Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Saturday, May 21, 2011

Review Filem : Nur Kasih The Movie

Assalamualaikum..

Pejam celik Pejam celik..
Rupa-rupanya cuti sem aku dah nak abis..
minggu depan keluar result lepas tu terus sambung belajar balik..
bila terfikir result terus hati jadi nervous..

Bila hati jadi nervous terus terima tawaran kakak aku tengok filem NUR KASIH THE MOVIE..
orang belanja tak perlulah tolak..

Menonton filem Nur Kasih ini memang seimbang.. ada yang aku suka.. ada yang aku tak suka.. tetapi lebih pada yang sukalah.. kalau lebih pada yang tak suka aku terus keluar panggung.. tak rugipun sebab kakak aku yang belanja..

Yang aku suka pada filem ini.. jalan ceritanya menarik.. sinematografi sungguh menawan.. tak tahulah aku tempat sawah padi sungguh mengasyikkan.. nanti kalau aku dah kahwin aku ajak isteri aku honeymoon kat sawah padi..

Lakonan pelakonnya sungguh mantap.. pelakon utamanya dan juga pelakon tambahan membawakan watak masing-masing dengan baik..

Banyak pengajaran yang boleh kita peroleh.. antaranya babak Adam dengan seorang ustaz dan juga babak Nur dengan Jehan Miskin tu.. ada lagi babak yang lain.. yang tu kena tengok sendirilah..

Yang aku tak suka.. CGI dia nampak memang agak kakulah.. babak keretapi meletup, orang terbakar.. nampak sangat tidak real.. tapi tak apa mungkin kabir bhatia boleh baiki lagi pada filem akan datang...

selain itu.. yang hal ini aku tak tahu salah siapa.. sama ada produksi filem atau panggung wayang.. kalau boleh tolong letakkan subtitle.. aku tahu filem ini filem melayu.. tetapi walaupun sound tu dah kuat.. ada perkataan yang diucapkan kurang jelas.. telinga kakak aku dan aku lain sikit.. sebut lain ingat benda lain.. kalau ada subtitle mungkin lagi feeling nak tengok.. kakak aku yang duduk sebelah asyik tanya aku saja.. aku pun terpaksa terangkan..

Dari satu babab kesatu babak juga agak kurang smooth.. mungkin masalah suntingan atau apa2lah.. nampak macam tak kena..

Kesimpulannya.. filem ini agak menarik.. lakonan dan jalan cerita yang bagus.. mula2 abis filem ini aku agak blur.. kakak aku lagilah blur.. macam ada tak faham.. lama2 barulah aku faham filem ini.. filem ini memang banyak yang sedihnya.. dalam kakak aku yang blur2 tu pun masih boleh sedih.. tahniah untuk dia.. tapi kenapa aku tak dapat kesedihan itu? adakah aku HEARTLESS? tapi aku rasa mungkin gangguan dari kakak aku yang banyak buatkan aku tak dapat nak feel filem ni.. hahah..

Aku bagi filem ni 4.0/5 bintang...

ini pandangan aku.. korang macam mana? setiap orang ada pendapat masing2.. aku pun bukanlah tahu sangat tentang filem.. tapi kalau nak tengok kenalah menghayatikan..
lepas ini ada tak orang nak belanja aku tengok wayang lagi..
maklumlah.. cuti sem ni.. duit tak masyuk..

lepas ini tak sabar nak tengok filem Harry Porter dengan Transformer.. kena kedek2 lah yang mana patut..

Assalamualaikum..

p/s: mungkin aku kena tgk sekali lagi filem ni.. sebab aku tak puas hati kenapa xsampai rasa sedih tu pada aku.. mungkin panggung wayang east coast mall tu sejuk sangat kot..

p/s: dalam panggung tadi.. orang lain semua diam.. kakak aku saja bersuara.. tanya itu ini.. hahah..

14 comments:

Chegu Zubir said...

pergh...awal tengok..hehhee...

~sHy~ said...

haah..awalnye tgk..tapi memang kawasan padi memang mengasyikkan..angin sepoi2 bahasa la katakan..hehe

piko said...

hahaha... bab review movie bagi kat kau lah capi oit...

akoo said...

hadoyaii.honeymoon kat sawah padi??kakaka

btw,nk tgk gak cte neh~~haish

HonEyBuNNy said...

ila tengok kelmarin..

sob3...ada la babak ila sedih jugak..hehe...kanda bagi 3 / 5 ja...hehe

memula pun ila xfaham cerita neh..tetiba tua..last2 baru la faham..ehheh

mie said...

gue xleh nak tgk lagi..
heheheheee

bunga said...

bunga xtengok g..bunga tunggu cd..ehehe..

apik pehe said...

haha..ari jumaat tu aku masok pkol 4.10 minit..hall 1 kat ecm..hahaha

FaizalSulaiman said...

blum de masa nak tgk:((

Rafi Nilhan said...

ramai yg cakap crita ni best.. lom tengok gi..

nas said...

salam bro syah
aku xberminat sgt la
sbb drama pun aku xpenah tengok
apetah agy filem dia
ntahla.. xtau nk komen sbb ape..

BLADE EDGE said...

Assalamualaikum...


mesti citer pasal cinta lg..kalo boleh, m'sia kene bykkan filem2 dr kategori selain cinta n seram..kalo asyik2 cinta jer, nnt org boring nk tgk...

happy blogging :-)


regards,
BLADE EDGE

Hans said...

hahahaahaha
pasal orang lari terbakar tu buat aku gelak macam orang gla
baru nak sedih2 dah ada part lawak
apa2pun filem nih best

Meatball IKEA Halal

ainz said...

tak tgk lagi cerita ni...mungkin sebab ade sangkut paut ngn 'CINTA'..boleh tak rase tak suke?huuu..

p/s: jom tengok transformer n harry potter!