Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Thursday, March 31, 2011

Perpisahan Ini

Assalamualaikum...

Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama

Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Kalau sebelum-sebelum ini lagu Sungai Lui menjadi kegilaan housemate aku..
disebabkan drama Begitukah Cinta?

semua housemate aku layan drama ni..
walaupun sebenarnya payah nak layan drama melayu ni..
drama terbaru yang ganti drama Begitukah Cinta?
tak menarik perhatian kami disebabkan heroin dia baik bodoh..
kena buli pun masih nak buat baik..
senang2 bagi orang pijak kepala..
orang baik memang selalu kena buli yerk..
tak faham betul.. aku yang baik ni tak kena buli pun.. ahah..
ok aku dah lari topik..

Diatas itu merupakan lirik lagu Aizat yang bertajuk Perpisahan Ini..
lagu nipun boleh layanlah selepas lagu Sungai Lui..
kalau nak download klik PERPISAHAN INI
lagu2 aizat memang boleh tahanlah..
best layan pada waktu malam time angin bertiup sepoi2 bahasa..

Assalamualaikum..

p/s: waktu tayangan slot akasia di TV3 tak sesuai.. nasib baik kami dah tak layan slot tu dah lepas abis drama Begitukah Cinta..

Wednesday, March 30, 2011

Mayat Sejuk

Assalamualaikum..

Kadang2 rasa nak tempeleng diri sendiri..
sebab malas dan suka menangguh kerja..
report bersepah lagi tak siap..
dengan test dan quiz yang bersusun untuk dijawab..
minggu depan dah start exam muet..
memang tak tahu nak study apa..
misi aku esok nak cakap dalam english...
biarlah orang nak cakap apapun..
mungkin boleh improve sikit lidah pendek ni..
tapi selalunya misi aku menemui kegagalan..

Bila merenung di jendela..
aku selalu memikirkan masa depanku..
aku rasa nak sambung master lepas habis ijazah..
diploma pun tak habis lagi.. tapi tak salahkan nak fikirkan masa depan sendiri..
aku ingat nak sambung master dalam bidang forensik di Korea Selatan..
Ada lecturer aku bagitahu yang adik dia dapat biasiswa JPA sambung master dalam bidang Forensik dekat sana..
Lari benor dalam bidang yang aku ambil sekarang, engineering..
ataupun aku terlebih addicted kot tengok CSI..
padahal nak tengok mayat orang kemalangan pun kurang berani..
takut termengigau waktu malam jer..
tapi dalam engineering pun ada juga forensik..
forensic engineering...
kalau dalam CSI tu dia bedah siasat mayat..
tapi forensic engineering pula bedah siasat bangunan, jambatan, jalan dan sewaktu dengannya..
kalau bangunan runtuh, forensic engineer ni kena siasatlah punca berlakunya keruntuhan..
sama ada kena tikam dengan pisau ke, atau kes langgar lari..
runtuh sebab material atau design bangunan, jambatan dan sewaktunya..

Kenapa aku pilih Korea pula?
sebab aku ni suka benda sejuk..
contohnya mayat sejuk!
ok itu satu perbohongan..
aku ni lama nak main air batu yang dikisar yang turun dari langit..
pastu ambil buat Air Batu Campur..
ok aku nak main salji sambil main ski..
best betul kot tengok orang main ski..
kalau jatuh pun lagi best sebab sangat sakit..
apa2pun aku nak main salji..
haritu pergi genting highlands tak sempat nak masuk rumah salji..
sebab tengah diupgrade.. kecewa.. dahlah susah nak pergi sana..

Lagi satu benda sejuk yang aku suka..
adalah aiskrim.. sebut tentang aiskrim dah lama aku tak makan Mcflurry..

Bilalah nak ada McDonald dekat Jengka ni..
Dekat KFC ada perkenalkan benda baru yang bernama krushers..
aritu aku excited sangat masa hari first benda ni ada dekat KFC Jengka..
semangat suruh kawan tolong belikan..
apa yang aku boleh cakap..
Mcflurry menang lawan krushers dengan score 3 berbalas 1..
mungkin masa tu hari first sebab tu tak berapa nak best benda ni..
lagipun aku rasa krushers ni bukan ais krim tapi ice blended..
lepas makan nasi kerabu tadi..

teringin betul nak makan Mcflurry..
bilalah cuti sem nak tiba.. tak sabar nak balik kuantan..
nak terjah makan mcflurry dekat McDonald Teluk Cempedak..
kat sana Mcflurry dia lagi sedap.. hahaha..

