Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Tuesday, February 15, 2011

Cerita-Cerita Yang Indah

Assalamualaikum..

Hari ni kalau boleh aku nak cerita, cerita yang indah saja..

First of all,
semua orang tahu hari ini merupakan Hari Maulidur Rasul..
Hari Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w...
teringat kembali zaman-zaman pada masa sekolah rendah dulu..
pakai baju melayu baru sambil pegang sepanduk rekaan sendiri..
berarak keliling kampung dan berselawat ramai-ramai..
lepas abis perarakan dapat makan free..
adalah orang kampung yang sudi tumbangkan seekor lembu untuk para pelajar..
habis makan semua masuk dewan dengar ceramah sempena Maulidur Rasul..

Disekolah agama pun sama..
lepas habis dengar ceramah..
kena buat persembahan nasyid..
seperti biasa solo dia aku dan 'awek' aku..
masa tu suara aku antara suara budak yang paling sedap..
selalunya lagu yang akan kami nyanyikan adalah lagu RASULULLAH dan NABI ANAK YATIM..
klik SINI dan SINI untuk download lagu2 tersebut...

Hari ni juga merupakan hari cuti..
pasti ramai dah aim nak bangun lewat sambil diselubungi selimut dan tilam yang empuk..
katakan tidak pada tilam!
hari ini antara hari cuti yang aku bangun awal..
selalunya lepas solat subuh terus melompat atas tilam..

Tiga teruna pingitan bangun pagi-pagi untuk buat kerja amal..
iaitu membasuh Si Hitam..
sian si hitam semalam banyak betul tahi burung yang berak atasnya..

Yang pasal streamyx tu..
aku rasa bukan salah kontraktor mahupun technician..
salah kerani tu..
aku dah telefon minggu lepas..
boleh dia tanya satu2 maklumat dekat aku..
nampak sangat dia tak daftarkan lagi aku..
lepas tu aku call lagi..
tapi terus dorang tak angkat2 dah..
nampak sgt dah aim nombor aku..
biarlah masa yang menentukan..
bosan dah dengan hal ni..
yang ni bukan cerita yang indah.. hurm..

SALAM MAULIDUR RASUL BUAT SEMUA..

Assalamualaikum..

9 comments:

Lelaki Ini said...

selamat hari maulidur rasul!

echah mashuri said...

salam maulud nabi syah :)

IMANSHAH said...

salam maulidur rasul.banyakkan berselawat ye ..

Tulip said...

Salam malidur rasul...
yup..kita cerita yang indah2 jek hari neh k..
xleh sedih2....

semoga hari syah selalu indah...InsyaAllah...Ameen..

::FAIZ FARISH:: said...

selamat menyambut Maulidur Rasul...

HonEyBuNNy said...

salam maulidur rasul...ila semalam xtido pun...buat esmen sampai ke subuh..uwawaw

Raji berkata said...

hohoho btol2
kalau nk berselimut bila2 boleh kan? xD
eh yker
teruk btol layanan dorg smpai cmtu =.="

FaizalSulaiman said...

selawat keatas nabi, sejahtera ke atas rasul:)

mie said...

salam maulidur rasul...
sama2 selawat keatas nabi junjungan..