Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Thursday, February 10, 2011

Aku Dah Kata Dah, Kalau Ada Aku Mesti Menang Punya | Bahaya Kerja Malam?

Assalamualaikum..

Adoyai, abis panjang tajuk entri aku nak tulis..
tapi apa2pun korang bacalah sampai habis yerk..

Beberapa jam yang lalu perut ini terasa begitu kelaparan..
mungkin sebab dan akibatnya aku dinner terlalu awal..
kalau tak silap masa tu aku makan nasi ayam pada pukul 4.30 petang..
jadi carilah kedai makan dibandar Jengka.. dan pergilah kekedai makan yg harganya berpatutan..
tak sanggup nak menghadap maggi tiap-tiap malam..

Masa sampai kat kedai tu ramai orang tengah tengok perlawanan bola sepak..
antara Malaysia dengan Hong Kong..
abis saja waiter ambil order..
aku bisik kat member sebelah aku..

"Comform Malaysia menang!" cakap dengan penuh yakin..

"Macam mana kau tahu?" tanya member aku dengan penuh semangat..

"Setiap kali aku tengok Malaysia lawan, mesti menang punya!" jawab sambil mendabik dada..

"Aku pun sama setiap kali aku tak tengok, mesti Malaysia menang!" ucap dengan keyakinan yang begitu tinggi..

Erkk!

Aku ni bukanlah peminat bola sepak tegar, aku tengok bila orang pasang saja.. cuma perlawanan akhir Piala Suzuki tu je aku rasa begitu excited nak tengok..
Selama ini aku berebut remote astro dengan abang aku..
yelah setiap kali ada je perlawanan bola mesti dia nak tengok..
tak kisahlah Malaysia ke, pahang ke, kelantan ke, man u ke, chelsea ke, arsenal ke, man city ke..
semua dia nak tengok..
aku nak tengok CSI, Super Natural, Merlin pun terganggu..
dan setiap kali itulah aku akan kalah dengannya.. cis! dia gunakan kuasa veto..
"AKUKAN ABANG!"

Tapi memang setiap perlawanan yang aku tengok mesti pasukan pilihan aku akan menang..
dan ternyata Malaysia menang 2 berbalas kosong dengan Hong Kong..
namun itu semua hanyalah satu kebetulan..
aku bukanlah Paul Sotong, Murai atau kucing yang boleh meramal kemenangan..
aku cumalah manusia biasa yang sedar dimana tempat aku berdiri..
AKU DAH KATA DAH, KALAU ADA AKU MESTI MENANG PUNYA!
nasib baik aura aku lebih kuat dari member aku..
sebab kalau member aku tengok mesti kalah..
tak pun member aku sokong Hong Kong kot.. hehe..

Tahniah Buat Pasukan Malaysia..
Lepas2 ni main power lagi..
baru ada yang nak puji..
kalau kau main terabur..
ramailah yang nak keji..

Pagi tadi kelas abis awal..
sebab eksperimen abis awal..
terus aku pergi terjah koperasi cari surat khabar kosmo..
selak punya selak sampailah page 35..
nampaklah muka Bro Eqbalzack punyalah macho..
Tahniah Bro.. Semoga Sukses Selalu..
dicilok di blog beliau

Aku suka dengan kajian yang dijalankan oleh Mr. Eq ni..
tentang keselamatan pekerja..
Dekat Eropah telah dibincangkan tentang nasib pekerja2 malam yang berhadapan dengan risiko kanser prostat dan payudara..
Bahaya tu Kerja Malam..
tapi pekerjaan macam jururawat, pak guard dan operator pengeluaran tu kerja yang baik dan memberi keuntungan pada masyarakat..
harap2 kajian Mr. Eq berjaya dengan jayanya..
cuma bagi pekerja malam di lorong-lorong terbuka itu yang tak bagus..
bukan saja boleh kena kanser prostat dan payudara..
malah banyak lagi penyakit yang berbahaya..
oleh itu nasihat free daripada MR. SYAH..
lebih baik tidur dan kerja pada siang hari..
kalau tak boleh tidur korang blogwalkinglah jangan sleepwalking plak..
Ok, Adios...

Assalamualaikum..

20 comments:

Qamarul said...

tajuk kou tak panjang lagi..

kou tak tgk lagi org wat wat post die kat title jer.. giler kalau ade link kat sidebar mmg panjang giler laa ha3..

EmanCloud said...

bilelah blog aku leh masuk paper eh? eheh yeahh Malaysia menang dan aku mmg selalu guna kuasa 'akukan abg!" ahaha

SyedGraphiX said...

best nye EZ masuk paper.. huaaa *jeless

Raji berkata said...

alamak aku pula suggest kedai buat 24 jam =.="
hahaha nasib kau lucky
setiap kelab yg ak ckp menang
confirm akan kalah
nak betting x?
hak2

FaizalSulaiman said...

team kita sudah reti bermain:)

::FAIZ FARISH:: said...

ada jugak baca tentang Mr Eq tu...

d_tieah said...

Hahaha..
Aku pun bukan peminat bola tegar tapi kalo world cup aku memang tengok GERMAN je lah..
Lain2 aku agak kurang ye..
Sama macam kat Malaysia lah, aku suke tengok skuad kebangsaan dan n9 je sebab kembar tu main kat n9..
Hahaha..
Eh2, betul ke kalo keje malam ni boleh kena penyakit?
Abis tu kalo org yg tak tido malam plak?

Latest entry : Nak petua? Petua Jadi Sailormoon pun ade..

Miecyber said...

Tahniah Harimau Malaya,teruskan momentum ini...

Hutang isi rumah mencecah RM 557 bilion

YanaMIB said...

aku x tgk pon bola semlm..kehkehkeh..apa² tahniah harimau malaya ^_^


bro eq mmg hebat..boleh jd idola blogger² muda...=)

Tulip said...

hehehe....

mula2 pasal bola ekkk...

pastu pasal kerja mlm..

patut tajuk panjang...hehehehe..

* x minat bola...

* betul2...jgn lah buat kerja mlm mcm di lorong2 tuh...mmg berbahaya..

bunga said...

cayalah..

taoi bunga sekadar tengok leh la..nak tau lanjut2 pasal bola ni lait cikip..hkhakahakk.

zaty luvlianncezzz said...

bla la blog zaty la nk msuk paper..hurmmm

eijot @ eina said...

dah lama giler xmenyibuk kat blog ko...

mie said...

tahniah!!!
memang dah jangka menang..
eheheee

p/s: jangan lupa join contest

Biela Sapine said...

Yeahhhh, Malaysia menannnggggggg !

hans said...

hahahaha
iyo iyo jer ko
aku pun selalu tgok Malaysia main mesti menang
hahahaaha

Update Terbaru Senarai Penaja Untuk 'Contest Situasi Hans : Gunakan Imaginasi Anda'

NICK IRFAN said...

malaysia semakin lama semakin hebat! tahniah!

princess laila said...

haha. kalakar lah. naseb aura si mR.sYah nih lagi kuat yer :)

nas said...

giler la..
mr eq dah masuk paper
mr syah bile lagi?
hehehhee
gurau je
aku mmg da jangka malaysia akan menang :)


latest entri:

Aik,nak pergi belajar ke nak pergi fashion show??

echah mashuri said...

bila nk updte blg?