Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Saturday, May 28, 2011

Karak : Mesej Dah Betul Tapi Tiba-Tiba

Assalamualaikum..

Budi Bahasa Budaya Kita..

Sebelum aku tulis tentang filem karak ni..
aku cerita sikitlah tentang seorang sekuriti guard..
dari semalam aku melilau seluruh Indera Mahkota untuk cari JPJ..
tapi tak jumpa.. sebab JPJ ni baru pindah tempat baru.. masih ramai yang tak tahu..
jadi hari ini aku try lagi dan akhirnya pukul 4.30 aku jumpa juga JPJ tu..
bila aku nak masuk sekuriti guard kat situ tak bagi..
aku cakap bukannya tutup pukul 5..
pastu dia jawab dgn nada marah pukul 5 pejabat dah tutup..
sekarang kaunter dah siap2 nak tutup..
lain kali datanglah awal..

lepas tu datang sorang mamat tu datang nak masuk..
tiba-tiba pak guard tu cakap..

"Dah, dah pergi balik! pergi balik! pejabat dah tutup! lain kali datanglah awal.. dah pergi balik! pergi balik.. pejabat buka pukul 7.45 lagi.. waktu sekarang baru nak datang.. dah tutup dah!"
memang pak guard tu cakap kuatlah dengan nada nak marah..

mamat tu senyum jer..
aku sempatlah dengar mamat tu cakap sorang2..

"tu pun nak bebel.. tak boleh cakap elok sikit ke.. kata budi bahasa budaya kita.."

aku yg terdengar pun nak tergelak.. aku dan mamat tupun blah..
nasiblah pak guard dah tua.. tapi budi bahasa dia memang tinggilah..
bukan salah pun cakap elok2.. mamat tu semangat balik kerja awal sebab nak uruskan hal dia dgn JPJ kena halau macam minta sedekah.. ish3..

Oklah.. harap2 lepas ini kita jagalah budi bahasa kita yerk..
walaupun kita rasa tertekan dengan kerja kita sekalipun jangan marah pada orang yg tak sepatutnya.. aku pernah tengok seorang pemuda nak bertumbuk dengan seorang mak guard sebab mak guard tu cakap kurang ajar.. kejadian tu berlaku dekat hospital.. nasiblah mamat tu ubah fikiran kalau tak memang habislah mak guard tu..

Berbalik pada filem Karak yang aku tonton pada malam tadi..
ceritanya agak menarik...
ada mesej yang cuba disampaikan..
JANGAN SESAT..

dari segi lakonan agak OK.. takdelah istilah kaku atau tak boleh berlakon..
sebab aku dapat rasa betapa annoyingnyer si Nik..
dan gediknyer si Ida..
hantu2nya juga agak bagus.. lain dari hantu2 tipikal yang kita tengok dari filem lain..
dan mesejnya juga bagus..
manusia sekarang ramai dah sesat..
tahu baca al-Quran tapi tak tahu maksud..
tak solat iman jadi goyah..
good mesej..
tapi tiba-tiba mesej tu macam jadi pelik bila ending cerita itu tunjuk watak Nik dan Zura macam tu..
kalau korang dah tengok mesti korang faham..
dan satu lagi aku rasa Ida tu boleh tahan cantik tapi rasanya tak perlulah tunjuk watak dia berkemban macam tu.. rasanya tak rosak filem tu kalau tak ada babak tu..'
itu pandangan aku sajalah..
aku bagi 3/5 bintang untuk cerita itu..

kalau korang rasa nak tengok hantu yang lain dari lain..
bolehlah layan filem ini..
mesej pun baik cuma pengakhiran cerita tu jadi pelik..
tapi cerita ni di twist dgn baik..
selamat menonton..

Assalamualaikum..

p/s: tak dapat jugalah aku nak upgrade lesen aku jadi tetap..

15 comments:

Rafi Nilhan said...

a-ahh.. scene kemban tu jd panas gak skang nih

Ayie said...

gua like artis berkemban.. boleh la gua tambah dosa.. =.=''

Muhamad Zaki Zafir said...

kemban tu buat kontroversi.peduli ape produser tu org nk mrh, sbb org mrh2 pn org lain lg truja nk tgk ade la kalau dpt tau ade scene mcm tu.

nur aisya humaira said...

Assalam syah..:)

ade ehh cite ni??tk pernh dgr pn..huhu..:)

budi bahasa yg dicanang2 tk pernh nk amalkan...apa laa org melayu kite ni kan...:)

Rollo De Pedicula said...

owh
dah tgok dah
menjerit?

Review Filem Karak

HonEyBuNNy said...

seronok eh syah...

ila filem hantu mantu ne takoot sikit..hehe

jarang tengok wayang filem2 hantu..sebab ila takot..huwawwa

apik pehe said...

hehehe..apik tak suke la jalan cerita dia...

bunga said...

lum tengok g..:)

Hami Asraff said...

Budi bahasa tidak mengenal usia. Kadangkala mereka yang lebih berusia budi bahasa tidak setinggi mana. Kitalah juga yang harus menjaga budi bahasa kita.

BTW, belum berkesempatan lagi tengok filem Karak.

akoo said...

nk tgk..sbb ske shahir ;) hehee

Rollo De Pedicula said...

Filem Toyol Nakal ko taknak tgok?

Drama Bersiri Makbul : Sebuah Cerita Tentang Doa

Raji and Yeen said...

tu lah pasal kan?
ak kdg2 bengang jgak dgn pesen cmtuh xreti ker nak ckp elok2
minta maaf pejabat dh tutup kan
ni nk halau2 org mcm lah org tu kucing =.=

Tulip said...

nanti nak tgk lah...

soffea said...

tak tengok lagi la MR Syah.. takut nanti bertambah2 takut nak lalu kat highway karak tu.. boleyhh?? hehehhee.

ainz said...

ain dah tgk karak! ramai yang cakap tak seram..tapi ain rase seram sebab tak suke tgk cite hantu..huhu..ni pun tengok sebab KRU Production nye cite..