Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Monday, September 12, 2011

My Best Love In High School

Assalamualaikum...




p/s : baca sambil pegang result SPM

******
Setiap lelaki mahu mencari sebaik-baik wanita untuk dijadikan sebagai pelengkap hidupnya, ibu kepada anak-anaknya dan yang paling penting menjadi hamba Allah yang bertaqwa.
Aku juga termasuk dalam golongan itu. Ustaz selalu berkata, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Adakah aku cukup baik untuk mendapatkan seorang wanita yang baik?
“Khairunnisa, sila jawab soalan nombor lima!” Ustazah Dalilah menyuruhnya menjawab soalan yang diberikan pada papan putih. Khairunnisa bermaksud sebaik-baik perempuan. Namanya cukup indah bila disebut dan maksudnya sangat cantik. Bukan sekadar nama sahaja yang cantik malah wajahnya cukup sedap mataku memandang.
Jawapan yang diberikan tepat. Aku kagum dengan dirinya, bukan saja cantik malah bijak. Dia tidak punya banyak mulut macam perempuan-perempuan lain. Bersuara ketika perlu dan disebabkan itu aku jarang dapat berbicara dengannya. Kadang-kadang aku terpaksa menjatuhkan barang-barang aku semata-mata mahu bercakap dengannya. Dia duduk dihadapan aku jadi senanglah aku jatuhkan apa-apa saja barang yang ada di atas meja.
Botol air Syahir berada di atas mejaku. Aku bercadang hendak menjatuhkan botol tersebut dan meminta dia mengambilnya. Sekurang-kurangnya aku akan dapat memandang wajahnya itu. Belum sempat aku menolak botol tersebut namaku dipanggil Ustazah Dalilah untuk menjawab soalan yang terakhir.
Aku terkejut. Soalan terakhir adalah soalan yang paling susah. Aku jadi gugup. Peluh mula membasahi dahiku. Tiba-tiba satu huluran kertas diberikan padaku dari bawah meja. Aku mengambilnya lalu membukanya, jawapan kepada soalan yang terakhir. Aku berdehem beberapa kali dan memberikan jawapan dengan lancar. Jawapan itu sama sekali betul dan jawapan itu datangnya dari perempuan yang bernama Khairunnisa.
Sebagai pengawas library, sekali seminggu aku mesti menjaga perpustakaan pada waktu rehat. Aku sendiri tidak tahu kenapa aku dipilih untuk menjadi pengawas library sedang aku bukanlah seorang ulat buku malah projek nilam sekolah langsung aku tak buat. Mungkin ini yang dinamakan rezeki terpijak. Sekurang-kurangnya aku dapat sijil bila habis sekolah nanti.
Setiap kali waktu aku bertugas dia mesti ada didalam library. Aku tidak tahu sama ada dia akan berada setiap hari dalam library atau pada waktu aku bertugas sahaja. Dia juga akan jadi orang terakhir yang keluar dari library tanpa meminjam apa-apa buku. Aku mula perasan dia seperti memerhatikan aku. Macam stalker! Mungkin itu perasaan aku sahaja.
“Saya nak pinjam buku ni.” Kali pertama dia meminjam buku waktu aku bertugas.
Aku membelek-belek buku tersebut. Novel penyiasatan yang telah ditranslate kepada bahasa melayu.
“Awak suka baca novel genre macam ni? Selalunya orang perempuan suka baca novel cinta.” Aku cuba beramah mesra.
Namun dia sekadar mengangguk dan tersenyum.
“Mesti awak suka tengok CSI kan?” aku mencuba lagi.
Ternyata hampa, dia mengangguk lagi.
“Kiranya kita ni ada persamaanlah, saya pun suka tengok CSI.” Aku masih belum berputus asa.
Dia hanya tersenyum. Aku selesai memasukkan data pinjaman kedalam komputer. Namun dia langsung tidak bersuara. Novel itu aku berikan kepadanya.
“Awak ada seminggu untuk habiskan novel ni dan mungkin awak boleh ceritakan pada saya bila awak dah selesai nanti Mana tahu novel ni best ke.” Ujarku sekadar berbasa-basi. Aku sudah berputus asa.
