Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Wednesday, January 26, 2011

Siapa Mahu Pakwe Romantik?

Assalamualaikum..

Dulu seorang blogger ada tulis tentang lelaki romantik ni.. echah mashuri..
salah satunya pandai main gitar...
romantik tak? bolehlah siapa-siapa yang nak jadikan pakwe.. cakap je nak lagu apa.. abang kasi goreng sedap2.. kasi biar rangup.. jangan pedulikan keadaan sekeliling beliau.. kerana itu bukan bilik beliau..

Ok, aku terpaksa mengaku yang aku memang tak pandai nak main gitar ni..
puas aku suruh kawan aku ajar... tapi aku mmg lembab sikit..
dan alat muzik lain pun aku tak pandai main..
tapi jangan risau korang tak akan bosan bila bersama aku..
sebab aku memang pandai menyanyi dan mereka lirik lagu sendiri..

Sebelum aku terus memuji diri sendiri..
lebih baik aku pulang dulu kepangkal jalan..
Apa hukumnya bermain gitar ni?
Ada ulama' yang mengatakannya haram sama sekali bermain alat muzik yang bertali..

Di rumah sewa aku ni adalah satu gitar yang baru dibeli oleh kawan aku ni..
dia memang boleh dikira pro jugaklah..
jadi aku pun godek-godeklah di internet disamping bertanya dengan kawan-kawan tentang hukum bermain gitar ni...
sebenarnya masih belum ada hadith yang soheh tentang penggunaan alat muzik bertali ini..
setiap ulama' memberikan pendapat yang berbeza-beza..

sekarang kita tengok ramai saja orang islam yang main gitar termasuklah kumpulan-kumpulan nasyid...
bermain gitar sebenarnya diharuskan untuk menghiburkan diri tetapi hendaklah tidak melalaikan diri sendiri dan orang lain dengan meninggalkan kewajipan yang difardhukan..

jadi kalau korang nak berlatih main gitar, boleh saja asalkan jangan melupakan kewajipan yang paling utama.. kalau dah dengar azan berkumandang tu.. stop-stoplah main gitar dulu.. lepas solat sambung balik.. nasihat ni bukan untuk pembaca sahaja tetapi termasuklah diri sendiri..

Sekarang aku nak tanya pendapat korang.. betul ke lelaki yang pandai main gitar ini romantik?
kalau betullah, nampaknya aku kena buat kelas r dengan kawan aku... tapi kelas free lah..

tapi bagi aku keromantikan seseorang lelaki itu belum menjamin akan memberi kebahagiaan kepada pasangannya.. apa yang penting pegangan agama yang kuat, sifat saling mempercayai dan menyayangi itulah yang akan menjadikan satu-satu perhubungan itu menuju kebahagiaan..

Segala yang aku tulis ini dicilok di SINI dan SINI dan untuk mengetahui dengan lebih lanjut silalah terjah kesana...

Assalamualaikum..

21 comments:

soffea said...

hahaha.. baru nak terjatuh hati kat mr syah. berlakon je ye? hehe.

aku rase lelaki yg pandai men gitar agak romantik la. nak2 yg pndai cipta lagu khas untuk kite. wooo~ hehe.

nas said...

hehhe.. nice la gambar ko time memetik gitar.. padahal xreti men sangat pon cm aku.. aku pon xreti..huaaa... gitar boleh.. cuma xleh la untuk hiburan semasa
(macam artis2) nih.. boleh untuk hiburkan kawan2 n diri sendiri..

shamsiah shamsuddin said...

tak tau nak kate romantik ke tak..
mungkin juga kot..
saya takde kawan yang leh mainkan gitar tuk saya lagu romantik..
bila pi jam semua lagu rock...

fYZa said...

laki maen kompang lagi romantik kot..apa kata ko maen kompang pasni..haha

ezzu said...

gmbr tu pun ko bknnye petik gitar pun...just nk possing nk ambk gmbr jer...gitar tu sbg penambah hiasan..hehehhe

IMANSHAH said...

1st time le dengor lelaki pandai main gitar romantik

senandung semalam said...

nak sgt pkwe pndai main gitar...
carikan kat aku syah...
hahhahhaha

HonEyBuNNy said...

he2..ila mmg suka sangat kalau lelaki pndai main gitar....mmg romntik pun..hehhe

hysman said...

kachaknyerr.....
anak sapa la nih....
tolong ingatkan aku?
hehehe....
papepun bro,pompuan skrg ni ade yg suka ade yg tak suka laki yg lomantik..
almaklumlah dunia akhir zaman,byk keras..huhu

echah mashuri said...

syah...gila ah.hensemmmm kot ko pgg gitar.tiba2 rase ko hensem.cehh..kenapa aku alergik tgk laki bwk gitar.mst rase nk pengsan.wuwuwu

mie said...

uihh!
gue xromantik la...
kena blajo main gitar ni..
eheheee

FaizalSulaiman said...

ada gak dengar org pempuan ckp. dulu pena nak blaja, pandai main lagu metallica-enter sandman jek.hahahahaha

d_tieah said...

Hahaha..
Naik lagi nama echah..
Ye2 aku rasa org laki yg pandai main gitar romantik..
Tapi, rasa aku itu tak jadi kenyataan pun..
Hanya mimpi dalam mimpi..
Ex bf aku dulu pandai derr main gitar tapi aku rasa dia tak berapa nak romantik dan aku lbh sifatkan dia sbg pemalu..
Haha..
Tp dia pernah nyanyikan aku satu lagu sambil2 dia main gitar..
Romantik lah tu kan?
Haha..

Qamarul Sahid said...
This comment has been removed by the author.
wahida said...

dulu salah satu ciri2 lelaki idaman akak adalah pandai main gitar, pas tu kalau dpt lak main gitar kat tepi pantai...perggghhh, mmg romantik abes, pas tu akak dpt jugak org yg diidamkan, tapi mamat tu x best...hampeh, putus, kawen ngan laki akak sekarang, lagi best...dia pandai mengemas umah...ko ader?

NICK IRFAN said...

aku thu kod lagu utk gitar tp petik gitar nak mainkan lagu aku x reti cuma hafal kod je...

Mr.IX said...

aku k blaja gitar tgk utube jer tp failed....haha

KizZ said...

Wah..cam besh je gitar tu..brand ape ek...tak nampak la dalam gambar..

Raji berkata said...

aah aku pun terpk gak
pernah dgr hadis tu juga
bnder yg dipetik xbole main..
erm ntah lah..
hohoho kalau main guitar lagu yg romantis2 maka romantik lah
kalau yg hardrock punya
xde la romantik sgt kot?
mngkin =.=

ahsfantasy24 said...

hehe..
tp xpe, pkwe xpndai gitar
pn kte suke, hehehhe~

Eazy Izzuddin said...

fuh romantik tu
pegang gitar...
xD