Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Tuesday, February 22, 2011

Wanita-Wanita Yang Aku Cintai

Assalamualaikum..

Esok ada dua test tapi aku cuma pandang2 jeling2 saja buku..
bukan aku tak mahu study..
tapi study last2 minute ini cuma sempat nak menghafal saja..
tak sempat nak memahaminya..
benda yang hafal ni cepat lupa..
tapi kalau kita faham memang susah nak lupa..
memang salah akulah..
cuba untuk berubah..
tapi juga memerlukan masa untuk berubah..
mungkin environment yang tak best..
buat mood untuk aku belajar jadi malas..
alasan munasabah barangkali?

Ok, lupakan tentang perubahan aku yg masih belum berjaya..
dalam blog aku ini selalu juga aku bercerita tentang Heliza dan Lisa Surihani..
aku admit aku suka Heliza sebab dia cantik, nampak lemah lembut dan paling best dia bertudung...
manakal lisa surihani pula dia memang cantik dan bijak..
aku juga antara lelaki yang melihat kriteria2 sebegitu pada seseorang wanita..
nampak macam aku mencari kesempurnaan bukan?
bukan.. aku tak pernah mahu melihat kesempurnaan seseorang itu..
kerana aku juga sedar aku juga tidak sempurna..
malah kita semua tahu didunia ini tiada manusia yang sempurna..
cuma aku juga manusia yang suka melihat ciptaan Allah yang cantik..

Entri kali ini aku cuma nak bercerita tentang wanita-wanita yang aku cintai..
semuanya ada 4 orang..
takdelah ramai sangat..
mungkin lepas ini akan bertambah..

yang pertama..
the one and only adalah mak aku..
dalam adik beradik aku.. aku antara anak yang paling dicemburui..
sebagai anak bongsu dalam keluarga, perhatian diberikan kepada aku mestilah lebih..
dan aku admit mak aku melebihkan rasa kasihnya pada aku..
pada adik beradik yang lain pun sebenarnya sama juga..
cuma biasalah anak bongsu MESTI dapat lebih..
tapi kadang-kadang manusia seperti aku ni juga seringkali alpa..
akulah antara anaknya yang paling kuat melawan kata..
mudah nak menjawab..
bila minta tolong selalu malas..
dengki dengan abang aku..
kadang-kadang hal kecik pun aku jadikan hal besar..
bila aku tersedar akan khilaf itu..
aku jadi malu untuk minta maaf..
sekarang mak aku sakit.. aku harap mak aku cepat sembuh..
aku sayang mak aku..

yang kedua...
adalah 3 orang kakak aku..
adik beradik aku yang tua semuanya perempuan..
yang lelaki semuanya masih muda2 lagi.. hehe..
masing-masing sudah punya kerja sendiri..
2 orang sudah bertunang..
aku rasa aku amat bertuah memilik kakak2 seperti mereka..
nak itu ini, cuma perlu minta saja..
bila aku kena marah dengan ayah atau mak aku..
mereka selalu back up aku..
walhal kadang2 perkara itu memang salah aku..
sebab itu aku sayang mereka..
kerana sayang itulah aku risau dengan lelaki yang hadir dalam hidup mereka..
aku tak mahu mereka dikecewakan..
aku akan beri pandangan aku pada lelaki yg hadir dalam hidup mereka..
kadang2 aku bagi nasihat..
aku cuma nak yang terbaik..
aku tak mahu mereka lemah dengan pujukan..
aku mahu mereka menjaga maruah diri dan keluarga..
orang kata menjaga anak perempuan lebih susah dari anak lelaki..
tambah2 kes buang bayi dan maksiat yang semakin membimbangkan di negara kita..
setakat ini, alhamdulillah..
harap2 perkara baik saja yang berlaku pada mereka..
jadi inilah wanita2 yang aku cintai dalam hidup aku..

dan suatu hari nanti..
pasti bilangannya akan bertambah..
InsyaAllah..

aku letakkan lirik lagi nasyid kumpulan devotees bertajuk WANITA..

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

lepas ini aku nak tulis lelaki2 yang aku cintai.. boleh??

Assalamualaikum..

14 comments:

HonEyBuNNy said...

wah.....bagusnya.....jarang lelaki nak tulis entry mcm ne tau.....sejok mak dengar neh..hehhe...kakak pun...;-) ciap ada lagu untuk wanita lagi....terharu coz sy juga wanita..eh gadis.ehhe

IMANSHAH said...

mujo i lelaki..kalau tak dah masuk list

sissyira said...

assalam


bangga menjadi wanita =)

echah mashuri said...

pehhh..ko manja ek syah.ak pun.HAHA.kalau mak ak cakap sikit mula nak nagisT____T

FaizalSulaiman said...

wanita melengkapkan lagi hidup lelaki dan fitrahnya memang begitulah:)

::FAIZ FARISH:: said...

Anak Bongsu mesti manja kan? hehehe

nur aisya humaira said...

waaa,ank bongsu...manja laa ni..:)

Biela Sapine said...

Ehh mak sakit ? Semoga cepat sembut, untung ada anak lelaki yang mau puji mak dia kat blog. Haha

bunga said...

mankje gak awk yek..

mie said...

boleh than juga lagu nasyid ni..
tapi gue lupa sapa nyanyi..
ehheee

YanaMIB said...

setiap manusia sukakan kecantikan =)

apik pehe said...

wahhh..touching aku biler dengar luahan perasaan..isk3

Cik Wanie Ghani said...

suka sgt2 baca entri ini....
"Pencinta Wanita".....

d_tieah said...

Yeah! Family come 1st kan..
Aku mmg dah rasa ko nak citer pasal mak ko..
Sebab ko pernah ckp yg ko single lagi..

Entry Terbaru: Masturah Abu Bakar Sangat Popular Dari Ben Ashaari