Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Sunday, April 10, 2011

Dilarang Masuk

Assalamualaikum..

Dilarang Masuk ? No entry!
Sehari dirumah sempat aku menemani kakak aku berjalan-jalan di shopping complex..
asalnya nak buat kaca mata baru aku.. yelah mata spare aku haritu rosak..
terkebil2 aku jawab test dalam dewan haritu.. nasib baik semuanya lancar.. Alhamdulillah..

Dikesempatan itu jugalah kakak aku ajak tengok wayang..
Asalnya nak tengok Merong Mahawangsa..
dah berkurun filem itu tapi masih tak sempat nak tengok dan memang hari itu cuma ada satu tayangan saja..
nak tengok filem Cun pula tidak ditayangkan dipawagan east coast mall..
akhirnya menggunakan kuasa ditangan aku.. aku memilih filem DILARANG MASUK!
aku cerita serba sedikit tentang jalan cerita filem ini..
empat orang rakan telah tersesat didalam hutan; Fatia, Ronnie, Badrul dan Juli.. tiba-tiba mereka menemui sebuah banglo usang yang tidak berpenghuni..
memikirkan hari sudah hampir malam mereka mengambil keputusan untuk tumpang bermalam.. namun banglo tersebut menyimpan 1001 rahsia.. penemuan dua mayat yang mati ditembak bersama2 dengan pistol.. kemudian mereka menjumpai wang sebanyak 2.8 juta ringgit.. fatia yang baru sahaja menjalani pembedahan jantung dapat merasai sesuatu yang tidak kena pada banglo tersebut sejak dari mula lagi.. pistol yang berada bersama mayat itu juga tiba2 hilang.. dan mereka bukan berempat sahaja yang berada dibanglo tersebut tetapi ada yang memerhatikan gerak geri mereka.. siapakah 2 org mayat tersebut? bagaimana wang sebanyak itu boleh berada didalam banglo tersebut? semuanya terungkai diakhir cerita..

ok aku sebenarnya tak berapa reti nak cerita balik pada orang.. tapi aku nak simpulkn tentang filem ini.. pertama sekali aku agak teruja sebab filem ini bergenre thriller seram.. setahu aku tak pernah tengok filem thriller malaysia.. jadi ini yang pertama.. jalan ceritanya menarik.. perasaan ingin tahu rahsia yang tersimpan itu memang membuak2.. lakonan pelakon agak kurang sikit mungkin kebanyakannya pelakon baru.. shiqin kamal sebagai watak utama boleh memperbaiki lagi lakonannya.. mungkin meningkat sikit dari lakonan dari filem lagenda budak setan.. hero pula dibawa oleh Isma Yusoff.. jujur aku cakap aku nampak pelik bila mamat ni jadi hero.. tapi lakonan dia ok.. Muniff Isa juga membawa wataknya dengan baik sekali.. dan pelakon baru Isma Hanum belum cukup jahat lagi.. heheh.. filem ini memang menarik tetapi ending dia seperti bermasalah.. aku tak faham endingnya bagaimana tapi aku dapat apa yang mesej yang disampaikan.. dan tak lupa lakonan isma daniel sebagai psiko agak menjadi..

Wah panjang betul kesimpulan aku.. aku bagi filem ini 4/5 bintang..
aku kalau boleh nak tengok banyak lagi filem thriller di Malaysia ini.. dimana permulaan cerita kita tertanya2.. dan terungkai di akhir cerita.. walaupun filem ini masih banyak kelemahan.. tetapi agak patut ditonton..

Ok ini pendapat aku saja.. kalau korang suka tonton filem thriller, aku rasa filem ini layak ditonton.. lepas ini aku berura-ura nak tengok filem Kongsi pula..

Sebelum tengok wayang aku sempat melahap dulu di Restoran Thailand.. bukan kedai siam biasa.. tetapi Johnny's Restoran..

terkenal dengan makanan steamboat..

tapi aku tak makan steamboat waktu.. aku makan mihun goreng ala thai.. ternyata orang thai sukakan kepedasan..

aku memang suka dia punya air dan desert.. aku bagi 3.5/5 bintang untuk restoran tu.. kalau sesiapa nak merasa di Kuantan, Restorannya berada di East Coast Mall..

Assalamualaikum..

p/s: sebelum itu aku nak cakap tajuk filem tu macam tak sesuai..

16 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
buat rugi masa dan duit ..ko aje certa merong tak best

Qamarul said...

wer johnys fevret aku tue..
aku suke makan golden mushromm fried rice..
pastu order yg set. skali ice cream tue.. pehh terbaik laa..

pastu sambal belacan die pun sedap..

FaizalSulaiman said...

waaa

lama tak makang kat johnny.huhu

ingat lagi air cold water dia kaler hijau!sbb bubuh daun pandan

bunga said...

wahh..cam best jer..lambat g ke cd nak kuar..hehe..

Miecyber said...

Macam menarik jer citer tu,,,

Tandas segera

saya_arief said...

wah.gempak gak citer macam tuh..
tapi macam mane mereka tu tawu duit 2.8 juta?
ade tulis kat mane2 or mereka kire.?
huhu.
:D

::FAIZ FARISH:: said...

aku nak tgk cerita ni.... kwn aku kata best

naz said...

gua tgk cun sebab maya karin haha

Seri said...

kenapa tajuk filem tu macam tak sesuai?

nur aisya humaira said...

tk suke tgk cite camni..huk2

SyedGraphiX said...

best ke cite ne?

♕ Mr.IX ♂ said...

cite merong x tgk lagi...tp aku fobia skit tgk filem melayu kat pawagam..takut tak berbaloi...kebanykkannya cmtu la..

IMANSHAH said...

tgok ceramah agama best lagi..hahaha

apik pehe said...

hahaha..walaupon berjuta 6 kali pegi ECM..tapi x pnah2 masok kedai makan ni..hahaha

MiSzy DiaN said...

tgk cerita kartun lg best :)



jom join lucky draw.. menang handmade coklet.. http://miszydian.blogspot.com/2011/04/dayana-az-dan-miszy-dian-buat-lucky.html

OrAng_PeRLiS_mEnULiS said...

http://cikgumanstation.blogspot.com/2011/04/review-dilarang-masuk.html

review saya pasal filem DILARANG MASUK... jemput baca...