Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Saturday, February 26, 2011

Makan Rasuah = Makan Babi?

Assalamualaikum..

Memang popular betul filem Kak Limah balik kampung nikan..
masih tak abis2 lagi fenomenanya..
"Kita Bakor je!" "Ce citer, ce citer!" antara tagline yang menjadi siulan ramai..
tengok kalau cerita menarik memang akan laku..
sampaikan pilihanraya hari itu siap ada poster untuk undi Usop lagi..
"Kita bakor je!"

Ok! stop..
Pagi tadi ada Program Pembangunan Pelajar (PPP)..
esok ada lagi..
memang tak best bila waktu cuti dicuit sikit dengan program U..
hilang kenikmatan cuti itu..
hari ini cuma ceramah..
esok baru buat aktivitinya..
PPP ini memang wajib setiap sem di UiTM..
tak boleh ke kurangkan program ni dijadikan untuk satu sem sahaja?

Dalam ceramah tu walaupun mata tak berapa nak buka, macam mata ala-ala pelakon korea dah.. hahah.. koya..
tapi telinga masih boleh menangkap sikit2 apa yang diperkatakan..
tapi memang serius menagntuk..
tak tahulah salah siapa.. salah aku ke? salah penceramah?

Dekat Negara kita yang aman nipun banyak juga berlakon kes rasuah..
selalunya bila sebut rasuah orang selalu tujukan pada polis..
sentap juga kadang2.. sebab nila setitik abis susu sebelanga..
tapi bila fikir balik kalau kita tak buat salah tak perlu nak sentapkan..
lagi semua orang boleh amalkan rasuah ni..
kalau sifat tamak beraja dalam diri..

Sedar tak orang yang makan rasuah ini sama dengan orang makan babi..
sebab dua2nya haram..
makan babi boleh bagi effect dalam badan kita sebab ada kuman yang tak dapat dihapuskan..
sebab tu babi haram.. boleh memudaratkan diri kita..
macam makan rasuah jugakan..
duit tu bukan dari rezeki yang halal..
bagi makan diri, anak bini, saudara mara..
pastu jadi darah daging..
pastu perangai pun jadi makin teruk sampai memudaratkan diri dan orang lain..
bukan ke sama saja?

pensyarah aku pernah cakap..
jurutera antara orang yang paling senang nak masuk neraka..
sebab apa?
sebab dorang ni antara orang yang mudah menerima rasuah..
sebab tulah bangunan senang nak runtuh..
kena gegaran sikit dah runtuh, kalau tak ada gegaran pun runtuh juga..
sebab apa? sebab pengamalan mengambil rasuah..
tapi aku tak cakap semua..
adalah segelintir yang buat macam ini..
aku pun risau juga sebab aku ni bakal jurutera..
masa aku sekolah teknik dulu..
ada seorang cikgu yang dulu jurutera berhenti kerja sebab tak tahan dengan dunia kejuruteraan ini.. akhirnya dia ambil keputusan untuk jadi cikgu saja..
kalau tak kuat nak hadapi godaan memang susah nak jadi jurutera yang berjaya..
sebab tu aku masih memikirkan lagi masa depan aku sama ada nak jadi jurutera atau pensyarah..
tapi bukan jurutera atau polis saja yang amalkan rasuah..
malah semua jenis pekerjaan boleh menimbulkan rasuah..

kalau geli nak makan babi..
jadi patut geli nak makan rasuah..
tapi kalau makan babi dengan enaknya..
memang tak kisahlah makan rasuah dengan lahapnya..
fikir2kanlah..

Asssalamualaikum...

15 comments:

MéuzAngelo™ XXIII said...

makan rasuah, makan harta anak yatim, makan mende curi, rompakan.. same je, haram kan..

mcm makan babi atau anjing la :D

echah mashuri said...

erm.rasuah neh bahaya gila kannn.ak takut gak.eh PPP tuh xde pun kt U ak.

Mr.IX said...

aku baru nak layan hantu kak limah ni....

HonEyBuNNy said...

jangan makan rasuah...eee geli kan nak makan babi...xnak2....kita bakor je...heheh...

zaty luvlianncezzz said...

makan rasuah mmg terokkkkk

jengok cni ye(^____^)
zaty luvlianncezzz

.sweet-ants. said...

bkn jurutera je, keje lain pon ade gak rasuah2 kalau nk merasuah..semua bergntung pd niat & hati kite sdri smada nk pilih sumber halal atau haram

DuniakuAbstrak said...

makin besar pangkat makin besar amanah

kaLau saLah guna amanah tu yang jadi rasuah

sissyira said...

salam


bila agama ditolak ketepi, rasuah sudah menjadi periuk nasi.

Raji berkata said...

nauzubillah
aku pun takut
bila dh besar nnti dapat ker tak nk elakkan dari mengambil rasuah nih
ya Allah lindungilah hamba mu yg lemah ini T.T

bunga said...

semoga bunga sentiasa terpelihara dari rasuah..

Edy Zaidi said...

biasanya government la makan rasuah ni...jgn ikngat duit je rahsuah..dapat hemper pun kira rasuah, belanja makan pun rasuah.jaga2 yer

NICK IRFAN said...

bila aku dpt tgk cte kal limah download x hbis2 lagi

mr.syazwan said...

Kalau dlm kesempitan manusia boleh lakukan apa sja kan

tambah lagi duit ada depan mata

mau x terjojol mata

wa khairul onggon said...

Bagus penulisan berkenaan rasuah ni.. 100% sokong entry ni :)

ARC™ said...

makan babi ni nysuahkan diri sendiri je. makan rasuah lak nysuahkan org ramai