“Kalau awak nak tahu lebih baik awak baca sendiri, itu lagi best dan satu lagi awak memang suka tanya orang macam ni ke bila nak pinjam buku?” akhirnya dia bersuara dengan satu pertanyaan yang buat muka aku merah padam. Dia berlalu meninggalkan aku yang terkebil-kebil sendirian.
‘…dan satu lagi awak memang suka tanya orang macam ni ke bila nak pinjam buku?’ Ingin sekali aku katakan padanya, bahawasanya dialah orang pertama yang aku terjah dengan pelbagai soalan. Aku ni bukanlah jenis peramah. Hendak senyum pun susah. Malah ramai yang kata aku sombong. Tapi entah kenapa bila dengannya aku jadi peramah semacam.
Aku masuk kedalam kelas agak lambat disebabkan ada seorang pelajar perempuan yang mahu meminjam buku walaupun sudah habis waktu rehat.
Cikgu Isma membenarkan aku masuk kedalam kelas. Aku sempat memandang wajahnya sekilas sebelum aku duduk ditempatku. Belum sempat aku duduk Cikgu Isma berkata sesuatu. “Kamu jadi maskod untuk hari sukan nanti, boleh?” aku terkejut. Jarinya ditujukan kearahku.
“Saya cikgu?” aku bertanya meminta kepastian.
“Yelah, semua pelajar kelas ni kata kamu calon yang paling sesuai. Lagipun kaki kamukan cedera jadi tak boleh nak main sukan apa-apakan. Kamu boleh bantu rumah sukan kamu dengan jadi maskod.” Ujar Cikgu Isma selamba tanpa memikirkan perasaanku.
Maskod? Argh! Muka yang kacak macam ni perlu jadi maskod? Aku langsung tak boleh terima tapi Cikgu Isma sudah memberi kata putus ditambah dengan kawan-kawan sekelas yang perangai macam hantu yang saja nak perdajalkan aku. Kalaulah aku tak main ragbi hari itu dan kaki aku tak cedera, mesti aku dah masuk acara lompat jauh. Makanan aku tu tapi semuanya hancur bila aku terima ajakan roommate aku. Syahir disebelah dipandang tajam.
“Cikgu, boleh saya tahu saya jadi maskod apa?” tanyaku ingin tahu.
“Semua cikgu rumah merah dah setuju nak pakai maskod teletubbies.”
Apa? Teletubbies? Tak macho langsung! Aku hanya mampu menjerit dalam hati.
Hari sukan sekolah akhirnya tiba, aku yang mulanya tidak rela terpaksa juga merelakan diri ini memakai kostum teletubies warna merah. Upacara pembarisan akan dimulakan tidak lama lagi tetapi pasangan aku ‘bawang merah’ masih belum kunjung tiba. Huda yang juga merupakan rakan sekelasku akan menjadi bawang merah, watak dalam filem bawang putih bawang merah. Aku sendiri tidak faham mengapa perlu disatukan teletubies dengan bawang merah? Apa perkaitannya?
Huda akhirnya sampai dan berdiri disebelahku. Aku terpaksa memakai kostum kepala teletubies yang sangat berat. Oleh kerana tidak cukup bajek, cikgu menyuruh pelajar sendiri membuat kostum teletubies. Bagi aku, kostum itu sangat buruk. Double tidak macho untukku!
Pandanganku tidak jelas menyebabhkan aku berjalan terhuyung hayang. Nasib baiklah si bawang merah membantuku dengan memegang tanganku. Kami berlapik sebab aku pakai sarung tangan merah yang tebal sesuai untuk berkebun. Aku sendiri tak rasa yang aku ini teletubies merah yang comel. Namun aku menjalankan tugas aku dengan baik, sesuai dengan watak Po yang sangat comel itu. Pasti ramai yang tidak menyangka bahawasanya akulah si teletubis merah yang comel itu.
Akhirnya upacara pembarisan tamat. Aku membuka kostum kepala yang berat itu. Habis berpeluh wajahku. Huda menghulurkan sapu tangan kepadaku. Aku kaget lalu memandang wajahnya. Sangkaku Huda rupa-rupanya Khairunnisa. Jantungku terus berdegup pantas.
“Awak bawang merah?” tanyaku pinta kepastian.
“A’ah, saya ganti huda sebab dia ada acara pagi ni. Lagipun saya ni tak masuk acara apa-apa jadi lebih baik saya tolong gantikan huda. Sekurang-kurangnya saya membantu rumah sukan kita, macam awak.” Jawabnya sambil tersenyum manis.
Aku sekadar mengangguk dan tersenyum.
“Awak sangat comel, sebagai teletubies!” pujinya.
