Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Monday, February 28, 2011

Lelaki-Lelaki Yang Aku Cintai

Assalamualaikum..

Sayang.. tak bermakna cinta..

Cinta itu sesuatu yang sememangnya satu perkara yang sukar untuk dilafazkan sebenarnya..
cinta itu lebih kepada perasaan dalaman yang sukar untuk kita kongsikan pada orang lain..
seperti cinta pada Maha Pencipta...
cinta kepada junjungan mulia Nabi Muhammad...
cinta kepada ibu dan bapa..
cinta kepada saudara..
cinta kepada sahabat..
cinta kepada dia yang bakal mewarnai hidup kita..

Dalam keluarga aku..
cuma ada 3 jejaka termasuk aku..

lelaki pertama yang aku cintai adalah ayah aku..
pengorbanannya memang tiada galang ganti bagi aku..
bekerja sebagai anggota polis memang satu kerja yang sukar..
dalam keluarga ayah aku, ayah dan pakcik aku merupakan anggota polis..
dan pakcik aku telah terbunuh semasa menjalankan tugasnya suatu ketika dahulu..
tugas anggota polis ni bukanlah satu tugas yang mudah..
tugas untuk mempertahankan negara dari bajingan2 yang suka menarik keamanan manusia..
tapi aku tetap bangga dengan pekerjaan ayah aku..
biarpun kadangkala orang selalu menuding jari pada polis bila berkaitan rasuah..
aku masih ingat lagi masa sekolah rendah dulu yang aku bergaduh dengan seorang budak...
sebab tuduh semua polis makan rasuah termasuk ayah aku..
apa yang dia tahu...
ingat kerja polis saja makan rasuah.. kerja lain pun sama juga..
lagi beberapa tahun ayah aku akan pencen..
semoga ayah aku dapat menyelesaikan tugasnya dengan jayanya..

Lelaki seterusnya adalah abang aku..
memang tak sah kalau balik rumah tak bertikam lidah dengan dia..
tapi apa2pun aku tahu apa yang dia selalu marah2kan aku adalah untuk kebaikan aku..
mungkin aku rasa cara dia kasar sangat sebab tulah selalu saja bergaduh..
aku pu tengah kompius skang..
sama ada hari lahir abang aku semalam atau hari ini..
apa2pun aku nak ucapkan Selamat Hari Lahir untuk Abang aku..
semoga dia cepat habiskan degree dia dan terus dapat kerja..
dan support aku nanti bila nak sambung ijazah..
xnak pinjam duit ptptn dah..
tak mahu hidup dalam kehutangan..
alah.. siapa lagi nak tanggung adik dia kalau abangkan..
"Akukan abang!" memang betul..
jadi sebagai abang kena jalankan tanggungjawab..
so, sebagai adik cuma kena tadah tangan tiap bulan..
Oh indahnya dunia..

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 22 Tahun buat abangku..

bilangan lelaki2 ini tak akan bertambah..
cuma mereka berdua yang aku cintai..
forever and ever..

Assalamualaikum..

Citarasamu bukan Citarasaku

Assalamualaikum..

Kalau dulu aku tergila-gilakan air ice lemon tea tiap-tiap malam..
tapi sejak dua menjak ni aku gila-gilakan diri dengan slurpee..
setiap orang punya citarasa masing-masingkan..

ada yang suka makan nasi lemak pagi2..
ada yang suka makan roti dgn telur separuh masak..
dan ada yang tak suka makan pagi..

ada yang suka warna biru..
ada yang suka warna hitam..
dan ada yang suka warna pink..

ada yang suka tengok drama melayu..
ada yang suka tengok drama indon yang berjela-jela..
dan ada yang suka tengok drama korea..

masing-masing punya hak untuk memilih..
bukan semua orang ada citarasa yang sama..
jadi jika kita tidak punya citarasa yang sama dengan orang lain..
kita perlulah hormat dengan citarasa mereka..
tak perlulah nak kutuk2..
citer melayu tak bestlah lembab nak mampus..
citer indon tak bestlah merapu-rapu..
citer korea tak bestlah sebab jiwang nak mampus..

mungkin orang yg suka tengok drama indon yang merapu-rapu itu mendatangkan keseronokkan buat dia.. cukuplah selagi dia tak mengganggu keamanan org lain..
rasanya tak perlulah nak condem minat seseorang itu..
kalau tak suka cakaplah tak suka..
janganlah sampai cakap orang bodoh saja yang suka tengok cerita macam ni..
der.. manusia ada perasaan..
kalau kita tak suka sekalipun..
tak perlu sumpah seranah..
kalau kita bercanggah pendapat sekalipun..
cukuplah kita menghuraikan apa pendapat kita..
tak perlulah sampai nak emosional..
sampai buat orang lain sakit hati..

dan ada yang lelaki sukakan warna pink..
dicop jambu, lembut dan seumpamanya..
mungkin dah citarasa dia macam tu..
kita kenalah terima dan hormat dengan pilihan dia..
tapi aku xsuka warna pink sebab aku suka biru..
semua biru2 aku suka.. dah mata kita suka layan tengok warna tu.. kita kena terimalahkan..

semalam aku layan video IniAnwarHadi..
tentang citarasa..
aku dh subscribe video dia..
layan...



Citarasaku bukan citarasamu..

Assalamualaikum..

Saturday, February 26, 2011

Makan Rasuah = Makan Babi?

Assalamualaikum..

Memang popular betul filem Kak Limah balik kampung nikan..
masih tak abis2 lagi fenomenanya..
"Kita Bakor je!" "Ce citer, ce citer!" antara tagline yang menjadi siulan ramai..
tengok kalau cerita menarik memang akan laku..
sampaikan pilihanraya hari itu siap ada poster untuk undi Usop lagi..
"Kita bakor je!"

Ok! stop..
Pagi tadi ada Program Pembangunan Pelajar (PPP)..
esok ada lagi..
memang tak best bila waktu cuti dicuit sikit dengan program U..
hilang kenikmatan cuti itu..
hari ini cuma ceramah..
esok baru buat aktivitinya..
PPP ini memang wajib setiap sem di UiTM..
tak boleh ke kurangkan program ni dijadikan untuk satu sem sahaja?

Dalam ceramah tu walaupun mata tak berapa nak buka, macam mata ala-ala pelakon korea dah.. hahah.. koya..
tapi telinga masih boleh menangkap sikit2 apa yang diperkatakan..
tapi memang serius menagntuk..
tak tahulah salah siapa.. salah aku ke? salah penceramah?

