti dia merasa aku dilahirkan diluar negara.. UK or USA..
speaking test berjalan lancar...

candidates and juries were very shocked when I open my mouth! Gorgeous and brilliant!

O.M.G!

kalaulah ini betul.. pasti bestkan..
biasalah kalau dah kacukan melayu-melayu nilah..
lidah ni keras sikit..
kadang2 tersasul jugak..
tapi aku rasa aku dah buat terbaik..
cuma mungkin aku cakap laju sangat..
bukan sebab english aku cair macam air..
tetapi sebab nak elak dari terbelitnya lidah yang keras ini..
apa2pun haraplah semuanya baik2 sahaja..
tggu giliran untuk reading, listening ang writing pula next week..

O.M.G : Oh! Muetku Guanelah!

Assalamulaikum..

p/s: fuh! abis muet.. test pula malam ni.. hurmm... Fighting!

Tuesday, April 5, 2011

KEAIBAN BUKAN UNTUK PERTUNJUKKAN

Assalamualaikum..

Entri yang lepas aku ada tulis..
"Cukup-cukuplah aibkan orang, kalau kita dipihak yang benar, Allah akan tolong kita.."

Aku rasa dah cukup bosan baca tentang kes aib orang yang diperbesar2kan.. aib itu perlu dijaga bukan untuk dibuat pertunjukkan..

kalau kita tak mahu aib kita dibuka.. jangan sesekali kita buka aib orang lain..

fikir-fikirkanlah..

aku tidak memihak pada sesiapapun..

cuma aku manusia yang cepat bosan apabila dihidang cerita yang sama malah berbaur fitnah..
kalaulah berlakunya fitnah.. fikirlah sendiri.. PERKARA NI MASIH BELUM PASTI LAGI..

daripada kita sibuk bincangkan perkara yang masih belum jelas dan masih lagi dalam siasatan.. lebih baik kita fikirkan cara-cara untuk membanteras korupsi dengan lebih efiksyen.. sebab benda2 macam inilah yang akan bagi effect kepada negara..
skang video dah tersebar.. video macam tu ke kita nak tunjuk pada anak bangsa kita yang bakal memimpin negara pada masa hadapan..

aku terus terang tulis dekat sini.. aku langsung tak sokong mana2 pihak.. cuma meluat atau bosan dengan cerita macam ini.. sekarang perkara ni dalam siasatan.. kita tggu saja kebenarannya.. JGN BUAT ANDAIAN MELULU.. tak perlu dihebahkan2 secara besar-besaran macam ini.. negara kita aman sekarang.. fikirlah yg terbaik..
keaiban bukan untuk pertunjukkan.. jagalah maruah orang lain..

Entri terbaik hari ini yang aku baca..
Blog Raji.. klik SINI untuk membaca..

FIKIRLAH YG TERBAIK UNTUK NEGARA KITA..

Assalamualaikum..

Bukan Sampah

Assalamualaikum..

Semakin hari aku semakin hairan melihat drama melayu..
sambil menjamah hidangan chicken chop selepas habis test tadi..
sempat juga si bermata empat ini menjamah mata melihat televisyen didepan mata..
saluran berbayar astro dipasang.. mula2nya channel supersport dipasang.. sempat mencuci mata melihat aksi gusti wanita dan atlet wanita berbadan lelaki.. aku pun takde otot2 berketul2 macam dia itu..
lepas itu channel dialeh dan terpampang drama melayu..
cerita mistik alam hitam..
hairan dengan saluran tv malaysia..
kalau channel ini tayang drama indon, channel nipun nak tayang drama indon..
kalau channel ini nak tayang drama seram, channel inipun sama..
langsung tiada kepelbagaian.. akhirnya penonton terpaksa tengok rancangan yg ditayangkan..
boleh aku katakan cerita itu cerita bodoh..
ataupun sampah barangkali..
langsung tak ada logika.. hantu berlawan hantu...
kalau ceritanya bergenre komedi boleh lagi diterima akal..
tapi tengok saja kelembapan jalan ceritanya sudah tahu itu cerita serius..
bilalah hendak berubah nak buat cerita yang menarik macam CSI, HOUSE, NUMBERS, 24, CHUCK dan cerita yang perlukan pemikiran dan jalan cerita yang menarik..
aku lebih rela melihat cerita yang diciplak dari negara lain daripada melihat hantu melayu yang yang berambut panjang kekusutan..