NAK MENANG TIKET MALAYSIA GP DAN PARTI BERSAMA RAIN ARTIS KOREA TU.. KLIK MSIAGP SEKARANG!

KERJA ATAU KESIHATAN? PILIHLAH KESIHATAN, KALAU SAKIT TAK BOLEH KERJA JUGA.. KLIK HEALTH UNTUK LEBIH SIHAT..

JOM JOIN CHURPCHURP SEKARANG UNTUK DUIT POKET ANDA.. TAK PERLU MINTA DENGAN MAK AYAH JIKA MAHU MAKAN MCFLURRY.. KLIK CHURPCHURP..

Assalamualaikum..

p/s: aku saja letak gambar makanan nak bagi korang terliur..

Monday, March 28, 2011

Without kompromi!

Assalamualaikum..

Baru lepas layan tengok jadual final exam..
sem ni jadual dia agak kurang menyeronokkan..
tak macam dulu2..
jarak masa antara satu course ke satu course memang banyak..
ada tu sampai seminggu lebih.. memang bestlah..
tapi 2 hari sebelum nak exam baru terkial-kial nak buka buku..
bukan apa.. kata orang kalau baca awal, lupa awal...
tu kalau stail jenis yang suka menghafal..
kalau jenis yang memahami lain sikit cara dia..
aku kategori dua hari nak exam baru buka buku kot..
bukan nak menghafal cuma nak remind balik apa yang dah belajar..

buat pelajar UiTM jangan lupa isi borang SuFO..
No SuFO, No result..
Ok?

Masa sesi pembelajaran nikan..
ada dua benda yang aku tak suka..
first sekali..
bila time aku tanya soalan..
orang pandang2 aku buat muka tak boleh blah..
tu tak kisah sgtlah tapi ada tu siap gelak2 lagi..
kalau dulu memang seganlah..
tapi skang aku dah tak segan..
sebab memang cara nak belajar mesti kena bertanya kalau tak faham..
kalau boleh tanya member sebelah dululah..
kalau member sebelah pun tak tahu barulah angkat tangan tanya lecturer..
buat apa nak segan2..
nanti kita juga yang rugi..
kalau tak faham terus tanya without kompromi(erk?)
walaupun soalan tu senang tapi kalau kita tak tahu lebih baik tanya..
tapi kena ingat bila tanya soalan biarlah serius..
mungkin kalau soalan tu macam bodoh je tapi kalau kita serius pensyarah pun akan ambil serius.. disitu pensyarah boleh tahu ketidakfahaman kita..
pensyarah ni pula ada dua jenis..
satu jenis yang suka bagi explanation dan satu lagi tak suka..
yang tak suka ni pula ada dua jenis..
pertama dia akan suruh cari sendiri dan yang kedua dia akan kutuk kita..
buat relax sudah.. biasalah tu anggap nasihat dari orang tua..
biar kita nampak bodoh masa belajar..
sebab masa tu kita baru nak terima ilmu..
yang penting result yang keluar nanti hasil usaha kita...

Yang kedua pula yang jenis suka masuk daun..
bukanlah maksudnya masuk daun nak mengorat pensyarah..
tapi bila time kita tanya pensyarah tu tiba2 ada yang menyampuk nak bagi penerangan..
biarlah pensyarah tu terang dulu..
tahulah dah bijak tapi bagi aku kena hormatlah pensyarah..
pensyarah yang excited nak bagi explaination terbantut bila ada yang potong cakap dia..
kalau pensyarah ada salah ke barulah bersuara..
pensyarah pun manusia.. tak sempurna..
mungkin tersasul atau terlupa..
rasa macam annoying pula..
kita yang excited nak faham..
pun turut rasa terbantut..

Cara belajar pun masing2 kena ada..
lain orang lain caranya..
asalkan dia memberi kesan kepada kita..
kalau macam aku ni tak boleh fokus sgt bila dalam kelas..
adlah seminit dua berkhayal kejap..
aku ada gak pernah try nak fokus habis2an..
tapi syaitan ni memang dengki dengan aku..
mesti lepas tu rasa nak tidur disamping kesejukkan yang mencengkam tulang.. lagi enak..
aku rasa best sgt bila tengok orang yg dapat tumpukan perhatian dalam kelas..
pastu tak perlu study bagai nak rak..
selalu berangan jadi manusia macam tu..
tapi kesedaran sentiasa tiba..
aku memang tercipta bukan menjadi manusia sebegitu..
agak2 sem ni aku boleh termasuk dalam senarai dean tak?
Boleh kalau aku dapat buang perangai mim alif lam sin...
without kompromi!

kalau suka proton exora.. klik EXORA
Kalau nak duit.. Klik CHURPCHURP

Assalamualaikum..

