Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Tuesday, November 1, 2011

Ceritera Terindah : Episod 4

Assalamualaikum..

Episod sebelumnya :

*****

Cikgu Azri keluar dari bilik Cikgu Yusoff bersama-sama dengan pelajarnya. Mereka berjalan bersama-sama menuju kekelas. Sudah tiba waktu Cikgu Azri mengambil kelas pelajar tingkatan lima kejuruteraan awam dua. Dalam perjalanan, masing-masing diam seribu bahasa. Wajah guru kelas mereka dipandang kejap-kejap. Takut untuk bersuara. Tiba-tiba Isma berhenti.

“Kenapa Isma?” tanya Cikgu Azri apabila melihat Isma tiba-tiba sahaja berhenti.

“Saya rasa lebih baik kalau kami semua mengaku, kami taknak cikgu terlibat sama. Saya rasa kes macam ini takkan buat kami semua kena buang sekolahkan.” Isma meluahkan pendapatnya.

“Saya pun sokong dengan cadangan Isma!” ujar Ikhwan sungguh-sungguh.

Cikgu Azri tersenyum melihat gelagat pelajarnya. Masing-masing menunggu jawapan yang keluar dari mulutnya.

“Baik sungguh hati kamu semua sebab taknak libatkan saya tapi saya dari semalam lagi sudah terlibat dalam hal ini. Kamu semua jangan risau, apa yang penting kamu fokus untuk belajar. Kamu bukannya bunuh orang, kamu Cuma tersilap langkah saja. Setiap orang buat salah, biarlah kali ini abang besar yang tolong selesaikan masalah kamu semua.” Masing-masing terpegun mendengar kata-kata yang terluah dari mulut Cikgu Azri. Akhirnya senyuman terukir dibibir masing-masing.

“Jom kita semua masuk kelas, hari ini cikgu nak ajar chapter baru. Minggu depan dah nak ujian bulanan. Siapa gagal add math kali ini, cikgu taknak bawa kamu pergi jalan-jalan.” Ujar Cikgu Azri memandang seorang demi seorang pelajarnya.

“Jalan-jalan? Kemana?” tanya Amir ingin tahu.

“Tempat yang akan buat minda kamu jadi lebih segar, sesegar bunga yang mengembang mekar. Jom kita masuk kelas!” ajak cikgu Azri lalu berjalan mendahului pelajar-pelajarnya. Mereka berempat yang sungguh teruja dengan janji yang dilafazkan oleh guru kelas mereka itu terus berlari menuju kekelas.

Nisa masih setia menghadap buku didepannya. Namun, fikirannya bukan pada buku itu tetapi kepada perbualannya ditelefon bersama dengan adiknya petang tadi. Sebenarnya dia sendiri malas untuk menyesakkan fikirannya dengan masalah keluarganya. Namun sebagai anak sulung dia amat diperlukan untuk adik beradiknya yang lain. Ayahnya kini sudah jauh berubah setelah ibunya pergi menghadap ilahi dua tahun yang lalu. Rasa cinta yang menebal terhadap ibu membuatkan ayahnya hilang pertimbangan. Ayahnya masih belum ada tanda-tanda untuk berubah. Bagi ayahnya, ibu masih lagi hidup. Ayahnya seakan-akan tidak dapat menerima kenyataan dan suratan yang telah ditetapkan. Gara-gara rimas dengan sikap ayahnya, dia memohon untuk memasuki sekolah teknik. Alhamdulillah, permohonannya berjaya dan dia berada jauh dengan ayahnya.

Nisa merasakan cinta itu hanya untuk menyakitkan. Kerana cinta ayahnya jadi begitu. Dia sendiri berasa tidak mahu bercinta, dia tidak mahu jadi seperti ayahnya. Kalah dengan kuasa cinta. Sehingga sekarang dia belum pernah bercinta, kadang-kadang dia hairan kenapa orang lain yang sebaya dengannya mudah untuk jatuh cinta. Ramai mengatakan cinta zaman sekolah merupakan cinta monyet. Jadi, apa perlunya bercinta seperti monyet, sepatutnya pelajaran perlu diutamakan. Namun sejak akhir-akhir ini, dia dapat merasakan perubahan pada dirinya. Setiap kali melihat kelibat Isma, hatinya jadi tidak keruan. Inikah cinta? Argh! Nisa menyumpah dirinya sendiri, dia tidak mahu bercinta. Dia mahu tumpukan kepada pelajaran, cinta saja tidak cukup untuk memberinya makanan. Tetapi perasaan ini bukan sesuatu yang mudah untuk dikawal. Perasaan itu sungguh menyesakkan. Buku ditutup.

