Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Monday, January 31, 2011

Giveaway eqbalzack "SEDUT KASI ABES!"

Assalamualaikum..

Aku memang dah lama nak join giveaway bro eqbalzack ni.. sebab giveaway yang dulu aku tak sempat nak join..
tagline kali ni "SEDUT KASI ABES!"..
aku ni memang suka sedut-sedut terutamanya sedut ice lemon tea..
tapi ni nak sedut benda lain..

Ok, ni cerita aku yang nak sangat High Power Car Vacuum tu..

Semua orang dah tahu aku ada Si Hitam, kereta savvy yang kini menjadi hak muthlak aku..
Satu hari di UiTM Jengka..

Lokasi : Makmal Geoteknik
Si Gadis S : Syah, saya dengar awak bawa kereta betul ke?
Aku : Betul3 (bunyi macam ipin, mmg suara aku macam tupun).
Si Gadis S : Boleh saya tumpang awak tak? Saya nak pergi J-Town kejap sebab nak uruskan hal dekat bank. (mimik muka bersungguh-sungguh)
Aku : Boleh tapi ada syaratnya!
Si Gadis S : Apa dia?
Aku : Awak kena jadi makwe saya! Boleh? (muka excited+berdebar2, dah lama minat si S ni)
Si Gadis S : Boleh, asalkan awak penuhi kriteria2 lelaki idaman saya.
Aku : Apa dia? Ucapkan saja!
Si Gadis S : Beriman, tak tinggal solat, hormat orang tua, lebih bijak dari saya, kacak dan pembersih.
Aku : Alright! Semua kriteria tu ada pada abang. Full package.. Jom, abang tak sabar dah nak drift ni..

Lokasi : Tempat Parking Kereta di UiTM Jengka
Aku : Inilah si hitam abang. (sambil menggosok-gosok badan si hitam)
Si Gadis S : Wah! Terujanya, berkilat dahtu warna hitam. S memang suka warna hitam, hitam itu menawan.
Aku : Jom, jangan lengah-lengahkan masa.
Si Gadis S : Sabarlah dulu bang, takkan kita berdua. Tak manis nanti. Tunggu kawan S kejap yerk, dia pun nak tumpang sekali. Abang fahamkan?
Aku : Abang faham sangat, lagu kalau berpacaran tu abang dah hafal sangat dah..
Si Gadis S : Erkk!
Aku : Takde apalah, kalau macam tu masuklah dulu dalam kereta panas ni.
Si Gadis S : Okay. ( lalu masuk kedalam kereta dengan rakusnya)
Aku tersenyum cuma..

Tiba-tiba si Gadis S keluar dengan muka yang kelat.
Aku : Kenapa?
Si Gadis S : Saya taknaklah tumpang awak, kereta awak ni kotorlah. penuh dengan habuk. awak ni pengotorlah. saya taknaklah jadi makwe awak.
Aku : Hish, janganlah cakap macam tu. abang takde car vacuum untuk sedut habis habuk2 dalam kereta ni.. serius, abang bukan pengotor.. jgnlah macm tu.. (muka sedih dan hampa)
Si Gadis S : Baik, pergi dapatkan car vacuum dulu baru boleh jadi pakwe saya.. saya nak naik van UiTM jelah.. Bye.. Ingat yerk, SEDUT KASI ABES habuk2 tu guna HIGH POWER CAR VACUUM.. pastu baru jumpa saya..
Aku : Baiklah.. Hukhukhuk..

Jadi tolonglah bro Eqbalzack, saya betul2 memerlukan High Power Car vacuum.. saya ni dah lama single.. kalau saya dapat car vacuum tu bukan saja si hitam jadi bersih malah makwe pun dapat.. semoga saya akan terpilih dapatkan car vacuum tu..

Siapakah Si Gadis S? Biarlah rahsia..

Jadi aku nak tagged Raji untuk sama berebut dengan aku untuk dapatkan car vacuum tu..

Assalamualaikum..

p/s: semoga pelajar2 malaysia di Mesir selamat..

Aku kuat cemburu?

Assalamualaikum..

Orang kata cemburu itu tandanya sayang..
Tak dapat aku nafikan yang aku cemburu pada blogger-blogger yang lain..
Maknanya aku sayanglah pada para blogger semua..
Macam inilah, baik aku berterus terang sahaja pada semua..
Aku cemburu dengan blogger yang dapat bertemu dengan Heliza..
Ada tu siap ambil gambar bersama-sama lagi..
Bilalah time aku..
Dah banyak aku tengok gathering-gathering yang dianjurkan oleh para blogger..
tapi satu pun aku tak pernah join...
mgkn terlalu banyak sebab aku tak dapat nak join sekali..
antaranya tempat perjumpaan itu terlalu jauh untuk aku..
tapi ramai saja aku tengok blogger dari negeri-negeri lain dapat join..
kedua mungkin kalau aku pergi, takde sape yang kenal dengan aku..
aku yang sedia pendiam tahap maksimum ini pasti akan terus mendiamkan diri..
aku ni kalau tak kenal memang susah nak tegur..
orang selalu cakap aku ni muka sombong..
kawan-kawan aku dulu pun selalu cakap..
kau ni muka skema dan sombong..
tapi bila dah rapat baru dorang tahu tanggapan dorang salah..
memang hari-hari akan kena dengan aku..
tapi aku memang bukan jenis yang boleh memulakan perbualan pada orang yg pertama kali bertemu..

Namun begitu, satu hari nanti aku akan cuba join juga majlis2 blogger ini..
yelah takkan nak tengok blog sahajakan..
mestilah nak meramaikan member2 juga..
nak kenal juga member dari negeri-negeri lain...
mungkin ini boleh dijadikan azam untuk tahun ini..

Sekarang ramai student yang cari kerja sampingan untuk tambahkan pendapatan..
yelah mana cukup dengan wang pinjaman dan biasiswa..
nak bayar yuran, buku-buku, dan kalau yang duduk diluar kolej..
terpaksa fikirkan duit rumah sewa, air dan elektrik dan juga internet..

aku pun berura-ura juga untuk cari duit sampingan ini..
memang tak cukup duit pinjaman yg aku dapat..
tambahan pula aku ni budak diploma..
duit yang dapat tak banyak macam budak ijazah..
tempat belajar aku plak dah macam bandar besar..
sewa rumah dengan harga makanan dah macam KL punya harga dah..
padahal kawasan pendalaman juga..
aku makan kat KL haritu pun lagi murah dari aku makan kat J-Town ni..

