Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Sunday, December 18, 2011

SONGLAP - ADA YANG TERLELAP?

Assalamualaikum..


Banyak Review yang aku baca tentang filem ini rata-rata mengatakan filem ini bagus.. dan ada yang menggelarnya filem terbaik tahun ini..

Aku menonton filem ini malam semalam.. Sebelum nak beli tiket tu pun dah tak sependapat dengan kakak aku yang mahu menonton Mission Impossible: Ghost Protocol.. Nasib baik kerana waktu tayangannya tidak sesuai.. yang wajib perlu diutamakan..

Aku ingin menonton filem inipun disebabkan Shaheizy Sam berlakon bukan dengan MIG.. aku memang boleh katakan lakonan Shaheizy Sam memang bagus.. begitu juga dengan pelakon lain..

Jujur aku cakap kutipan filem ini tak mampu menandingi filem KL Gangster ataupun Ombak Rindu.. Dalam panggung semalam tak sampai separuh.. rasanya suku panggung saja yang berpenghuni.. tak macam dua filem yang aku sebutkan tadi.. full house masa aku tonton..

Filem ini merupakan filem berat.. memaparkan sisi-sisi kotor penghuni Kuala Lumpur.. Pemerdagangan orang, judi dan pelacur serta aktiviti negatif yang lain..

Aku bagi filem ini 3.5/5 bintang..
Mungkin agak rendah bagi pencinta filem lain.. ini cuma dari aku yang tak punya ilmu dalam bidang ini yang suka ke pawagam untuk menonton satu hiburan..

30 minit pertama filem ini ditayangkan aku dah rasa tak senang duduk.. orang belakang aku dah mula buka mulut..

Buat filem macam ni aku rasa kena pandai.. aku banyak menonton filem-filem luar yang memaparkan genre sebegini.. sisi-sisi gelap negara mereka.. seriously filem2 mcm ni kena buat orang rasa excited, ingin tahu bukan rasa bosan.. kenapa hidup dia macam ni?

Kalau aku compare filem Kami the movie dgn filem ini yang ditulis dan diarahkan orang yang sama.. aku lebih suka filem Kami the movie..

Dialog filem ni.. "Saya.. Saya.. Ini Saya!" pahceroh ini saya ini saya macam tu.. satu lagi babak sara ali.. "bapak.. bapak.."

Jalan cerita sudah ada tapi garapannya agak lemah.. rasa sedih dia tak sampai kot..

Filem BLEAK NIGHT nipun jenis filem berat juga.. tapi aku excited nak tengok sampai habis..

Aku bukan nak kutuk filem malaysia.. aku sokong filem malaysia sebab tu aku tengok dekat wayang.. filem2 luar aku download jer..

Bila agaknya dapat tengok filem malaysia yang semua orang excited nak tengok..

semalam.. satu kedai dvd tayang filem orang putih.. ramai gila orang berdiri depan kedai tu untuk tengok filem tu macam tengok dekat wayang sampai habis.. see.. filem malaysia sepatutnya macam tu..

Assalamualaikum..

p/s: semalam lepas abis tengok SONGLAP.. sempat layan cerekarama BERTAUT KASIH.. cerita ttg poligami.. bagus tapi satu tak puas hati.. kenapa bini pertama dia tak kena tangkap? dia dah bunuh orang kot..

p/s: tapi filem ni lagi bagus dari KL Gangster!

10 comments:

h.a.n said...

ha ? this is the best movie ! please think out of the box ! serious KL gangster tu tipikal movie , cuma Adi Putra je best , tah pape tah , nak cakap slang cina , adoiii , tak faham okay , tolong la pengarah pengarah Malaysia buat movie yang boleh menjana minda ! saya rasa awak tak suka movie ni , sebab awak malas nak berfikir , sebab awak kena berfikir setiap ince scene dalam movie ni :)

sorry for the comment :)

MR. SYAH said...

thanks for the comment.. mgkn citarasa kita berbeza.. tp saya suka filem yg kena berfikir...

mgkn saya terlupa utk berfikir ttg filem ni..
tp xbermakna sy xske filem ni.. sy suka shaheizy sam dlm citer ni..

Nurul Iman Rosman said...

teringin nak tengok,
tapi tak tau bile ;)

Jue said...

Aku dpt rskan ni filem pnuh seni wp aku x tgk lg hihi. Tp mmg nak tgk giler. O ya cite MI4: Ghost Protocol giler best weh. Sedar2 je, eh dah abis?haha aku plan nak tgk kali ke-2 hohoho

ILA HonEyBuNNy said...

ila teringin nak tgk songlap neh...

xtau la bila nak tgk..ehheheh

Joe_Hans said...

xsempat nak tengok lagi..saya busy sangat2!!! ;'(

ahsfantasy24 said...

Belum berkesempatan lagi nak
tengok certa ni, memang tunggu dvd la
gamaknye :D

Latest Post:
1. Yang kau kahwin tu, kau pernah kahwin sebelum ni?
2. Lupakan cinta lama. Kau boleh?

apik pehe said...

hehe..tunggu yang versi donlod dulu

~SaL IjOu~ said...

wah..jarang nak jumpa mcm ni..selalu yg jumpa cite melayu donlot, cite omputeh g tgk wayang.salute dekat kamu!~ =)

teha said...

xminat tgk cite nie.. hahaha !