Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Sunday, February 20, 2011

Ceritera Terindah : Episod 3

Assalamualaikum..

Pada bulan Mei tahun lalu..
aku ada buat cerpen bersiri tetapi terpaksa ditangguhkan sebab terlalu banyak sangat kerja yang tertunggak..
tiba-tiba datang balik mood aku untuk sambung episod yang seterusnya..

sebelum itu bolehlah baca episod sebelumnya disini:

CERITERA TERINDAH : EPISOD 1
CERITERA TERINDAH : EPISOD 2


Isma dan Amir menuju ke hadapan bilik warden. Mereka ingin tahu apa yang hendak dilakukan oleh Syahrafi.

“Kenapa dia taknak bagitahu kita?” tanya Amir.

“Dia suruh kita cover Ikhwan kalau dia tak sempat.”

“Dia nak buat apa?”

“Aku pun tak tahulah tapi aku harap menjadilah rancangan dia.” Jawab Isma. Dia pun masih lagi tertanya-tanya. Apakah yang dirancangkan Syahrafi?

Semua pelajar aspura sudah berada di hadapan bilik warden kecuali Ikhwan dan Syahrafi. Isma dan Amir saling berpandangan. Cikgu Yusoff menyuruh semua ketua bilik untuk mengira ahli bilik mereka. Anuar atau dikenali sebagai punca memandang ke arah Isma. Isma faham maksud pandangan tersebut dan mengangguk.

“Dorm A.” Panggil Cikgu Yusoff. Dia merupakan ketua warden di sekolah ini dan juga merupakan guru penolong kanan 1 sekolah. Wajahnya yang cukup garang dan berambut ala tentera itu bisa mencengkam seluruh urat saraf saat dia memandang ke arah pelajar-pelajarnya.

Anuar keluar lambat-lambat. Dia sendiri berasa takut untuk menipu. Ini satu risiko untuknya dan bukan dia sahaja yang bakal dikenakan tindakan jika perkara ini diketahui tapi seluruh ahli bilik akan terkena sama.

“Cukup ahli bilik kamu?” tanya Cikgu Yusoff.

“Cukup cikgu.” Jawab Anuar perlahan. Cikgu Yusoff bangun untuk mengira pula bilangan ahli dorm A.

Tiba-tiba seorang pelajar menjerit. “Cikgu, asap tebal dekat bangunan blok A.”

“Cikgu ada kebakaran!” jerit Amir tiba-tiba. Loceng kecemasan tiba-tiba berbunyi. Semua pelajar berlari menuju ke blok A. Isma kerisauan. Adakah ini semua rancangan Syahrafi?

Kelihatan Cikgu Yusoff sedang menelefon pihak bomba. Isma terhidu bau bahaya. Pasti akan menjadi masalah besar. Isma begitu risau. Dia ingin mencari Syahrafi.

Semua pelajar berkumpul dikawasan yang terbakar itu. Semuanya berubah wajah. Cikgu Yusoff menghampiri mereka bersama dengan ahli bomba yang baru sahaja sampai. Dia terkejut. Bangunan blok A masih seperti biasa. Tiada langsung kesan kebakaran. Asap tebal yang terhasil rupanya berpunca dari pembakaran yang dilakukan dihadapan blog A. Pembakaran besar, kelihatan tayar dan tiub dibakar bersama dgn daun-daun kering dan juga kertas.

Cikgu Yusoff memandang seorang demi seorang pelajar dihadapannya. Mukanya merah padam. Pegawai bomba disebelah meminta kebenaran pulang. Cikgu yusoff membuntuti pegawai bomba tersebut dan meminta maaf.

Semua pelajar sudah berada dihadapan rumah warden. Ikhwan juga sudah sampai. Peluh membasahi wajahnya dan Syahrafi juga ada dengan wajah tidak bersalah. Isma menghampiri Syahrafi dan Ikhwan.

“Kau ke yang buat Syah?” tanya Isma ketahuan.

