Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Tuesday, April 5, 2011

Bukan Sampah

Assalamualaikum..

Semakin hari aku semakin hairan melihat drama melayu..
sambil menjamah hidangan chicken chop selepas habis test tadi..
sempat juga si bermata empat ini menjamah mata melihat televisyen didepan mata..
saluran berbayar astro dipasang.. mula2nya channel supersport dipasang.. sempat mencuci mata melihat aksi gusti wanita dan atlet wanita berbadan lelaki.. aku pun takde otot2 berketul2 macam dia itu..
lepas itu channel dialeh dan terpampang drama melayu..
cerita mistik alam hitam..
hairan dengan saluran tv malaysia..
kalau channel ini tayang drama indon, channel nipun nak tayang drama indon..
kalau channel ini nak tayang drama seram, channel inipun sama..
langsung tiada kepelbagaian.. akhirnya penonton terpaksa tengok rancangan yg ditayangkan..
boleh aku katakan cerita itu cerita bodoh..
ataupun sampah barangkali..
langsung tak ada logika.. hantu berlawan hantu...
kalau ceritanya bergenre komedi boleh lagi diterima akal..
tapi tengok saja kelembapan jalan ceritanya sudah tahu itu cerita serius..
bilalah hendak berubah nak buat cerita yang menarik macam CSI, HOUSE, NUMBERS, 24, CHUCK dan cerita yang perlukan pemikiran dan jalan cerita yang menarik..
aku lebih rela melihat cerita yang diciplak dari negara lain daripada melihat hantu melayu yang yang berambut panjang kekusutan..


SEMAKIN BANYAK KITA BELAJAR SEMAKIN BANYAK YANG KITA TAK TAHU..


SEMAKIN LAMA KITA BERSAMANYA SEMAKIN BANYAK SIKAPNYA YANG KITA TIDAK TAHU..


masa bukan penentu untuk kita menjadi lebih rapat.. tidak kira sama ada dengan ilmu ataupun manusia.. kadang2 kita tak perlukan masa yang lama untuk memahami hati seseorang dan kadang2 kita memerlukan terlalu banyak masa untuk mengenali hati seseorang.. tinggal bersama tidak semestinya kita sudah saling memahami malah akan berkali-kali berkelahi.. semakin lama ketidakfahaman menjadi lebih tinggi.. akhirnya semua jadi tidak bererti..

kita selalu ingin orang memahami kita.. tetapi kita sendiri tidak pernah mahu memahami orang lain.. bukan semua perkara kita saja yang betulnya.. sekali sekala pasti ada salahnya.. malah mungkin banyak kali kita melakukan kesilapan.. kita sendiri tahu didunia ini tiada manusia yang sempurna.. mengapa perlu kita mencari kesempurnaan dalam diri orang lain sedangkan kita sendiri tahu hakikatnya.. susahkah kita memaafkan kesalahan orang lain?? sedangkan untuk meminta maaf itu lebih sukar rasanya..

Setiap orang punya hati dan perasaan.. bukan hati kita saja yang perlu dijaga.. begitu juga dengan hati insan-insan yang lain.. setiap kesalahan sendiri tak pernah akui namun apabila kesalahan orang lain cepat saja dicaci.. jangan melayan seseorang seperti mereka tak punya hati tak punya perasaan.. mereka bukan sampah yang boleh disepak dan dipijak.. mereka juga manusia seperti kita... fikir-fikirkanlah..

Doakan aku untuk buat yang terbaik untuk speaking test MUET esok hari..

Assalamualaikum..

sekadar gambar hiasan..

p/s: mgkn ada yg tak paham apa yang aku sampaikan.. kalau begitu anggaplah ia cuma luahan sekeping hati..

p/s: cukup2lah mengaibkan orang lain.. yakin kalau kita dipihak yg benar.. Allah akan membantu kita..

12 comments:

Fira Al said...

ok, ayat last tu lbh mnarik perhatian "cukup2lah mengaibkan orang lain.. yakin kalau kita dipihak yg benar.. Allah akan membantu kita.. " :)

Fira Al said...

ok, ayat last tu lbh mnarik perhatian "cukup2lah mengaibkan orang lain.. yakin kalau kita dipihak yg benar.. Allah akan membantu kita.. " :)

Seri said...

good luck Syah.......
kurang-kurangnya boleh band 4. yeah

Raji berkata said...

hohoho kdg2 dh mcm boleh agak plot drama2 melayu nih ;D
citer antu bangsawan hasrat dengki mendengki serta percintaan @@

gdluck utk muet kau paper pun
hohoho

nur aisya humaira said...

cerita melayu memang laa syah,tpi klu cite asmara best jugak..hehe

Gud Luck utk MUET..:)

izyantyPersonalTaste said...

gd luck...awat tak dak drama korea dh malam2 kt 8tv...so boring nak tgok drama melayu.

Puteri Iqa Izyan said...

haha.tau xpe. cite melayu ni same je. bosan jugak. tp kene lah tgk jugak kan :P

gudluck utk muet!

oh.my oh ha ni! i love her! :D

YanaMIB said...

wah entry dua dlm satu ni..hehe..

sbb tu maleh nk bukak tv1,2,3..layan so you think you can dance lg best..phewww~ =)

bunga said...

good luck syah..

bunga setuju tu..lebih2 ayat ni..mmg amat2lah setuju..


etiap orang punya hati dan perasaan.. bukan hati kita saja yang perlu dijaga.. begitu juga dengan hati insan-insan yang lain.. setiap kesalahan sendiri tak pernah akui namun apabila kesalahan orang lain cepat saja dicaci.. jangan melayan seseorang seperti mereka tak punya hati tak punya perasaan.. mereka bukan sampah yang boleh disepak dan dipijak.. mereka juga manusia seperti kita... fikir-fikirkanlah..

::FAIZ FARISH:: said...

aku layan drma mlayu atau indon bergantung pada jalan crita, kalau kuat jalan crita dia, ditambah ngan pelakon yg betul-betul berbakat, aku akan tgk...

FaizalSulaiman said...

wahh

goodluck syah!

do the best k!

nazirulhazwan~ said...

part drama tu gile kot, hahaha sume sebok nak buat bende yang same, sekali buat cite antu, sepuluh taun kemudian la cite hantu, otak tak bekembang, tp yang layankan kite jugak, so sape yang salah?hahaha