Kawan aku ada tawarkan satu kerja ini..
tapi kena pergi seminar dulu kat KL..
aku ni dahlah teruk sikit kalau dekat KL ni..
mmg tak tahu langsung..
macam rusa masuk bandar jer(betul ke ni?)..
aku pun tak tahu lagi kerjanya macam mana..
kalau kena promote2 barang..
atau bercakap denga orang ini..
memang satu kelemahan aku..
serius aku tak boleh nak cakap banyak dengan orang yang baru pertma kali jumpa..
tapi harap-harap aku boleh dapat kerja sampingan yang sesuai dengan aku..
tak naklah selalu menyusahkan mak ayah saja..
kalau nak dapatkan pendapatan dengan blogging..
mmg taklah.. nak tunggu cash out untuk yg pertama kali pun mahu kena tggu 2 atau 3 tahun lagi..

apa2pun.. korang jangan risau..
aku bukan jenis yang kuat cemburu..
aku cemburu dengan perkara yang baik2 sahaja..
hope nanti dapat jumpa korang satu hari nanti..

Assalamualaikum..

Sunday, January 30, 2011

NASIB BAIK DOUBLE, KALAU TRIPLE?

Assalamualaikum..

Semalam nasib baik aku tengok dua saja filem dekat wayang..
kalau aku tengok tiga mesti aku dah terkencing dalam tu..
itulah akibatnya kalau tengok wayang tak bawak baju sejuk..
dalam pawagam tu mmg sejuk giler..
menggeletar sana, menggeletar situ aku...
dah macam cacing kesejukkan..

Akhirnya dapat juga aku tengok filem KHURAFAT..
aku tengok citer ni dengan dua orang lagi kawan aku..
tiap kali aku terjah blog orang lain..
majoriti mengatakan filem ini menyeramkan dan best..
aku rasa mmg seram.. sebab ada sorang kawan aku yg juga seorang blogger..
melompat-lompat time tgk citer tu..
sudahlah kami duduk pada barisan depan sekali..
memang muka hantu tu depan mata jelah..
asal tak buat dalm 3D mesti lagi gempaq..
tapi bagi aku filem ini tidak seram manapun..
cuma lebih baik dari filem-filem seram yang lain ditambah dengan jalan cerita yang baik..
aku bagi 3.5/5 bintang untuk cerita ini..

Lepas tengok citer tu.. kiteorang solat dulu.. waktu solat masa tu dah macam budak sekolah rendah beratur kat perhimpunan pula..
panjang giler barisan untuk ambil wudhuk..
baguslah walaupun kita nak berhibur.. perkara yang wajib jangan ditinggalkan sama sekali..

Pukul 9 kiteorng masuk lagi sekali untuk tengok filem FASTER..
aku pun tak tahu kenapa dengan aku semalam..
semua filem yang aku tengok rasa macam biasa-biasa saja..
aku mmg minat the rock ni berlakon..
tapi dalam citer semalam macam ada something wrong saja..
dan ending pun dah boleh diagak..
tapi aku suka satu watak pembunuh upahan tu tapi aku tak tahu siapa pelakon dia..
dia tu mmg ada yang tak kena..
apa2pun filem ni okaylah.. aku bagi 3/5 bintang untuk citer ni..

Assalamualaikum..

Selamat Hari Lahir Bro.. Kudo..

Assalamualaikum..

Aku pernah tulis entri INI tentang kepergian bekas roomate aku..
hri ini genaplah umur arwah 20 tahun...
Selamat Hari Lahir Syukri bin Ali..
atau lebih dikenali Kudo Ibn Ali...

Gambar ini telah diedit sendiri oleh aku masa zaman kenakalan kami..
aku selalu menjadi 'mangsa' kutukannya..
tapi aku tidak langsung simpan dalam hati..
malah aku sentiasa mencari idea-idea baru untuk mengenakannya kembali..
namun akhirnya aku juga yang terkena balik..

Semperna hari kelahirannya..
sedekahkanlah Al-Fatihah buat arwah..
semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yg beriman..
(30 januari 1991~15 Disember 2010)

gambar di atas dicilok di blog Princess Laila..

Assalamualaikum..

Saturday, January 29, 2011

The Green Hornet in 3D ! Best atau tidak?

Assalamualaikum..

Akhirnya sampai juga aku dirumah yang tercinta.. rindu dengan bau kesegaran bilik aku..
Aku bertolak dari rumah sewa waktu petang..
dalam perjalanan pulang aku dan kawan-kawan ditemani hujan-hujan manja..
sekejap hujan, sekejap tidak...
on the way nak balik, kami singgah nak makan tengahari pada pukl 4.30 petang..
dari pagi tak makan apa-apa..
gara-gara nak siapkan assignment yang tertunggak.. jangan ikut amalan yg baik ini yerk..
Yang tak bestnyer aku rasa aku termakan ayam kampung..
aku memang tak suka makan ayam kampung sejak kecil lagi..
selain isinya yang liat, aku juga akan sering terbayang apa yang ayam kampung akan makan..
cubalah faham-faham sendiri yerk..

Sebelum balik kerumah..
kami berpakat nak tengok wayang...
dan memang dah aim nak tengok filem 3D..
seorang kawan aku dah pernah tengok dalam 3D filem Avatar..
yang lain baru pertama kali termasuk aku..

Hanya ada satu saja filem 3D iaitu The Green Hornet..
aku sebenarnya tak berapa selesa nak tgk dalam 3D ni..
sebab aku terpaksa pakai double spek..
spek rabun aku dgn spek 3D..
agak menyusahkan jugaklah...
dan lagi satu dalam 3D ini adalah tiada subtitle..
orang yang slow macam aku ni mmg susahlah nak faham terutamanya kalau dorang buat lawak..
bila dengar orang lain ketawa beria-ria macam bunyi kuda tu mulalah buat aku curious..
dorang gelak sebab apa..
tapi yang penting sekurang-kurangnya aku faham jalan ceritanya..

Ok aku nak review filem ni sikit..
Best atau tidak?
Bagi aku filem ini bolehlah dikategorikan best..
tapi takdelah sampai tahap marvellous..
aku sukakan lakonan Jay Chou(Kato) dalam citer ni..
muka dia nampak macam tak bersalah ditambah dengan dialog yang bersahaja..
tapi lakonan dia mungkin agak kaku..
hero dalam citer ni sebenarnya seth roger(the green hornet)..
tapi sepanjang aku tengok citer ni kadang-kadang aku rasa watak dia kelakar..
dan kadang-kadang amat menjengkelkan.. aku ulang lagi sekali menjengkelkan..
lakonan Cameron Diaz juga kurang menonjol..

Britt Reid(the green hornet) ini merupakan seorang anak orang kaya..
yang suka menghabiskan duit bapak dia dengan berfoya-foya..
selepas kematian ayahnya, of courselah semua duit jatuh pada dia..
si britt ni suka sangat minum kopi yang dibuat oleh Kato..
Kato ni seorang yang sangat bijak sebab dapat mereka alat-alat yang canggih..
Britt menggunakan kepandaian Kato ini untuk menjadi The Green Hornet yang mahu dianggap sebagai superhero.. namun britt merupakan seorang yang pentingkan diri sendiri..
dia hanya seorang yang kaya namun tidak mempunyai kemahiran seperti Kato..
akibat tidak mempunyai kesefahaman mereka bergaduh..
the green hornet menjadi kucar kacir..
apakah kesudahannya?
tengoklah sendiri di pawagam yang berhampiran..