SEMAKIN BANYAK KITA BELAJAR SEMAKIN BANYAK YANG KITA TAK TAHU..


SEMAKIN LAMA KITA BERSAMANYA SEMAKIN BANYAK SIKAPNYA YANG KITA TIDAK TAHU..


masa bukan penentu untuk kita menjadi lebih rapat.. tidak kira sama ada dengan ilmu ataupun manusia.. kadang2 kita tak perlukan masa yang lama untuk memahami hati seseorang dan kadang2 kita memerlukan terlalu banyak masa untuk mengenali hati seseorang.. tinggal bersama tidak semestinya kita sudah saling memahami malah akan berkali-kali berkelahi.. semakin lama ketidakfahaman menjadi lebih tinggi.. akhirnya semua jadi tidak bererti..

kita selalu ingin orang memahami kita.. tetapi kita sendiri tidak pernah mahu memahami orang lain.. bukan semua perkara kita saja yang betulnya.. sekali sekala pasti ada salahnya.. malah mungkin banyak kali kita melakukan kesilapan.. kita sendiri tahu didunia ini tiada manusia yang sempurna.. mengapa perlu kita mencari kesempurnaan dalam diri orang lain sedangkan kita sendiri tahu hakikatnya.. susahkah kita memaafkan kesalahan orang lain?? sedangkan untuk meminta maaf itu lebih sukar rasanya..

Setiap orang punya hati dan perasaan.. bukan hati kita saja yang perlu dijaga.. begitu juga dengan hati insan-insan yang lain.. setiap kesalahan sendiri tak pernah akui namun apabila kesalahan orang lain cepat saja dicaci.. jangan melayan seseorang seperti mereka tak punya hati tak punya perasaan.. mereka bukan sampah yang boleh disepak dan dipijak.. mereka juga manusia seperti kita... fikir-fikirkanlah..

Doakan aku untuk buat yang terbaik untuk speaking test MUET esok hari..

Assalamualaikum..

sekadar gambar hiasan..

p/s: mgkn ada yg tak paham apa yang aku sampaikan.. kalau begitu anggaplah ia cuma luahan sekeping hati..

p/s: cukup2lah mengaibkan orang lain.. yakin kalau kita dipihak yg benar.. Allah akan membantu kita..

Sunday, April 3, 2011

Macam Inilah Berbudi Kepada Tanah!

Assalamualaikum..

Hari ahad menjelma lagi..
kalau masa sekolah rendah dgn sekolah menengah..
hari ahadlah paling tak best sebab esoknya dah start sekolah..
tapi skang hari ahad bagaikan hari-hari yang lainnya..

Hari ni terpaksa membanting tulang didalam makmal..
untuk siapkan assignment yang diberikan..
tak dapat nak bermimpi indah lama sikit..
kena bangun awal pagi untuk siapkan semua tugasan..

Ok, kali ini aku nak bagi informasi buat pelajar lepasan SPM yang keliru untuk pilih bidang apa..
aku rasa masih sempat lagi untuk menukar fikiran masing-masing..
kalau tak sempat bolehlah suruh adik-adik anda merealisasikan impian anda yang terkubur itu..
dan informasi ini juga sesuai untuk adik2 yang akan mengambil SPM atau masih belum mengambil SPM.. sekarang kita kena selalu fikir masa depan..
waktu remaja macam inilah nak fikir kerja apa, gaji berapa, bini berapa, anak berapa dan orang gaji berapa orang.. baru senang nak manage nanti.. haha.. kekoyalan disitu..

OK2.. taknak membuang masa anda entri kali penuh dengan gambar yang begitu menarik.. kalau boleh jangan baca entri ini bersendirian tapi ajak lagi adik beradik yang lain.. kalau mak ayah pun ada ajak sekali yerk.. sebab kadang2 mak dengan ayah pun nak anak-anak dia ambil bidang2 yang bagus dan dapat menjamin masa depan..

ok3.. kamu suka bermain tanah? tak kisahlah tanah jenis apapun.. tanahkan ada banyak jenis.. jangan sampai terkeliru pula tanah dengan tahi kucing... kalau ada adik2 kamu yang suka bermain dengan tanah ini tolong jangan larang tetapi memberi lagi galakan.. sebab apa disitu mereka telah menanam minat kepada tanah..