Dekat Negara kita yang aman nipun banyak juga berlakon kes rasuah..
selalunya bila sebut rasuah orang selalu tujukan pada polis..
sentap juga kadang2.. sebab nila setitik abis susu sebelanga..
tapi bila fikir balik kalau kita tak buat salah tak perlu nak sentapkan..
lagi semua orang boleh amalkan rasuah ni..
kalau sifat tamak beraja dalam diri..

Sedar tak orang yang makan rasuah ini sama dengan orang makan babi..
sebab dua2nya haram..
makan babi boleh bagi effect dalam badan kita sebab ada kuman yang tak dapat dihapuskan..
sebab tu babi haram.. boleh memudaratkan diri kita..
macam makan rasuah jugakan..
duit tu bukan dari rezeki yang halal..
bagi makan diri, anak bini, saudara mara..
pastu jadi darah daging..
pastu perangai pun jadi makin teruk sampai memudaratkan diri dan orang lain..
bukan ke sama saja?

pensyarah aku pernah cakap..
jurutera antara orang yang paling senang nak masuk neraka..
sebab apa?
sebab dorang ni antara orang yang mudah menerima rasuah..
sebab tulah bangunan senang nak runtuh..
kena gegaran sikit dah runtuh, kalau tak ada gegaran pun runtuh juga..
sebab apa? sebab pengamalan mengambil rasuah..
tapi aku tak cakap semua..
adalah segelintir yang buat macam ini..
aku pun risau juga sebab aku ni bakal jurutera..
masa aku sekolah teknik dulu..
ada seorang cikgu yang dulu jurutera berhenti kerja sebab tak tahan dengan dunia kejuruteraan ini.. akhirnya dia ambil keputusan untuk jadi cikgu saja..
kalau tak kuat nak hadapi godaan memang susah nak jadi jurutera yang berjaya..
sebab tu aku masih memikirkan lagi masa depan aku sama ada nak jadi jurutera atau pensyarah..
tapi bukan jurutera atau polis saja yang amalkan rasuah..
malah semua jenis pekerjaan boleh menimbulkan rasuah..

kalau geli nak makan babi..
jadi patut geli nak makan rasuah..
tapi kalau makan babi dengan enaknya..
memang tak kisahlah makan rasuah dengan lahapnya..
fikir2kanlah..

Asssalamualaikum...

Thursday, February 24, 2011

GiveAway EdY : KATA KAU!

Assalamualaikum...


Aku memang berhasrat nak join giveaway bro Edy ni..
sebagai pemakai spek tegar..
siapa taknak dapat spek freekan..
walaupun tak dapat nak buat pergi kelas..
skurang2 boleh buat bergaya..
lagi2 akukan kacak bergaya..

ok sebelum nak join kena patuh syarat2 yang ditentukan..
aku rasa aku dah ikut syarat2nya..

godek punya godek gambar dekat blog bro edy aku jumpalah gmbr ini..
berkenan sungguh.. akukan suka benda yg comel2..
KATA-KATA :
aku punya cara sendiri untuk menghilangkan kesepian yang merobek jiwa

Comelkan kucing itu.. tapi taktahulah kata2 aku ni comel ke tidak.. tepat2 10 perkataan..
apa salahnya aku mencuba.. hehe..
jadi aku kena tag seseorang..
dan manusia yang bertuah itu adalah Echah Mashuri..

Assalamualaikum..

Wednesday, February 23, 2011

Tips Buat Mereka Yang Masih Belajar

Assalamualaikum..



Fuh! Macam hebat saja nak bagi tips bagai..
tapi tujuan buat blog pun sebab nak berkongsi..
jadi aku rasa mungkin tips ni boleh membantu sesetengah pihak..
tapi tips ni khas untuk mereka yang masih belajar..
tak kira sama ada universiti, sekolah menengah, sekolah rendah mahupun tadika..

Aku sebenarnya baru saja abis jawab test fluid mechanics..
boleh tahan juga putar belitnya soalan..
tapi kalau kita cool masa jawab.. InsyaAllah result pun akan cool juga..
apa tipsnya?

Ok2.. straight to my point..
lepas kita jwab test, ujian, peperiksaan ataupun quiz..
pasti kita akan rasa bimbang..
macam mana kita jawab tadi..
betul ke tidak?
sama tak jawapan dengan member..
macam2lah kita fikir..
lepas tu tanya kawan2 lain soalan tadi tu macam mana..
pasti bila jawapan lain dengan member hati dah gelabah..
is it normal?
Yes! Sebab majoriti akan buat benda ni..

Tips aku..
lepas jawab sebarang test atau seumpama dengannya..
lebih baik korang keluar dengan diam..
pastu fikir nak makan apa lepas tu..
tak perlu nak bincang2 dengan member..
sebab jawapan member kita tupun belum tentu betul..
tak perlu buat hati jadi gundah gelana..
sepatutnya kita rasa lega..
sebab tak perlu stay up lagi malam ni..
sebab test dah jawab tadi..
cuma perlu fikirkan report yg masih belum siap.. adeh kena stay up sampai subuhlah pasni..

ramai juga kawan aku yang bersikap macam ni..
aku ni mmg tak gemar orang tanya lepas jawab test..
walaupun aku nampak cool diluar.. kat dalam tu tension jugak..
yelah kalau soalan semudah abc takpelah..
jawab seminit aku dah hantar kertas jawapan..
tapi soalan memang memerlukan pemikiran yang agak mencabar mentaliti seseorang..
bila kawan aku tanya..
bila jawapan aku dgn dia dah lain..
lepas tu tahu salah guna formula dan tahu memang comform2 jawapan aku salah..
memang akan membangkitkan kemarahan aku..
sampai terkeluarlah kata-kata neraka..
sian soalan yang tak bernyawa.. kena maki..

Jadi daripada dapat dosa macam tu je.. lebih baik kita tak payah bincang..
kalau nak bincang tunggulah sampai keluar result dulu..
masa tu kalau nak tanya apa2 pada lecturer, tanyalah sampai lebam..
lebam sebab apa? sebab banyak sangat tanya sampai lecturer bagi penumbuk sekali..
dan satu lagi tips..
bila kita dah siap awal..
lebih baik kita jangan keluar lagi dari dewan@kelas@seumpama dengannya..
kalau malas sekalipun nak check jawapan macam aku..
apa kata kalau korang tengok gelagat kawan korang masa jawab soalan..
sure rasa best.. mcm2 reaksi ada..
jangan tengok jawapan dorang.. tak berkat kata lecturer..
tunggulah sampai habis waktu menjawab..
sebab apa? sebab korang pasti akan rasa lega..
dan rasa penyesalan pun berkurangan..
bila korang keluar awal dan dapat tahu jawapan korang salah..
korang pasti akan rasa menyesal tak sudah.. rasa macam nak ambil balik paper tu pastu tukar balik jawapan..
tapi kalau korang keluar sampai masa tamat dan dapat tahu jawapan korang salah..
korang akan rasa kurang sikitlah menyesal..
sebab korang rasa korang dah gunakan masa yang ditetapkan secukupnya..