Aku bagi 3.5/5 bintang untuk filem ini..

Assalamualaikum..

p/s: masih kepingin untuk menonton Khurafat..

Wednesday, January 26, 2011

Siapa Mahu Pakwe Romantik?

Assalamualaikum..

Dulu seorang blogger ada tulis tentang lelaki romantik ni.. echah mashuri..
salah satunya pandai main gitar...
romantik tak? bolehlah siapa-siapa yang nak jadikan pakwe.. cakap je nak lagu apa.. abang kasi goreng sedap2.. kasi biar rangup.. jangan pedulikan keadaan sekeliling beliau.. kerana itu bukan bilik beliau..

Ok, aku terpaksa mengaku yang aku memang tak pandai nak main gitar ni..
puas aku suruh kawan aku ajar... tapi aku mmg lembab sikit..
dan alat muzik lain pun aku tak pandai main..
tapi jangan risau korang tak akan bosan bila bersama aku..
sebab aku memang pandai menyanyi dan mereka lirik lagu sendiri..

Sebelum aku terus memuji diri sendiri..
lebih baik aku pulang dulu kepangkal jalan..
Apa hukumnya bermain gitar ni?
Ada ulama' yang mengatakannya haram sama sekali bermain alat muzik yang bertali..

Di rumah sewa aku ni adalah satu gitar yang baru dibeli oleh kawan aku ni..
dia memang boleh dikira pro jugaklah..
jadi aku pun godek-godeklah di internet disamping bertanya dengan kawan-kawan tentang hukum bermain gitar ni...
sebenarnya masih belum ada hadith yang soheh tentang penggunaan alat muzik bertali ini..
setiap ulama' memberikan pendapat yang berbeza-beza..

sekarang kita tengok ramai saja orang islam yang main gitar termasuklah kumpulan-kumpulan nasyid...
bermain gitar sebenarnya diharuskan untuk menghiburkan diri tetapi hendaklah tidak melalaikan diri sendiri dan orang lain dengan meninggalkan kewajipan yang difardhukan..

jadi kalau korang nak berlatih main gitar, boleh saja asalkan jangan melupakan kewajipan yang paling utama.. kalau dah dengar azan berkumandang tu.. stop-stoplah main gitar dulu.. lepas solat sambung balik.. nasihat ni bukan untuk pembaca sahaja tetapi termasuklah diri sendiri..

Sekarang aku nak tanya pendapat korang.. betul ke lelaki yang pandai main gitar ini romantik?
kalau betullah, nampaknya aku kena buat kelas r dengan kawan aku... tapi kelas free lah..

tapi bagi aku keromantikan seseorang lelaki itu belum menjamin akan memberi kebahagiaan kepada pasangannya.. apa yang penting pegangan agama yang kuat, sifat saling mempercayai dan menyayangi itulah yang akan menjadikan satu-satu perhubungan itu menuju kebahagiaan..

Segala yang aku tulis ini dicilok di SINI dan SINI dan untuk mengetahui dengan lebih lanjut silalah terjah kesana...

Assalamualaikum..

Tuesday, January 25, 2011

Kecewa Kerana Tertipu

Assalamualaikum..

Tak dapat aku nafikan yang aku memang suka tengok drama korea..
antara sebabnya kerana jalan ceritanya yang menarik dan pelakon yang menawan..
lantas disebabkan itu hatiku tertawan..
bila tengok saja citer korea, aku lupa dengan keadaan sekeliling..
cubalah sepak terajang aku..
aku langsung tak kisah sampailah habis citer tu..
lepas tu aku akan balas laju-laju sepak terajang balik malaun itu..

Korang pasti tahu tentang kumpulan Girl Generation ataupun SNSD...
aku suka lagu mereka satu je.. GEE..
bila dengar mereka menyanyi dan menari aku ingin ikut sekali menari..
sungguh2 comel..
tak percaya tengoklah sendiri..


boleh dikatakan semuanya cantik-cantik dan comel.. terutamanya yuri dan yoona..
tapi aku lebih suka Yoona sebab aku tengok drama Cinderella Man..
dia memang cantik dan pernah berangan mempunyai isteri sepertinya tapi memakai tudung..
namun sayang seribu kali sayang..
kecantikkan itu bukanlah original punya..
aku baru saja dapat tahu yang semua ahli kumpulan ini membuat pembedahan plastik..
aku terlupa rupanya yang korea selatan ini memang popular dengan plastic surgery..
namun yang mengecewakan aku.. Yoona pun sekali..
Aku tertipu!

takpelah bukan rezeki aku berbinikan orang korea..
gadis-gadis melayu pun cantik-cantik belaka..
kalau ada jodoh.. adalah..
Ajal maut jodoh pertemuan, semua itu rahsia Allah..
aku hanya mampu menunggu..

Assalamualaikum..

Stress Buat Kembung Perut

Assalamualaikum..

Mula2 aku nak cakap, aku dah tobat nak makan sotong kat bandar jengka ni..
sebab makan tengah hari tadi aku nak tukar selera makan sotong..
aku tengok ada sotong masak merah rasanya..
dengan rasa terujanya aku ambiklah sekor bersaiz ibu jari tangan aku ni..
dan terus membayarnya dengan muka tak sabar..
namun rasa keterujaan itu terus hilang.. sekor sotong sebesar itu berharga RM2..
Selama nipun aku pernah juga makan sotong kat Bandar Kuantan tu..
Takdelah semahal ini.. Takpe2 pasni aku dah tak ambil sotong.. aku ambil ketam pulak..
Tak mahulah pisang berbuah dua kali..

Semalam aku pergilah cucuk kat mesin ATM Bank Islam..
Tak mahu dah cucuk kat bank lain.. nanti hilang rm1...
sem ni duit mengalir macam air...
duit ptptn aku dah nak abis..
tapi bulan satu tak abis lagi..
aku belajar sampai bulan 5..
aku rasa aku dah cuba berjimat..
tulh nk memikirkan kes rumah sewa dulu dan sekarang...
mmg byk habis kat situ...
nampaknya terpaksa minta biasiswa FAMA dan SISBRO...

