Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Friday, September 9, 2011

GENG RUMAH SEWA

EPISOD : TAHI SIAPA?

p/s: jangan baca time anda tengah makan.

*******

“Woi, malaun mana yang berak tak reti nak flush ni?” jerit Amin tiba-tiba.

Amin yang baru saja berhajat membuang segala bahan-bahan kumbahan dalam badannya terbantut seketika. Dia menuju keruang tamu dengan berkain tuala dari pusat hingga kelutut. Matanya tajam memandang satu persatu rakan-rakannya yang masing-masing membuat muka tidak bersalah.

“Alah kau ni, flush jelah. Pasal tahi pun nak bising-bising!” bidas Erry yang asyik menghadap laptop milik Asyraf untuk mengupdate blognya.

“Argh, geli aku! Tahi terapung berketul-ketul macam pisang. Busuk nak mampus. Tadi siapa yang berak? Pergilah flush cepat. Aku dah tak tahan dahni!” tengking Amin dengan muka yang terkemut-kemut menahan sakit.

“Aku banyak kali dah jumpa tahi terapung macam tu, kalau flush pun masih ada lagi. Kau ambil air satu baldi pastu kau curah dalam lubang jamban tu. Comform hilang!” ujar Epul yang asyik bermain game poker.

“Wei, boleh tak hormat orang sikit? Aku tengah makan ni, cerita pasal tahi pula. Hilang selera aku,” Ayraf pula bengang lalu menolak nasi bungkusnya ketepi. Hilang seleranya asyik dengar tentang tahi terapung.

Amin yang berasa bengang dan sakit itu akhirnya mengalah. Demi melunaskan hajatnya itu dia terpaksa melakukan juga. Dalam hatinya menyumpah-nyumpah tuan punya tahi itu.

Rahman asyik mengira duit sewa bulan rumah ini. Semuanya berjumlah RM 1200. Rumah teres satu tingkat yang mempunyai tiga buah bilik, ruang tamu, dapur, satu bilik air dan satu jamban itu dihuni seramai Sembilan orang lelaki yang masih bujang. Belum lagi dicampur dengan bil elektrik, air dan internet yang perlu dibayar sendiri. Kos hidup pelajar sekarang sungguh tinggi. Itu baru saja bahagian tempat tinggal, belum dicampur dengan kos kenderaan, minyak, buku dan makanan. RM 2500 yang diberi untuk satu semesta memang tak akan mencukupi. Kena pandai survive sendirilah.

“Man, nanti kau bincang dengan Encik Asri suruh dia repair jamban rumah kita tu. Asyik floating sokmo padahal dah flush.” Amin meluahkan kebimbangannya.

“Takpe nanti aku cakap, lagi satu ingat nak suruh dia kurangkan duit sewa rumahlah. Dahlah PTPTN aku dapat separuh je, tak sampai dua bulan duit PT aku nak habis.” Cadang Rahman.

“Ok juga tu, kawan aku yang belajar kat dungun tu rumah sewa dia takdelah mahal macam kita. Aku pun tak sanggup nak menghadap ikan sardin tiap-tiap hari. Naik muak perut aku,” Amin menggosok-gosok perutnya menandakan dia sudah tidak dapat menerima ikan sardin lagi.

“Bersyukurlah dengan apa yang ada, kau tu masih boleh makan ikan sardin. Dekat luar tu masih ramai lagi yang tak boleh makan,” sampuk Erry tiba-tiba.

“Kau nikan kecik dari tadi lagi nak cari pasal dengan aku, ikan sardin pun tak makan ada hati nak bersuara. Karang aku sumbat ikan sardin dalam mulut sampai terberak baru tahu” Bidas Amin geram.

“Alah kau ni, tupun nak marah. Aku gurau jelah, aku alergik dengan ikar sardin. Kalau makan nanti aku muntah. Macam Syah dia tak boleh makan sayur nanti muntah.” Ujar Erry selamba.

“Asal babitkan aku pula?” Syah yang terdengar namanya disebut menjerit di dalam bilik.

“Aku rasakan tahi yang terapung tadi tahi kaukan?” tuduh Amin.

“Asal pula? Hari ini aku belum berak lagi. Lagipun tahi aku bukannya besar macam tu!” bangkang Erry. Kes tahi masih belum selesai rupanya.

“Kau kan suka makan pisang sebab tulah tahi kau bentuk macam pisang!” Amin masih lagi tak mahu mengalah.

“Padahal macam bentuk ikan sardin yang kau makan tu!” Erry pun masih melawan.

“Woi, korang ni tak abis-abis lagi ke pasal tahi? Aku baru nak sambung makan!” jerit Asyraf yang baru mahu menjamah semula nasinya.

Amin dan Erry pun berhenti dari bertikam lidah.

