Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Friday, May 6, 2011

Masjid Bukan Kedai Kopi

Assalamualaikum..

Hari ini hari jumaat.. hari ini kena solat jumaat..
boleh aku berkongsi ilmu sikit?

Masa aku sekolah berasrama separuh penuh dulu..
aku dan geng2 aku akan bertolak awal dari asrama..
budak2 junior macam kami ni sekolah waktu petang..
jadi memang tak ada masalahlah kalau nak pergi masjid awal..
pukul 12 tengahari dah bertolak dah..
jalan sama2 dengan geng sambil bercerita hal budak2 yang nak masuk remaja ni..
sebelum sampai masjid kitaorang singgah kedai dalam pagar dulu untuk makan nasi lemak..
nasi lemak kat situ memang sedap..
aku kurang sikit makan nasi lemak..
sebab tu badan aku tough!!
kawan aku yang suka makan nasi lemak badan dia kurus je..
sebab tu aku hairan kenapa nasi lemak dikurangkan untuk dijual di sekolah..
kedai tu mmg port kamilah.. aku suka makan ABC sebab tulah aku singgah..
lepas abis mengenyangkan perut kitaorang menyambung perjalanan ke masjid..

kitaorang mmg selalu awal..
senior saja yang selalu lambat..
kami sampai masa tu khutbah pun tak start lagi..
senior sampai masa tu khutbah dah nak abis dah..
sebelum khutbah jumaat start..
satu pesanan disampaikan..
seingat aku bunyinya macam ni..
"Barangsiapa yang bercakap2 semasa imam membaca khutbah walaupun menegah rakannya supaya diam, maka pahala amalannya adalah sia-sia."
tiga tahun aku dengar pesanan ni.. sebab tulah aku diam je dengar orang baca khutbah.. kawan aku tanya aku buat derk je.. kalau desperate sgt aku angguk geleng2 je..
dan kadang2 aku tertidur.. mungkin letih sangat kot..


أن ‏ ‏أبا هريرة ‏ ‏أخبره ‏
‏أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏إذا قلت لصاحبك يوم الجمعة أنصت والإمام يخطب فقد ‏ ‏لغوت


Hadith di atas bermaksud: Sesungguhnya Abu Hurayrah r.a. telah memberitahu bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu mengatakan "Diamlah" kepada sahabat kamu pada ketika imam berkhutbah pada hari jumaat, sesungguhnya kamu sendiri telah lagha. Hadith ini diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Ahmad, Nasa'ie.
Sekarang.. tiap kali aku pergi solat jumaat.. aku dah tak dengar dah pesanan macam ni lagi.. imam terus sampaikan khutbahnya..

masa imam baca khutbah aku selalu tengok budak2 kecik main kejar2 dengan geng dorang dekat bahagian belakang sambil jerit.. biasalah budak2 kecik lagi masih tak baligh nanti kalau dorang dah baligh baru dorang paham kot..

tapi apa yang menghairankan aku.. orang2 tua ni.. golongan umurnya yang lebih tua dari aku.. sedapnya dorang berborak.. rancak betul macam duduk dalam kedai kopi padahal dalam masjid.. siap gelak lagi.. bertepuk tampar bagai.. khutbah dah sah2lah tak dengar.. lepas itu menganggu tumpuan orang lain yang nak dengar khutbah yang disampaikan.. aku rasa dorang salah tempat kot.. masjid tempat untuk beribadat.. nasib baiklah dorang tak bawa air kopi sekali.. masa tulah nak cerita tentang hal2 duniawi.. kadang2 benda tu tak penting.. saja modal nak galak lagi berbual..

Bila kita bercakap masa imam membaca khutbah.. pahala jumaat kita itu sia-sia walaupun solat kita sah.. rugi je datang solat jumaat kalau tak dapat apa-apa.. jadi kalau dengar imam tengah baca khutbah.. diamlah.. kawal nafsu nak bercakap tu.. lepas abis solat jumaat tu.. cakaplah banyak2.. sampai solat asar.. kalau tak cukup lagi sambung lepas solat asar..

kita beribadah biarlah dengan cara yang betul... apa gunanya beribadah kalau pahala amalan kita cumalah sia-sia.. jadi ingatanlah untuk diri aku dan semua yang membaca.. semasa imam membaca khutbah.. tutplah mulut anda.. dengar khutbah yang ingin disampaikan.. kalau taknak dengar sekalipun janganlah ganggu tunpuan orang lain..

fikir2kanlah dan selamat beramal..

Assalamualaikum..

Info Diambil DISINI

15 comments:

FaizalSulaiman said...

faizal pun kalau ngantuk gila, tertidur gak.hehehe

hans said...

betul
sokong sangat
kadang2 orang tua pun sama naik jer dengan budak2

Siti Mashitah Saidin said...

wat keja sia-sia ja kan? heee

Ayie said...

kat masjid area rumah teman nih, kuat politik.. tiap tiap kali jumaat, mesti ada paper politik.. Jadinya, orang yang datang bukan dok dengar khutbah, tapi mereka sibuk baca paper politik.. Tak perlu le teman kasitau paper parti mana, tapi pada teman, teman tak suka.. Macam menyimpang je rasanya.. Pahala dah kompom burn..

Gimi said...

bukan takat khutbah jumaat, raya pun sama...

Tulip said...

:)

suka perenggan second last...

apik pehe said...

info menark ni syah...len kali apik x borak2 dah..hehe

.sweet-ants. said...

lama x pegi masjid/surau :p
makcik2 belakang tabir lelaki pon kuat ngumpat jgk

cik sakdi said...

tol tu abah aku selalu balik umah bebel2 balik dari masjid coz budak2 remaje memekak, so bapak aku pesan

"jangan kawen dengan orang macam tu"

persoalannya adalah, mcm ne aku nak tau laki aku borak kat masjid ke x.kekekeh

HonEyBuNNy said...

hehe...

ila xtahu la coz xpernah dengar khutbah,..tapi setuju la..apa salahnya kita dengar n hayati isi khutbah tu kan...seminggu sekali ja nak dengar...

pahala pun dapat..;_)

naz said...

masing masing ada alasan tapi itu jawab dengan tuhan haha

Far8 budak baik said...

tu ar aku punn..
mmg tido gakkk..
adoyaiii

Miecyber said...

Ramai jugak yang berborak time khatib membca khutbah.Dia tak tahu ker atau buat buat tak tahu..

Osama Laden seorang Idola

ayie said...

slalu kalau pergi solat jumaat..suka port tempat yang boleh nampak imam khutbah..sebab akan kusyuk dengar tanpa rasa ngantok..

Qamarul said...

biase laa. tua tak semesti nye pandai. mude pun tak semesti nye pandai. semua sama bongap jer.