“Mujurlah Syah buat macam tu kalau tak aku tak sempat sampai tadi.” Ujar Ikhwan. Syahrafi hanya membisu.

“Tapi benda ni bahaya tahu. Kau tengok muka cikgu tu. Bengang gila dah tu mesti dia malu sebab pegawai bomba dah sampai.” Isma kerisauan.

“Kau relax boleh tak? apa-apa pun biar aku yang taanggung apa yang aku buat!” akhirnya Syahrafi bersuara.

“Kau boleh kena buang asrama tahu tak?” marah Isma. Dia begitu risau. Ikhwan mencuit bahunya dan menunjukkan jarinya ke arah rumah warden.

Semua pelajar beratur mengikut dorm. Ikhwan mengelap peluhnya yang membanjir dengan baju. Wajah Cikgu Yussoff betul-betul kebengangan.

“Siapa yang buat!” tengking Cikgu Yusoff. Semua pelajar membisu. Semuanya saling memandang antara satu sama lain. Bingung dengan situasi yang berlaku.

“Kamu semua nak main-main dengan saya?” jerit Cikgu Yusoff lagi.

Syahrafi serba salah melihat tindak tanduk pelajar lain. Ini semua salahnya. Dia yang sepatutnya bertanggungjawab di atas peristiwa sebentar tadi.

“Selagi tiada orang yang tidak mengaku, selagi itu kamu semua berdiri kat depan rumah ini sampai ada yang mengaku.” Cikgu Yusoff merebahkan dirinya di atas bangku kayu panjang. Dia meraut-raut rotan ditangannya.

Satu jam berlalu dengan cepatnya. Jam sudah menandakan pukul satu pagi. Semua pelajar kepenatan, ada yang menguap sehingga berbunyi dengan kuat.

“Okay, kalau semua taknak mengaku saya akan mengambil tindakan tegas. Kamu semua akan saya laporkan kepada..” belum sempat Cikgu Yusoff menghabiskan kata-kata, Cikgu Azri datang dengan cemas.

“Kenapa semua masih dekat sini? Ada apa hal?” tanya Cikgu Azri ingin tahu.

“Ada pelajar buat hal. Ada yang buat pembakaran besar!” ujar Cikgu Yusoff.

“Pembakaran dekat mana?” tanya Cikgu Azri lagi.

“Depan blok A! Selagi kamu semua tak mengaku kamu semua takkan dapat tidur dalam bilik.” Marah Cikgu Yusoff. Mukanya tegang.

Cikgu Azri memandang pelajar kelasnya seorang demi seorang. Kelihatan muka Ikhwan kecemasan. Cikgu azri dapat mengagak sesuatu.

“Oh, maaflah semua. Saya yang buat pembakaran. Ada pelajar yang mengadu terlalu banyak nyamuk malam tadi. Takkanlah saya nak suruh pihak kesihatan sembur waktu malam macam nikan. Jadi saya buatlah pembakaraan nak halau nyamuk. Minta maaf yerk!” ujar Cikgu Azri tiba-tiba. Semua pelajar menarik nafas lega.

“kamu semua boleh balik bilik sekarang. Esok ada kelas lagikan. Saya minta maaf yerk. Kamu dah boleh tidur lena malam ni!” semua pelajar bergerak ke dorm masing-masing. Ada yang menjerit kegembiraan. Ada yang mengeluh kerana kepenatan. Ada yang sudah mamai yang hanya mahukan tilam dan bantal. Ikhwan, Syahrafi, Amir dan Isma kelegaan namun mereka berasa serba salah.

Cikgu Yusoff masuk kedalam biliknya dengan wajah yang tidak puas hati. Cikgu Azri juga masuk kerumah tersebut.

“kenapa Cikgu tak bagi tahu saya yang cikgu mahu berbuat begitu lagipun kenapa tak bagi ubat nyamuk sahaja untuk mereka?” laju saja soalan yang meluncur keluar dari mulut Cikgu Yusoff.