“Yeke? Terima kasih tapi sebagai teletubies je? Kalau sebagai manusia?” tanyaku sekadar mengusik.
“Sebagai manusia? Awak sangat kacak!” ujarnya dan berlalu pergi mendapatkan rakan-rakannya yang lain.
Aku tersenyum lebar sepanjang hari sukan itu.
Hari Sabtu tiba, waktu untuk keluar ke bandar. Aku, Syahir dan Ikhwan sudah punya rancangan. kami bertiga akan pergi bermain boling di Megamall. Ini kali kedua aku bermain boling. Kali pertama aku bermain boling, aku kalah teruk kerana banyak masuk longkang. Aku akan tebus kekalahan yang dulu, lagipun siapa yang kalah kena belanja makan KFC.
Permainan boling tamat. RM50 melayang begitu sahaja. aku sepatutnya menarik diri dari awal. Mana mungkin aku boleh menang dengan mereka berdua. Syahir pemain boling Negeri Pahang manakala Ikhwan merupakan anak saudara taukey boling. Begitu lahap sekali mereka makan KFC dari kemenangan mereka. Aku Cuma minum air pepsi sebab tidak ada selera mengenangkan duit belanja aku minggu depan terbang begitu saja.
Aku menunggu Syahir dan Ikhwan distesen bas kerana kedua-dua mereka terpaksa pergi ketandas di stesen minyak berdekatan dengan stesen bas. Ini semua sebab makan KFC banyak sangat atau mungkin sebab aku separuh ikhlas membelanja mereka. Tiba-tiba aku terlihat seorang perempuan diganggu sekumpulan lelaki berdekatan dengan stesen minyak. Aku perhatikan perempuan tersebut dan ternyata perempuan itu Khairunnisa. Aku bingkas bangun dan cuba membantu.
“Woi, korang buat apa ni?” jeritku dari jauh.
Sekumpun pelajar tersebut berpaling dan memandangku. “Kau jangan masuk campur!” jerit seorang lelaki yang berkulit gelap mungkin ketua mereka. Salah seorang dari mereka memakai baju sukan sekolah. Budak sekolah sebelah rupanya. Aku terus berjalan menuju kearah mereka dengan gaya jalan ala-ala gangster. Tapi dalam hati tiada siapa yang tahu yang aku sangat gementar. Aku berharap Ikhwan dan Syahir segera datang sebab mereka juga bertiga. So, fair and square. One on one.
Aku semakin hampir tetapi Ikhwan dengan Syahir masih belum kunjung tiba. Berak batu ke? Lama betul dalam tandas. Budak-busak sekolah sebelah itu sudah menghampiri aku dan bersedia mahu menyerang aku namun Allah sangat sayang pada aku apabila sebuah kereta polis datang mengisi minyak. Melihat saja kereta polis itu, mereka bertiga terus lari lintang pukang. Baru nampak polis dah lari, aku jugalah yang cool dan terus mendapatkan Khairunnisa.
“Siapa budak-budak tu? Awak kenal?” tanyaku cemas.
Khairunnisa sekadar mengangguk. Kami menuju ke stesen bas.
“Kenapa mereka kacau awak?” tanyaku lagi.
“Awak perasan lelaki kulit hitam tadi? Dia budak sekolah saya dulu.” Jawab Khairunnisa perlahan.
“Habis itu?” aku masih tidak puas hati.
“Dia suka saya tapi saya tak suka dia.” Jawabnya jujur.
“Kenapa awak tak suka dia?” aku bagaikan seorang polis.
“Saya tahulah ayah awak polis, janganlah soal siasat saya macam tu sekali.” Ujarnya cuba bergurau.
“Saya serius ni!” aku meninggikan sedikit suara.
“Sebab saya suka orang lain.” Aku terkejut.
“Siapa?” pantas aku bertanya. Jantungku bagaikan mahu luruh. Adakah aku akan kecewa?
Belum sempat dia menjawab pertanyaanku, Ikhwan dan Syahir pun datang dan selepas itu bas juga datang. Aku masih berteka teki.
Bila tiba waktu pendidikan jasmani aku jadi bosan. Hari itu kaki aku yang cedera tetapi kali ini lutut aku pula yang cedera. Ini semua disebabkan pak guard yang mengejar aku malam semalam. Aku fly bersama-sama dengan Amir dan juga Ikhwan. Semasa memanjat pagar tiba-tiba aku disergah oleh pak guard sekolah lalu jatuh kedalam longkang. Nasib baik aku sempat melarikan diri. Kalau tidak berbiraslah punggung aku dirotan guru disiplin. Nasib aku memang malang.