Saturday, March 26, 2011

Jangan Jadi Bodoh

Assalamualaikum..

Mungkin ramai yang dah tengok video bunuh diri dekat KB Mall tukan..
aku tak tengok pun.. tak menarik untuk aku tunggu video tu buffering lama2..
aku pun tak faham kenapa mereka2 yang fikir bunuh diri ini adalah jalan penyelesaian..
memanglah bila bunuh diri mereka mati..
jadi tak payah nak tanggung masalah tu..
tapi bila fikir balik setiap masalah ada penyelesaian..
tak perlu tutup sangat fikiran tu..
lagipun dalam islam mana boleh bunuh diri..
tak boleh masuk syurga..

Bila baca tentang kisah bunuh diri tu..
teringat pula aku dengan drama One Litre Of Tears..
drama jepun ni memang menarik..
sebuah kisah benar yang berlaku di Jepun..
drama ni berkisar tentang seorang gadis yang menghidapi penyakit SPINOCEREBELLAR DEGENARATION..
penyakit ini masih belum menemui penawarnya...
plot cerita ni memang tersusun dan kuat..
hubungan kekeluargaan dan percintaan yang sangat menarik..

Aya(watak utama) berjuang untuk terus hidup dengan gembira walaupun dia tahu penyakitnya tak dapat disembuhkan.. satu persatu keupayaannya ditarik.. sehinggalah dia hanya mampu terbaring di atas katil hospital.. saat dia melawan penyakitnya, pelbagai dugaan yang terpaksa ditempuhinya sehingga air mata selalu menemaninya..

Betapa kuatnya semangat Aya ni untuk terus melawan penyakitnya dan menempuhi pelbagai dugaan yang memang berat.. namun dia tetap teruskan kehidupannya.. dia langsung tak terfikir untuk give up dalam hidup dia.. ini adalah kisah benar..
inilah dia Aya dialam realiti..

Ini pula pelakon yang memegang watak Aya
cantik kan?
pelakon malaysia pun cantik jugak..
contohnya :
cantik kan pakaian dia?

Cerita ini memang akan buat orang mengalirkan air mata.. takdelah sampai menangis merauang2.. tapi tiba2 sedar ada air keluar dari mata.. mungkin masuk habuk atau geyeh mata kuat sangat kot..

apa2pun drama jepun ni mmg banyak yang unik2..
penyakit2nya pun pelik2...
ada satu drama tu yang juga dilakonkan oleh pelakon yang sama..
menghidap penyakit XP..
bukan window XP tu tapi penyakit yang tak boleh kena cahaya matahari..
dia cuma boleh keluar pada waktu malam saja..
ok juga drama tu..

Drama Hani yang habis bulan lepas pun aku rasa boleh tahan..
walaupun ada persamaan juga dengan drama one litre of tears..
tapi plot citernya juga agak menarik..
takdelah sampai nak keluar air mata..

Konklusinya entri kali ini adalah..
khas untuk mereka yang tak dapat nak hadapi dugaan hidup ini sampai mengambil keputusan bunuh diri..
jangan ingat apa yang menimpa kita ni sudah teruk..
fikirlah seteruk2 apa yang kita hadapi.. ada lagi orang yang hadapi situasi yang lagi berat..
jangan terlalu ikutkan emosi..
kita seharusnya kawal emosi bukan emosi mengawal kita..
Allah takkan memberi ujian kepada hambaNya jika hambaNya tak mampu..
jadi kita kena ingat setiap ujian dan dugaan yang kita dapat kita boleh hadapinya..
mungkin mengambil masa yang lama untuk selesaikannya...
jadi janganlah pendekkan minda dengan cuba bunuh diri..
itu adalah tindakan orang yang bodoh saja..
Jangan Jadi bodoh..
fikir-fikirkanlah..

Assalamualaikum..

Klik ChurpChurp kalau nak duit lebih...
Klik iPhone kalau nak beli iphone dengan harga murah...
Klik FramesCafe kalau minat matematik...
Klik PhotoBook kalau minat fotografi...

Friday, March 25, 2011

Budak-Budak

Assalamualaikum..