Sem ini aku rasa agak tertekanlah juga..
tapi penawar untuk rasa tertekan adalah ketawa..
sebab tulah skang aku suka ketawa.. kadang2 tak de sebab pun aku ketawa sorang-sorang..
lantaklah housemate nak fikir apa..
bila time dalam kelas..
aku bagi tumpuan sepenuh-penuhnya.. ok tipu.. kadang2 aku nyanyi lagu sekadar dipinggiran..
aku bagi 90% masa dalam kelas..
tapi aku still tak dapat nak faham..
kawan aku pula semuanya faham..
masa buat latihan.. kalau dulu-dulu aku antara orang yang paling cepat siap..
tapi kali ini aku paling last siap..
kadang2 tak siap terus..
kalau boleh aku nak sama-sama siap dengan kawan aku..
bila aku nak tanya pensyarah.. kadang aku sendiri tak tahu apa yang aku tak tahu..
yang aku tahu aku memang tak tahu..
namun walau macam manapun.. hal ini takkan mematahkan semangat aku..
aku tak nak rasa stress ni.

tahukah kamu?
Stress boleh menyebabkan perut kembung... selain itu kembung perut juga disebabkan sebab makan dengan terburu-buru dan sambil makan minum air...
Bila perut kembung kita pasti takkan rasa selesa, sebab kandungan gas yang terlalu banyak dalam perut kita.. perut kembung juga bukan sahaja menyusahkan kita tapi orang lain juga.. kerana jika kita kentut dalam kelas atau dirumah pasti mengganggu konsentrasi orang lain..
dan bau kentut juga boleh membawa mati..
ini yang aku cakap ini semuanya fakta hasil dari pembacaan aku dulu2.. entah macam mana aku boleh teringat balik..

Jadi jangat stress bila belajar.. carilah penawar untuk hilangkan stress..

Assalamualaikum..

Monday, January 24, 2011

Semalam Yang Hangat

Assalamualaikum..

Bayak perkara yang berlaku minggu lepas...

1. Kena Daftar Streamyx balik dekat Mentakab.. tggu dalam 2 minggu lagi..
2. Sentap tak dapat makan Mcflurry kat Mentakab sebab mesin rosak..
3. Pergi Program HOMSIS tp tak join mana-mana persatuan pun..
4. Pergi tengok Konsert Gempak Desa Astro dekat Bandar Jengka.. Noni sgt cantik tapi... Aishah sgt comel..
5. Masih banyak kerja yang terbengkalai..

BUKAN SENANG HENDAK SENANG.. BUKAN SUSAH HENDAK SUSAH...

tiba-tiba aku rasa kata-kata ini sungguh menarik jiwaku yang kering ini..

Semalam satu kelas aku buat parti kejutan buat kawan aku yang melangkah angka 20 tahun hari ini..
tapi takdelah nak tunggu sampai pukul 12 tgh malam..
kami awalkan sikit..
kami buat parti tu kat KFC..
yelah dekat situlah yang paling best kat tempat aku belajar..
ramai juga yang sambut birthday semalam..
dan agak dengki pada mereka yang makan kek secret recipe..
kami hanya beli kek kat bandar jengka jer..
cantikkan.. siapa yang pilih.. akulah..
gambar birthday girl aku tak ada.. nipun cilok blog member aku air-riey..

Assalamualaikum..

P/s: banyak yang hilang ditelan masa..

Saturday, January 22, 2011

DANIEL ADIE GIVEAWAY : Diary Motivation 2011

Assalamualaikum...

Aku telah ditag oleh dua orang blogger HANS dan BUDAK LELAKI SEBELAH PINTU...
untuk bersama-sama join giveaway yang dianjurkan oleh blogger DANIEL ADIE...

Masa kecik-kecik dulu aku selalu tengok kakak aku tulis dalam diari dia..
bila aku masuk sekolah menengah pula aku tengok senior aku pun ada diari..
dan apabila aku melangkah masuk sekolah teknik masa form 4..
aku belilah satu buku untuk buat diari..
dalam setahun tu aku cuma tulis dua kali saja..
bila masa form 5 up sikit aku tulis lebihlah dari 10 kali..
sampailah aku create blog ni..
sampai sekarang diari tu masih ada lagi..
tapi aku dah tak pernah tulis..
bila baca balik apa yg aku tulis..
kdg2 aku ketawa dan kadang2 aku rasa sebak..
sebab itu semua adalah memori aku..

Jadi aku kena tag 2 orang..
Echah Mashuri dengan Faizal Sulaiman..

Assalamualaikum..

Thursday, January 20, 2011

Aku Rasa Apa Yang Kau Rasa

Assalamualaikum..

Minggu ni banyak betul aku kena masuk lab.. dan tentunya banyak report yg kena buat..
adatlah namapun belajar..
tapi hari inilah aku rasa penat sangat..
sampai makan malam tadi aku rasa tak larat nak habiskan walaupun perut ni lapar kedahak tapi sebab rasa kepenatan itu melebihi segalanya..

Petang tadi banyak betul buat experiment, kalau xsalah kiraan aku dekat 6 experiment..
selama ni tubuh aku bau minyak wangi playboy tapi hari ini bau badan aku pelbagai..
aku terpaksa bermain dengan simen, minyak hitam, tanah, pasir dan macam2 lagi..
aku dah macam buat kerja buruh..

Baru aku tahu apa yang pekerja buruh rasa selama ini..
dorang terpaksa berpanas, bancuh konkrit dan bermacam lagi..
aku betul-betul rasa respek dengan dorang ni..
tanpa mereka mana mungkin akan wujudnya KLCC, Menara KL dan Times Square..
aku arini berazam untuk belajar pandai-pandai..
sebab aku tak nak buat kerja macam tu..
tak daya aku rasa..
aku nak kerja dalam pejabat..
sambil hadap laptop..
buat kertas kerja..
turun site sekali sekala..
dan dapat duit gaji yang masyuk..
Aku dah rasa apa yang kau rasa..
tapi tu pun tak seberapa sangat..

Patutlah selama ini abah selalu pesan suruh belajar sungguh-sungguh untuk kesenangan aku..
ilmu itu penting.. carilah ilmu dunia dan akhirat...
kalau kita nak kerja yang selesa kenalah ada ilmu yang tinggi..
kalau tak nanti kita terpaksa berhempas pulas untuk mendapatkan sesuap nasi..
dulu selalu rasa bosan dengar tentang tu.. tapi sekarang aku dah faham..
baiklah abah, orang akan belajar sungguh-sungguh..
jadi jurutera yang berjaya..
satu hari nanti..

Kata-kata Orang:
Kalau nampak bangunan yang gah dan cantik, orang akan cakap siapa Arkitek dia?
Tapi..
Kalau ada bangunan yang runtuh dan retak, orang akan cakap siapa jurutera dia?

Akitek dan Jurutera saling memerlukan..

Assalamualaikum..

Wednesday, January 19, 2011

Masalah Mental

Assalamualaikum..

Sungguh sedih petang ini kerana kelas cancel sambil melompat-melompat mengangkat tangan.. Kelas pagi tadi agak stress juga sebab otak aku tiba-tiba jadi blur.. semua soalan yang aku buat semua tersangkut.. padahal aku amatlah meminati subjek itu.. aku juga belajar tentang elektrik hari ini.. nasib dulu masa sekolah teknik aku tak ambil kejuruteraan elektrik.. memang aku tak boleh nak faham sangat... syukurlah aku tergerak hati nak pilih bidang kejuruteraan awam..

