Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Tuesday, February 22, 2011

Apa kurangnya kita?

Assalamualaikum..

Seseorang yang cepat rasa down adalah seseorang yang kurang keyakinan diri.. merasakan diri ini bagaikan satu aset yang tidak penting.. ada atau tiada sama sahaja.. aku pernah mengalaminya.. boleh aku katakan perasaan ini lebih derita dari putus cinta.. well, mungkin aku tak pernah bercinta.. tapi manusia yang hidup disekeliling aku mengalaminya.. kadang-kadang mengambil pengalaman orang lain pun sudah cukup memadai.. tak semua orang akan mengalami perkara yang sama..
seperti contoh; kalau seorang kena rogol, tak semua akan kena rogol bukan..

Bila kita kurang keyakinan diri.. kita akan selalu meyalahkan diri sendiri.. walhal kadang-kadang bukan salah kita pun.. kita juga akan cepat mengeluh dan berputus asa.. biar orang memijak kita sesuka hati.. biar diri diambil kesempatan.. merasakan diri tiada kelebihan..

Kalau ada yang berperasaan sebegini.. masib belum terlambat untuk berubah.. selagi hayat dikandung badan.. selagi nafas mampu dihela.. kita perlu berubah..

Ya, bercakap lebih senang dari melakukannya..

tapi tak salah untuk mencuba menjadi lebih berharga..

mungkin kita bukan dilahirkan punya rupa yang menawan.. yang bisa menjadi pujaan manusia siang dan malam.. tapi cukup kita bersyukur kita sempurna segalanya.. pancaindera kita cukup.. kita punya mata, telinga, hidung dan mulut yang sempurna.. apa lagi yang tidak cukup.. kita hanya perlu menggunakannya dengan cara yang betul..

mungkin kita tak dilahirkan bijak.. tapi kita bukannya bodoh.. selagi kita masih mampu mebezakan perkara mana yang baik dan yang mana yang buruk itu sudah mencukupi.. jangan jadi seorang yang cuma bijak berkata-kata tapi tidak mampu merealisasikan apa yang diperkatakannya..

mungkin kita bukan dilahirkan dengan bakat yang menyerlah.. kita sendiri tidak tahu apa kelebihan yang kita miliki.. cukup sekadar kita lakukan perkara yang kita suka.. perkara yang tidak akan memudaratkan orang lain.. mungkin satu hari nanti kita akan tahu apa yang kita ada.. mungkin masanya belum tiba.. segalanya berkemungkinan..

Kadang-kadang apabila kira rasa kita sudah tidak mampu berdiri dengan sendirinya.. kita mula berubah menjadi orang lain.. kita tidak mahu jadi diri sendiri.. mula meniru tabiat orang lain.. perkara yang buruk pun nampak cool dimata kita.. kita suka bila nama kita diburuk-burukkan.. sekurang-kurangnya kita dikenali..

Sebenarnya itu akan membuat kita lebih paraah.. jadilah diri sendiri.. mengapa perlu jadi orang lain.. itu lagi membebankan.. cukuplah kita ingat nobody perfect.. manusia mana tak pernah buat silap.. selagi kita ada peluang, cubalah menggunakannya.. bukan salah jadi budak skema.. bukannya salah jadi budak nakal.. selagi kita tak porak perandakan hidup manusia lain.. sampai bila kita perlu hidup pada telunjuk orang lain.. just be yourself.. apa kurangnya kita? kita patutnya bangga kita dah berjaya melepasi fasa yang pertama.. dari berjuta sperma, kita yang terpilih.. takkan kita nak mensia-siakan hidup kita.. sekurang-kurangnya tiada penyesalan pada masa hadapan..

Entri kali ini, banyak merujuk pada seorang kawan.. dia telah banyak berubah.. aku hanya mampu memandang dari jauh.. Ya, manusia memang senang dan cepat berubah.. begitu juga aku.. tetapi bila kita tersedar kita sudah melalui jalan yang salah.. masih belum terlambat untuk berpatah balik.. selagi Allah membenarkan kita hidup dimuka bumi ini..

Assalamualaikum..