Isma membatalkan niatnya untuk kedewan makan, perutnya tiba-tiba memulas. Dia berlari menaiki tangga menuju kebilik. Lampu biliknya terpasang, dia yakin pasti ada orang didalam biliknya. Pintu bilik dikuak perlahan. Kelibat seorang manusia yang sedang berdiri menghadap almari pakaian. Syahrafi!

Lelaki itu sedang asyik menatap sekeping gambar sehingga tidak sedar kehadirannya.

“Kau tak pergi makan ke?” ujar Isma sambil menukar seluar treknya kepada tuala.

“Hah? Aku tak lapar.” Syahrafi menyimpan kembali gambar tersebut ditempat asalnya.

“Kau tengok gambar siapa? Awek yerk?” Isma sekadar ingin bergurau. Lagipun atmosfera di dalam bilik itu terasa lain bila masing-masing berdiam diri.

“Bukan!” jawab Syahrafi acuh tak acuh.

Isma duduk di birai katil berdekatan Syahrafi. Dia terlupa yang dia sepatutnya tidak patut berada di dalam bilik pada saat yang genting ini.

“Habis tu gambar siapa? Banyak kali aku nampak kau asyik tengok gambar tu sampai nak berlubang.” Isma ingin juga mengetahuinya. Bukan sekali dia melihat temannya itu menatap gambar tersebut. Kadang-kadang sampai mengalirkan air mata. Pasti ada sesuatu yang yang tersimpan dalam gambar tersebut sehingga temannya itu menjadi begitu sensitif. Dia tidak mahu temannya itu terus bersikap demikian. Memendam perasaan bukanlah seseuatu perkara yang baik. Malah akan memburukkan lagi keadaan. Sebagai rakan dia hendaklah membantu.

“Kau tahu dalam sekeping gambar itu menyimpan 1001 cerita. Jadi kalau aku nak cerita pada kau 30 hari 30 malam pun takkan habis.” Ujar Syahrafi selamba.

“Wah, kau dah pandai bergurau. Tapi ayat kau ayat novel. Jadi kesimpulannya kau taknak berkongsi dengan akulah?” Isma membuat kesimpulannya sendiri.

“Belum masanya lagi. Eh, kau ada bau busuk tak?” tanya Syahrafi tiba-tiba.

“A’ah, adalah. Bau apa yerk?” Isma masih belum sedar.

“Kenapa kau pakai tuala?” tanya Syahrafi.

“Aku pakai sebab aku nak pergi tandas tadi sebab perut aku sakit. Ya Allah! Aku terlupalah. Aku nak berak tadi!” dengan sepantas kilat Isma berlari ke tandas.

Syahrafi ketawa terbahak-bahak melihat tingkah rakannya yang seorang itu. Dia pun rasa senang untuk berbual dengan rakannya itu. Namun belum masanya lagi dia menceritakan kisah peribadinya. Selagi dia masih mampu bertahan, dia akan bertahan.

Isma berehat di depan koperasi sambil makan ais krim pop yang dirasuah oleh Ikhwan untuk menemaninya ke koperasi. Seperti kebiasaan, Ikhwan pasti akan datang melepak ke koperasi sewaktu Afiqah bertugas. Memang dasar ulat bulu. Ikhwan belum tahap buaya lagi.

“Buat apa mencapap depan koperasi ni?” tiba-tiba seseorang datang mengurnya.

“Mencapap? Mana ada, tunggu Ikhwanlah.” Cepat Isma menafikannya. Rupa-rupanya Nisa yang mengurnya.

“Tak nampak pun Ikhwan?” tanya Nisa lagi.

“Ada kat dalam tu. Pergilah masuk. Mana tahu boleh bagi nasihat kat dia,” ujar Isma selamba.

“Nasihat? Kenapa tak awak je nasihat dia?” perbualan dengan Nisa menjadi semakin rancak.

“Dah puas saya nasihatkan dia. Tapi macam biasalah, menasihati Ikhwan bagai mencurahkan air kedaun keladi.”