Orang streamyx masih lagi tak datang.. aku tak tahu sebab apa.. dah nak masuk dua minggu.. assignment dah bersusun menunggu giliran untuk diselesaikan.. aku rasa mungkin orang streamyx tu tak jumpa jalan kerumah aku.. aku rasa rumah sewa aku ni bukannya dekat pendalaman.. dekat dengan bandar pusat lagi... Bandar Pusat Jengka... mungkin perjalanan agak jauh sebab kat tempat aku tak boleh daftar streamyx.. aku pergi daftar dekat Kuala Lumpur hari tu.. takpelah.. aku masih sabar menunggu..

Hari ni aku terbaca surat khabar kosmo.. memang banyak berita yang menarik.. aku cuma nak bagitahu tentang berita yang aku rasa paling menarik hari ini..
BILANGAN PESAKIT MENTAL MENINGKAT..
tak sangka aku rupanya ramai juga pesakit mental di negara kita..
setiap tahun bilangannya akan meningkat..
kalau sikit takpelah..
tapi tahun ni saja meningkat sampai 15.6 peratus..

Faktor-faktor yang menyumbang kepada penyakit mental antaranya ialah..
1. genetik keluarga.. org selalu cakap penyakit keturunan..
2. gangguan bahan kimia dalam otak yang tidak berfungsi dengan baik.. bahan kimia dalam otak itu juga dikenali sebagai 'neurotransmitter'.
3. jangkitan virus.. harap2 bukan jangkitan dari virus babi gila..
4. sejarah hidup masa kecil- kehilangan ibu bapa/pakwe/makwe/cikgu
5. sosio-ekonomi yang rendah.. tekanan hidup zaman moden..

sekarang kerajaan mula mengambil jalan untuk mengurangkannya di peringkat muda.. antaranya Program Menangani Stress di Sekolah.. aku rasa baguslah.. sebab banyak muda mudi ni stress sebab di sekolah.. tapi bukan stress sebab rajin study bagain nak rak..
tapi..
biarlah gambar yang berbicara.. perkara ni berlaku sebab bertuankan nafsu.. bila putus cinta atau apa-apa yang seumpama dengannya mulalah otak jadi tak berapa nak betul.. ada tu siap meroyan lagi.. cinta itu tak salah.. tapi manusia itu yang menyalahkan cinta.. fikir-fikirkanlah..

Tapi di Jepun dan India bila dorang stress dorang akan bunuh diri.. nasib baik dekat negara kita statistik yang bunuh diri tak tinggi.. tapi dorang akan kena sakit mental atau melakukan gejala yang tidak sihat seperti buang bayi.. tu pun aku rasa dah kena sakit mental..

semalam kawan aku cakap pelakon dan pengarah filem khurafat Shamsul Ghau-Ghau.. tapi dia tak ada masalah mental.. sebab dia memang tak kenal mamat Syamsul Yusoff tu.. hehe..

Assalamualaikum..

Tuesday, January 18, 2011

CONTEST RECOMMEND LAGU TERBAIK :D

Assalamualaikum..

Kali ini aku di tag oleh Cikgu SERI untuk join contest recommend lagu terbaik :D dari Bro ZAKI..
aku ni memang suka dgr lagu terutamanya lagu melayu dengan korea..
kalau boleh aku recommend banyak lagu..
tapi syaratnya cuma satu sahaja lagu yang terbaik..
so, aku nak recommend lagu yang tiap-tiap malam pasti aku dengar..
untuk melayan perasaan diri yang masih single sambil dibuai keasyikan lagu jiwang dari korea..

Tajuk lagu : After Love
Penyanyi : FT Island



Muzik arrangement lagu ni mmg best didengar dan paling sesuai untuk orang yang putus cinta nak dapatkan semangat balik untuk lupakan bekas kekasihnya.. tu cuma apa yang aku rasa hasil dari pendengaran aku setiap malam.. heheh.. lagi satu aku suka suara penyanyi ni yang serak-serak basah.. aku pun memang nak suara macam tu tapi suara aku mmg langsung tiada keserakan itu.. aku dah bersyukur ada suara.. itu lagi penting.. cuma sejak akhir-akhir ni ramai yang mempertikaikan suara buluh perindu aku ni.. bikin hot betul..

Jadi dengan ini saya tag blogger HoneyBunny dan d_hatie untuk join contest ni pula...

Assalamualaikum..

Monday, January 17, 2011

Kurangnya Nikmat Belajar?

Assalamualaikum..

Apabila menjadi pelajar NR memang perbezaannya amat terasa..
minggu ini merupakan minggu ketiga aku menjadi pelajar NR..
minggu depan akan bermulanya cuti mid sem+tahun baru cina..
sepanjang berlangsungnya sesi pembelajaran pada sem ini..
nikmat belajar itu rasa berkurangan..
tidak seperti semasa aku tinggal di kolej dulu..
mungkin aku masih tidak biasa dengan keadaan sebegini lagi..

Memang tak dapat aku nafikan masa tinggal di kolej dulu...
memang perasaan untuk belajar itu lain sama sekali..
bila tinggal dikolej kita tidak perlu untuk membayar yuran kolej, elektrik mahupun air..
malah jarak untuk pergi kuliah pun tidak menjadi masalah..
bila lapar pula tidak perlu melangkah jauh untuk mendapatkan makanan dan harga makanan pula berpatutan..
Apabila ada aktiviti kolej, universiti atau MPP..
aku dapat pergi dan bersama-sama berebut kupon bersama mahasiswa-mahasiswa yang lain..
bila aku perlukan bantuan..
aku cuma perlu pergi ke bilik rakan-rakan yang lain dengan senang..
pergi ke perpustakaan tak sampai lima minit..
hendak berjumpa pensyarah pun tidak menjadi masalah..
aku juga tidak perlu tergesa-gesa apabila terlambat atau lewat..

Namun..
Sampai bila aku mahukan kesenangan sahaja..
bila lagi aku ingin merasakan kesusahan bukan..
setiap perkara yang berlaku ada kebaikan dan kekurangan juga..
walaupun perasaan aku sekarang yang merasakan universiti itu bagaikan tempat persinggahan saja..
aku rasa aku boleh laluinya...
mungkin aku memerlukan masa..
ini bukan alasan untuk aku tidak cemerlang pada semesta kali ini..
malah aku perlukan lakukan lebih baik..

Pensyarah aku selalu menceritakan pahit getir kehidupan mereka semasa belajar dahulu..
dulu dan sekarang memang jauh berbeza terutamanya dari segi teknologi..
walaupun disogok banyak kali cerita-cerita seperti ini..
tapi rasa ketidak puasan hati tetap ada..
tapi..
walaubagaimanapun niat itu penting..
seperti cerita Adnan Sempit the series yang berulang kali ditonton oleh kawan aku seringkali menggunakan kata-kata "DIMANA ADA KEMAHUAN, DISITU ADA HIGHWAY.."
tetapkan niat untuk belajar..
mungkin sekarang darah tak berapa nak mengalir ke otak..
sebab tu otak macam beku lagi...
jadi solat lima waktu jangan dilupakan.. solat bukan sahaja ibadah malah mampu menjadi senaman yang baik untuk manusia..