Jadi itulah tips2 yg aku nak bagi..
mungkin bagi sesetengah pihak perkara macam ni nampak remah..
tapi tiada lagi dapat membahagiakan manusia bila hati mereka tenang..
sekurang2nya kita tak perlu beratkan kepala fikir hal macam ni..
sebab banyak lagi masalah yang akan menimpa korang tanpa disedari..
contohnya macam aku..
abis saja jawab test..
aku telah disaman oleh pegawai sekuriti UiTM..
sungguh hebat bukan?

Assalamualaikum..

Tuesday, February 22, 2011

Wanita-Wanita Yang Aku Cintai

Assalamualaikum..

Esok ada dua test tapi aku cuma pandang2 jeling2 saja buku..
bukan aku tak mahu study..
tapi study last2 minute ini cuma sempat nak menghafal saja..
tak sempat nak memahaminya..
benda yang hafal ni cepat lupa..
tapi kalau kita faham memang susah nak lupa..
memang salah akulah..
cuba untuk berubah..
tapi juga memerlukan masa untuk berubah..
mungkin environment yang tak best..
buat mood untuk aku belajar jadi malas..
alasan munasabah barangkali?

Ok, lupakan tentang perubahan aku yg masih belum berjaya..
dalam blog aku ini selalu juga aku bercerita tentang Heliza dan Lisa Surihani..
aku admit aku suka Heliza sebab dia cantik, nampak lemah lembut dan paling best dia bertudung...
manakal lisa surihani pula dia memang cantik dan bijak..
aku juga antara lelaki yang melihat kriteria2 sebegitu pada seseorang wanita..
nampak macam aku mencari kesempurnaan bukan?
bukan.. aku tak pernah mahu melihat kesempurnaan seseorang itu..
kerana aku juga sedar aku juga tidak sempurna..
malah kita semua tahu didunia ini tiada manusia yang sempurna..
cuma aku juga manusia yang suka melihat ciptaan Allah yang cantik..

Entri kali ini aku cuma nak bercerita tentang wanita-wanita yang aku cintai..
semuanya ada 4 orang..
takdelah ramai sangat..
mungkin lepas ini akan bertambah..

yang pertama..
the one and only adalah mak aku..
dalam adik beradik aku.. aku antara anak yang paling dicemburui..
sebagai anak bongsu dalam keluarga, perhatian diberikan kepada aku mestilah lebih..
dan aku admit mak aku melebihkan rasa kasihnya pada aku..
pada adik beradik yang lain pun sebenarnya sama juga..
cuma biasalah anak bongsu MESTI dapat lebih..
tapi kadang-kadang manusia seperti aku ni juga seringkali alpa..
akulah antara anaknya yang paling kuat melawan kata..
mudah nak menjawab..
bila minta tolong selalu malas..
dengki dengan abang aku..
kadang-kadang hal kecik pun aku jadikan hal besar..
bila aku tersedar akan khilaf itu..
aku jadi malu untuk minta maaf..
sekarang mak aku sakit.. aku harap mak aku cepat sembuh..
aku sayang mak aku..

yang kedua...
adalah 3 orang kakak aku..
adik beradik aku yang tua semuanya perempuan..
yang lelaki semuanya masih muda2 lagi.. hehe..
masing-masing sudah punya kerja sendiri..
2 orang sudah bertunang..
aku rasa aku amat bertuah memilik kakak2 seperti mereka..
nak itu ini, cuma perlu minta saja..
bila aku kena marah dengan ayah atau mak aku..
mereka selalu back up aku..
walhal kadang2 perkara itu memang salah aku..
sebab itu aku sayang mereka..
kerana sayang itulah aku risau dengan lelaki yang hadir dalam hidup mereka..
aku tak mahu mereka dikecewakan..
aku akan beri pandangan aku pada lelaki yg hadir dalam hidup mereka..
kadang2 aku bagi nasihat..
aku cuma nak yang terbaik..
aku tak mahu mereka lemah dengan pujukan..
aku mahu mereka menjaga maruah diri dan keluarga..
orang kata menjaga anak perempuan lebih susah dari anak lelaki..
tambah2 kes buang bayi dan maksiat yang semakin membimbangkan di negara kita..
setakat ini, alhamdulillah..
harap2 perkara baik saja yang berlaku pada mereka..
jadi inilah wanita2 yang aku cintai dalam hidup aku..

dan suatu hari nanti..
pasti bilangannya akan bertambah..
InsyaAllah..

aku letakkan lirik lagi nasyid kumpulan devotees bertajuk WANITA..

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

lepas ini aku nak tulis lelaki2 yang aku cintai.. boleh??

Assalamualaikum..

Apa kurangnya kita?

Assalamualaikum..

Seseorang yang cepat rasa down adalah seseorang yang kurang keyakinan diri.. merasakan diri ini bagaikan satu aset yang tidak penting.. ada atau tiada sama sahaja.. aku pernah mengalaminya.. boleh aku katakan perasaan ini lebih derita dari putus cinta.. well, mungkin aku tak pernah bercinta.. tapi manusia yang hidup disekeliling aku mengalaminya.. kadang-kadang mengambil pengalaman orang lain pun sudah cukup memadai.. tak semua orang akan mengalami perkara yang sama..
seperti contoh; kalau seorang kena rogol, tak semua akan kena rogol bukan..

Bila kita kurang keyakinan diri.. kita akan selalu meyalahkan diri sendiri.. walhal kadang-kadang bukan salah kita pun.. kita juga akan cepat mengeluh dan berputus asa.. biar orang memijak kita sesuka hati.. biar diri diambil kesempatan.. merasakan diri tiada kelebihan..

Kalau ada yang berperasaan sebegini.. masib belum terlambat untuk berubah.. selagi hayat dikandung badan.. selagi nafas mampu dihela.. kita perlu berubah..

Ya, bercakap lebih senang dari melakukannya..

tapi tak salah untuk mencuba menjadi lebih berharga..

mungkin kita bukan dilahirkan punya rupa yang menawan.. yang bisa menjadi pujaan manusia siang dan malam.. tapi cukup kita bersyukur kita sempurna segalanya.. pancaindera kita cukup.. kita punya mata, telinga, hidung dan mulut yang sempurna.. apa lagi yang tidak cukup.. kita hanya perlu menggunakannya dengan cara yang betul..

mungkin kita tak dilahirkan bijak.. tapi kita bukannya bodoh.. selagi kita masih mampu mebezakan perkara mana yang baik dan yang mana yang buruk itu sudah mencukupi.. jangan jadi seorang yang cuma bijak berkata-kata tapi tidak mampu merealisasikan apa yang diperkatakannya..

mungkin kita bukan dilahirkan dengan bakat yang menyerlah.. kita sendiri tidak tahu apa kelebihan yang kita miliki.. cukup sekadar kita lakukan perkara yang kita suka.. perkara yang tidak akan memudaratkan orang lain.. mungkin satu hari nanti kita akan tahu apa yang kita ada.. mungkin masanya belum tiba.. segalanya berkemungkinan..

