Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Sunday, April 3, 2011

Macam Inilah Berbudi Kepada Tanah!

Assalamualaikum..

Hari ahad menjelma lagi..
kalau masa sekolah rendah dgn sekolah menengah..
hari ahadlah paling tak best sebab esoknya dah start sekolah..
tapi skang hari ahad bagaikan hari-hari yang lainnya..

Hari ni terpaksa membanting tulang didalam makmal..
untuk siapkan assignment yang diberikan..
tak dapat nak bermimpi indah lama sikit..
kena bangun awal pagi untuk siapkan semua tugasan..

Ok, kali ini aku nak bagi informasi buat pelajar lepasan SPM yang keliru untuk pilih bidang apa..
aku rasa masih sempat lagi untuk menukar fikiran masing-masing..
kalau tak sempat bolehlah suruh adik-adik anda merealisasikan impian anda yang terkubur itu..
dan informasi ini juga sesuai untuk adik2 yang akan mengambil SPM atau masih belum mengambil SPM.. sekarang kita kena selalu fikir masa depan..
waktu remaja macam inilah nak fikir kerja apa, gaji berapa, bini berapa, anak berapa dan orang gaji berapa orang.. baru senang nak manage nanti.. haha.. kekoyalan disitu..

OK2.. taknak membuang masa anda entri kali penuh dengan gambar yang begitu menarik.. kalau boleh jangan baca entri ini bersendirian tapi ajak lagi adik beradik yang lain.. kalau mak ayah pun ada ajak sekali yerk.. sebab kadang2 mak dengan ayah pun nak anak-anak dia ambil bidang2 yang bagus dan dapat menjamin masa depan..

ok3.. kamu suka bermain tanah? tak kisahlah tanah jenis apapun.. tanahkan ada banyak jenis.. jangan sampai terkeliru pula tanah dengan tahi kucing... kalau ada adik2 kamu yang suka bermain dengan tanah ini tolong jangan larang tetapi memberi lagi galakan.. sebab apa disitu mereka telah menanam minat kepada tanah..

Sebagai pelajar jurusan kejuruteraan awam.. terdapat banyak lagi cabang2 dalam jurusan ini dan hari ini aku nak bercerita tentang cabang berkaitan tanah.. Soil Engineering..

aku bangun pagi2 buta tadi masuk makmal soil engineering semata2 mata untuk bermain tanah..
beberapa hari yang lalu kami mengorek tanah sedalam 7 kaki untuk mendapatkan disturbed soil untuk dibuat kajian.. dan hari ini bermulalah permainan atau kajian kami terhadap tanah..

memang dalam tu..

tanah yang dikeringkan dan dihaluskan...
campur dgn air dan kacau sampai sebati..

pastu kita gentel jadi macam ni..


lepas tu masukkan didalam acuan untu dipenetratekan..

Gambar di atas merupakan salah satu eksperimen yg kami buat.. ada byk lagi eksperimen yang perlu dilakukan..

kenapa perlu eksperimen2 ini adalah untuk menguji struktur tanah, kekuatan tanah, kandungan air didalam tanah.. untuk apa?
untuk nak buat bangunan juga.. ingat senang nak buat bangunan.. kita tengok jenis tanah, kekuatan tanah dan macam lagi.. kalau tanah jenis macam ni bangunan macam mana yang boleh dibina, rumah teres ke, KLCC ke, rumah Siti Nurhaliza ke dah bermacam2 jenis bangunan lagi..

So, Ada yang berminat?

kalau ada daftar segera ambil jurusan ni..
kalau tak berminat tanya pada adik2 yang berminat..
jangan biarkan mereka kekeliruan..

yg ni keliru sama ada tanah atau ais krim.. yummy!

Assalamualaikum..

p/s: ringan rasa kepala lepas gunting rambut semalam.. bertambah kacak lagi aku..

23 comments:

Nur Areefah said...

wah baru tahu ada soil engineering.menarik!
kat uni mana je ada ni?

latest entry : application facebook umpama susuk (khurafat)

Seri said...

menarik
tapi dah terlambat nak pilih jurusan tu. hehe

soffea said...

wei. ko macam expert je dlm bidang soil. tolong ajar anak murid aku year 3. ade topik soil. hehe.

mr. syah :) baru dpt loading blog ko. google chrome aku tgh buat baik ni. hehe. rindu nak baca2 n komen2 sini :)

ezzu said...

penat..penat..penat...aku buat experiment tu...hehehehe.......

masa nk buat kepok getel tu susah....abis masa wak ke menda alah tu jer...hehehehe

FaizalSulaiman said...

perghh
ilmu ni, syah!

Raji berkata said...

woahhhh bestnyer..
rasa cm nak tukar cos lak
boleh main2 tanah xD

IMANSHAH said...

saya suka tanah, sebab saya anak petani tegar

IMANSHAH said...

saya suka tanah, sebab saya anak petani tegar

ayie said...

hehe sosej..hehe

♕ Mr.IX ♂ said...

ko ni elok la jadi duta makanan...main tanah pn ingt makanan lagi..hehe

bunga said...

bestnyer..rindu nak wak eksperimen time belajar dulu2..

wa khairul onggon said...

Siap ada yg keliru sampai nak makan hehehe.. Kipidap syah! :)

wahida said...

tgk pasir tu mcm nak kena goreng lak kekdahnya...hahaha!!

NICK IRFAN said...

wah! mcmm best jer...

zaty luvlianncezzz said...

tensss sb bg info sal nie...ada apply gk cos nie

jum santai cni
uso0ppp whilcha bgoss dr sam??

darkbatman said...

mcm best? kdg2 bile asyik sgt kita lupe mslh.. time ne otak kite melayang2kan.. kehkehkeh

apik pehe said...

hehe..syah..ko budak awam upenyer..tahun baper dah?

::FAIZ FARISH:: said...

jangan makan tanah tu nanti sakit

Muhamad Zaki Zafir said...

soil engineering eh? aku nmpk gak lori propel, bwk sampel2 uji tanah.aku pk gak nk buat pe dgn tanah.bace entry ni baru tau. :)

aku ambk kos elektrik, tp rase nk brbudi pade tanah lah tua nnti.beli tanah, buat ladang.

M a W a D D a H said...

ooo..kejuruteraan awam ni main tanah2..rugi xamek ritu...dah tu kalau masa kecik2 suka main masak2 n pondok2, agak2 apa yer kerjaya yg sesuai?? tukang masak ker suri rumah??

hehehehe...

nice info mr syah..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

simpan tanah sikit untuk hari esok

Miecyber said...

Nampak macam sedap jer...

Sudah banjir di timpa saman

nas said...

aku tengok macam biskut jejari je tanah liat yg digentel2 n masuk dlm bekas besi tuh.. hehehhehe
nice la keje2 korang....