Sekarang..
aku pun dah selalu bangun awal..
sebab jarak nak pergi kekelas dari rumah pun dah ambil masa setengah jam..
pensyarah pun dah kunci pintu kalau lewat..
makin berdisiplin..
jadi sama ada tinggal dikolej mahupun di rumah sewa..
masing-masing punya kelebihan dan kekurangan..

Jadi konklusi untuk entri kali ni..
1. kalau niat kita betul, walau sesusah manapun kita pasti akan berjaya..

Aku mungkin perlukan masa untuk sesuaikan keadaan..
housemate dah boleh tengok ragam masing-masing..
memang manusia ini dilahirkan dengan sifat kelakar dalam diri mereka..
keluar malam pun tak kisah sampai pukul berapa..
Kurangnya Nikmat Belajar?
Tak, ini semua alasan bagi mereka yang tak mahu berusaha untuk berjaya..

Assalamualaikum..

p/s: bilalah orang streamyx nak mari.. aku masih setia menunggu..

Sunday, January 16, 2011

Ejek Nama Bapak!

Assalamualaikum..

Masa kecik-kecik dulu... sebelum masuk darjah 4..
budak-budak selalu ejek nama ayah aku..
dorang ejek ayah aku dengan panggil Aziz Satar..

aku memang marah sangat..
sebab ayah aku lebih KACAK dari aziz satar masa muda dulu..
sekarang anak dia lebih KACAK..
biasalah budak-budak kan.. aku pun selalu jugak ejek nama bapak orang lain..
tapi aku ejek kalau dorang start dulu..
contohnya kalau nama ayah dorang Hashim..
aku akan buat cara nak bersin... ("HAHAHA......SHHIIIM") sambil genyeh2 hidung sampai merah..
kalau ada sesiapa yang nama ayah dia Hashim jangan sentap dengan aku.. aku just bagi contoh jer..
tu perihal masa kecik.. jadi bila dah besar dan matang ni janganlah buat perangai macam ni..
tak bagus dan tak patut.. org tak matang saja buat perkara macam ni..
orang tak matang tak boleh ada awek?? betul ke??
aku rasa aku matang...

Tadi masa aku blogwalking ke blog beautiful nara..
blog yang popular tentang artis tu.. aku bukan nak tahu gosip2..
just lalu lalang jer.. terbacalah tentang kes Aznil Dan Zizan Raja Lawak..
Zizan tak tersengaja mengejek nama arwah pengacara popular tu....
sampai hangat jugalah kat twitter..
tapi dorang dah ok dah..
baguslah tak perlu gaduh2..
setiap orang buat silap..
dan memaafkan kesalahan org lain tu amalan mulia..

sebut tentang twitter..
aku buat twitter sejak tahun lepas lagi..
tapi langsung tak aktif.. akan cuba mengaktifkan diri selepas ini..
tapi twitter berguna bila time aku update blog..
jadi siapa-siapa yang follow twitter aku..
akan tahu blog aku telah diupdate..
promote twitter nampak..
kalau korang nak follow aku..
tekan SYAHTHEBEST ni..

tadi sempat jugaklah aku follow Tiz Zaqyah dan Lisa Surihani..
tak suka betul orang panggil nama Lisa Surirumah..
kesian lisa.. hehe..

Jadi konklusi untuk entri kali ini adalah..
1. jangan ejek nama bapak org lain..
2. minta maaf kalau buat silap..
3. maafkanlah kesalahan orang lain apabila dia memohon kemaafan
4. tiada manusia yang sempurna..

Assalamualaikum..

Permainan Yang Tak Wujud Di Olimpik

Assalamualaikum...

Pagi yang mengecewakan..
semalam aku mmg makan penuh bernafsu..
sebab dah lama xmakan nasi lemak kerang..
sambal dia mmg marvellous..
tapi hari ni gerai dia tutup..
mgkn makcik tu bercuti dihujung minggu nak melayan kerenah anak2nya..
xpelah harap2 esok dapat makan yerk..
kalau korang nak jugak bolehlah dtg kat umah sewa aku..
gerai dia xjauh pun belakang rumah aku jer..

Hari minggu mmg membosankan bila berada kat sini..
selain menyiapkan assignment, report dan homework serta study(yeke?)..
aku dh xtahu nak buat apa..
kalau dulu hobinya berblogging dan tgk citer korea..
tapi nak blogging susah sikit sebab kelembapan internet telah mencapai tahap maksimum..
nak layan korea xde sumber.. yelah kat umah bleh tgk tv3 jer..
nak astro beyond.. sungguh jeles dgn senior yg dapat tgk astro beyond dirumah sewa beliau..
padahal bayaran sewa rumah sama saja.. tapi mungkin rezeki depa..

ada juga menanamkan hobi untuk jadi photographer..
tapi sayangnya cuma ada kamera sony ericsson sahaja..
DSLR masih belum ada.. mampu ke nk dapatkan gmbr yg marvellous klu pakai kamera hp..
nak jalan2 kat tempat aku nipun xde tempat yg menarik..
yg ada cuma pokok kelapa sawit dan juga pasar malam(tu yg plg best)..
nak pergi jauh2.. nampak gamoknyer xmampulah nak isi minyak kereta..
kereta pun dah sedut2 macam siput sedut..

Jadi aku dan housemate sempatlah berbincang utk menghilangkan kebosanan..
selama ni adalah main2 bola dgn kanak2 tadika.. tapi sampai bila? kah3..

So, sambil main dgn kanak2 tadika teringat permainan masa kecik2 dulu..

jom check it out permainan2 yg selalu aku main masa kecik tapi xde kat sukan olimpik.. perlu ke?

1. Tuju Selipar
Game ni mmg aku selalu main time rehat kat sekolah agama.. game yg kena susun2 selipar tu..
bila time aku tuk pekong org lain aku akan guna selipar yg mmg tapak yg tebal tu.. dulu aku pernah pekong selipar sampai kena muka anak org... mmg merah gler muka dia dan terus balik umah sambil menangis.. sekolah agama terus ponteng.. aku dh nervous takut mak ayah dia serang aku kat sekolah agama.. nasib baik xde..naseb baik selipar.. klu kasut masa tu?
cuba kalu kasut ni.. mau masuk icu budak tu.. keh3..

2. Galah Panjang
Aku selalu main game ni masa sekolah rendah waktu petang... masa tu aku main dgn anak2 polis... xkisahlah lelaki ke perempuan.. masa tu mmg selalu pegang2.. kecik lagi tu.. xrasa apa2 lagi(betul ke?).. tapi bukan akulah.. aku terpegang jer.. bukan rela yerk..