Kadang-kadang apabila kira rasa kita sudah tidak mampu berdiri dengan sendirinya.. kita mula berubah menjadi orang lain.. kita tidak mahu jadi diri sendiri.. mula meniru tabiat orang lain.. perkara yang buruk pun nampak cool dimata kita.. kita suka bila nama kita diburuk-burukkan.. sekurang-kurangnya kita dikenali..

Sebenarnya itu akan membuat kita lebih paraah.. jadilah diri sendiri.. mengapa perlu jadi orang lain.. itu lagi membebankan.. cukuplah kita ingat nobody perfect.. manusia mana tak pernah buat silap.. selagi kita ada peluang, cubalah menggunakannya.. bukan salah jadi budak skema.. bukannya salah jadi budak nakal.. selagi kita tak porak perandakan hidup manusia lain.. sampai bila kita perlu hidup pada telunjuk orang lain.. just be yourself.. apa kurangnya kita? kita patutnya bangga kita dah berjaya melepasi fasa yang pertama.. dari berjuta sperma, kita yang terpilih.. takkan kita nak mensia-siakan hidup kita.. sekurang-kurangnya tiada penyesalan pada masa hadapan..

Entri kali ini, banyak merujuk pada seorang kawan.. dia telah banyak berubah.. aku hanya mampu memandang dari jauh.. Ya, manusia memang senang dan cepat berubah.. begitu juga aku.. tetapi bila kita tersedar kita sudah melalui jalan yang salah.. masih belum terlambat untuk berpatah balik.. selagi Allah membenarkan kita hidup dimuka bumi ini..

Assalamualaikum..

Monday, February 21, 2011

Kurang Hangat Dari Biasa

Assalamualaikum..

Sekarang universiti-universiti kat Malaysia ni sibuk denga pilihanraya..
termasuklah universiti aku yang terletak kat tempat jin bertendang ni sekali..

Bila baca akhbar..
Fuh bukan main seronok tengok orang lain sambut pilihanraya..
memang happening dan gempaqlah wa cakap sama lu..
bukan setakat poster tapi siap berbanner bagai lagi..
dengan fan kipas susah mati masing-masing..

Dekat UM, sampai ada calon yang hilang..
Alhamdulillah sudah selamat dijumpai..
tengok hebat tak hebat pilihanraya kampus ni..

tapi..
kat kampus aku ni..
pilihanraya dibuat suam-suam kuku jer..
langsung tak nampak kemeriahannya..
poster pun buat ala kadar..
yelah sampai nk tengok muka calon pun terpasa tmbh power spek.. aku tipu jer ni..
takkan muka sendiri pun nk black and white..
printlh colour muka tu.. edit baik punya supaya tak nampak jerawat..
baru ramai yang nak mengundi..
aku cuma orang2 yang layak mengundi..
kalau aku jadi calon..
comform menang tanpa bertanding..
sebab apa??
sebab aku kacak.. kah3..
ok2 aku mmg tak layak.. sedar akan diri ini.. lebih bernilai pada masa akan datang..
apa yang aku nak cakap pilihanraya kat universiti aku ni..
kurang hangat dari biasa..
macam takde auralah..
sekurang2nya masuklah suratkhabar kosmo ker, metro ke.. mastika???

Apa2pun buat pelajar2 universiti di Malaysia..
Selamat mengundi..
Bagi calon yang akan menang..
jalankan tanggungjawab anda dengan jayanya..

Assalamualaikum..

Sunday, February 20, 2011

Aku Berlakon Iklan

Assalamualaikum..

Minggu ini memang minggu yang padat..
Test tengah menunggu masa untuk dijawab..
begitu juga dengan report yang bersusun untuk dihantar..
disamping terpaksa menerima tawaran untuk berlakon dalam sebuah iklan..
memang tak boleh nak tolak langsung..
nak taknak memang kena buat..
tapi memang bestlah tadi berlakon..
pengalaman pertama dalam hidup..
nanti kalau dah siap iklan tu..
aku tunjuk kat dalam blog ni nanti..

Petang tadi sambil buat report..
aku layanlah lagu korea..
dalam laptop aku banyak lagu korea..
lantak pilah orang nak kata apa kalau dengar lagu korea ni..
yg penting aku suka lagu tu..
tambah2 aku tak paham apa yang dorang nyanyi..
tu yang lagi best.. tak perlu nak hafal lirik dia..
kalau nyanyi lagu mat salleh ni lirik dia ada banyak yang lucah..
sedar tak sedar kita pun turut sekali melucah..
tapi bukan semua lagu.. sesetengah sahaja..
suka plak aku layan lagu super junior ni..
tajuk dia SUPER GIRL..


Sambil buat report dan ditambah dengan melayan lagu super girl ni..
telinga aku sempat mendengar perbualan telefon sorang member aku..
bukan niat aku nak pasang telinga..
tapi dah terdengar..
tambah2 masa tu kami berdua saja..
cuma dipisahkan dalam bilik yang berlainan..
aku dengar dia meluahkan perasaan tidak puas hatinya pada someone..
aku tak tahulah siapa..
tapi aku yakin bukan mak atau ayah dia..
mungkin kawan baik atau girlfriend dia..
bila aku dengar memang agak terkejutlah..
rupanya banyak yang dia pendam..
dan akhirnya dia luahkan juga pada hari ini..
nada dia bercakap pun kedengaran lain..
dia rasa kawan2nya ambil kesempatan pada dia di atas kebijaksanaannya..
dia jadi tertekan..
aku faham apa yang cuba dia bualkan dalam telefon tu..
nasib baiklah takde kena mengena dengan aku..
kalau ada, memang aku akan terus minta maaf..
aku kalau boleh bila sudah duduk serumah tak mahulah ada masalah..
apa yang aku dengar tupun memang ada betulnya..
memang apa yang dia pendam selama ini aku nampak..
tambah2 dialah pelajar paling bijak dalam kelas aku..
dan ada juga yang pernah mengambil kesempatan pada kebijaksanaan dia..
semua kerja nak suruh dia buat..
mungkin sebab tu dia rasa agak tertekan..
aku pun tak tahu nak cakap macam mana pada dia..
lebih baik diam..
tak mahu masuk campur..
kalau nak nasihat memang tak reti..
tapi kira oklah dia ada tempat untuk mengadu..

dan yang pasal iklan tu..
aku bukan berlakon iklan dekat TV..
tapi iklan untuk pertandingan fakulti..
harap2lah menang..