15 comments:

apezs shah said...

saya suka dengan n3 kali ni..
apa yg ingin disampaikan,
begitu tepat mengena dengan keadaan saya sekarang. tidak sangka
ia begitu tersentuh dan terfikir
sejak dengan keadaan ini.

*biarlah gunung yang kau daki lebih tinggi, jangan kau daki penyesalan yang lebih rumit"

nas said...

nice entri ni
kadang2 aku rasa marah kat diri sendir sbb bertindak bodoh dlm sesuatu perkara...
hu3
heh... betul gak sperma kita yang menang..kalahkan berjuta2 sperm lain :P

Lelaki Ini said...

betul2!
jgn terlalu merendah diri..
jgn terlalu bangga diri!
so..berkeyakinanlan, jgn over confident!

HonEyBuNNy said...

ya..kadang2 kita xperasan yg diri kita sudh jauh berubah..tetapi??org2 sekeling kita yg akan rasa n nampak perubhn dri kita tu..

oleh itu..knyakinan dri kita yg perlu kan...ke arah yg baik..eh eh...rasanya dah lari topik ila cakap.hhahhaha

::FAIZ FARISH:: said...

kdg2 aku down tp aku cuba bangun...

SyedGraphiX said...

blog hang ade malware la :'(

d_tieah said...

Kadang2 aku rasakan diri aku pun dah berubah..
Tapi aku berubah sebab aku terpaksa..
Padahal hati aku meronta2 tak nak..
Contoh: Aku tak keluar malam lagi bersama kawan2, Aku jarang keluar weekend dengan teman2 dll
Erm.. Asal nak kelaur je kena siasat itu ini.. Padahal, aku tahulah ape yg baik dan buruk..
Remaja skrg mana boleh dok umah je? Sekurang2nya kena gak keluar bersama teman berbicara smabil buat aktiviti beriadah kan?
Kadang2 aku rasa cam aku ni malang tapi aku fikir positif, aku tak nak jadi anak derhaka..
*Motif aku cerita?????? Asal ko buat entry ni???????? Gggrrrrrrrr..


Entry Terbaru 1 : "Saya Mahu iPad Dari Blog MySuperKids"
Entry Terbaru 2 : "Saya Mahu Ramai Followers Dari Blog Ben Ashaari"
Entry Terbaru 3 : "Saya Mahu Mengaplikasikan Ilmu Tutorial Dari Blog Maribinablog"

M a W a D D a H said...

entry yang bagus...

kadang2 kita tak mahu kawan2 kita yang terpesong jauh tpi kadang2 kita tak mampu menegurnya...

wahida said...

ko ni mmg suka berfikir ye? ko ni mcm bakal ahli psikologi lak kekdahnya...

echah mashuri said...

syah..pehh.terbaik.ak pun sllu rase down.T___T

Qamarul said...

kou ketok je kepala kawan kou tue...

Edy Zaidi said...

pergghh...bagus entry ni..kene muhasabah diri balik ni

Muhamad Zaki Zafir said...

"jangan jadi seorang yang cuma bijak berkata-kata tapi tidak mampu merealisasikan apa yang diperkatakannya.."

aku setuju sgt dgn yg ni.lebat di mulut tp tidak pada perbuatan.hmm..

p/s: aku kt lib ni.nk terjah lagu ko x blh, pc sini kokak sgt, xde flash.insyallah sampai rumah mlm nnti ya.byk kerja.tenkiu sbb join. :)

hysman said...

selalu jugak rasa down..
tp bagus actually feel mcm nih..
buat kita sentiasa bermuhasabah diri..
tp dlm masa yg sama jgn down tak tentu fasal..tgok tempat dan keadaan..
klu kita dr kekurangan trus kpd kelebihan,risau Allah tarik balik nikmatnya tu..itu ujian sebenarnya...

sentiasa bersyukur dgn ape yg ada..
alhamdulillah..:)

zaty luvlianncezzz said...

zaty LIKE n3 nie..
dlu cpt rasa rendah dr taw..tp ps wat 1 n3 lbey kurg cmnie gk tros berubah

jemput dtg
monyet kah kita??