3. Guli
Aku dulu beli satu balang besar tuk isi guli dalam tu.. mmg aku ni terror main guli sampai penuh satu balang.. ramai xnak main dgn aku sebab takut guli dorng habis.. mmg aku ni king of marbles r masa tu.. keh3..

4. Rondes aka Bola katok
Aku pun actually xtahu nak eja permainan ni.. tapi aku sebut rondes jelah.. rondes ni macam main besball dan softball... tapi main rondes ni no rules lah.. sebab tu best main.. cari sebatang kayu dgn bola tenis... pastu guna selipar buat penanda.. pukul bola terus home run.. aku mmg suka main game ni..

5. cuit tiang
Game ni main bila kes aku tuju selipar kat muka budak tu.. aku xnaklah pisang berbuah 2 kali.. mainlah cuit2 tiang.. sebab masa tu kat susur gajah tu je dapat main... kat tempt lain semua no entry...

6. ten2
game ni aku main pun bila gf2 aku ajak main.. dan bila aku main mmg byk r aku punya rumah..
tapi tu semua game masa kanak2 lgi.. masih berhingus lagi.. kanak2 skang pun xmain game mcm tu lagi.. aku cuma rasa nak main rondes r...
ptg ni nk cari kayu sebatang.. agak2 bola tenis berapa sebijik yerk? agak lama xpecahkan cermin rumah org.. heheh..

Assalamualaikum..

Friday, January 14, 2011

Keghairahan Terbantut

Assalamualaikum..

Aku rasa semua org dah tahu..
tapi aku tetap nak bagi tahu..
terutamanya pelajar UiTM yg excited betul ttg perkara ni..
mgkn ada yg suka dan ramai yang xsuka..
ada yg juga kecewa teramat sgt..
untuk pengetahuan korang AF kali ni merupakan AF yg terakhir..
jadi sape2 yg bajek ada suara buluh betong pergilah cepat2 audition tu..
nnt xdapatlah kereta free..
aku xpergilah sbb aku dh ada kereta.. keh3..

ok2 tu dah lari pada tajuk sebenarnya..
aku bukan nak bagitahu ttg tu..
tapi aku nak bagitahu keghairahan aku telah terbantut..
sebab dulu telah diuar-uarkan cuti sem depan selama 4 bulan...
ramai yg excited nak kerjalah nak melanconglah..
aku pun berura-ura nak buat LI(latihan industri)..
tapi nampaknya kami cuma cuti 20 hari jer..
amat2 membantutkan keghairahan kami..
apa2pun..
yg pntg ada cutikan..

Assalamualaikum..

Thursday, January 13, 2011

Ingatlah Orang Yang Tersayang

Assalamualaikum..

Semalam kawan aku pergi klinik..
dan dia disuspek kena demam denggi..

Aku org first dapat tahu..
terus menghebahkan kepada rakan2 yg lain..
dan terus mengutuk ex tuan rumah sewa aku..
siap nak saman lagi ex tuan rumah tu..
dah r ambik duit kiteorg xnk pulang balik..
siap bagi penyakit lg kat kiteorg..
mmg rumah dia byk nyamuk..

tapi..
rupa2nya kawan aku xkena denggi..
tapi kemungkinan demam campak jer.. atau chicken pox sedap sket dgr..
kan dah dapat dosa free.. kutuk org..
tu dosa yg nmpk.. dosa yg xnampak?
apa2pun aku kena ambil langkah berjaga-jaga..
aku xleh nak dekat2 dgn member aku yg kena CP tu..
sebab aku xpernah kena lagi CP..

Beberapa hari lepas..
aku dapat tahu seorang budak sekolah aku meninggal dunia..
eksiden motosikal..
aku xrapat pun dgn dia..
cuma kenal dia tu bdk elektrik..
aku ni bdk awam..
mgkn dia agak terkenal sket sbb dia pengawas sekolah..
aku ni low profile tu yg ramai xknal.. kah3..

Jadi dengan itu,
aku nak nasihatkan pada semua penunggang motosikal berhati2 dijalan raya..
kalau eksiden mmg parah..
tapi yg naik kenderaan lain pun perlu berhati2..
cuba elakkan memandu melebihi had laju..
lps tu yg plg teruk skali yg suka mencilok sana mencilok sini..
aku prnh tgk depan mata sorang penunggang ni asyik benor mencilok..
pastu xsedar ada lori kat depan..
nasib baik sempat break dan jatuh pun xdelah mcm nangka buruk..
cuba kalau kena gilis dek lori tu.. berkecai badan..
jadi bawalah dgn berhemah..
tapi klu dah ajal nak buat macam manakan..
tapi sekurang2nya kita berusaha utk sampai ke destinasi dgn selamat..
fikir-fikirkanlah dan selamat beramal..
INGATLAH ORG YG TERSAYANG.. ada ker?

Assalamualaikum..

P/s: broadband aku mmg lembab gler skang.. dan aku masih menunggu kedatangan org streamyx yg masih belum kunjung tiba... susah r nak buka blog skang... apatah lagi nak blogwalking... nipun naseb baik aku dapat online kat surau universiti.. laju gler.. tapi xleh dtg hari2..

Monday, January 10, 2011

Rezeki Itu Saman

Assalamualaikum...

Hari ni ramai betul yg citer ttg AJL..
setiap blog yg aku masuk mesti ada..
biasalah klu ada event yg bsr2 mcm ni mesti ramai yg tulis..
aku pun tgk juga semalam..
mgkn sebab kt umah sewa aku ni tv3 je yg cantik..
klu tgk channel lain mgkn tahap kerabunan aku jadi makin teruk..
ramai juga yg xpuas hati dgn result semalam..
termasuklah housemate aku..
aku xkisah pun sbb lagu yg aku suka menang..
aku mmg suka lagu Hafiz-Noktah Cinta tu..
mmg best semalam..
dgn gimik yg aku rasa menjadi..
jadi klu ada yg xpuas hati nk buat mcm mana..
dh rezeki ANA NUR HIDAYAH RAFFALI.. heheh..

Semalam..
aku hampir disaman oleh pak guard..
tapi nasib baik ada kawan aku merayu..
mmg kami merayu gila2lah..
buat muka kesian..
nasib baik dilepaskan..
sebab mmg kami betul2 xtahu..
kalau x rezeki akulah kena saman... ??
kesalahan yg kami buat tu akan jd kes disiplin..
mmg akulh yg kena sbb aku owner dan drivernyer..
klu x melayang duit aku sia2..

pasni kena berjaga2lah..
klu x, saman dapat.. kes disiplin pun dapat..

Assalamualaikum..

Sunday, January 9, 2011

Minggu Yang Sejuk Tapi Hati Yang Panas

Assalamualaikum...

Minggu ni mcm2 berlaku dlm hidup aku...
Ditambah dgn hujan yg tiap2 hari menyimbah bumi..
mmg sejuk giler waktu malam..
macam ada kat Korea jer.. heheh..

