Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Sunday, December 4, 2011

Pandangan Kacak Menonton Ombak Rindu

Assalamualaikum..

It's time to watch movie..
Dan pilihannya OMBAK RINDU?

Semalam aku pergi menonton filem yang diadaptasikan dari novel popular Fauziah Ashari, OMBAK RINDU bersama dengan kakak-kakakku.. dah lama tak tengok wayang..

Filem : Ombak Rindu

Bintang : 4/5 Bintang

Pandangan :

Aku tak pernah baca pun novel ni.. aku pernah baca novel jiwang masa sekolah menengah pun novel BICARA HATI yang aku rasa sgt awesome masa tu.. dengar-dengar nak buat drama.. ok bagi aku filem ini agak best jugaklah.. melihat keterujaan manusia-manusia didlm pawagam itu.. full house masa aku tengok time tu.. Jalan cerita tak boleh pertikailah sebab mmg novel tu bestkan.. lakonan pun bagus cuma kurang boleh terima melihat Maya Karin mengizzahkan dirinya.. tapi kenalah skang kan kat kampung ramai dah orang-orang kampung ada anak pan asia.. sinematografi yang sgt cantik.. dan rasanya berbaloi kot RM10 untuk tonton cerita.. alah kakak aku belanja lagipun..

Tapi dalam kesedapan dan keterujaaan manusia-manusia didalam wayang tu menonton filem ini.. walaupun bergenre melodrama tapi byk juga scene yang boleh buat orang2 tergelak.. bab sedih tu aku mmg tak rasalah.. tapi kakak2 aku of courselah lap2 mata.. tapi takdelah tahap tersedu-sedu..

Antara babak-babak yang aku tergelak.. masa mula2 cerita yang Izzah terbaring kat atas batu dengan layang2.. aku tak paham apa maksud tersirat disebalik kelakuan beliau.. pelik pun ada.. yang kedua time Hariz peluk Izzah kat atas batu tiba-tiba ada bayangan manusia berbaju pink lalu kat belakang tanpa rasa apa-apa.. siapakah manusia pink itu? yang ketiga time Pak Dollah mengajuk ayah Hariz minta Hariz jadi anak dia.. mmmg klaka betol Pak Dollah.. dan yang terakhir si Driver yang blur sambil lap2 kereta tgk Pak Dollah yang marah-marah.. byk lagi scene yang klaka tapi sedih lagi banyaklahkan..
aku rasa macam klaka bila tengok maya karin pakai tudung nampak sekop macam ni..

Masa tengok filem tu tisu mmg tak diperlukan langsung tapi baju sejuk memang perlu.. kesejukkan aku dalam tu.. peringatanlah kena pakai baju sejuk klu tgk wayang nanti..

Pandangan aku berhenti disini..

Assalamualaikum..

6 comments:

.sweet-ants. said...

ramai yg dah baca novel ni ckp x puas hati dgn jalan cerita filem ni... dan yg x pernah baca novel OR ckp filem ni 5 bintang.. sy lom tgk :D

ILA HonEyBuNNy said...

novel ombak rindu memang best ssgt2 syah..hehe

cita dia ok la...

ila suka gak novel bicara hati tu..besttt...

Hanie_Dew said...

walaikumsalam.

aku tak tengoklagi.jd aku jeles kat ko. huh! aku dah baca novel ni 5 kali sejak study dulu sampai skrg bole ulang lagi. ada novel kesinambungan novel pertama.izzah kene kidnap pastu hilang ingatan masa cedera terjun sungai nak selamatkan diri.

Joe_Hans said...

saya masih belum berkesempatan yer nak menonton cerita nie.. wuuu.. *nanges*

Outbound Malang said...

berkunjung sob..salam blogger
salam kenal dan sukses selalu ..:)

Jue said...

ala x tgk lg!!urghh!!xpe tunggu youtube je lah!hhahaa **tlg jgn tiru prangai aku haha