Amin berasa begitu bosan. Rakan-rakannya yang lain sedang enak menjamu tidur petang. Tiba-tiba dia terdengar Syah ketawa. Dia bingkas bangun dan masuk ke bilik Syah. Mat Korea itu sedang ketawa terbahak-bahak menonton drama Korea. Earphone ditelinga rakannya itu pantas direntap perlahan.

“Apa yang kelakar sangat?” tanya Amin sedang memandang skrin laptop.

“Cerita nilah kelakar, best betul cerita Thailand ni.” Jawab Syah sambil matanya masih lagi tertancap pada skrin laptop.

“Aik? Siam pun kau layan?” tanya Amin sedikit kaget.

“Aku ni semangat satu Asia. Korea, Jepun, Hong Kong, Thailand, Filipina semua aku layan. Kalau Indon aku layan filem je sebab drama dia jiwa aku takleh terima.” Ujar Syah tanpa sedikit pun memandang temannya itu.

Amin sekadar menggeleng-gelengkan kepalanya. “Kau ni peliklah!”

“Pelik? Aku rasa kau lagi pelik, asyik layan video klip Justin Bibir tu. Bosan giler! Asal kau kacau aku ni? Ada apa hal?” tanya Syah setelah mengklik butang pause. Wajahnya rakannya dipandang.

“Kau tahu tak siapa yang berak terapung dekat rumah ni?” tanya Amin ingin tahu.

“Ya Allah, hal tu kau nak tanya aku? Kau ingat aku ni apa? Penyiasat orang berak ke?” Marah Syah.

“Takdelah, mana tahu kau tahu. Bulan ni saja dah banyak kali aku kena cuci jamban sebab tahi terapung tu. Tak tahan aku sampai tak lalu nak makan. Aku ni dahlah sehari tak masuk jamban tak boleh. Setiap kali aku masuk mesti ada tahi terapung!” Amin meluahkan kegusarannya.

“Encik Asri dah janji nak tolong baiki jamban tu nanti tapi tak tahulah bila dia nak baiki. Mungkin bulan depan takpun sem depan. Tapi kau nak tahu sebab apa boleh jadi tahi terapung?” Syah memberi teka teki pada Amin.

“Sebab apa?” amin ingin tahu.

“Sebab density dalam tahi itu tinggi. Mungkin sebab cara pemakanan kot. Macam kau dengan aku berak mana ada terapung lepas flushkan?”

“Betul! Tapi kau tahu macam mana sebab density?”

“Kau ni tak belajar fizik ke? Aku belajar fizik tu yang aku tahu.” Ujar Syah bangga.

“Kalau aku tak belajar fizik, sah-sahlah aku tak boleh ambil engineering!”

“Ye tak ye juga, oklah macam ni kalau kau nak tahu sangat tahi terapung tu sape punya kau siasatlah. Kau checklah lepas sape-sape yang masuk jamban tu, tengok siapa yang keluar dari jamban tu pastu kau masuk jamban check sama ada tahi terapung ke tak?” cadang Syah.

“Kau nak suruh aku tengok tahi orang? Habislah hilang semua ilmu aku.”

“Itu je cara kalau nak tahu!” Syah memakai semula earphone ketelinga dan menyambung semula menonton cerita Thailand.

Amin yang masih lagi tidak berpuas hati dengan manusia yang bertahi terapung itu menyetujui cadangan Syah.

Dia duduk diruang tamu yang boleh melihat orang keluar masuk kedalam jamban. Hari minggunya digunakan untuk menyiasat persoalan tahi siapakah yang terapung itu? Geng-geng rumah sewanya yang lain sibuk dengan aktiviti masing-masing. Dapatkah dia mencari tuan punya tahi itu? Ikuti episod seterusnya.

*******
Semua ceita di atas adalah rekaan dicampur kebenaran sedikit saja..

Assalamualaikum..

8 comments:

d_tieah said...

Giler ar Syah.. Aku punyalah layan citer ni.. Cepat ek sambungkan.. Terlayan plak.. Hahahah.. Aku rasa tahi tu hantu punya kot.. Ngee :)

http://dhatieku.blogspot.com/2011/09/topup-dan-pek-sim-baru-naik-harga-mulai.html

reeShahz's said...

doii tengah perasaan baca nak tawuu spe punyer pisang boleh nak sambung ..haiyaaa

ARAJ said...

we,...sengal unta...aku nak tlong cari..amin pon tunggu jw dapn bilik air tu

iQa~ said...

density??

hahaha...hari2 dgr bnda ni..n hari2 terpaksa check.. =.='

ciK LyndaWawa igUana said...

hahahaha....citer hantu...cepat sambung..hohohhooh

eddy syrol said...

tak sabo nak tau empunya tahi terapung itu..huhaaa

Jue said...

Hahaha semangat eden mbacanya sbb nak tahu sapa punya keja..yg xthn tu sanggup jd jaga sbb nak cari sapa punya keja hahahaha

Hanie_Dew said...

boel aku baca dengan semangat nya. jadi tertunggu tunggu pulak. ko ni syah. xde topik lain nak citer.

kelakar amin tu.