“Saya minta maaf sebab tak bagitahu cikgu. Lagipun takkan saya nak beli ubat nyamuk banyak sangatkan, gaji pun tak dapat lagi. Tambahan pula ubat nyamuk ni bahaya boleh menyebabkan kebakaran dan jika pelajar menyedut asap ubat nyamuk tu bahaya untuk kesihatan mereka. Safety first!” ujar Cikgu Azri selamba walaupun sebenarnya dia risau dengan alasannya yang agak susah untuk diterima.

“Lain kali kalau nak buat apa-apa, bagitahu saya dulu.” Cikgu Yusoff terus masuk ke kamarnya dan menutup pintu dengan kuat.

Cikgu azri keluar dari rumah warden dan melihat wajah Ikhwan, Amir, Isma dan Syahrafi sudah tercongok didepan rumah. Masing-masing membuat wajah serba salah. Cikgu Azri Cuma tersenyum.

“Semua ikut saya ke kereta.” Ujar Cikgu Azri sambil berlalu pergi ke kereta Proton wajanya. Mereka membuntuti guru tersebut. Sampai dikereta Cikgu Azri, wajah pelajar-pelajarnya dipandang satu persatu. Kepala masing-masing tunduk memandang ke bumi.

“Apa cerita sebenarnya?” tanya Cikgu Azri yang masih belum tahu cerita yang sebenarnya. Masing-masing masih membisu. Isma ingin bersuara tetapi dihalang Ikhwan. Ikhwan mula membuka mulut. Dia menceritakan segala-galanya kepada guru kelasnya itu dan menyatakan kekesalan mereka. Cikgu Azri hanya tersenyum memikirkan perbuatan pelajar-pelajarnya.

“Lain kali kalau kamu semua ada masalah. Bagitahu saya terus, jangan ambil tindakan sendiri. Ingat tu Ikhwan, yang lain pun sama. Saya balik dulu,” Cikgu Azri menerobos dirinya kedalam perut kereta. Semua pelajar menyalami tangan guru mereka. Kereta Cikgu Azri mengaum meninggalkan kawasan sekolah.

Mereka berempat berjalan menuju ke blok A untuk pulang ke dorm masing-masing. Isma menghampiri Syahrafi yang berada dibelakangnya. Amir dan Ikhwan pula sudah berada dihadapan.

“Kau dapat mana tayar dengan tiup motosikal tu?” tanya Isma.

“Aku ambil dekat stor.”

“Oh, bahayalah kau buat macam tu tapi aku suka.” Ujar Isma.

“Pelik!”

“Sebab semangat setiakawan kau tu tapi kita sudah menyusahkan orang lain. Kesian mereka kena melangut kat depan bilik warden sampai pukul satu pagi.”

“Alah, macamlah diaorang tak biasa. Sudah selalu kena macam tu, ada satu hari sampai azan subuh berkumandang baru dia lepaskan kami.”

“Aik? Hairan aku.” Isma menggaru-garukan dagunya.

“Kenapa?”

“Siapa yang azan masa tu? Jangan-jangan....”

“Woi tu azanlah, tak payah nak fikir mengarut-ngarut. Aku sekeh baru tahu.” Ujar Syahrafi sambil membulatkan matanya. Akhirnya mereka ketawa.

Nabila dan Ruzaini sedang melepak ditepi tangga. Kelihatan kelibat pelajar lain masih belum kelihatan. Sudah menjadi rutin harian mereka untuk datang awal ke kelas. Mereka sudah seperti kembar walaupun berbeza wajah. Namun kerana keakraban dan semangat ukhuwah yang tinggi, hubungan mereka menjadi sebegitu rapat. Hobinya mereka juga sama iaitu bergosip ditangga.

“Aku dengar semalam kecoh dekat Aspura.” Ujar nabila membuka perbualan.

“Kecoh? Pasal apa?” tanya Ruzaini yang begitu membuak-buak ingin tahu.

“Takkan kau tak tahu? Satu aspuri tahulah.” Ujar Nabila pelik.

