Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Friday, June 17, 2011

Cerita Tentang Ikhlas

Assalamualaikum..

Akhirnya buat kali pertama aku menonton drama Nora Elena satu episod penuh..
maka berakhirlah drama yang disukai ramai itu..
aku tak tgk episod2 sebelumnya tetapi aku dah tahu endingnya..
happy ever after.. tapi aku baca dalam satu blog tulis Nora Elena akan mati..
tapi tak matipun.. tertipu..

Banyak laman web perkongsian file telah disekat.. aku yang suka menonton drama korea ni sukalah mendownload drama2 tersebut.. nak beli CD tak mampu.. antaranya DUCKLOAD, FILESERVER dan MEGAUPLOAD.. apapun hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.. kita carilah file sharing yang tak disekat atau diharamkan..

Sebenarnya mula2 aku nak kongsi cerita makan angin aku yang sangat best dan telah aku war-warkan di entri sebelum ini.. tetapi nampaknya aku masih belum masukkan gambar2 candid kami.. kalau tak tunjuk gambar tak bestlah.. tak teruja nanti..

Jadi hari ini aku ada cerita nak kongsi.. cerita tentang ikhlas..
sepasang suami isteri telah pergi berubat untuk pulihkan penyakit si suami..
selepas berubat pasangan suami isteri itu meneruskan perjalanan pulang kerumah..
tiba2 si suami diserang pening kepala dan muntah2..
dan berhenti ditepi jalan kerana tidak dapat meneruskan perjalanan..
si isteri yang kecemasan itu meminta bantuan seorang lelaki yang sedang makan di sebuah gerai..
lelaki itu yang belum sempat menghabiskan makanannya telah datang membantu membawa si suami ke hospital..
sampai ke hospital si lelaki terpaksa bergegas untuk pulang meneruskan kerjanya mengait buah.. bosnya telah banyak kali telefon sebab kelewatan..
anak pasangan suami isteri itu menghulurkan duit untuknya...
tetapi ditolak dengan baik dan berkata..
"KALI INI AWAK YANG SUSAH, LAIN KALI MUNGKIN SAYA PULA YANG SUSAH!"
dan lelaki itupun pulang..

Yakinlah bila kita ikhlas membantu orang lain, satu hari nanti giliran kita akan tiba.. buatlah sesuatu dengan ikhlas dan klu boleh jgnlh mengharapkan balasan.. sebab satu hari nanti mungkin kita juga akan alaminya..

keikhlasan itu tak dapat diukur..
banyak kali kita dengar.. "Tolong tak ikhlas langsung!"
ingat bukan kita penentu keikhlasan seseorang..
tp kdg2 aku prnh juga cakap mcm tu..

apa2pun terima kasih pada lelaki iotu kerana sudi membantu orang dlm kesusahan.. Hanya Allah saja yg dapat membalas segala kebaikannya.. Amin..

Assalamualaikum..

10 comments:

HonEyBuNNy said...

keikhlasan penting dalam setiap perkara kita lakukan..nawaitu ikhlas kerana Allah...

yeahhh..happy ending kan elena....itu la..gimik ja cakap seth mati la..elena la.macam2 btol..hehe

ezzu said...

kisah sape nie syah??...hehehe
pe2 pun moga cpt sembuh k..

ko memg tertipu dgn blog yg tulis pasal drama nora elena...nora elena mati????why???hehehehehe..aku tgok cter td idup jer...hehehe

apik pehe said...

hahaha..apik pon tengok satu episod gak..episod last lak tu..hahaha...

ainz said...

Hanya Allah swt je yang boleh mengukur sejauh mane eikhlasan hati kita..bukan orang lain..

Nora Elena tu dari novel,kn?ain tak penah tgk pun cerite tu..sampai rumah pun terkejar2 nak maghrib..memang tak sempat la nak tgk..ramai yang cakap cite tu best..rase nak download la pulak..kat mane bleh dnld,yek? ;)

jgn lupa uplod gambar..nak tgk!heee

nas said...

lama xsinggah sini syah
sori sbb aku ni kurg aktif da dlm berblog
tu la pasal jrg bw..
thx dtg ke blog aku
err
nora elena
aku xtengok pon citer ni :P

IMANSHAH said...

Saya ikhlas tapi jauh

Far8 budak baik said...

hahaha..aku baru tgk cite ni..
sebab kwn facebokk ckp best bagai..
ak tgk takde feeling pun..
HAHA..klo i iiklas u pun iklas kn..agaga

raihana said...

betul tu kita kena ikhlas dalm semua hal kn.=)

btw..nora elina mmg bes..hee~

Hans said...

yups
keikhlasan ibarat semut hitam yang berada di atas batu hitam sewaktu malam
memang sukar untuk kita nampak atau ketahui
tapi insyaallah jika ikhlas tu ada memang ia akan diterjemah secara sendiri
:-)

Syaitan Memang Durjana

Hans said...

eh,
aku baru perasan
ko pakai header baru ke?
cantik

Juvana Episod 9