Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Tuesday, January 25, 2011

Stress Buat Kembung Perut

Assalamualaikum..

Mula2 aku nak cakap, aku dah tobat nak makan sotong kat bandar jengka ni..
sebab makan tengah hari tadi aku nak tukar selera makan sotong..
aku tengok ada sotong masak merah rasanya..
dengan rasa terujanya aku ambiklah sekor bersaiz ibu jari tangan aku ni..
dan terus membayarnya dengan muka tak sabar..
namun rasa keterujaan itu terus hilang.. sekor sotong sebesar itu berharga RM2..
Selama nipun aku pernah juga makan sotong kat Bandar Kuantan tu..
Takdelah semahal ini.. Takpe2 pasni aku dah tak ambil sotong.. aku ambil ketam pulak..
Tak mahulah pisang berbuah dua kali..

Semalam aku pergilah cucuk kat mesin ATM Bank Islam..
Tak mahu dah cucuk kat bank lain.. nanti hilang rm1...
sem ni duit mengalir macam air...
duit ptptn aku dah nak abis..
tapi bulan satu tak abis lagi..
aku belajar sampai bulan 5..
aku rasa aku dah cuba berjimat..
tulh nk memikirkan kes rumah sewa dulu dan sekarang...
mmg byk habis kat situ...
nampaknya terpaksa minta biasiswa FAMA dan SISBRO...

Sem ini aku rasa agak tertekanlah juga..
tapi penawar untuk rasa tertekan adalah ketawa..
sebab tulah skang aku suka ketawa.. kadang2 tak de sebab pun aku ketawa sorang-sorang..
lantaklah housemate nak fikir apa..
bila time dalam kelas..
aku bagi tumpuan sepenuh-penuhnya.. ok tipu.. kadang2 aku nyanyi lagu sekadar dipinggiran..
aku bagi 90% masa dalam kelas..
tapi aku still tak dapat nak faham..
kawan aku pula semuanya faham..
masa buat latihan.. kalau dulu-dulu aku antara orang yang paling cepat siap..
tapi kali ini aku paling last siap..
kadang2 tak siap terus..
kalau boleh aku nak sama-sama siap dengan kawan aku..
bila aku nak tanya pensyarah.. kadang aku sendiri tak tahu apa yang aku tak tahu..
yang aku tahu aku memang tak tahu..
namun walau macam manapun.. hal ini takkan mematahkan semangat aku..
aku tak nak rasa stress ni.

tahukah kamu?
Stress boleh menyebabkan perut kembung... selain itu kembung perut juga disebabkan sebab makan dengan terburu-buru dan sambil makan minum air...
Bila perut kembung kita pasti takkan rasa selesa, sebab kandungan gas yang terlalu banyak dalam perut kita.. perut kembung juga bukan sahaja menyusahkan kita tapi orang lain juga.. kerana jika kita kentut dalam kelas atau dirumah pasti mengganggu konsentrasi orang lain..
dan bau kentut juga boleh membawa mati..
ini yang aku cakap ini semuanya fakta hasil dari pembacaan aku dulu2.. entah macam mana aku boleh teringat balik..

Jadi jangat stress bila belajar.. carilah penawar untuk hilangkan stress..

Assalamualaikum..

6 comments:

apezs shah said...

salam

haish cepatnya dah hbs.. aiyook..
ermmmm kembung perot..

wahida said...

akak kalau stress suka makan..tu yg bdn kembang ni...heheh..

KizZ said...

Haha..Kiz baru sebulan ni pun dah abes kat RM1,000..Tak tau abes kat mane..

Jom sini,
Minum air masak anda jadi sihat dan kuat

echah mashuri said...

mahal wehh sotongg...grrrr,,.

carilah alternatif len weh nak hilang stress..karok keee...

bluethunderheart said...

heheh jangan terlalu mengenyangkan perut y kawanku
nanti engkaunya pun sakit.......
salam hangat dari blue

armouris said...

lagi info tentang perut kembung di SIHAT SELALU - Masalah Perut Kembung