Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Friday, December 30, 2011

Pandangan : Novel Ngeri

Assalamualaikum..

Entri sebelum ini aku dah list novel yang aku telah beli..
Dan aku telah pun selesai membaca novel NGERI oleh Gina Yap Lai Yoong..
cover yang sgt sesuai dgn tajuk.. ngeri siot..
Sinopsis :
Joanne, Samuel dan Rehan tiga sekawan mahasiswa filem yang bercita-cita besar untuk maju sehingga ke Hollywood. Kegilaan mereka: menghasilkan skrip-skrip yang menampilkan pembunuhan sadis.

Skrip-skrip mereka selalunya ditolak oleh profesor, yang merasakan ceritanya tak berasaskan logik. Namun, segalanya berubah menjadi menggerunkan apabila berlaku siri pembunuhan sebenar yang mirip skrip-skrip mereka.

Trio itu saling mencurigai. Apabila pembunuhan semakin mendekati persekitaran universiti, keadaan bertukar cemas. Adakah pembunuh NGERI itu sememangnya salah seorang daripada mereka?


Pandangan :
Membaca novel ini membuatkan aku teringat kepada seorang penulis penyiasatan bersiri dari barat bernama Agatha Christie. Banyak novel penyiasatannya telah aku baca antaranya Pembunuhan ABC, Kopi Hitam, Pembunuhan di Sungai Nil dan banyak lagi. Semuanya aku dapat di library sekolah dan di universiti.

Novel Ngeri mempunyai jalan cerita yang sangat menarik. sudah lama aku dahagakan novel bergenre sebegini. kes pembunuhan di dalam novel ini mmg mengerikan dan agak kejam. seorang budak perempuan dibekukan dalam peti sejuk, pelumba haram dibunuh ala pinochio, mencari harta karun melalui potongan-potongan badan manusia dan terakhir sekali memerangkap profesornya sendiri..

Aku mengambil 5 jam untuk menghabiskan bacaan novel ini.. bacaan yang sangat smooth tanpa rasa sedikit bosan.. walaupun di tengah pembacaan aku sudah dapat mengagak pembunuh yang sebenar.. namun novel ini harus dibaca bagi penggemar siri penyiasatan/pembunuhan.. terasa begitu pendek dan tidak puas membaca novel ini..

Novel ini ditulis oleh Gina Yap Lai Yoong dan diterbitkan oleh FIXI.. sekarang aku tengah on the way baca novel jerat oleh Dayang Noor pula.. Novel keluaran FIXI telah menarik minat aku untuk kembali membaca..

Semalam aku pergi popular Kuantan nak cari novel Pecah dan Kasino tapi dah habis.. mungkin kena tunggu beberapa hari lagi baru ada stok.. aku tak reti nak beli online.. takut2 tak sampai.. novel pecah bakal difilemkan dan apa yang menarik Melly berlakon filem tu.. eh, Cikgu zakiahlah..

Tapi sempatlah aku suruh kakak aku beli novel Fiksyen 302 oleh Ramlee Awang Murshid.
Image Detail
melihat cover novel ni teringat aku pada drama ghost season 2.. romeo sebiji pakai macam ni..
novel ni aku akan baca lepas abis jerat.. aish rajin sgt membaca sampai lupa assignment.. akan baca lepas siap assignment aku.. nanti aku bagi pandangan..

Bintang : 4/5 bintang

Aku pun baru abis tgk drama penyiasatan jepun.. Shinzanmono
Image Detail
ada kata-kata yang menarik dalam drama ni..
manusia menipu sebab 3 perkara.. pertama untuk melindungi diri sendiri.. kedua untuk kenakan orang lain dan yang terakhir untuk melindungi orang lain(tersayang)..

Assalamualaikum..

p/s: kakak aku xleh tgk cover novel ngeri.. sebab ngeri sangat.. heheh..

24 comments:

FaizalSulaiman said...

waa peminat fixi gak ye syah?perghh

Qamaruls said...

seumur hidup aku tak pernah bace novel. . .
maksud aku baca sampai habes laa huhu.

ahsfantasy24 said...