Assalamualaikum..

Ceritera Terindah : Episod 3

Assalamualaikum..

Pada bulan Mei tahun lalu..
aku ada buat cerpen bersiri tetapi terpaksa ditangguhkan sebab terlalu banyak sangat kerja yang tertunggak..
tiba-tiba datang balik mood aku untuk sambung episod yang seterusnya..

sebelum itu bolehlah baca episod sebelumnya disini:

CERITERA TERINDAH : EPISOD 1
CERITERA TERINDAH : EPISOD 2


Isma dan Amir menuju ke hadapan bilik warden. Mereka ingin tahu apa yang hendak dilakukan oleh Syahrafi.

“Kenapa dia taknak bagitahu kita?” tanya Amir.

“Dia suruh kita cover Ikhwan kalau dia tak sempat.”

“Dia nak buat apa?”

“Aku pun tak tahulah tapi aku harap menjadilah rancangan dia.” Jawab Isma. Dia pun masih lagi tertanya-tanya. Apakah yang dirancangkan Syahrafi?

Semua pelajar aspura sudah berada di hadapan bilik warden kecuali Ikhwan dan Syahrafi. Isma dan Amir saling berpandangan. Cikgu Yusoff menyuruh semua ketua bilik untuk mengira ahli bilik mereka. Anuar atau dikenali sebagai punca memandang ke arah Isma. Isma faham maksud pandangan tersebut dan mengangguk.

“Dorm A.” Panggil Cikgu Yusoff. Dia merupakan ketua warden di sekolah ini dan juga merupakan guru penolong kanan 1 sekolah. Wajahnya yang cukup garang dan berambut ala tentera itu bisa mencengkam seluruh urat saraf saat dia memandang ke arah pelajar-pelajarnya.

Anuar keluar lambat-lambat. Dia sendiri berasa takut untuk menipu. Ini satu risiko untuknya dan bukan dia sahaja yang bakal dikenakan tindakan jika perkara ini diketahui tapi seluruh ahli bilik akan terkena sama.

“Cukup ahli bilik kamu?” tanya Cikgu Yusoff.

“Cukup cikgu.” Jawab Anuar perlahan. Cikgu Yusoff bangun untuk mengira pula bilangan ahli dorm A.

Tiba-tiba seorang pelajar menjerit. “Cikgu, asap tebal dekat bangunan blok A.”

“Cikgu ada kebakaran!” jerit Amir tiba-tiba. Loceng kecemasan tiba-tiba berbunyi. Semua pelajar berlari menuju ke blok A. Isma kerisauan. Adakah ini semua rancangan Syahrafi?

Kelihatan Cikgu Yusoff sedang menelefon pihak bomba. Isma terhidu bau bahaya. Pasti akan menjadi masalah besar. Isma begitu risau. Dia ingin mencari Syahrafi.

Semua pelajar berkumpul dikawasan yang terbakar itu. Semuanya berubah wajah. Cikgu Yusoff menghampiri mereka bersama dengan ahli bomba yang baru sahaja sampai. Dia terkejut. Bangunan blok A masih seperti biasa. Tiada langsung kesan kebakaran. Asap tebal yang terhasil rupanya berpunca dari pembakaran yang dilakukan dihadapan blog A. Pembakaran besar, kelihatan tayar dan tiub dibakar bersama dgn daun-daun kering dan juga kertas.

Cikgu Yusoff memandang seorang demi seorang pelajar dihadapannya. Mukanya merah padam. Pegawai bomba disebelah meminta kebenaran pulang. Cikgu yusoff membuntuti pegawai bomba tersebut dan meminta maaf.

Semua pelajar sudah berada dihadapan rumah warden. Ikhwan juga sudah sampai. Peluh membasahi wajahnya dan Syahrafi juga ada dengan wajah tidak bersalah. Isma menghampiri Syahrafi dan Ikhwan.

“Kau ke yang buat Syah?” tanya Isma ketahuan.

“Mujurlah Syah buat macam tu kalau tak aku tak sempat sampai tadi.” Ujar Ikhwan. Syahrafi hanya membisu.

“Tapi benda ni bahaya tahu. Kau tengok muka cikgu tu. Bengang gila dah tu mesti dia malu sebab pegawai bomba dah sampai.” Isma kerisauan.

“Kau relax boleh tak? apa-apa pun biar aku yang taanggung apa yang aku buat!” akhirnya Syahrafi bersuara.

“Kau boleh kena buang asrama tahu tak?” marah Isma. Dia begitu risau. Ikhwan mencuit bahunya dan menunjukkan jarinya ke arah rumah warden.

Semua pelajar beratur mengikut dorm. Ikhwan mengelap peluhnya yang membanjir dengan baju. Wajah Cikgu Yussoff betul-betul kebengangan.

“Siapa yang buat!” tengking Cikgu Yusoff. Semua pelajar membisu. Semuanya saling memandang antara satu sama lain. Bingung dengan situasi yang berlaku.

“Kamu semua nak main-main dengan saya?” jerit Cikgu Yusoff lagi.

Syahrafi serba salah melihat tindak tanduk pelajar lain. Ini semua salahnya. Dia yang sepatutnya bertanggungjawab di atas peristiwa sebentar tadi.

“Selagi tiada orang yang tidak mengaku, selagi itu kamu semua berdiri kat depan rumah ini sampai ada yang mengaku.” Cikgu Yusoff merebahkan dirinya di atas bangku kayu panjang. Dia meraut-raut rotan ditangannya.

Satu jam berlalu dengan cepatnya. Jam sudah menandakan pukul satu pagi. Semua pelajar kepenatan, ada yang menguap sehingga berbunyi dengan kuat.

“Okay, kalau semua taknak mengaku saya akan mengambil tindakan tegas. Kamu semua akan saya laporkan kepada..” belum sempat Cikgu Yusoff menghabiskan kata-kata, Cikgu Azri datang dengan cemas.

“Kenapa semua masih dekat sini? Ada apa hal?” tanya Cikgu Azri ingin tahu.

“Ada pelajar buat hal. Ada yang buat pembakaran besar!” ujar Cikgu Yusoff.

“Pembakaran dekat mana?” tanya Cikgu Azri lagi.

“Depan blok A! Selagi kamu semua tak mengaku kamu semua takkan dapat tidur dalam bilik.” Marah Cikgu Yusoff. Mukanya tegang.