Sebagai pelajar jurusan kejuruteraan awam.. terdapat banyak lagi cabang2 dalam jurusan ini dan hari ini aku nak bercerita tentang cabang berkaitan tanah.. Soil Engineering..

aku bangun pagi2 buta tadi masuk makmal soil engineering semata2 mata untuk bermain tanah..
beberapa hari yang lalu kami mengorek tanah sedalam 7 kaki untuk mendapatkan disturbed soil untuk dibuat kajian.. dan hari ini bermulalah permainan atau kajian kami terhadap tanah..

memang dalam tu..

tanah yang dikeringkan dan dihaluskan...
campur dgn air dan kacau sampai sebati..

pastu kita gentel jadi macam ni..


lepas tu masukkan didalam acuan untu dipenetratekan..

Gambar di atas merupakan salah satu eksperimen yg kami buat.. ada byk lagi eksperimen yang perlu dilakukan..

kenapa perlu eksperimen2 ini adalah untuk menguji struktur tanah, kekuatan tanah, kandungan air didalam tanah.. untuk apa?
untuk nak buat bangunan juga.. ingat senang nak buat bangunan.. kita tengok jenis tanah, kekuatan tanah dan macam lagi.. kalau tanah jenis macam ni bangunan macam mana yang boleh dibina, rumah teres ke, KLCC ke, rumah Siti Nurhaliza ke dah bermacam2 jenis bangunan lagi..

So, Ada yang berminat?

kalau ada daftar segera ambil jurusan ni..
kalau tak berminat tanya pada adik2 yang berminat..
jangan biarkan mereka kekeliruan..

yg ni keliru sama ada tanah atau ais krim.. yummy!

Assalamualaikum..

p/s: ringan rasa kepala lepas gunting rambut semalam.. bertambah kacak lagi aku..

Saturday, April 2, 2011

JOM BACA : TERASING

Assalamualaikum..

Berbalik kepada entri semalam..
ramai yang kurang suka makan tart telur tapi suka makan cheese tart..
aku pun suka juga makan cheese tart ni sebab lebih lemak berkrim patutlah disukai ramai..
tapi harganya lebih mahal dari tart telur..
tambah2 minyak ron97 naik lagi 20 sen..
memang aku dah tak boleh bawak berbincang dah dengan Si Hitam..
sebagai student aku terpaksalah berjimat cermat..
sebab tulah pilihan aku tart telur..

Ok lupakan sebentar tentang cerita tart telur atau tart cheese..
harini aku nak ajak korang membaca..
sebuah Novel Aksi Islamik yang begitu mengghairahkan untuk dibaca..
Tajuk : Terasing
Penulis : Hilal Asyraf
Terbitan : Telaga Biru

Aku sebenarnya nak syorkan korang untuk dapatkan novel ini.. novel ni memang menarik bagi aku.. bergenre aksi islamik..

11 tahun terpisah dengan sahabatnya yang bernama Zaman, Saifullah bermimpi akan janji mereka berdua sebelum berpisah. Janji yang tidak pernah dilupakannya, dan saban hari diingati. Namun mimpi itu datang berkali-kali seakan menyatakan bahawa dia belum menunaikan amanahnya. Satu hari, Zaman kembali secara tiba-tiba. Saifullah amat gembira. Tetapi, bukan hanya kebahagiaan sahaja yang ada di dalam dunia ini. Tanpa disangka-sangka, satu percubaan membunuh telah dilakukan ke atas Saifullah. Hal ini mengheret dirinya ke kancah jenayah kongsi gelap. Hairan kerana merasakan diri Saifullah tiada kaitan, Amiri, abang ipar Saifullah bergerak melakukan siasatan. Rupa-rupanya, keterasingan dalam kehidupan seorang insan, mengheret manusia-manusia yang berhubungan dengannya ke arah kegelapan. Ukhuwah, cinta, kasih sayang, prinsip, matlamat, segalanya teruji dengan keterasingan ini. Bagaimana Saifullah melaluinya?