Nisa ketawa mendengar kata-kata Isma. Di mata Nisa, Isma seorang yang mdah, lurus, naif dan kelakar. Sebab itulah dia berasa senang untuk berbual dengan lelaki itu. Walhal dia tidak pernah berbual selama itu dengan budak lelaki lain.

“Aish, dari dalam lagi aku duk dengar nama aku diseru-seru. Awat korang berdua ni? Mengumpat? Banyak dah ketupat yang siap?” Ikhwan tiba-tiba datang menganggu perbualan mereka.

“Dah siap boleh makan dah. Nisa pun dah kenyang makan. Dah beres dah hal kat dalam?” Isam sugah pun mengangkat bontotnya untuk beredar.

Ikhwan menaikkan ibu jarinya keatas bermaksud semuanya sudah selesai.

“Habis tu habuan aku mana?” Isma menghulurkan kedua-dua belah tangannya kepada Ikhwan.

Satu genggam choki-choki diletakkan dalam tadahannya. Isma tersenyum lebar.

“Jom blah, ok Nisa selamat jalan!” ujar Ikwan lalu meletakkan tangannya keatas bahu Isma. Isma pula asyik menghisap choki-chokinya.

Nisa pula berasa sedikit hampa kerana tidak dapat berbual panjang dengan Isma.

CikguYusoff memandang wajah Cikgu Azri seperti harimau mahu menerkam kuda belang. Namun reaksi Cikgu Azri bersahaja. Apa yang perlu ditakutkan kerana Cikgu Yusoff juga manusia.

“Cikgu Azri rasa hukuman apa yang saya patut berikan kepada anak murid kamu? Gantung? Ataupun Buang terus dari sekolah?” tanya Cikgu Yusoff sambil menggaru-garu kepalanya yang licin itu.

“Saya rasa mereka tak perlu diberi hukuman tetapi peluang. Lagipun saya tak rasa kesalahan mereka terlalu besar untuk digantung atau dibuang sekolah!” jawab Cikgu Azri tenang.

“Tak cukup besar? Kamu tahu perbuatan mereka hampir-hampir memusnahkan sekolah. Bagaimana kalau malam itu sekolah terbakar? Sekolah terpaksa menanggung kerugian yang besar dan imej sekolah juga akan terjejas. Malam itu juga muka sayang cukup tebal bila berhadapan dengan Pegawai Bomba. Saya malu besar!” tengking Cikgu Yusoff sehingganya muka menjadi merah padam.

“Maafkan saya cikgu, tapi saya rasa sekolah tidak menanggung apa-apa kerugian dan imej sekolah juga tidak terjejas disebabkan hal itu. Lagipun pembakaran tersebut dibuat jauh dari bangunan sekolah. Saya akui murid-murid saya salah tetapi kita perlu ambil tindakan yang sewajarnya. Kita perlu tahu alasan-alasan mereka berbuat demikian. Kita tak boleh menjatuhkan hukuman begitu saja. Sekolah tempat kita menuntut ilmu bukan tempat menjatuhkan hukuman. Disinilah mereka akan belajar yang mana salah dan yang mana betul! Sebagai guru, tanggungjawab kitalah untuk membimbing mereka.” terang Cikgu Azri panjang lebar.

“Saya sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid merangkap guru disiplin yang akan mebuat keputusan. Kamu cuma guru biasa Cikgu Azri. Kamu boleh keluar sekarang!” sinis kata-kata yang dilemparkan oleh Cikgu Yusoff.

“Sebelum saya keluar, boleh saya cakap sesuatu? Memang cikgu ada kuasa tapi jangan terlalu memudahkan kuasa yang cikgu ada sebab kadang-kadang kuasaitu akan memakan diri sendiri. Sebenarnya cikgu tak marahkan budak-budak tukan tapi cikgu masih menyimpan dendam. Dendam itu juga akan memakan diri cikgu juga.” Selesai berbicara Cikgu Azri keluar dar bilik cikgu Yusoff.

Peristiwa sepuluh tahun lepas masih menganggu Cikgu Yusoff. Disebakan pelajar dia kehilangan orang yang disayanginya.

BERSAMBUNG..


Assalanualaikum..

p/s: dah lama baru sambung.. ada permintaan dari seseorang.. :D

1 comment:

ILA HonEyBuNNy said...

ila tak habis baca neh....

ooo ne cerpen syah sendiri eh....