Cikgu Azri memandang pelajar kelasnya seorang demi seorang. Kelihatan muka Ikhwan kecemasan. Cikgu azri dapat mengagak sesuatu.

“Oh, maaflah semua. Saya yang buat pembakaran. Ada pelajar yang mengadu terlalu banyak nyamuk malam tadi. Takkanlah saya nak suruh pihak kesihatan sembur waktu malam macam nikan. Jadi saya buatlah pembakaraan nak halau nyamuk. Minta maaf yerk!” ujar Cikgu Azri tiba-tiba. Semua pelajar menarik nafas lega.

“kamu semua boleh balik bilik sekarang. Esok ada kelas lagikan. Saya minta maaf yerk. Kamu dah boleh tidur lena malam ni!” semua pelajar bergerak ke dorm masing-masing. Ada yang menjerit kegembiraan. Ada yang mengeluh kerana kepenatan. Ada yang sudah mamai yang hanya mahukan tilam dan bantal. Ikhwan, Syahrafi, Amir dan Isma kelegaan namun mereka berasa serba salah.

Cikgu Yusoff masuk kedalam biliknya dengan wajah yang tidak puas hati. Cikgu Azri juga masuk kerumah tersebut.

“kenapa Cikgu tak bagi tahu saya yang cikgu mahu berbuat begitu lagipun kenapa tak bagi ubat nyamuk sahaja untuk mereka?” laju saja soalan yang meluncur keluar dari mulut Cikgu Yusoff.

“Saya minta maaf sebab tak bagitahu cikgu. Lagipun takkan saya nak beli ubat nyamuk banyak sangatkan, gaji pun tak dapat lagi. Tambahan pula ubat nyamuk ni bahaya boleh menyebabkan kebakaran dan jika pelajar menyedut asap ubat nyamuk tu bahaya untuk kesihatan mereka. Safety first!” ujar Cikgu Azri selamba walaupun sebenarnya dia risau dengan alasannya yang agak susah untuk diterima.

“Lain kali kalau nak buat apa-apa, bagitahu saya dulu.” Cikgu Yusoff terus masuk ke kamarnya dan menutup pintu dengan kuat.

Cikgu azri keluar dari rumah warden dan melihat wajah Ikhwan, Amir, Isma dan Syahrafi sudah tercongok didepan rumah. Masing-masing membuat wajah serba salah. Cikgu Azri Cuma tersenyum.

“Semua ikut saya ke kereta.” Ujar Cikgu Azri sambil berlalu pergi ke kereta Proton wajanya. Mereka membuntuti guru tersebut. Sampai dikereta Cikgu Azri, wajah pelajar-pelajarnya dipandang satu persatu. Kepala masing-masing tunduk memandang ke bumi.

“Apa cerita sebenarnya?” tanya Cikgu Azri yang masih belum tahu cerita yang sebenarnya. Masing-masing masih membisu. Isma ingin bersuara tetapi dihalang Ikhwan. Ikhwan mula membuka mulut. Dia menceritakan segala-galanya kepada guru kelasnya itu dan menyatakan kekesalan mereka. Cikgu Azri hanya tersenyum memikirkan perbuatan pelajar-pelajarnya.

“Lain kali kalau kamu semua ada masalah. Bagitahu saya terus, jangan ambil tindakan sendiri. Ingat tu Ikhwan, yang lain pun sama. Saya balik dulu,” Cikgu Azri menerobos dirinya kedalam perut kereta. Semua pelajar menyalami tangan guru mereka. Kereta Cikgu Azri mengaum meninggalkan kawasan sekolah.

Mereka berempat berjalan menuju ke blok A untuk pulang ke dorm masing-masing. Isma menghampiri Syahrafi yang berada dibelakangnya. Amir dan Ikhwan pula sudah berada dihadapan.

“Kau dapat mana tayar dengan tiup motosikal tu?” tanya Isma.

“Aku ambil dekat stor.”

“Oh, bahayalah kau buat macam tu tapi aku suka.” Ujar Isma.

“Pelik!”

“Sebab semangat setiakawan kau tu tapi kita sudah menyusahkan orang lain. Kesian mereka kena melangut kat depan bilik warden sampai pukul satu pagi.”

“Alah, macamlah diaorang tak biasa. Sudah selalu kena macam tu, ada satu hari sampai azan subuh berkumandang baru dia lepaskan kami.”

“Aik? Hairan aku.” Isma menggaru-garukan dagunya.

“Kenapa?”

“Siapa yang azan masa tu? Jangan-jangan....”

“Woi tu azanlah, tak payah nak fikir mengarut-ngarut. Aku sekeh baru tahu.” Ujar Syahrafi sambil membulatkan matanya. Akhirnya mereka ketawa.

Nabila dan Ruzaini sedang melepak ditepi tangga. Kelihatan kelibat pelajar lain masih belum kelihatan. Sudah menjadi rutin harian mereka untuk datang awal ke kelas. Mereka sudah seperti kembar walaupun berbeza wajah. Namun kerana keakraban dan semangat ukhuwah yang tinggi, hubungan mereka menjadi sebegitu rapat. Hobinya mereka juga sama iaitu bergosip ditangga.

“Aku dengar semalam kecoh dekat Aspura.” Ujar nabila membuka perbualan.

“Kecoh? Pasal apa?” tanya Ruzaini yang begitu membuak-buak ingin tahu.

“Takkan kau tak tahu? Satu aspuri tahulah.” Ujar Nabila pelik.

“Memanglah satu aspuri tahu tapi kau yang tak tahu yang bahawasanya aku tak tinggal kat asrama tapi dirumah aku yang tersergam indah kat bandar kuantan ni.” Ruzaini geram.

“Lupa pula aku. Tulah engkau aku suruh duduk asrama tak nak. Ada kebakaran palsu berlaku dekat aspura.”

“Bukan aku taknak tapi mak aku yang tak bagi. Kebakaran palsu apa pula ni? Tak faham aku.”

“Aku pun tak faham tapi aku gerenti pelajar Aspura mesti kena rotan kat bontot.” Nabila ketawa geli hati. Dia teringat waktu dia terlihat Fadhlan dirotan dihadapan bilik Warden Aspura. Fadhlan menjerit kesakitan dan mukanya berkerut-kerut.

Fadhlan mendaki anak tangga dan melihat dua dara pingitan sedang bergosip ditangga. Dia memang geram dengan Nabila yang telah menggelakkannya semasa dia dirotan oleh Cikgu Yusoff tempoh hari. Dia meneruskan pendakiaannya sambil tanggannya mengepit fail dan buku yang agak berat.