Akhirnya penantian selama dua bulan lebih berakhir..
Pagi2 lagi orang TM dah call aku..
baru nak tidur lama sikit sebab kelas takde..
rumah aku dah ada streamyx..
pakej paling murah sekali..
oklah tu boleh buat SuFO..

Apa definisi kamu tentang budak2..
bagi aku budak-budak adalah manusia yang muda lagi pada aku..
maknanya aku sekarang dah 20..
kiranya mereka berumur 19 dan kebawah dikategorikan sebagai budak-budak..
tapi ramai saja yang masih muda tetapi bersikap matang..
aku pun orang selalu cakap budak-budak..
kalau orang tua daripada aku cakap macam tu..
aku tak kisah sangatlah..

Budak-budak ni bagi aku adalah golongan yang perlu diberi perhatian lebih..
dan tunjuk ajar lagi..
bukannya bermakna aku ni tak perlu..
masih lagi perlukan bimbingan dan tunjuk ajar..
tetapi tak semua perkara perlu ditunjuk.. perlu lebih berdikari..
berani mengambil risiko dalam hidup..
tak boleh selalu mengharapkan bantuan orang lain..

Masa balik dari kelas tadi..
aku tengok budak2 sekolah menengah naik motor..
mgkn aku boleh consider diaorang tak pakai helmet sebab tu bukan kawasan bandar..
tapi aku boleh je pakai helmet..
first time aku pergi kelas naik motor..
agaknya sebab tak tahan sangat nak kena berjalan satu universiti untuk sampai kekelas..
ok berbalik dgn cerita budak2 tu..
budak2 sekarang hebat tak hebatnya.. bawa motor tak pakai tangan..
tapi pakai kaki.. hebatkan.. kagum sekejap..
best mmg best.. dapat tunjuk dekat orang lain yang kita ni luar biasa..
tak macam orang biasa..

tapi budak2 ni langsung tak fikir keselamatan diri dan orang lain..
cuba kalau dorang terjatuh..
yelah macam mana handle motor guna kaki..
function tangan dengan kakikan berbeza..
ada ke orang basuh berak guna kaki?
lainlah kalau tangan takde ke lainlah ceritanya pula..
budak2 macam nilah kena bagi perhatian lebih..
mungkin hari ini dorang selamat..
esok lusa siapa tahu?
fikir2kanlah..

Satu quote yg menarik aku dapat dari drama jepun..
"For Parents, children are children forever!"
Bagi ibu bapa, anak-anak tetap budak-budak selamanya..
maksudnya walaupun anak-anak mereka dah besar..
mereka tetap akan risau dan menganggap mereka masih lagi budak2 yang perlukan bimbingan..
itulah kasihnya ibu dan bapa..

Rasa-rasanya.. kita ni masih golongan budak-budak ke??

Assalamualaikum..

Klik ChurpChurp kalau nak duit lebih...
Klik iPhone kalau nak beli iphone murah...
Klik PhotoBook kalau minat fotografi...

Tuesday, March 22, 2011

Ujian Terhebat

Assalamualaikum..

Rasanya sudah lama aku tak bersiaran..
Hari ini pun dapat update dekat cybercafe..
asalnya niat nak cari maklumat..
tapi seperti biasa niat tu dah memang terpesong sikit..

Sepanjang aku tak update ni..
macam2 yang berlaku..
pada diri aku dan juga dunia..
kalau dekat malaysia ni..
famous dgn video skandal seks..
diluar negara pula dgn kejadian tsunami di jepun..
dan juga peperangan di Libya..

esok pula pelajar SPM tahun lepas akan ambil result masing2..
mesti rasa berdebarkan..
aku pun macam tu..
rasa tak boleh nak tidur..
sibuk fikir dapat berapa A..
kalau A tu plak dapat A1 ke A2..
skang tak main dah macam tu.. A+ plak..
apa2pun bagi sesiapa yang namk ambil result tu..
semoga mendapat keputusan yang membanggakan..
kalau lari daripada target tu..
janganlah sedih sangat..
jangan bunuh diri pula..
kehidupan masih belum terhenti selagi nafas belum terhenti..

Tentang diri aku pula..
Aku baru saja kehilangan orang yang penting dan paling aku sayang..
kalau tiada dia.. aku tak mungkin dapat menaip entri ini atau sebelum2nya..
Ini adalah ujian terhebat dalam hidup aku..
sudah dua minggu berlalu..
aku harap Mak aku tenang di alam sana..
semoga Mak aku tergolong dalam kalangan orang yang beriman..
Amin..

