Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Thursday, February 3, 2011

Budak Skema Yang Terlampau?

Assalamualaikum..

First of all, aku skang hairan juga dengan keadaan kat Mesir sekarang.. ada yang cakap macam tu.. ada yang cakap macam ni.. boleh cakap macam2 adalah.. apa2pun aku doakan dan harapkan pelajar2 Malaysia dan umat islam disana berada dalam selamat.. dan tidak berlaku perkara yang tidak diingini..

Aku skarang ni terbayang je lampu ikea dalam bilik dekat rumah sewa aku.. wah memang best nak study tu.. boleh dekan sem ni.. tapi bukan senang kot nak dapat lampu ikea free2.. jadi aku pun semangat sangat nak dapatkan lampu ikea tu.. bukan saja aku boleh riak denagn housemate aku malah suasana pembelajaran pun akan berubah..
dicilok di blog hanys

aku nak masuk kontest ni.. tentang gurauan melampau yang pernah kita buat atau pernah nampak.. aku rasa walaupun orang selalu kata aku budak skema tapi aku mmg suka bergurau.. ok citer sikitlah ttg keskemaan aku.. boleh?? aku macam suka plak orang panggil aku skema.. dilahirkan muka skema dan baik nipun aku dah cukup bersyukur... bagi aku dah cukup xperlu nak buat pembedahan plastik.. cukuplah kalau aku dapat kurangkan lemak dekat badan ni.. aku ni dari sekolah rendah mmg tak ada salah laku.. sala laku sifar.. rekod bersih.. mmg baiklah.. bestnyer entri kali ni puji diri sendiri.. siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri.. ok berbalik dengan kebaikan aku ni.. aku mmg terlalu dikenali oleh guru disiplin.. apa2 hal yang berlaku mesti cari aku.. macam muka wanted dah.. sebabnyer aku ni pengawas dan pernah jadi ketua pengawas.. nak jadi pengawas ni ada dua jenis muka yang perlu dicari.. first, muka ganas dan second, muka skema.. agak2 aku yang mana satu??

wah panjangnya aku tulis.. ok mmg aku ni xpernah buat kesalahan kot.. klu pandang muka sucinya jer.. xrasa langsung nak sepak terajang kalau tgk muka akau.. malah rasa nak peluk cium lagi adalah.. sebab tu dulu aku ada kakak dan adik angkat.. aku dulu2 pun main juga berangkat2 tapi xdelah sampai terangkat.. aku rasa aku dah melalut.. ok sambung balik, aku ni mmg duduk kat asrama dari form 1 sampailah form 5.. dan aku xpernah kena buli.. salah satu sebabnya kerana kesucian muka aku.. tak sanggup nak buli.. aku just tgk orang kena buli sambil tepuk tangan laju-laju..

Bila dah meningkat dewasa ni, sifat baik tu mula hilang sikit.. aku jadi suka bergurau tapi pada yang telah menjadi member aku.. setakat sepak terajang, tampar dan cubit tu dah biasa aku buat kat member aku.. paling teruk pun muka dgn perut mereka merah2.. ada juga yang pernah kena sampai luka.. aku terus minta maaf dan cakap gurau2 dengan muka yang suci.. lepas tu aku buat balik.. so, sekarang aku tak tahu apa gurauan yang melampau yang aku buat.. sanggup aku tulis kat wall aku untuk tanya dorang apa yang pernah aku buat pada mereka..
klik tu pembesaran

Ada yang bagitahu tapi aku rasa tak melampau lagi.. so, sekarang aku terfikir apa gurauan yang melampau pernah aku buat.. Budak Skema yang Terlampau? nampaknya tak adalah.. tapi aku rasa ada.. otak aku senang muncul senang hilang.. tu yang tak best tu..
alang2 aku dah tulis ni.. aku nak mohon kepada member aku yang baca ni, ada kot member aku yang baca senyap2 blog aku ni.. silent reader gitu.. haha.. aku nak minta maaf banyak.. mungkin gurauan aku kasar.. tangan aku mmg tak boleh nak duduk diam.. kadang2 aku main sepak je muka korang pastu cubit bahagian lemak korang.. aku cakap mmg best der.. tapi yang tak bestnyer kalau aku kena.. mana aci aku banyak lemak lagi dari korang.. mestilah aku lagi sakit..
tapi semua tu mengeratkan lagi hubungan kitakan kan.. kan.. korang tak serikkan jadi member akukan... aku tahu aku kawan yang tak baik.. aku selalu ejek korang dgn nama ynag tak best.. tapi aku xsuka main ejek2 nama bapak.. tu hal kita xde kena mengena dengan dorang.. betulkan..

Aku rasa aku tulis panjang sangat ni.. ni mungkin repekan aku malam2.. sebab mungkin aku sedih sebab ditinggalkan dirumah kerana keluarga semua balik kampung kat Kelantan... nak balik jugak nak pergi Rantau Panjang.. nak beli jeans murah.. tak kisahlah ori ke tak ori yang penting aku selesa..

Oklah daripada korang terus membaca repekan aku lebih baik aku fikir untuk Gurauan Melampau yang aku buat.. dan buat cerita kelakar untuk persembahan kat majlis nanti..

Korang jangan meluat atau sentap ok.. sekali sekala aku macam ni..

Assalamualaikum..

p/s: adeh sekejapnyer cuti..

14 comments:

Eazy Izzuddin said...

terlampau gitu...
dulu pun ak skema2 gak
culture shock..
xD

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

long stories. suka bca.. skema itu perlu, tapi kena pada tempat dan waktunya:)

sissyira said...

salam pagi khamis =)


semoga berjaya yea =)

Gimi said...

ak pun muka suci tp siap kena buli lagi dgn adik2..dgn adik2 tu bkn kakak2 kat skolah..

FaizalSulaiman said...

goodluck syah!!

semoga menang ok!

IMANSHAH said...

ejek nama bapak yang tak boleh tahan tu

mie said...

wow!!
panjang bercerita..
byk idea ni...
eeheee

Mohamadazhan hjDesa said...

sejarah mematangkan :)

d_tieah said...

Hahaha..
Cuti dah nak abes!!!
Aku isnin baru masuk kje..
Uwaaaaaa

Ayuni said...

pnjgnye....

Biela Sapine said...

Macam skema giler babeng je. Haha
Apa ni banyak puji diri sendiri ?

'AQILAH said...

good luck ! aaa cuti 4 hari bagai sehari :D

nur aisya humaira said...

Assalam...
org laki memang gurau terlampau..
betul tak??hik2

ezzu said...

kwn aku pun ad jgak yg blajar kat mesir...bimbang jgak aku rasa...

gudluck utk contest tu ye syah...