Dia lalu disebelah Nabila yang sedang enak duduk di atas tangga bangunan lalu dia menjatuhkan fail dan bukunya di atas kepala nabila. Nabila mengaduh kesakitan. Dia melihat Fadhlan ketawa terbahak-bahak. Dia geram dan ingin memaki lelaki tersebut namun dia ternampak Syahrafi sedang mendaki anak tangga. Mana mungkin dia bersikap kurang sopan di hadapan lelaki idamannya. Dia melemparkan senyuman pada Syahrafi. Namun seperti kebiasaan, tiada balasan yang diterima.

“Kau ni angau dengan mamat sombong tu?” tanya Ruzaini yang melihat sikap nabila.

“Tak baik kau cakap macam tu, dia taste akulah.” Jawab Nabila tersipu-sipu.

“Kalau aku taknaklah lelaki macam tu, masam 24 jam. Nak senyum pun payah.” Luah Ruzaini. Nabila hanya memekakkan telinga. Kalau hati dah berkenan, kadang-kadang kentut yang busuk pun boleh jadi harum semerbak. Kring! Kring! Loceng telah pun berbunyi semua pelajar telah memenuhi kelas masing-masing dan bersedia menerima ilmu sebanyak yang mungkin.

Cikgu Azri berjalan dari parking kereta menuju ke bilik guru. Dalam perjalanan dia terdengar sesorang memanggilnya. Dia memalingkan mukanya dan melihat Cikgu Hajar berjalan mendekatinya.

“Kenapa ni?” tanya Cikgu azri.

“Saya nak tanya sikit dekat awak. Semalam apa yang berlaku dengan aspura?” tanya Cikgu hajar.

“Perkara kecil saja. Tak penting pun.” Ujar Cikgu Azri lalu meneruskan perjalanannya.

“Kalau tak penting, kenapa bomba datang semalam?” Cikgu Hajar tidak puas hati.

“Saja.” Ujar Cikgu Azri selamba.

“Kenapa dengan awak ni? Cakap dengan awak ni memang menyakitkan hati!” marah Cikgu Hajar lalu meninggalkan Cikgu Azri yang tersenyum nipis.

Cikgu Azri mengenali Cikgu Hajar sudah lama. Mereka belajar di universiti yang sama, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Akibat dari satu eksiden yang tidak disengajakan, mereka berdua sering bertelingkah bagaikan anjing dengan kucing. Pertelingkahan mereka melarat sehinggalah sekarang, lebih dari lima tahun.

Ruzaini dan Nabilah terlihat adegan gaduh-gaduh manja guru mereka. Mereka berdua berbisik sesama sendiri lalu mendekati Cikgu Azri.

“Amboi cikgu, pagi-pagi lagi dah gaduh ke?” ujar Nabilah sambil tersenyum sumbing.

Cikgu Azri memandang wajah anak muridnya itu lalu dihadiahkan sebuah senyuman yang menawan.

“Gaduh? Mana ada, biasalah perempuan kalau datang bulan memang macam tu. Kamu berdua ni datang bulan ke?”

“Tak!” serentak mereka berdua menjawab.

“Kalau macam tu, dah tak reti ke nak masuk kelas baca Surah Yassin. Hari inikan hari Jumaat.” Cikgu Azri membulatkan matanya kearah mereka berdua. Ruzaini dan Nabilah terkulat-kulat lalu meminta diri untuk masuk kedalam kelas.

Cikgu Hizami masuk kedalam bilik guru dengan muka yang cemas. Sasarannya adalah Cikgu Azri. Ada perkara penting yang perlu diberitahu. Dia tercungap-cungap kepenatan.

“Kenapa ni Mie?” tanya Cikgu Azri yang pelik dengan tingkah rakannya itu.

“Masalah Ri, masalah besar kali ini!” ujar Cikgu Hizami bersungguh-sungguh.

“Masalah apa?”

“Pelajar kelas kau buat hal lagi. Sekarang Cikgu Yusoff tengan naik hantu dekat pejabat!”

Gulp! Cikgu Azri menelan liur. Hatinya berasa tidak sedap. Pasti hal ini membabitkan kejadian semalam.

“Cikgu Yusoff nak jumpa kau sekarang dalam bilik dia. Aku harap tak akan berlaku apa-apa,” Cikgu Hizami menepuk bahu rakannya. Dia tahu fikiran rakannya berkecamuk. Namun dia sendiri tak mampu untuk membantu rakannya sendiri.

Cikgu Azri mengetuk pintu bilik Guru Penolong Kanan 1 merangkap ketua warden sekolah. Kedengaran satu suara menyuruhnya masuk lalu tombol pintu dipulas. Kelihatan Cikgu Yusoff sedang duduk ditempatnya sambil meraut-raut rotan ditangannya. Dihadapan guru itu, berdiri empat orang pelajar yang masing-masing menundukkan kepala.

“Duduk Cikgu Azri, saya ada hal penting untuk dibincangkan dengan Cikgu dan pelajar-pelajar kesayangan Cikgu.” Ujar Cikgu Yusoff penus sinis. Kadang-kadang dia menggaru-garu kepalanya yang licin tanpa sehelai rambut itu.

Cikgu Azri memandang satu persatu wajah pelajarnya dan dihadiahkan senyuman penuh makna. Senyumannya itu seakan-akan memberi kekuatan untuk pelajarnya. Ikhwan, Amir, Syahrafi dan Isma memberi ruang kepada guru kelasnya untuk duduk di atas kerusi.

“Cikgu tahu kenapa saya panggil cikgu dan pelajar-pelajar cikgu?” tanya Cikgu Yusoff sambil memandang wajah empat orang pelajar itu dengan sinis.

“Saya tak tahu, mungkin cikgu nak bincangkan prestasi pembelajaran mereka.” Jawab Cikgu Azri tenang.

“Jadi cikgu tak tahulah, baik saya akan bagi tahu perkara yang sebenar. Baru sebentar tadi saya dapat maklumat dari seorang pelajar yang telah mendengar perbualan antara seorang guru yang sangat baik bersama-sama dengan empat orang pelajarnya yang sangat jahat malam semalam!” ujar Cikgu Yusoff sambil menekan perkataan baik dan jahat.

“Ada yang cikgu nak jelaskan disini?” tanya Cikgu Yusoff.

Cikgu Azri memandang wajah Cikgu Yusoff dengan tenang walaupun jelas terpancar riak wajah yang sukar dimengertikan pada wajah ketua warden itu.

“Saya akan jelaskan!”

BERSAMBUNG...


ASSALAMUALAIKUM.

Saturday, February 19, 2011

Bahana PlayStation 2

Assalamualaikum..

Fuh! Lega..
itulah perasaan aku sekarang..
takde dah perasaan tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang2..
semuanya sudah berlalu sebentar tadi..