Tekan ChurpChurp kalau nak duit lebih..
Tekan iPhone kalau nak iphone percuma..
Tekan SPA URUT kalau nak body segar...

Assalamualaikum..

Monday, March 7, 2011

Ikhlaskan Hatiku

Assalamualaikum..

Jujurku ungkapkan padaMu..

Kumencari redhaMu Ya Ilahi..

Namun langkahku terbalik..

Menuju kelembah durjana..

Ya Allah kau ikhlaskan hatiku..

Yang sudah tersasar jauh..

Dari landasan mencari cintaMu..

Untuk kebahagian duniawi dan ukhrawi..

Kutahu dosaku takkan terhitung..

Bagaikan buih-buih dilautan..

Dan pepasir di pantai..

Sungguh aku takkan mencium syurgaMu..

Jangan kau bolak balikan hatiku..

Aku amat mencintaiMu..

Tetapkanlah hatiku yang gelita..

Dan suluhkan cahaya kasihMu..

Kusedar kutak layak menuju Syurgamu..

Tapi aku sentiasa mengharapkanya..

Bertemu dengan kekasihMu..

Yang ikhlas mencintaiMu sepanjang perjalannya..

Aku juga mahu begitu..


Assalamualaikum...

p/s : muhasabah diriku..


klik MILO kalau korang suka minum milo..

klik ChurpCurp kalau korang nak duit lebih..

Friday, March 4, 2011

Itukah Sahabat?

Assalamualaikum..

Coretan dari terjahan blog Frodo Baggins..

Sekumpulan pelajar berjalan bersama-sama menuju kekelas..
sambil berjalan mereka bergelak ketawa mungkin kerana ada cerita lucu..
tiba-tiba salah seorang daripada mereka berhenti..
membetulkan tali kasut..
yang lain meneruskan perjalanan..
cuma seorang saja yang menunggu dengan sabar..
selesai membetulkan tali kasut..
mereka saling tersenyum..
dan meneruskan perjalanan bersama-sama..

Itukah sahabat?

Pernah alami situasi sebegini?

Assalamualaikum...

Thursday, March 3, 2011

Pencuri Tudung

Assalamualaikum..

Haish, hari ini aku tak berjaya nak laksanakan misi aku..
tumpas diwaktu maghrib..
apa misi yang mustahak tu?
misi aku adalah taknak makan nasi hari ini..
mula2 breakfast aku makan biskut rokok saja dlm 4-5 batang..

waktu tengah hari pula aku tak makan apa-apa..
petang tu pula 2 kali masuk makmal..
memang tak larat..
on the way nak balik teringat kedai nasi lemak dekat simpang..
terus konar masuk simpang singgah beli nasi lemak kerang buat dinner..
misi gagal.. takpe2 esok cuba lagi..
orang kata kalau tak makan nasi cepat sikit badan jadi tough..
tough macam bro ben ashaari.. pasti ramai blogger girl jatuh hati pada ketoughan aku..
ok, itu cuma satu kekarutan..

masa aku on the way nak masuk makmal structure..
aku sempat dengar cerita siswi2 ni..
selalunya aku berjalan pantas..
tapi hari ini sebab tak cukup tenaga sebab tak jamah apa2..
aku jalan slow motion saja..
terdengarlah kes curi tudung yang berlaku dekat kolej..
member siswi ni jemur tudung kat ampaian bawah..
habis tudung yang bermacam jenis tu hilang kena curi..

aku tak heran sebenarnya..
sebab mmg dari aku duduk asrama lagi selalu dengar kes sebegini..
perempuan pun ramai yang mencuri..
aku pun tak faham...
belajar dekat U dah tapi tak boleh fikir yang mana baik yang mana buruk..
mencuri itu memang salah..
tak rasa berdosa ke curi barang orang..
tak rasa malu ke pakai barang orang lain..
alasan tak mampu tu mmg tak boleh pakai..
kalau tak mampu buatlah cara tak mampu..
tak perlulah curi tudung orang lain sebab nak tunjuk fesyen..
lagi satu tudung ni memang susah nak tahu yang mana satu diaorang punya..
takkan nak tulis nama kat tudung..
lainlah tudung sekolah.. siap berjahit lagi nama..