Aku sebenarnya dah lama memilik novel ni.. masa aku sem 1 lagi.. masa tu aku terasing juga dengan manusia lain.. aku cuma duduk bergelumang dengan buku ni saja.. akhirnya lepas aku abis baca buku ni baru aku dapat sesuatu.. kita bukannya hidup didunia seorang diri.. tetapi kita yang memerangkap diri kita dari keterasingan ini..

novel ini boleh aku katakan sgt hebat.. semua ada.. hubungan persahabatan yang penuh pengorbanan.. hubungan kekeluargaan yang penuh rasa cinta dan aksi-aksi yang penuh debaran.. aku berharap novel ini difilemkan.. kalau difilemkan aku rasa memang best.. memang sesuai untuk dibuat filem kerana di Malaysia masih belum ada filem yang bergenre aksi islamik..
aku syorkan kepada pengarah yang nak buat filem, tak salah ambil saja novel2 yang ada dipasaran yang aku rasa banyak yang hebat2.. tak perlulah buat filem yang macam cekedis.. hollywood pun banyak buat filem melalui novel, tak cukup dengan novel game pun dijadikan filem..

Jadi sekali lagi aku syorkan korang untuk dapatkan novel ini yang bagi aku cukup menarik dan best.. kalau ada masa terluang, selain berblogging korang bolehlah ambil masa untuk habiskan membaca novel ini.. tak rugipun bagi aku.. malah banyak pengajaran yang boleh kita dapat.. bukan senang nak baca novel aksi islamik sebegini di Malaysia.. dapatkan sekarang di kedai buku yang berhampiran..

penulis buku ini juga mempunyai blog yang bernama LANGIT ILAHI yang menggunakan tagline "mari menjadi hamba".. memang seronok baca blog beliau.. jom terjah!

Dan hari ini juga aku rasa terharu sebab ada blogger yg tulis tentang blog aku ni yang sekarang telah bertukar nama dari INI CERITA AKU kepada KACAK MACAM SYAH..
klik SINI untuk membacanya.. terharu seh!

Assalamualaikum..

Friday, April 1, 2011

Tart Telur Si Kacak

Assalamualaikum..

Hari ini aku nak berkongsi resepi..
desert kegemaranku yang dinamakan TART TELUR..
sebelum tu aku nak cerita sejarahnya bagaimana aku begitu menyukai tart telur..
masa aku form 3..
aku ambil subjek sejarah untuk PMR..
semua orang pun ambil..
aku ni memang lemah subjek sejarah..
aku pun tak tahu sebab apa..
mungkin sebab sejarah ni tak boleh guna logik akal.. tak boleh nak guna machine gun untuk tembak sesuka hati..
satu hari cikgu aku buat Quiz sejarah..
tanpa semena2nya aku dapat menjawab quiz itu dengan jayanya..
dan memperolehi dua ketul tart telur..
sambil makan dihadapan pelajar2 lain..
untuk pengetahuan korang budak lelaki kelas aku cuma ada 3 orang dan 2 orang masa tu tak datang.. dan seramai 28 orang pelajar perempuan..
pada awalnya ramai pelajar lelaki kelas aku tetapi sebab mereka menolak untuk mengambil subjek Bahasa Arab semasa PMR..
jadi aku makan dengan rakusnya dihadapan perempuan2 lain..
sedap gila waktu tu.. memang meleleh.. lepas tu terus aku suka..
itulah sejarahnya..

Inilah Resepinya:

Bahan-bahan ( utk satu bekas tart yg besar tuh )

  • bahan utk crust : 2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan gula halus
  • 1/2 teaspoon baking powder
  • 1/4 teaspoon garam
  • 1/2 cawan butter (bhgikan kpd 8 bhgn kecil2)
  • 2 biji telur
  • bahan utk filling : 1 cawan susu cair
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan air
  • 1 tbs tapung kastard
  • ½ tsp vanilla essence

Cara-cara

  1. Utk buat crust : Masukkan tepung, gula, baking powder dan garam ke dlm doh mixer/food processor/guna tgn pun boleh. Sebatikan.
  2. Masukkan butter. Sebatikan.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Tunggu hingga menjadi bentuk doh.
  4. Cara utk buat filling dia pulak : Pukul gula dan telur.
  5. Masukkan semua (bahan filling) yg belum dimasukkan. Kacau hingga sebati.
  6. Tekan2 doh ke dalam bekas tart/pie. Then tuang je bahan filling ke dalam acuan bekas tart yg diletakkan doh tadi.
  7. Bakar dlm oven. agak2 jer temp dia. agak2 nmpk mcm dah kekuning orangean tuh masak la tuh! tunggu sejuk baru potong!
  8. Selamat menjamu selera!

Ini bukan resepi aku.. tetapi telah di cilok di MYRESEPI..
pergi terjah kalau nak tengok resepi lain..

Assalamualaikum..

p/s: kotang tahukan siapa si kacak tukan? kah3..