Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Tuesday, August 30, 2011

Raya Kali Ini Memang Berbeza

Assalamualaikum..

"Dalam satu tahun, saya rasa semuanya!"
dialog ciplak dari filem SEKALI LAGI..

Alhamdulillah... Akhirnya Syawal bakal menjelma..
Tahniah aku ucapkan kepada semua yang berjaya menyempurnakan ibadah puasa ini dengan jayanya..
bagi yang kurang berjaya.. perbaiki lagi jika ada kesempatan untuk berbuat begitu..

Raya kali ini memang berbeza sekali bagi aku..
rasanya bagai ada yang kosong..
namun kekosongan itu cuba ditutup sebaik mungkin..

Rasa sebak mula menyelubungi diri..
bila kali pertama kami sekeluarga menyambut hari raya tanpa ibu tercinta..
kepergian ibuku pada bulan Mac yang lalu cukup meninggalkan kesan..
selama 19 tahun aku menyambut lebaran bersamanya..
tapi kali ini aku menyambut hari kemenangan ini tanpa dia..

Tahun ini juga aku mengalami kemalangan jalanraya..
kaki aku patah dan raya kali ini aku bertongkat..
mungkin duduk diam dirumah lebih baik..
dan agak menyentapkan apabila kali ini aku langsung tidak memberi apa-apa bantuan..
aku hanya mampu memandang..


Raya kali ini juga disambut ala kadar sahaja..
kami sekeluarga risau dengan keadaan abah yang baru sahaja semalam keluar daripada hospital..
nasib baiklah abah dimasukkan kedalam hospital swasta..
walaupun belanjanya agak mahal..
tapi sekurang2nya abah dapat beraya bersama-sama kami..
aku rasa sangat bersyukur..


Walaupun aku rasakan terlalu banyak dugaan yang menimpa..
aku tetap yakin yang bahawasanya setiap yang berlaku ada hikmahnya..
mungkin tahun ini keluarga dan aku diduga dengan dugaan sebegini..
tetapi tahun2 yang akan datang kami akan memperolehi kejayaan dan kebahagiaan..
InsyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja..

ALL IS WELL..


Aku juga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI bagi yang mengenali aku sama ada dialam realiti ataupun dialam maya.. jika aku ada tersalah dimana2 aku pohon kemaafan.. kadang2 diriku tidak sedar dengan kekhilafan yang dilakukan.. harap kesalahanku dapat dimaafkan..

Sayu Terdengar Takbir Bergema
Air Mata Mengalir Tanpa Dipaksa
Raya Kali Ini Tanpa Insan Tercinta
Semoga Kita Lebih Menghargai Mereka Yang Masih Ada

Assalamualaikum..

6 comments:

piqa said...

sabar2. sesungguhnya ada hikmah disbalik apa yg terjadi. bnykkn doa utk arwah ibu. semoga anda skeluarga dirahmati oleh-Nya.

ezzu said...

salam aidilfitri....:)ada hikmah disebalik semua tu...:)

syazwiena khan said...

itulah . sabaq . ada hikmh tu :)
tapi mmg btoi pno . makin lama raya makin tak besh !

.sweet-ants. said...

sabar..tu semua dugaan dr Allah.

Gimi said...

al-fatihah buat arwah ibu mr.shah..

mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku..

Selamat Hari Raya Mr.Shah..

hamzah ian said...

alahai...

selamat raya ya..