Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Saturday, April 2, 2011

JOM BACA : TERASING

Assalamualaikum..

Berbalik kepada entri semalam..
ramai yang kurang suka makan tart telur tapi suka makan cheese tart..
aku pun suka juga makan cheese tart ni sebab lebih lemak berkrim patutlah disukai ramai..
tapi harganya lebih mahal dari tart telur..
tambah2 minyak ron97 naik lagi 20 sen..
memang aku dah tak boleh bawak berbincang dah dengan Si Hitam..
sebagai student aku terpaksalah berjimat cermat..
sebab tulah pilihan aku tart telur..

Ok lupakan sebentar tentang cerita tart telur atau tart cheese..
harini aku nak ajak korang membaca..
sebuah Novel Aksi Islamik yang begitu mengghairahkan untuk dibaca..
Tajuk : Terasing
Penulis : Hilal Asyraf
Terbitan : Telaga Biru

Aku sebenarnya nak syorkan korang untuk dapatkan novel ini.. novel ni memang menarik bagi aku.. bergenre aksi islamik..

11 tahun terpisah dengan sahabatnya yang bernama Zaman, Saifullah bermimpi akan janji mereka berdua sebelum berpisah. Janji yang tidak pernah dilupakannya, dan saban hari diingati. Namun mimpi itu datang berkali-kali seakan menyatakan bahawa dia belum menunaikan amanahnya. Satu hari, Zaman kembali secara tiba-tiba. Saifullah amat gembira. Tetapi, bukan hanya kebahagiaan sahaja yang ada di dalam dunia ini. Tanpa disangka-sangka, satu percubaan membunuh telah dilakukan ke atas Saifullah. Hal ini mengheret dirinya ke kancah jenayah kongsi gelap. Hairan kerana merasakan diri Saifullah tiada kaitan, Amiri, abang ipar Saifullah bergerak melakukan siasatan. Rupa-rupanya, keterasingan dalam kehidupan seorang insan, mengheret manusia-manusia yang berhubungan dengannya ke arah kegelapan. Ukhuwah, cinta, kasih sayang, prinsip, matlamat, segalanya teruji dengan keterasingan ini. Bagaimana Saifullah melaluinya?

Aku sebenarnya dah lama memilik novel ni.. masa aku sem 1 lagi.. masa tu aku terasing juga dengan manusia lain.. aku cuma duduk bergelumang dengan buku ni saja.. akhirnya lepas aku abis baca buku ni baru aku dapat sesuatu.. kita bukannya hidup didunia seorang diri.. tetapi kita yang memerangkap diri kita dari keterasingan ini..

novel ini boleh aku katakan sgt hebat.. semua ada.. hubungan persahabatan yang penuh pengorbanan.. hubungan kekeluargaan yang penuh rasa cinta dan aksi-aksi yang penuh debaran.. aku berharap novel ini difilemkan.. kalau difilemkan aku rasa memang best.. memang sesuai untuk dibuat filem kerana di Malaysia masih belum ada filem yang bergenre aksi islamik..
aku syorkan kepada pengarah yang nak buat filem, tak salah ambil saja novel2 yang ada dipasaran yang aku rasa banyak yang hebat2.. tak perlulah buat filem yang macam cekedis.. hollywood pun banyak buat filem melalui novel, tak cukup dengan novel game pun dijadikan filem..

Jadi sekali lagi aku syorkan korang untuk dapatkan novel ini yang bagi aku cukup menarik dan best.. kalau ada masa terluang, selain berblogging korang bolehlah ambil masa untuk habiskan membaca novel ini.. tak rugipun bagi aku.. malah banyak pengajaran yang boleh kita dapat.. bukan senang nak baca novel aksi islamik sebegini di Malaysia.. dapatkan sekarang di kedai buku yang berhampiran..

penulis buku ini juga mempunyai blog yang bernama LANGIT ILAHI yang menggunakan tagline "mari menjadi hamba".. memang seronok baca blog beliau.. jom terjah!

Dan hari ini juga aku rasa terharu sebab ada blogger yg tulis tentang blog aku ni yang sekarang telah bertukar nama dari INI CERITA AKU kepada KACAK MACAM SYAH..
klik SINI untuk membacanya.. terharu seh!

Assalamualaikum..

