Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Monday, March 28, 2011

Without kompromi!

Assalamualaikum..

Baru lepas layan tengok jadual final exam..
sem ni jadual dia agak kurang menyeronokkan..
tak macam dulu2..
jarak masa antara satu course ke satu course memang banyak..
ada tu sampai seminggu lebih.. memang bestlah..
tapi 2 hari sebelum nak exam baru terkial-kial nak buka buku..
bukan apa.. kata orang kalau baca awal, lupa awal...
tu kalau stail jenis yang suka menghafal..
kalau jenis yang memahami lain sikit cara dia..
aku kategori dua hari nak exam baru buka buku kot..
bukan nak menghafal cuma nak remind balik apa yang dah belajar..

buat pelajar UiTM jangan lupa isi borang SuFO..
No SuFO, No result..
Ok?

Masa sesi pembelajaran nikan..
ada dua benda yang aku tak suka..
first sekali..
bila time aku tanya soalan..
orang pandang2 aku buat muka tak boleh blah..
tu tak kisah sgtlah tapi ada tu siap gelak2 lagi..
kalau dulu memang seganlah..
tapi skang aku dah tak segan..
sebab memang cara nak belajar mesti kena bertanya kalau tak faham..
kalau boleh tanya member sebelah dululah..
kalau member sebelah pun tak tahu barulah angkat tangan tanya lecturer..
buat apa nak segan2..
nanti kita juga yang rugi..
kalau tak faham terus tanya without kompromi(erk?)
walaupun soalan tu senang tapi kalau kita tak tahu lebih baik tanya..
tapi kena ingat bila tanya soalan biarlah serius..
mungkin kalau soalan tu macam bodoh je tapi kalau kita serius pensyarah pun akan ambil serius.. disitu pensyarah boleh tahu ketidakfahaman kita..
pensyarah ni pula ada dua jenis..
satu jenis yang suka bagi explanation dan satu lagi tak suka..
yang tak suka ni pula ada dua jenis..
pertama dia akan suruh cari sendiri dan yang kedua dia akan kutuk kita..
buat relax sudah.. biasalah tu anggap nasihat dari orang tua..
biar kita nampak bodoh masa belajar..
sebab masa tu kita baru nak terima ilmu..
yang penting result yang keluar nanti hasil usaha kita...

Yang kedua pula yang jenis suka masuk daun..
bukanlah maksudnya masuk daun nak mengorat pensyarah..
tapi bila time kita tanya pensyarah tu tiba2 ada yang menyampuk nak bagi penerangan..
biarlah pensyarah tu terang dulu..
tahulah dah bijak tapi bagi aku kena hormatlah pensyarah..
pensyarah yang excited nak bagi explaination terbantut bila ada yang potong cakap dia..
kalau pensyarah ada salah ke barulah bersuara..
pensyarah pun manusia.. tak sempurna..
mungkin tersasul atau terlupa..
rasa macam annoying pula..
kita yang excited nak faham..
pun turut rasa terbantut..

Cara belajar pun masing2 kena ada..
lain orang lain caranya..
asalkan dia memberi kesan kepada kita..
kalau macam aku ni tak boleh fokus sgt bila dalam kelas..
adlah seminit dua berkhayal kejap..
aku ada gak pernah try nak fokus habis2an..
tapi syaitan ni memang dengki dengan aku..
mesti lepas tu rasa nak tidur disamping kesejukkan yang mencengkam tulang.. lagi enak..
aku rasa best sgt bila tengok orang yg dapat tumpukan perhatian dalam kelas..
pastu tak perlu study bagai nak rak..
selalu berangan jadi manusia macam tu..
tapi kesedaran sentiasa tiba..
aku memang tercipta bukan menjadi manusia sebegitu..
agak2 sem ni aku boleh termasuk dalam senarai dean tak?
Boleh kalau aku dapat buang perangai mim alif lam sin...
without kompromi!

kalau suka proton exora.. klik EXORA
Kalau nak duit.. Klik CHURPCHURP

Assalamualaikum..

14 comments:

Raji berkata said...

yeah malukan diri bertanya jgn malukan diri tak tahu jwb exam kan? ;D jenis suka kacau daun aka personal assistant tu mmg lah =.=
kalau nk terangkan sgt pergi lah depan mcm lecturer ajar semua org skali
hohoho

M a W a D D a H said...

insyaallah syah dapat masuk senarai dean...amin...

betul2, kalau xpaham, tanya..aku suka cara tue...dah tak paham, kena la tanya kan...orang kata jangan jadi "bodoh sombong"...

d_tieah said...

Huhuhuhu.. Aku setuju part yg suka kacau daun tu.. Biarlah pensyarah habis kan dulu ayat dia.. Ini tak, suka hati dia je nak masuk line.. Bila dah habis pensyarah tanya ade soalan tak, tak pula tanye kan? Ngee :)

*Gud luck syah utk final exam ni

Entry Terbaru 1 : Amy Search Pengetua AF Musim Kesembilan?

::FAIZ FARISH:: said...

kalau dulu masa kat kolej, ada satu member ni suka tido kat klas... teringat kat dia, bila pensyarah marah dia akan buat lawak sampai pensyarah pun ikut gelak...

bunga said...

bunga dulu time sekolah rendah bunga pernah tanya cikgu bila xpaham..tapi semua gelak kan bunga..dari saat tu bunga malu tuk bertanya..lau xpaham bunga mintak kawan tolong tanyakan..ehhe..

darkbatman said...

gudluckkk

zaty luvlianncezzz said...

all da besssshhhhhh:)

mr.syazwan said...

ada tu suka ampu pensyarah

ampu dia menhotkan bdk lain kot

aish!

ada kdg2 tu jam crdt 3 jam

tpi dia buat 2 jam n then dia kate class off

di mana t/jwbnye?? huhu

apa2 pun hidup di U amat mencabar

GUD LUCK FOR FINAL EXAM

wahida said...

SuFO tu menatang apa weh??

shazika said...

ol da best syah!

apik pehe said...

Sufo?sistem baru ker?

mie said...

gud luck!!
hehehee

IMANSHAH said...

lupa dah blajar kat U macam mana

Gimi said...

Memang tak suka kalau jenis nyampuk ni..hehe

Da isi sufo awal sebab takut terlupa..
Sem ni punya exam memang penuh.. Gimi nye straight 7,8,9,10..