Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Tuesday, May 24, 2011

Just Thinking

Assalamualaikum..

Keghairahan nak menulis makin berkurangan.. setiap kali aku nak tulis post jadi tergantung.. dan akhirnya menjadi draft sahaja..

Aku jadi takut kalau aku tulis entri sampah yang langsung tak bagi apa-apa pada orang lain.. sebab itu cuti sem aku kali ini hanya ada beberapa entri yang dapat dipublish.. kalau cuti sem sebelum2 ni memang berlambak yang aku tulis..

Aku sekarang suka pergi terjah blog lain.. kalau aku rasa nak komen aku akan komen.. kalau tak aku cuma baca senyap2 tanpa meninggalkan jejak.. sebab aku tak harap dorang terjah blog aku balik..

Aku memang dulu tak pernah nak kejar follower.. bagi aku blog yg baik bukanlah dari segi follower yang ramai tetapi bilangan komen yang banyak.. sebab ada segelintir yang lebih suka meninggalkan jejak di shoutbox.. kalau orang tinggalkan komen mungkin dia akan baca entri..

Seronok bila kita terjah satu2 blog yang dapat berikan minda kita berfikir.. macam aku yang sekarang ni sedang membilang hari untuk habiskan cuti sem yang tak sampai seminggu akan habis.. nak buka buku memang taklah sebab aku tinggalkan semuanya di rumah sewa.. otak ni kalau tak pakai boleh berkarat juga.. sebab itulah bila kita baca blog yang pengisiannya yang sangat bagus boleh membantu otak kita berfungsi dengan lebih lancar lagi..

sekarang pun ramai yang menulis untuk entri yang SEO.. aku pun tak berapa nak faham tentang ni.. tapi kalau tak silap aku entri macam itu adalah entri yang mudah kita dapat dalam surat khabar atau berita di TV.. dan entri macam nilah ramai yang kejar sebab nak dapatkan trafik yang tinggi.. sehingga ada yang mencecah lebih 1k..

tapi bagi aku kalau setakat tulis apa yang kita boleh dapat di surat khabar atau berita di TV atau online.. itu tak berpatutan.. melainkan dia menyatakan pendapat peribadi untuk pembaca berfikir.. berkongsi pandangan.. itu lebih bagus.. apa2pun setiap orang ada hak nak tulis apa yang mereka suka.. kita tak boleh nak puaskan hati orang..

sebab itu dalam hidup ini keseimbangan itu perlu... setiap perkara itu perlu seimbang..
ada yang akan suka dan ada yang tak suka..

aku pun cuma menunggu masa untuk tahu result aku yang bakal keluar lagi beberapa jam.. meman nervous.. bila nak tahu result mesti rasa mcm jantung nak terkeluar.. tak kiralah jangkaan aku itu tinggi atau rendah..
harap2 semuanya baik dan aku dapat graduate on time..
Amin..

Assalamualaikum..

3 comments:

HonEyBuNNy said...

syah...: mesti dup dap dup dap tunggu result nak keluar kan...

tawakal aja lah..insyaAllah ok punya...;-)

ila pun kadang2 suka berblog secara senyap2...baca kisah2 dan pendapat orang lain..hehe

just be yourself...xperlu la kita jadi diri orang lain...n xsemua orang sukakan kita kan...

::FAIZ FARISH:: said...

sebab tu blog aku takde crita yg ala2 news paper... aku buat hal aku jek. hahahaha

bunga said...

bunga pun tengha tunggu resukt..lum kuar g..hehe..sabor je la..