Sekarang tudung ni dah ada macam2 jenis..
dulu yang aku tahu ada tudung sekolah, tudung labuh dan tudung bawal..
sekarang dah bertambah ada shawl, tudung yuna, tudung indon dan terbaru aku selalu tengok budak perempuan pakai tudung yang ada berbelang2 dekat dahi..
tapi aku tetap suka tengok perempuan yang pakai tudung labuh dengan tudung bawal...
nampak keasliannya.. bukan nampak macam orang asli..
memang ayulah bagi aku..

Tapi bila bertudung ni.. tolonglah jaga kelakuan..
kerana nila setitik habis susu sebelanga..
janganlah buat perkara yang tak senonoh yang boleh menjatuhkan maruah..
tak malu buat perkara yang tak senonoh..
sebab perkara yang tak senonoh yang kamu buatlah..
habis terkena pada perempuan yang bertudung lain..
ayat2 yang selalu dengar..
"Ingat perempuan bertudung tu baik sangat ke?"
memanglah kita tak boleh nak tahu orang ni baik ke tidak..
nobody perfect...
tapi sekurang2nya dorang dah lakukan perkara yang wajib..
jadi janganlah jatuhkan nilai tudung tu dengan kelakuan yang tidak bermoral..
kalau tak kesiankan diri sendiri..
kesiankan pada pemakai tudung yang lain..

Assalamualaikum..

Wednesday, March 2, 2011

Masih Sayang Pada Nama Itu!

Assalamualaikum..

Hari ini kelas berderet dari pukul 8 pagi sampai 4 petang..
Letuh pula rasanya sebab semalam tidur lambat..
kelas petang tadi pun tak dapat nak bagi tumpuan sepenuhnya..
tambah2 dalam kelas tadi memang sejuk gila..
memang mata asyik nak terkatup saja.. sempatlah terlelap 7-8 kali..


Tapi yang hairannya bila dah sampai rumah dan makan cucur udang tige ketul..
tak rasa mengantuk pula..
rasa segar bugar siap boleh beronline..
dan ada berita baik bila aku pergi blogwalking..

Aku telah menang CONTEST GURAUAN TERLAMPAU..
memang tak sangka..
kalau korang nak tahu terlampau ke tidak..
bacalah entri INI..

Kalau korang perasan atau tidak..
nama blog aku ada sambungan..
bulan depan dah genap 2 tahun aku bersama dengan dunia blog ni..
memang dulu nama blog bertukar2..
1. SEMBANG SEBENTAR BERSAMA AKU
2. JOM SEMBANG
3. INI CERITA AKU..

tapi aku nampaknya masih sayang dengan nama JOM SEMBANG..
sebab tulah aku tukar nama blog ni..
sampai panjang berjela-jela..
INI CERITA AKU aka JOM SEMBANG..

Hari ni juga aku belajar buat page blog ni kat facebook..
mungkin dari panahan blog tieah..
baru siap beberapa minit lagi..
kalau SUKA..
tekan saja like button tu tanpa perlu segan..
ada disebelah kanan blog ini..
ataupun DISINI..



Assalamualaikum..

Tuesday, March 1, 2011

Kelebihan Memasang Penyaman Udara

Assalamualaikum..

Hari ini aku nak kongsi kelebihan memasang penyaman udara atau dalam bahasa famousnya air conditioner di dalam kelas, pejabat dan tempat2 yang sepatutnya..
aku baru saja belajar tentang building services..
jadi mana tahu kalau dekat2 exam nnt ada yang terbaca blog aku dapatlah jawab nanti..

Sebenarnya banyak kelebihan memasang penyaman udara ni..
tapi yang paling menarik adalah reduce absenteeism...
apa itu absenteeism??

Absenteeism is a habitual pattern of absence from a duty or obligation..

Maksudnya dalam bahasa kasar adalah dapat mengurangkan kes ponteng atau ketidakhadiran.. tidak kisahlah ponteng kelas atau kerja...

Memang betul bila pasang air cond kita akan berasa selesa, tidak rimas, tambah kalau ada jenis yang kuat berpeluh.. tapi bila dah terlebih selesa.. rasa macam nak beradu terus.. banyak kali juga aku rasa aku tertidur dalam kelas mungkin kerana keselesaan yang amat sangat..

Kan best kalau dengan rumah sewa aku ada air-cond.. mesti dapat tidur dgn nyenyaknya.. tak perlulah dengar anjing mengilai2..

Konklusinya ialah setiap perkara ada kelebihan dan kekurangannya, ada pro dan kontranya..

Sekian..

Assalamualaikum..

p/s: idea datang time dalam kelas.. bila depan laptop terus keblur2an.. adoi!!