Aku masuk kekelas untuk mengambil buku latihan matematik tambahan yang belum siap. Aku berura-ura untuk meminjam buku Adam dan mengopy jawapannya. Belum sempat aku masuk kekelas, aku lihat kelibat seorang perempuan yang sedang mengeluarkan samput surat yang agak tebal dari beg dan menuju ketempat duduk Khairunnisa. Aku memerhati dari sebalik pintu. Perempuan itu memasukkan sampul surat tersebut kedalam beg Khairunnisa dan berlalu pergi tanpa menyedari kehadiranku.
Aku berasa ingin tahu. Mungkin di dalam sampul surat itu adalah surat cinta buat Khairunnisa. Aku jadi cemburu lalu mengambil sampul surat itu dan membukanya. Aku terkejut melihat isi didalam sampul surat tersebut.
Waktu pendidikan jasmani telah tamat. Aku juga sudah selesai menyiapkan soalan matematik tambahan. Aku tidak jadi menyalin jawapan Adam. Walaupun aku tahu jawapan aku agak tipis untuk betul tapi sekurang-kurangya aku mencuba.
Aku masuk kekelas dan melihat ramai orang mengerumuni Lisa. Lisa menangis teresak-esak.
“Kenapa tu?” tanyaku pada Syahir.
“Duit kelas hilang. Banyak tu, seribu setengah hilang!” jawab Syahir bersungguh.
Aku sekadar mengangguk dan memandang Khairunnisa. Riaknya tenang sahaja.
Cik Azlina datang selaku guru kelas. Lisa menceritakan tentang kehilangan duit kelas. Tiba-tiba Suraya bersuara, “Tadi saya nampak Khairunnisa masuk kedalam kelas. Mesti dia yang curi!”
Khairunnisa terkejut tapi aku tersenyum.
“Betul khairunnisa awak masuk dalam kelas?” tanya Cik Azlina.
“Betul tapi saya cuma ambil botol air.” Ujarnya jujur tapi agak nervous. Siapa tak nervous kena tuduh.
“Kalau macam itu biar saya periksa beg kamu!” ujar Cik Azlina tegas. Dia memeriksa beg Khairunnisa dan juga badan Khairunnisa. Ternyata Khairunnisa bukan seorang pencuri.
“Apa kata kalau kita check semua beg pelajar kelas ini.” Aku mengutarakan cadangan penuh keyakinan.
“Baik, semua letak beg atas meja dan berdiri dibelakang kelas.” Arah Cik Azlina lantang.
Semua pelajar mengikut arahan Cik Azlina. Guru kelasku itu mula memeriksa satu persatu beg di dalam kelas itu. Akhirnya dia berjaya menemukan sampul surat yang tebal itu di dalam beg salah seorang pelajar perempuan. Beg tersebut milik Suraya.
“Sumpah Teacher saya tak tahu macam mana sampul surat tu boleh ada dalam beg saya!” ujarnya dengan muka yang cemas. Dia seperti mahu menangis.
“Habis tu macam mana boleh ada dalam beg awak?” tanya Cik Azlina lantang. Mukanya merah padam kerana terlalu marah.
“Sebab saya yang letak!” ujarku selamba.
Semua mata terarah padaku. Ada yang tidak percaya dan ada yang separa percaya.
“Apa maksud kamu?” tanya Cik Azlina keliru.
“Sebab saya rasa sampul itu patut berada dalam beg Suraya.” Ucapkan dengan penuh keyakinan.
“Kenapa kau buat aku macam ni? Apa salah aku?” jerit Suraya tiba-tiba.
“Apa salah kau? Boleh aku tanya kau buat apa dalam kelas masa waktu PJ tadi?” aku mahu Suraya sendiri memberitahu kebenarannya.
“Aku mana ada masuk kelas?” bohong Suraya.
“Betul? Lisa ada tak tadi Suraya pergi mana-mana?” tanyaku pada lisa.
Lisa cuba berfikir, “ Tadi bukan kau pergi tandas ke?” tanya Lisa pada Suraya.
Suraya mengangguk.
“Ok, jadi kita ada saksi yang Suraya hilang sekejap. Kamu semua nampak buku dekat atas meja guru tu?” ujarnya sambil jariku lurus kearah meja.
Semua sekali mengangguk serentak termasuk Cik Azlina. Aku pula bagaikan seorang detektif yang cuba menyelesaikan masalah jenayah berat.
“Pagi tadi sebelum kita pergi PJ buku tu ada tak atas meja?” aku bertanya seisi kelas.
Semuanya menggeleng.
“Suraya kau tahu?” tanyaku pada Suraya yang sudah berkerut-kerut wajahnya.