“Memanglah satu aspuri tahu tapi kau yang tak tahu yang bahawasanya aku tak tinggal kat asrama tapi dirumah aku yang tersergam indah kat bandar kuantan ni.” Ruzaini geram.

“Lupa pula aku. Tulah engkau aku suruh duduk asrama tak nak. Ada kebakaran palsu berlaku dekat aspura.”

“Bukan aku taknak tapi mak aku yang tak bagi. Kebakaran palsu apa pula ni? Tak faham aku.”

“Aku pun tak faham tapi aku gerenti pelajar Aspura mesti kena rotan kat bontot.” Nabila ketawa geli hati. Dia teringat waktu dia terlihat Fadhlan dirotan dihadapan bilik Warden Aspura. Fadhlan menjerit kesakitan dan mukanya berkerut-kerut.

Fadhlan mendaki anak tangga dan melihat dua dara pingitan sedang bergosip ditangga. Dia memang geram dengan Nabila yang telah menggelakkannya semasa dia dirotan oleh Cikgu Yusoff tempoh hari. Dia meneruskan pendakiaannya sambil tanggannya mengepit fail dan buku yang agak berat.

Dia lalu disebelah Nabila yang sedang enak duduk di atas tangga bangunan lalu dia menjatuhkan fail dan bukunya di atas kepala nabila. Nabila mengaduh kesakitan. Dia melihat Fadhlan ketawa terbahak-bahak. Dia geram dan ingin memaki lelaki tersebut namun dia ternampak Syahrafi sedang mendaki anak tangga. Mana mungkin dia bersikap kurang sopan di hadapan lelaki idamannya. Dia melemparkan senyuman pada Syahrafi. Namun seperti kebiasaan, tiada balasan yang diterima.

“Kau ni angau dengan mamat sombong tu?” tanya Ruzaini yang melihat sikap nabila.

“Tak baik kau cakap macam tu, dia taste akulah.” Jawab Nabila tersipu-sipu.

“Kalau aku taknaklah lelaki macam tu, masam 24 jam. Nak senyum pun payah.” Luah Ruzaini. Nabila hanya memekakkan telinga. Kalau hati dah berkenan, kadang-kadang kentut yang busuk pun boleh jadi harum semerbak. Kring! Kring! Loceng telah pun berbunyi semua pelajar telah memenuhi kelas masing-masing dan bersedia menerima ilmu sebanyak yang mungkin.

Cikgu Azri berjalan dari parking kereta menuju ke bilik guru. Dalam perjalanan dia terdengar sesorang memanggilnya. Dia memalingkan mukanya dan melihat Cikgu Hajar berjalan mendekatinya.

“Kenapa ni?” tanya Cikgu azri.

“Saya nak tanya sikit dekat awak. Semalam apa yang berlaku dengan aspura?” tanya Cikgu hajar.

“Perkara kecil saja. Tak penting pun.” Ujar Cikgu Azri lalu meneruskan perjalanannya.

“Kalau tak penting, kenapa bomba datang semalam?” Cikgu Hajar tidak puas hati.

“Saja.” Ujar Cikgu Azri selamba.

“Kenapa dengan awak ni? Cakap dengan awak ni memang menyakitkan hati!” marah Cikgu Hajar lalu meninggalkan Cikgu Azri yang tersenyum nipis.

Cikgu Azri mengenali Cikgu Hajar sudah lama. Mereka belajar di universiti yang sama, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Akibat dari satu eksiden yang tidak disengajakan, mereka berdua sering bertelingkah bagaikan anjing dengan kucing. Pertelingkahan mereka melarat sehinggalah sekarang, lebih dari lima tahun.

Ruzaini dan Nabilah terlihat adegan gaduh-gaduh manja guru mereka. Mereka berdua berbisik sesama sendiri lalu mendekati Cikgu Azri.

“Amboi cikgu, pagi-pagi lagi dah gaduh ke?” ujar Nabilah sambil tersenyum sumbing.

Cikgu Azri memandang wajah anak muridnya itu lalu dihadiahkan sebuah senyuman yang menawan.