Dari hari pertama duk umah sewa pun dh bermasalah..
dgn rumah sewa bermasalah..
dengan tuan rumah bermasalah..
akhirnya kami terpaksa mencari rumah sewa yg baru..

susah sekarang ni..
kalau org yg berpangkat tinggi ni..
bergaji tinggi ni..
yg hanya mementingkan duit..
daripada keselamatan dan keselesaan..
sebagai pelajar kami hanya mampu menelan sahaja..
tapi kami xmahu dicekik semahu-mahunya..
kami mengambil langkah drastik..
dan ex tuan rumah kami mengamuk sakan..
nasib baik xmasuk metro..
walaupun kami kecewa kerana burn rm100 seorang..
tapi kami telah berjaya mendapat rumah sewa yg baru..
lebih selamat dan selesa..
harap2 ini akan berkekalan..
rumah ini.. hanya tinggal kenangan

Masih terasa lenguhnya kaki aku pagi ni..
yelah semalam..
satu hari aku berjalan2 di KL..
nak hilangkan tension yg melanda.. kah3..
sampai je kat perkeliling dari naik bas..

kami terus ambik monorail..
pergi ke bukit bintang..
singgahlh ke i-Setan, Pavilion, Low Yat dan Times Square..

dan yg penting dpt mkn Merrybrown..
first time tu..
aku pergi just jalan2 jer..
walaupun aku xshopping mcm member2 aku yg lain..
tapi aku agak teruja..
sebabnya aku dh berjaya daftar streamyx kat rumah sewa aku..
harap2lah boleh..
xperlu nak pergi mentakab.. jauh tu..
made in KL tu streamyx aku tu..
lps ni hari2 boleh online..

Assalamualaikum..

Wednesday, January 5, 2011

Siswa Yang Terdesak..

Assalamualaikum...

DESPERATE STUDENT!
skang byk sgt masalah yg menimpa aku dan housemate.. sedih3..
kesian kami..
niat dtg nak belajar tuk mencari ilmu..
tapi kami dilayan sebegini..
terlalu byk ketidak puasan hati..
tapi demi menghormati mereka2 yg lebih tua diluar sana itu..
kami terpaksa menyepi.. bisu tanpa kata..

Tolonglah..
aku dan housemate..
siswa2 yg terdesak..
memerlukan bantuan..
jgn buat kami begini..
kami cuma mahu pelajaran..

xsanggup menulis lagi,...
airmata sedang mengalir..
huhuhuhuk.. huhuhuhuk..

Assalamualaikum..

p/s: apsal suruh aku kopek bawang ni..

Tuesday, January 4, 2011

Terlalu Banyak

Assalamualaikum..

Hari ni dah masuk hari ketiga aku di Jengka..
Memang terlalu banyak perbezaannya dari sem2 lepas..

Antara perbezaannya:
1. Dulu satu bilik 6 orang.. Sekarang satu bilik 2 orang..
2. Dulu pergi kelas jalan kaki.. Sekarang pergi kelas naik kereta pastu jalan kaki lebih jauh dari dulu lagi..
3. Dulu masak megi... Sekarang dah masak nasi goreng..
4. Dulu xkeluar waktu malam.. Sekarang dah keluar waktu malam..
5. Dulu tempat tinggal selesa.. Sekarang??? Hmmm...

Apa2pun.. semalam dah start dah kuliah..
mmg xblaja apa2 lagi..
just diberitahu serba sedikit ttg subjek2 yg diambil..
biasalah mula2... rest byk dari read..
tapi aku dpt tahu sem ni byk read dari calculation.. sedihnyer... :(
walaubagaimanapun aku akan buat yg terbaik sem ni..
oklah aku nak buat roti bakar tuk breakfast jap...

Assalamualaikum..

p/s: nanti aku upload gmbr umah aku.. korang mesti terujakan..

Sunday, January 2, 2011

Today is My BESTDAY

Assalamualaikum..

sedapnya kek tu..

thanks pada semua yg ucapkan selamat hari lahir utk aku..
syukran jazilan..

Assalamualaikum..

Saturday, January 1, 2011

Kau Buat Dosa Apa Syah?

Assalamualaikum..

First entri untuk tahun baru nipun dah start cerita pasal dosa..
mmg hari2 pun aku buat dosakan..
jadi kena ubah sikit diri utk mengurangkan dosa..
kdg2 kita sendiri pun xsedar yg kita buat dosa..

Pada tahun baru ni ramai yg punya azam..
macam2 ada.. seronok plak aku baca azam masing2..
aku ni seperti tahun2 yg terdahulu.. mmg xpernah nak berazam..
rasa macam terikat plak.. hehe..

Aku akan berazam bila sesuatu peristiwa yg besar berlaku pada aku..
seperti semalam..
hari2 terakhir 2010..
satu peristiwa yg membuatkan aku nk berazam..

Kakak aku terpaksa beli kereta Alza sebab aku nak pakai kereta savvy..
sebab kereta savvy tu plg jimat minyak...
jadi aku ni semalam nak berjalan2lah dgn kereta savvy yg akhirnya jadi hak mutlak aku.. kah3..
gembiranya disitu hanya sementara.. aku bawa kawan aku jln2..
pastu on the way aku nak antar kawan aku balik rumah..
aku NYARIS-NYARIS nak langgar sebuah kereta lain..
kereta satria neo milik org cina..
dia dh berhenti dah.. aku ingat mesti aku dh langgar kereta dia..
sebab dia dh hon aku byk kali..
aku dh risau gila babeng dah..
mana aku nak cekau duit nak bayar kalau aku dh langgar kereta dia..
duit nuffnang?? tggu 5 tahun lg kot baru leh cash out..
nasib baiklah hujan lebat semalam..
dia taknak byk ckp dia lepaskan aku pergi..
aku pun comfuse disitu sebenarnya aku langgar ke tidak?kawan aku ckp xlanggar...

Pastu on the way nak antar kawan aku..
kiteorg boleh sesat..
yelah kan pahang negeri paling besar kat semenanjung ni..
mhunya xsesat..
kononnya nak guna jalan shortcut..
xdaya nk tggu traffic light yg byk sgt tu..
kang xpasal aku tercium BONTOT kereta lain..
kawan aku sempat tanya aku lagi..
"KAU BUAT DOSA APA SYAH HARINI? SAMPAI MACAM2 BERLAKU?"

Jadi Azam aku kali ni..
Mesti Pandang Belakang..
bila bawak kereta..
tu semua sebab xperasanlah..
tapi bukan salah aku sebab tiba2 spek mata aku berwap.. kah3.. dan2 bagi alasan lagi..
jadi aku xnk terjadi lagi perkara mcm semalam..

Esok dah nak balik jengka.. barang xpacking lagi.. alah cincai2 sudah..
tapi bila aku tgk gmbr ni.. aku teringatkan dia..
semoga dia aman disana.. Amin..

Assalamualaikum..