Dia juga menggeleng. “Betul?” tanyaku tegas.
“Betullah!” jeritnya geram.
“Kalau macam tu aku akan panggil Cikgu Isma dan tanya dia siapa yang dia suruh hantar buku masuk dalam kelas. Boleh aku panggil sekarang?” tanyaku pada Suraya dengan pandangan yang tajam.
“Ok, aku mengaku aku masuk dalam kelas tupun sekejap saja sebab nak hantar buku. Bila aku keluar tandas aku terserempak dengan Cikgu Isma. Dia yang suruh aku hantar buku tu.” Ujar Suraya bersungguh.
“Macam tu je? Abis apa yang kau buat dekat meja Khairunnisa? Bukan ke kau masukkan sampul surat tu dalam beg dia?” tanyaku penuh sinis.
“Apa yang kau merepek ni? Apa bukti kau nak tuduh aku?” Suraya hilang sabar namun dia masih lagi cemas.
“Bukti? Kalaulah sekolah ni benarkan handphone dibawa kesekolah dah lama aku rakam perbuatan kau. Tapi aku ada bukti lain yang sangat kuat. Nisa, awak buka buku sejarah dalam bawah meja awak tu dan tengok ada apa dalam buku tu?” arahku. Nisa sekadar mengikut.
Dia membuka buku tersebut dan sebentuk cincin jatuh ke atas lantai. Cik Azlina mengutipnya dan melihat cincin itu. Dia terkejut. “Suraya!”
“Kau beli cincin sepuluh ringgit ni dan ukir nama kau. Masa kau nak letak sampul surat dalam beg Nisa kau rasa cemas sampai kau tak perasan cincin kau termasuk dalam beg Nisa. Nisa maafkan saya sebab buka beg awak.” Khairunnisa tersenyum memandangku.
“Jadi aku rasa bukti aku dah kukuh ataupun kau nak pihak forensik datang check semua sekali?” tanyaku pada Suraya yang sudah pun mula menangis.
“Maafkan aku Nisa!” ujarnya sambil menangis terseak-esak.
Kes Suraya telah pun selesai. Ini semua angkara Ali si budak hitam yang sukakan Khairunnisa. Dia menggunakan Suaya. Aku dianggap bagaikan hero didalam kelas itu. Ada yang memanggil aku sebagai Detektif Conan dan ada juga yang menggelar aku Horatio watak dalam drama CSI:MIAMI. Namun apa yang penting aku dan Khairunnisa semakin rapat.
Aku dan Khairunnisa mula belajar bersama bukan berdua-duaan tapi ada orang ketiga dan keempat juga yang kelima, Syahir,Ikhwan dan juga Syeera.
Selepas tamat kertas terakhir SPM, Khairunnisa ingin berjumpaku.
“Awak masih ingat soalan awak dekat stesen bas haritu?” tanyanya lembut.
Aku berfikir sejenak. Aku mengangguk dengan laju bila aku teringat soalan yang aku ajukan padanya. Siapa orang yang dia suka?
“Lelaki itu adalah awak. Saya suka awak sejak kali pertama saya jumpa awak. Terima kasih sebab banyak kali selamatkan saya. Kalau ada jodoh kita jumpa lagi.” Ujarnya penuh makna.
Aku tersenyum puas. Kami akhirnya membawa haluan masing-masing menikmati cuti panjang.
Aku bertekad setelah mendapat pekerjaan yang diidamkan, aku akan masuk melamarnya. Mungkin lima tahun lagi.
******
Cerita ini adalah rekaan semata-mata dan watak yang ditulis adalah wujud didunia realiti..

Assalamualaikum..

9 comments:

Hanie_Dew said...

aduss syah.panjangnya..sangat sweet imaginasi ko ni. macam korean drama. hahaha

ARAJ said...

syah comel..aku rasa watak llki tu bnyak kat ko...KONONYE LA...masuk longkang an..ahaks..keh

aleen aiden said...

bak datang sampai part teletubbies je aku macam tersentak.kah3

Umie Artoqiemie said...

essay tingkatan lima ni.. panjang ..

lisa min said...

wahhh nama aku ada! hahaha,

aku ingt citer betol kau mint nisa. hehehe..

teha said...

hah ! ingt betol2.. hadoii ~

MissViVio said...

ceit!! excited je bca btul2. tgk2 rekaan. huhu..frust jap! ;(

Eazy Izzuddin said...

fuh
baca dari mula sampai..
kan best kalau ada yg admire ku dr dulu...
xD

piko said...

nie adaptasi dari citer sebelom nie ke o baru weh..? tak dapat aku bayangkan sebab semua muka aku kenal... nak gelak je adelah..!.;D