Rajinnya syah membaca!
hee orang ni malas ngat nak baca
novel, huhuhu~


Latest Post:
1. Dulu takut hantu, sekarang takut yang lain pula.
2. Bila dia terlalu mengongkong.

Hanie_Dew said...

ngeri ko cover novel ngeri tu. mau kalau baca tengah tengah malam tebyang masuk dalam mimpi kang. eee...tak pernah lagi aku baca novel seram selama aku hidup. tak sanggup oih.

ayie said...

perghh.. leh jd detektif ni..hehe

~SaL IjOu~ said...

agak ngeri cover novel tu~

kalo siri penyiasatan kita layan yg tv, novel punya blom baca lagi..lebih prefer penulisan indipendent atau sastera~ ;) nak gak try baca novel penyiasatan lepas ni~ ^^

suka tulisan Ramlee Awang Murshid cuma blom berkesempatan nak explore lebih..~

penah sekali try beli online Alhamdulillah sampai..berani try sbb tgk ramai kwn selalu beli online~ ^^

Hanie_Dew said...

ye ke muke tak bole bawa pegi majlis. la..baru nak ajak tadi. tak jadila. hahahahahha

Hanie_Dew said...

elelele kan nak cover line la tu. ko study kat ner syah. masih pakai tongkat lagi?

::FAIZ FARISH:: said...

saya tak rajin baca novel

Jue said...

Pergh aku cpat tringat gambo2 ngeri. Aku ra mcm ade nmpk buku ngeri tu kat kinokuniya tp ltk blk wp aku kpingin gilee nak bc sbb takut nak beli haha
Kira ok la tu, x plu tongkat lg utk bjln. Moga cpat sembuh pastu bole blari2 pastu kita ley men zeropoint =)

Hanie_Dew said...

bagus la kalau dah ok tanpa tongkat. careful je la.

ciK LyndaWawa said...

suke bace novel ye...mesti asyik terkejut je bace novel ngeri tu...

ILA HonEyBuNNy said...

ya syah...mansia menipu bersebab..heehe

camat tahun baru syah...;)

rozeeta rashid said...

cover novel ngeri tu pun dah cukup ngeri dah. haha. macam best je jalan cerita dia. ni yang rasa nak baca jugak nih!

Gimi said...

Syah, rajin betul...payah nak jumpa lelaki suka baca novel ni. biasa baca komik je...best x fiksyen 302? Peminat RAm ni..

mr.syazwan said...

perrhh dia peminat cite ni ye
haha

apa2 pun nak ucap SELAMAT TAHUN BARU

aleen aiden said...

housemate aku ade sorang,penggemar buku2 fixi.rasenye semua yg fini terbitkan die dah beli.aku?aku tak minat baca novel.sekian.hu3

Hanie_Dew said...

aritu diorang ada cabaran cipta masakan guna maggi ape. ko boleh tu. tingkatkan usaha. =p

wahida said...

terkejut aku tgk cover novel tu nok...
scary!!

Ain Atika Zailani said...

wah hantu novel. hmm ada tak cerita yang selain hantu atau cinta? ttg remaja la.. xnak cinta2. ade ke novel camtu?

teha said...

aku lg suke bce novel cinte2.. kekeke ~

profmie said...

peh..mcm best je..ak suke jg bce cite seram ni..hihi..anyway bestlah blog ni..menarik..dan byk info..ape kata follow blog aku pula..hehe..
http://theprofmie.blogspot.com/

Hans said...

eh
aku tak tahu dia ada buat novel baru
nak kena cari nih


P/S : Tolong Bantu Hans Menang iPad 2 ->

http://hanspunyablog.blogspot.com/2012/02/pusingan-akhir-contest-gadget-impian.html

Muhammad Yunus said...

Anda tersenarai !

http://mohdyunus89.blogspot.com/2012/03/assalamualalaikum.html