Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Wednesday, September 7, 2011

Berikan Aku Cinta! Bersabarlah Hati

Assalamualaikum..

Kadang-kadang terbit rasa cemburu melihat teman-teman disekeliling tengah bergayut sambil ketawa berdekah-dekah lalu berguling-guling di atas tilam dengan riak wajah yang cukup gembira..

Ada pula yang lebih suka bermain mesej sahaja sambil tersenyum kucing menerima balasan daripada pasangannya..

Lalu aku bertanya, "Bilakah giliran aku?"

Cinta yang sejati akan datang sendiri tanpa perlu dicari.. ini falsafah yang aku pegang.. aku tak mengharapkan kisah cinta aku seperti drama melayu ataupun sinetron.. cukuplah sekadar seperti drama korea..

Tiba-tiba aku dengar seorang teman menjerit.. dulunya wajahnya bercahaya tiba-tiba bermuram durja.. sebagai teman yang prihatin aku bertanya, "Kau dah kenapa?"
wajahku ditenung, "Aku baru je putus, siallah!"

Lumrah pasangan budak2 bercinta.. cinta monyet barangkali.. bila suka tengok kecantikan dan kehenseman paras rupa.. nombor telefon bertukar ganti.. tapi bila bersama beberapa bulan rasa tak serasi.. ambil keputusan putus lalu cari pengganti.. bila tak serasi cari yang lain lagi..



Aku bertanya pada hati, "Bila pula aku akan merasai macam depa?"

Lalu hati menjawab, "Hang ni orang bercinta, hang pun nak bercinta. Bukan best pun kalau hang bercinta masa ni. Belajar biar habis dulu pastu cari kerja best-best. Lepas tu hang terus kahwin, masa tu baru hang rasa nikmatnya bercinta ni. Boleh bagi pasangan hang makan pizza ka, KFC ka, Burger King ka, tak pun paling koman pun Double GCB. Kalu hang bercinta skang hang nak bagi depa apa? Duit pun pinjam PTPTN. bila PTPTN habis baru hang duk teringat mak ayah kat rumah. bergesel-gesel nak minta duit kononnya kata nak guna belajar tapi buat bercinta!"
Fuh! panjang juga hati ni berkata-kata.. soalan aku pendek ja.

Mungkin ada betulnya kata hati itu. Mungkin belum tiba masanya untuk aku.. Mungkin aku masih belum cukup kuat untuk merasa nikmat cinta itu. sebab terlalu banyak dugaan yang perlu ditempuhi.. takut-takut bukan nikmat cinta tapi dosa yang aku dapat.

Tiba-tiba hati berkata lagi, "Dari hang sibuk fikir pasal nak bercinta ni, lebih baik hang cari cinta yang hakiki dulu. baru berkat hidup hang!"

Assalamualaikum..

16 comments:

ciK LyndaWawa igUana said...

wah..tukar lagu dah..hehe...jiwang la awak!!susah nak bace entry camni dari lelaki.selalunya dari gegel.

tp betul tu...bila turn kite yerk.kengkadang..sunyi jugak..tengok kawan2 ramai yang kapel..tapi kite tak..jeles gak tengok dorang tu...terasa macam kita takde pape...

al_hakim said...

tak kenal maka tak cinta..hehe..setiap yg bertemu pasti berpisah jugak akhirnya

IMANSHAH said...

sibuk memanjang, tak sempat memikirkan cinta

mr.syazwan said...

jgn risau ramai lg masih single

bunga bukan sekuntum

kumbang bukan seekor

=_=

reennafahlafi said...

mmg betul pn...setaiap manusia inginkan apa yang o lain perolehi..tapi hati kita x pnh bpeluang utk mmiliki....

nas said...

betul tu.. carilah cinta yg hakiki baru lah nt boleh berjumpa cinta sesama insan...
hehehhee
tau xpe... ramai org kapel2 ni sanggup belanje makan kat fastfood... cm banyak duit je

Hanie_Dew said...

entry luah perasaan rupanya. takpe la tak dapat becinta tem belajar lagi elok. kang habis duit PTPTN can yang hang cakap tu.

**aku terjah blog ni sebab terpikat kat profile pic ko. cam lee min ho dalam BOF.

Jue said...

jarang dgr guys luah perasaan mcm ni..slalu girls hihihi

bak kata skrip SAM, dlm hati ade taman hihihi

o ya, td yg latest entry tu Jue yg post, Hanie punya post bwh Jue punya entry =) Kitaorg 2 blogger dlm satu blog ^^ takut terconfuse ^^

Run Away♥ said...

.../salam kenal dan slmt hari raya...;d

FaizalSulaiman said...

insyaAllah syah.Allah akan temukan yang sesuai.buat masa skunk ni fokus tentang kehidupan dulu,yek:)

::FAIZ FARISH:: said...

biarkan cinta dtg dgn sendirinya

Miecyber said...

Selamat Hari raya...

Taman Negara said...

Selamat kembali ke rutin biasa..

Save Budget said...

Happy Hari Raya...

ainz said...

orang yang dah keja pon tak bercinta lagi ni...camna,nihhh...huhu

iQa~ said...

cinta???

auwwww...hahahah~