Semalam dengan hari ini aku ada test sebenarnya..
sebab tu lama dah tak buka blog ditambah dgn bekalan internet yang suam-suam kuku..
semalam test engineering math..
boleh jawab 2.5/5 bintang..
pagi tadi pula structural mechanic..
boleh jawab 3/5 bintang..
mmg soalannya mencabar minda aku..
minda orang lain aku tak tahu..
muka cool je masing2..
aku je kot yang terkerut sana, terkerut sini..

Berbalik pada tajuk entri..
bahana bermain play station 2..
kenapa mesti playstation 2?
bukan playstation 1 ataupun playstation3 mahupun play station 4? ada dah ke?
buat budak yang bukan kaki game macam aku ni mmg banyak yang tak bestnyer dari bestnyer..

mungkin sebab dari kecil minat nak main permainan video game berkurangan atau sebab teknologi tersebut tidak berada dirumah aku..
membuatkan aku kurang excited nak main game2 ni..
tapi masa belum baligh aku pernah suka main game ni..
korang pernah ada handphone nokio 3310?
suatu masa dahulu ayah aku ada..
aku suka main game tembak2 dalam tu..
namanya space dot dot.. ok aku tak ingat namanya..
memang aku minat sampai bila time malam aku pinjam handphone ayah aku semata-mata nak main game tu sehinggalah bateri phone tu habis..
aku main sampai menang.. bangga betul rasanya masa tu..
tapi skang handphone canggih aku cuma ada game Worm Armageddon..
tu pun kadang2 time tgh main, phone jadi jammed..

Banyak sebenarnya keburukkan bermain game ni..
antaranya kerja rumah tak siap, kerja sekolah tak siap, kerja universiti tak siap..
boleh kata semua tak siaplah..
pastu ada yang kata TV akan cepat rosak kalau kuat main game..
tapi semua tu alasan saja, kalau pandai bahagi masa pasti boleh siap..
cuma masalahlah kalau ada orang nak tgk TV..
tmbh rancangan melodi yang panas dan hangit tu..
lainlah kalau kat rumah ada dua biji TV..

Aku rasa dah jauh dah aku menyimpang..
aku cuma nak cerita macam ni je..
rumah sewa aku ada playstation 2..
kawan aku yang bawak..
sebab rumah dia dah ada playstation 3..
mula2 aku tak berminat nak main..
tiba2 satu hari aku digoda, eh bukan dicabar untuk bermain..
ditambah ingin merasa bagaimana main playstation 2 ni..
aku mana pernah main benda alah ni..
namun apabila keexcitedan melebihi nafsu..
jari jemari aku telah cedera dengan teruknya..
sebelum tu aku nak cakap kehebatan aku bermain game mmg luar biasa..
aku menang dengan bangganya.. kah3..
kedua2 ibu jari aku melepuh, melecur, melecek dan semua me-me yang ada didunia ni..
sebab tulah aku tersiksa nak jawab test..
kalau test aku dapat rendah mesti sebab kecederaan jari aku ini..
hahah.. alasan yang munasabah?
itulah akibatnya atau bahana kalau main playstation sampai tak ingat dunia..

Bermain game sebenarnya salah satu cara untuk menghiburkan diri..
kadang2 rasa stress atau penat study..
mesti rasa bosan jadi tak salah kalau nak main game ni..
sekadar menghiburkan diri..
tambah2 mereka yang single lagi..
tapi kenalah pandai membahagikan masa..
bila time nak main..
bila time nak study..
time solat pula jangan buat-buat lupa..
utamakan yang wajib dulu..

Konklusinya:
Mainlah game berpada-pada supaya tak terseksa diri..
sian jari2 aku..
nasib baik aku tekan keyboard ni tak guna ibu jari..
cuma guna jari tengah jer..
adoyai..

Assalamualaikum..

Wednesday, February 16, 2011

Bila Terkena Batang Hidung Sendiri

Assalamualaikum..

Fuh, lega rasanya apabila selesai kes minyak hitam..
dua tiga hari juga nak selesaikan masalah ni..
dari satu bengkel kesatu bengkel..
sampai terpaksa tipu sunat demi kebaikan diri..
yelah takkan nak biarkan diri dicekik lagi..
sepatutnya tukar minyak hitam dalam area below rm100..
tapi ada satu tempat tu sampai nak ketuk aku rm100++...
nasiblah jumpa juga tempat yang sebetul-betulnya..

Sekarang susah nak update dengan blogwalking..
sebab bekalan internet yang amat menyesakkan..
Streamyx tu dah tak tahu apa cerita..
call tak nak angkat..
malas dah nak membazir minyak kereta pergi Mentakab..
biarlah masa yang menentukan..
mungkin pelanggan macam aku tak menguntungkan mereka..
musim test dan quiz pun dah tiba..

sekadar gambar hiasan

Bila kita bercakap atau menasihati seseorang..
memang perkara yang mudah..
kita bagi nasihat itu ini pada mereka..
namun kita tak merasainya..
kalau kita pernah menghadapinya mungkin kita boleh faham perasaan mereka..
tapi kalau tidak..
aku rasa diam mungkin lebih baik dari mencampurinya..
kita tak perlu rasanya beri nasihat yang panjang2..
cukup sekadar menghiburkan mereka supaya beban yang ditanggung akan berkurangan..

Masih ingat lagi aku pada masalah yang dihadapi oleh seseorang yg penting dalam hidup aku..
dia mengadukan masalahnya pada aku dan yang lain..
bila kami mendengar cerita dia kami rasakan masalah dia sangat mudah..
dan dia saja membesar-besarkan lagi masalah itu..
kami cuba menasihati tetapi berbaur seperti kejian..
dan akhirnya perkara itu berlaku pada diri aku sendiri sekarang..
aku sendiri tak mampu nak hadapi masalah itu..
aku setuju masalah itu bukanlah besar..
tapi mampu memberi kesan yang sangat besat pada diri aku..
bila dah terkena pada batang hidung sendiri..
baru tahu apa yang dirasakan oleh orang yang menghadapinya..

Macam kita yang selalu disogok tentang kes makcik2 kat kampung yang suka sangat 'nasihat' tentang anak orang lain..
akhirnya anak dia sendiri yang buat..
seperti juga dengan permasalahan yang lain..
bukan aku kata tak perlu nasihat..
tapi perlu fikir dulu sebelum meberi nasihat..
sama ada nasihat kita memberi kebaikan..
atau memburukkan lagi keadaan..
tak salah untuk membantu..
tapi janganlah menyakiti hati orang lain..
kadang2 rasa kesal pula dengan tindakan aku dulu..
mungkin Allah nak tunjuk pada aku..
dan akhirnya masalah itu menimpa aku..
cakap bukan boleh sebarangan..
bak kata pepatah..
terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya..

Assalamualaikum..