34 comments:

nas said...

hye syah.. sedap la tat tu.. hehehehe
novel aku da lama tinggalkan..dulu mmg minat bace novel.. sampai 2 hari aku bace utk perabeh 1 novel yg best...
novel ni cm bagus.. tp cm xde duit lak nak beli.. nk pinjam leh? hehe

ezzu said...

aku suka makan cheese tart..hehehe...pasal novel nie aku kurg cikir ar..bukan mlas nk bace tp gitu ar...xdop masa kot nk abiskn novel tebal2 nie...

MR. SYAH said...

nas: aku pun dh lama xbaca novel.. cuma tiba2 teringat kt novel yg best ni.. nk pinjam boleh tp dtg jengkalah.. hahah..

MR. SYAH said...

ezzu: kt bandar jengka ada cheese tart.. belanja aku se.. novel yg kau pinjam dari aku tu dh habis baca belum??

SyedGraphiX said...

adui. serious.. laama gila x bace novel. huhuhu

♕ Mr.IX ♂ said...

lama x baca novel..

p/s: gambar profil dan nama blog mr.syah dah bertukar!

Misz Oudae said...

hye owner blog..lme tak komen disini..
my sis slalu gak buat cheese tart n sedap sgat2..
x sangka ek laki pon layan novel..heheheh

Tulip said...

datang sini mesti pasal mkanan....

suka2...

nak jugak tat..

Seri said...

nampak sedap cheese tart tu. hehe
lama tak singgah sini

Seri said...

nampak sedap cheese tart tu. hehe
lama tak singgah sini

syazwiena khan said...

nak pinjam !

Miecyber said...

Saya pun suka makan cheese...


Hotel ayam

ayie said...

terasing.. nice cover.. huhu.. pernah baca 2-3 novel je dalam hayat

NICK IRFAN said...

mcm best je sinopsis ni nnt aku nk dptkan jgk la...

apik pehe said...

hak ah,,,jeng betol minyak 97 dah naik..da la moto apik pakai 97..xleh pakai 95 nnti majok..haishhh..

Farhan Zulhusmi said...

novel??menarik cite nie....tapi kalau aku ada novel....10hari baru dapat habiskan untuk satu novel....

.sweet-ants. said...

dah lama x baca novel.. tunggu dah abis study la kot.. ingt x novel yuda di padang maya yg kite mng tu? tu pon baru baca separuh..adus

bunga said...

suker baca novel..tapi dah lama tak baca..

MR. SYAH said...

Syed: samalah dgn aku.. novel nipun dh lama dah aku baca.. skang xde mood nk baca novel..

MR. SYAH said...

mr.ix: klu ada masa bleh baca.. a'ah dah tukar dua2.. heheh..

MR. SYAH said...

miss oudae: wah.. sruh sis kamu buat utk sy sekali.. heheh.. skang dah biasa lelaki baca novel..

MR. SYAH said...

tulip: hahah.. skang asyik teringatkn makanan sebab tulh buat entri mcm ni..

MR. SYAH said...

seri: tgk pun dh sedapkn.. belum mkn lg.. heheh..

MR. SYAH said...

syazwiena: mehlah jengka..

MR. SYAH said...

miecyber: samalah.. cheese sedap..

MR. SYAH said...

ayie: cover dia dh smart.. citer dia lg smart..

MR. SYAH said...

nick irfan: baguslah.. nnt kau cerita apa plak pendapat kau yerk.. heheh..

MR. SYAH said...

apik pehe : aku pun skang terpaksa pakai ron95.. nasib badan..

MR. SYAH said...

Farhan Zulhusmi: xpe bro.. pelan2..

MR. SYAH said...

sweets ants: oklh tu separuh.. saya xsampai sepuluh page.. xde nk baca skang..

MR. SYAH said...

bunga: samalah kita..

Dearie Pearls said...

Hi Mr Syah..
Dari blog hans ke sini. heee...

*saya pernah makan tart telur jek. sedap gak cuma jarang beli.. nnt nk beli ar.. heeeeee

*ada masa nnt nak cuba cari novel tu kat MPH. mcm menarik lak reviewnya.

muhammadnuraizuddin abdulrahman said...

mcm best je novel tu..

ayie said...

jom main boling..hehe