Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Saturday, September 10, 2011

GENG RUMAH SEWA 2

Assalamualaikum...



Sudah dua jam Amin diposisi itu. Namun masih belum ada seorang pun yang masuk kedalam jamban. Dia menunggu dengan sabar.

Kedengaran suara Fadzlin menyanyi-nyanyi kecil lagu kumpulan SNSD, “Gee, gee.. Babeh, babeh beh… Gee, gee, gee.. babeh babeh beh..”

Petikan gitar pula menyusul setelah laptop milik Fadzlin kehabisan bateri. Rahman memetik gitar sambil menyanyi dengan lantang lagu Drama King milik Meet Uncle Hussein. Amin turut mengikut sama nyanyian Rahman itu sambil menggerak-gerakkan badannya dengan penuh perasaan.

Tiba-tiba dia terdengar bunyi flush di dalam jamban. Kelibat Erry keluar dari jamban dengan muka yang sangat lega. Tuala dipinggang diikat dengan kemas lalu masuk kedalam bilik.

Dengan pantas Amin meluru masuk kedalam jamban. Dia memeriksa lubang jamban iru dengan perasaan yang begitu mendalam. Namun dia hampa. Ternyata tahi terapung itu bukan milik Erry.

Amin kembali ke posisinya semula. Kelihatan Afiq tergopoh-gopoh masuk kedalam jamban. Amin duduk bersila dan menegapkan badannya, matanya tajam memandang pintu jamban. Hatinya berdebar-debar. Adakah tahi itu milik Afiq?

Sudah setengah jam Afiq didalam jamban. Amin jadi bosan menanti Afiq. Tiba-tiba Syah yang baru keluar dari bilik sambil terloncat-loncat dengan tongkatnya terlanggar Amin yang duduk seperti patung Buddha itu.

“Alah kau ni syah, aku yang besar nipun kau nak langgar!” marah Amin tetapi yang lebih membuat dia marah tongkat milik Syah nyaris terkena alat sulitnya. Nasib baik tak kena, kalau kena tak beranaklah dia. Seriau Amin memikirkannya.

“Eh, trademark Erry kau pakai? Sorrylah brother aku tak sengaja. Aku hilang pertimbangan sekejap. Eh, betul ke ayat aku?” Syah yang baru saja jatuh itu kepeningan.

“Tak kisahlah ayat siapapun. Kau ni dah tahu OKU tu, duduk diam dalam bilik sudahlah!” bidas Amin geram.

“Fuh, kecik hati aku dengar kau cakap macam tu. Yelah aku sedar aku ni menyusahkan.” Syah membuat ayat sedih.

“Tak payah nak touching-touching sangat, aku duduk sinipun sebab idea kau tu. Afiq berak lama sangat tak keluar-keluar!” Amin kembali fokus pada pintu jamban.

“Afiq? Bukan Man ke kat dalam tu?” Syah ternampak Rahman masuk kedalam jamban semasa dia dengan Amin sedang bertekak.

Pintu jamban terbuka seiring dengan bunyi flush dan Rahman keluar dengan muka yang masih berkerut. Mungkin masih belum puas. Dia masuk kedalam bilik sambil menggosok-gosok perutnya.

“Siapa kentut busuk sangat ni?” Tanya Syah sambil mengepik hidungnya dengan tangan. Terasa seperti mahu muntah, sama seperti makan sayur.

Amin tersengih seperti kerang busuk lalu merempuh masuk kedalam jamban. Kedengaran satu bunyi yang cukup mengasyikkan didalam jamban.

Setelah selesai melunaskan hajatnya dan memeriksa lubang jamban, Amin keluar dari jamban dengan lega. Dia memang bukan pemilik tahi terapumg itu.

“Terapung tak tahi kau?” Tanya Syah sambil makan ais krim batang buatannya sendiri.

“Of courselah tak, tahi aku cukup khasiat dan zat. Density rendah!” ujar Amin bangga.

“Baguslah, aku pun ada hajat yang perlu disegerakan! Chiao!” Syah terus terencut-encut dengan tongkatnya masuk dalam jamban.

Amin yang baru saja hendak membuka penutup tin ikan sardin kerana tersa lapar terhenti bila terdengar jeritan syah.

“Amin! Tahi kau terapung!” Laung syah kuat.

Amin yang tidak percaya terus bergegas kearah jamban. Dia melihat sebelah tongkat Syah menunjukkan kedalam lubang jamban. Dua ketul tahi berbentuk seperti pisang terapung di dalam lubang jamban. Amin kaget. Dia yakin dia manusia terakhir yang menggunakan jamban tersebut. Adakah selama ini tahi yang terapung itu miliknya? Satu penemuan yang sangat kompleks.

“Wei, ada orang dalam jamban tak? Kakak aku nak guna kejap!” ujar Afiq yang baru saja sampai bersama dengan kereta savvy warna hitam milik Syah.

Amin dan Syah saling berpandangan dan keempat-empat mata milik mereka merenung lubang jamban itu.

*******
Semua cerita di atas adalah rekaan dicampur kebenaran sedikit..

EPISOD SEBELUM INI : TAHI SIAPA?
Assalamualaikum..

7 comments:

bunga said...

haha..aduh...

iQa~ said...

aduh,sendiri punye...hahahaha~

Jue said...

Hahaha tjwb sudah misteri kan. Siap sanggup guard tu hahaha

Sapa la kd mangsa kna cuci tandas tu hohoho

Hanie_Dew said...

hahahahahahaha....sakit perut aku gelak baca citer ko...dapat la mengubat keboringan hari isnin yang blues..

apik pehe said...

isk3...mane la tahu sendiri punyer kan..terus flush..hahahha

wahida said...

woi!! kenapa ko cerita pasal taik di waktu aku nak pergi lunch ni ha????

::FAIZ FARISH:: said...

hi syah, lma tak sgh sini