Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Tuesday, May 3, 2011

Kalau Kau Baca Baru Kau Faham

Assalamualaikum..

p/s: entri ini panjang dan tidak mepunyai gambar yang mengghairahkan.. kalau kau baca sampai habis baru kau faham apa yang tersirat!! selamat menjumpai!!

Hari itu aku bangun awal..
awal dari biasa..

Hari itu aku pakai smart sangat..
lebih smart dari biasa..
walaupun aku kacak..
hari itu aku lebih kacak daripada biasa..

Aku berdiri gah dihadapan bangunan itu..
bangunan itu digelar dewan serbaguna atau lebih indah dipanggil dewan sejuk giler..
aku perhatikan sekeliling aku..
mereka semua seperti aku..
memegang kertas putih ditangan dan ada yang menyarung bajuk sejuk dibadan..
aku memandang diri sendiri..
ditangan aku ada kertas putih yang siap diliminate.. keras.. sangat keras..
namun aku tinggalkan baju sejuk buatan korea aku dirumah..
kerana aku tak perlukannya..
kehangatannya sudah kurasai sejak sebelum mandi pagi tadi..

sudah sampai giliran aku untuk masuk kedalam dewan itu..
aku tepuk dada..
tepu!
ya, ilmu penuh didada..
aku bakal menghadapi first paper hari ini..
semangatku berkobar-kobar..
bukan 100% tetapi 200% semangatku dibawa sekali masuk kedalam dewan itu.

aku melangkah penuh gagah dan macho..
tiba2 tanganku dipegang..
pak guard memandang aku seperti singa..
"Kad matrik mana? Pakai skang!"
kocek kudiraba lantas menyarung kad matrik dileher sambil melemparkan sengihan kerang busuk kepada pak guard..
namun semangatku tidak menurun sama sekali..
kupilih seat ditengah2...

masa menjawab bermula...
dengan lafaz bismillah aku menyelak soalan sambil tersenyum lebar..
kulihat soalan pertama..
senyuman yang lebar tadi mengecil..
semangat 200% menjadi 100%..
kuteruskan dengan soalan kedua..
dari 100% turun kepada 80%..
aku cuba jawab sebaik mungkin..
kulihat wajah2 disekelilingku...
semangat yang begitu membara..
penuh semangat..

dari 80% naik 90%..
aku teruskan dengan soalan ketiga..
senyuman automatik bertukar menjadi muncungan..
dari 90% jadi 50%..
jawab yang mana aku mengerti..
meneruskan kesoalan yang keempat..
soalan yang terakhir..
dari 50% jadi 10%..

jam besar diatas dewan ditatap dalam2..
satu jam sudah berlalu..
rambut yang dulunya tercacak bagaikan terkena renjatan elektrik..
akhirnya leper bagaikan disimbah sebaldi air..
pusingan kedua bermula..
soalan satu dipandang..
kemudian soalan kedua..
ketiga dan keempat..
dari 10% menjadi 1%..
siapa buat soalan ni?
maharaja betul..

tiba2 berkumandang lagu I'll be back nyanyian 2PM dalam dewan itu..
aku terkejut..
argh!! aku tak mahu kembali untuk ambil paper yang same..
pantas pusingan ketiga bermula..
soalan satu bermula.. dibaca penuh penghayatan..
seterusnya soalan kedua..
ketiga dan keempat...

tiba-tiba lagu sorry-sorry nyanyian super junior berkumandang dalam dewan..
aku kaget..
aku teringatkan keluargaku dirumah..
maafkan adik kerana tak dapat buat dengan terbaik..
ilmu didada rupanya masih belum cukup..
mungkin tepu dengan air ice lemon tea yang diminum malam semalam..
bersama dengan burger daging double special cheese pataya.. walah...

tinggal lagi satu jam..
teringat pesan cikgu dulu2..
jangan tinggal kosong...
round 4 begin..
soalan satu bermula...
soalan kedua.. ketiga.. keempat..
argh!!

kenapalah aku tak dilahirkan genius.. sekali tengok soalan terus boleh buat..
bagi 3 jam.. satu jam aku dah siap..
aku berangan rupanya..
tinggal lagi setengah jam..
pelajar tidak dibenarkan keluar kecuali desperate sgt..
aku bukan genius rupanya..
pusingan kelima..
setiap rompong diisi sebaik mungkin..
formula rekaan mula keluar..
syah's rule... syah's law...
masih ada yang tertinggal..
lima minit lagi..
machine gun dalam kocek seluar dikeluarkan..
tepat terarah pada jawapan yang kosong...
sasaran mesti tepat...
picu ditekan...
bang! bang! bang! bang! bang! bang!
TIME'S UP!

Fuh! lega!

ko redalah result kau nanti..

Assalamualaikum..

p/s: begitulah aku berperang semasa exam..

p/s: rindu nak update..

p/s: xjumpa apa yang dicari? maaflah kerana membuang masa anda..

EXAM HABIS!!!!

10 comments:

HonEyBuNNy said...

xpa syah...syah dah cuba berjihad dalam exam tadikan..

so now time to Tawakkal kepada Allah....

insya allah...pasti boleh..jangan di fikir sangat...fokus pada paper lain lak k...

Siti Mashitah Saidin said...

wua.. kes kita sama la... sebelum masuk dewan semagat berkobar-kobar... da kuar dewan, semangat berkobar-kobar jugak...

tapi semangat nak gigit kertas final... hehehe

Qamarul said...

thx yer letak blog aku kat bloglist :)

FaizalSulaiman said...

warghh

seramnya bila baca dekat penghujung tu,hihi


redha je syah ye:)

bunga said...

begitulah..bunga pun cam tu..jawab xabis pun..50% jer jawab..

::FAIZ FARISH:: said...

sory lama tak singah sini, bz skit... take care

mie said...

xsabar nak tau result..
hahahaaaa

hans said...

nanti result kuar bagitahu dapat berapa

Ayie said...

hahahaa.. lain kali pakai le sniper.. baru tembakan tepat.. hahahaha

liyana said...

haha..nice story..
dpt bygkn story tu..
pabila exam tibe..cmtula