Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Thursday, April 7, 2011

Filem Jiwang Malaysia 2011

Assalamualaikum..

Sejak pagi tadi badan rasa semacam.. kejap sejuk.. kejap panas... kejap dekat afrika.. kejap dekat korea.. cecair dihidung pun masih degil nak keluar.. bermacam cara dah buat.. akhirnya terpaksa beli ubat juga.. aku dahlah susah makan ubat.. kalau sebiji ubat memerlukan dua jag air untuk diminum.. parah2.. baju pun dah mula basah2 sikit.. peluh keluar macam keluar air pancut..

Ok hari ini aku nak tulis tentang filem-filem jiwang macam best yang bakal ditayangkan pada tahun ini..

1. Sekali Lagi
Lakonan hebat Lisa Surihani dan Saheizy Sam..
dua2 ni baru saja menang anugerah pelakon filem wanita dan lelaki popular di abpbh2010 baru2 ini..

sinopsis:
Arman (Shaheizy Sam) merupakan seorang pesakit yang percaya dirinya menghidapi penyakit autisme. Dia dijaga oleh ibu (Kartina Aziz) dan ayah saudaranya (Alex Yanz) selepas pembedahan. Dia dijodohkan dengan (Shasha Zurazie) atas pilihan ibunya. Satu hari, Arman diperas ugut dan kehadiran Amy (Mia Sara Nasuha) menyelamatkan Arman. Sejak hari itu, mereka berkawan baik sehinggalah hal persahabatan mereka diketahui ibu Amy, Shiela (Lisa Surihani). Shiela berang dan melarang Amy berjumpa Arman. Mengapakah Shiela berbuat begitu?

poster:


trailer:


tarikh tayangan : 30 Jun 2011


2. Nur Kasih The Movie
setelah drama bersirinya mencatat rating tertinggi.. akhirnya difilemkan dan masih mengekalkan pelakon yang sama iaitu Remy Ishak dan Tiz Zaqyah..

sinopsis:
Drama bersiri popular Nur Kasih pada tahun lalu disajikan penuh dengan cerita cinta antara Adam lakonan Remy Ishak dan Nur Amina (Tiz Zaqyah) serta pengorbanan Aidil (Fizz Fairuz) kepada adiknya, Adam.Jika dalam drama bersiri, Aidil terpaksa mengorbankan cintanya kepada Nur Amina demi Adam tetapi pengorbanan Aidil tidak terhenti dalam drama yang disiarkan sebanyak 26 episod itu.Ini kerana dia masih lagi menerima pelbagai dugaan dan ranjau dalam menempuhi kehidupan menerusi sekuel terbaru Nur Kasih yang disambungkan dalam bentuk filem.Untuk filem berjudul Nur Kasih The Movie itu, Aidil menjalani kehidupannya sebagai seorang bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu Ilyas, 7, dan Maryam, 5, setelah isterinya, Alia (Ayu Raudhah) yang meninggal dunia.

poster:


trailer:


tarikh tayangan:
19 Mei 2011

Filem jiwang malaysia ni bukan macam filem jiwang korea.. dia lain sikit.. tapi apa2pun tak salah kita support filem malaysia.. orang2 malaysia pun jiwang2 jugak..
dan kalau korang nak tahu lelaki2 di Malaysia ini romantik.. sebab baka dia sememangnya macam itu.. jadi buat perempuan2 diluar sana jangan risau yerk.. aku tahu korang suka yang romantik2 kan.. dah2 lah fikir tentang lelaki korea.. lelaki malaysia lagi hebat..

Aku sebenarnya suka tengok filem2 jiwang ni.. aku kalau nak berjiwang agak2 dengan siapa.. aku rasa nak sangat pasangan aku perempuan ini.. sangat cantik..
kalaulah ada dekat Malaysia perempuan macam ni bertudung dan berpakain sopan pasti aku orang first yang mengorat.. terus daftar keluar dari kelab lelaki-lelaki single yang baru ditubuhkan housemate aku..

sumber: DISINI dan DISINI

Assalamualaikum..

20 comments:

Miecyber said...

Tak berapa jiwangg...

Maybank2u.com tingkatkan tahap keselamatan

rafiq said...

wajib tengok sekali lagi ni.

apik pehe said...

hehe..pantang biler nmpk filem..nk pegi tgk gak walaupon duit tadak..hehe

.sweet-ants. said...

aduhh x suke tgk lisa berlakon. something yg pelik bila tgk dia berlakon. x best

Raji berkata said...

sekali lagi mcm best jer ;D
nak2 dua2 pelakon tu mng ABPBH

FaizalSulaiman said...

kalau sekali lagi dipersembahkan dengan baik oleh lisa ngn sam, tak mustahil keduan2nya leh menang best actor/actress thn depan.saingan lisa, mcm tiz(nurkasih) ngn maya (ombak rindu)

M a W a D D a H said...

jiwang rupenyer syah yg kacak ni...kekekeke...

mcm best jer citer nur kasih dan sekali lagi tuh...mahu pergi tonton jugak..hehehe

mr.syazwan said...

sekali lagi tu mcm menarik je

=_=

wahida said...

tak sabar nak tunggu nur kasih...

shams said...

jiwa2 syah!

zaty luvlianncezzz said...

wow..mcm beshhhh ja..sam blakon nk g tgok :)



hot today!!
seandainya ISTERI buley lafaz talak

hans said...

awek kuuuuuuuuuuu
yesssssss
wajib tgok nih
hahahahaha

P/S : Kepada Blogger - Blogger Sekalian...Saya Nak Minta Tolong Jawab Online Survey Nih... (^_^)Y

NICK IRFAN said...

nur kasih ok jgk tu...

azam baizen said...

nice !

♕ Mr.IX ♂ said...

aku bukan anti cite melayu cuma tak prefer tgk d pawagam...coz aku xleh nak fast forward..

nas said...

wahh.. macam best jerk... erk.. banyak pulak citer pasal cintan cintun skang? hehehhe.. ade plak gabungan 2 artis femes ni :)

::FAIZ FARISH:: said...

aku suka cerita seram... kalau cinta aku layan gak, tp bergantung pada jalan cerita n pelakonnya

mie said...

kena layan ni..
ehehehee

bunga said...

emmm..best x citernyer..??lau nur kasih bunga suker..

soffea said...

wah... kene tanda dlm jadual ni. nak tengok.. hehe.

tapi nur kasih tu sayang la ayu raudhah takde. suke tgk die. cntik :)