“Gaduh? Mana ada, biasalah perempuan kalau datang bulan memang macam tu. Kamu berdua ni datang bulan ke?”

“Tak!” serentak mereka berdua menjawab.

“Kalau macam tu, dah tak reti ke nak masuk kelas baca Surah Yassin. Hari inikan hari Jumaat.” Cikgu Azri membulatkan matanya kearah mereka berdua. Ruzaini dan Nabilah terkulat-kulat lalu meminta diri untuk masuk kedalam kelas.

Cikgu Hizami masuk kedalam bilik guru dengan muka yang cemas. Sasarannya adalah Cikgu Azri. Ada perkara penting yang perlu diberitahu. Dia tercungap-cungap kepenatan.

“Kenapa ni Mie?” tanya Cikgu Azri yang pelik dengan tingkah rakannya itu.

“Masalah Ri, masalah besar kali ini!” ujar Cikgu Hizami bersungguh-sungguh.

“Masalah apa?”

“Pelajar kelas kau buat hal lagi. Sekarang Cikgu Yusoff tengan naik hantu dekat pejabat!”

Gulp! Cikgu Azri menelan liur. Hatinya berasa tidak sedap. Pasti hal ini membabitkan kejadian semalam.

“Cikgu Yusoff nak jumpa kau sekarang dalam bilik dia. Aku harap tak akan berlaku apa-apa,” Cikgu Hizami menepuk bahu rakannya. Dia tahu fikiran rakannya berkecamuk. Namun dia sendiri tak mampu untuk membantu rakannya sendiri.

Cikgu Azri mengetuk pintu bilik Guru Penolong Kanan 1 merangkap ketua warden sekolah. Kedengaran satu suara menyuruhnya masuk lalu tombol pintu dipulas. Kelihatan Cikgu Yusoff sedang duduk ditempatnya sambil meraut-raut rotan ditangannya. Dihadapan guru itu, berdiri empat orang pelajar yang masing-masing menundukkan kepala.

“Duduk Cikgu Azri, saya ada hal penting untuk dibincangkan dengan Cikgu dan pelajar-pelajar kesayangan Cikgu.” Ujar Cikgu Yusoff penus sinis. Kadang-kadang dia menggaru-garu kepalanya yang licin tanpa sehelai rambut itu.

Cikgu Azri memandang satu persatu wajah pelajarnya dan dihadiahkan senyuman penuh makna. Senyumannya itu seakan-akan memberi kekuatan untuk pelajarnya. Ikhwan, Amir, Syahrafi dan Isma memberi ruang kepada guru kelasnya untuk duduk di atas kerusi.

“Cikgu tahu kenapa saya panggil cikgu dan pelajar-pelajar cikgu?” tanya Cikgu Yusoff sambil memandang wajah empat orang pelajar itu dengan sinis.

“Saya tak tahu, mungkin cikgu nak bincangkan prestasi pembelajaran mereka.” Jawab Cikgu Azri tenang.

“Jadi cikgu tak tahulah, baik saya akan bagi tahu perkara yang sebenar. Baru sebentar tadi saya dapat maklumat dari seorang pelajar yang telah mendengar perbualan antara seorang guru yang sangat baik bersama-sama dengan empat orang pelajarnya yang sangat jahat malam semalam!” ujar Cikgu Yusoff sambil menekan perkataan baik dan jahat.

“Ada yang cikgu nak jelaskan disini?” tanya Cikgu Yusoff.

Cikgu Azri memandang wajah Cikgu Yusoff dengan tenang walaupun jelas terpancar riak wajah yang sukar dimengertikan pada wajah ketua warden itu.

“Saya akan jelaskan!”

BERSAMBUNG...


ASSALAMUALAIKUM.

2 comments:

echah mashuri said...

wah/lame tak bersambung kan syah!eh ak xbaca ag neh.baru bgn tido.ekekek

HonEyBuNNy said...

adeh..panjang cerita neh..perlukan masa untuk membaca....heheh