Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Monday, January 17, 2011

Kurangnya Nikmat Belajar?

Assalamualaikum..

Apabila menjadi pelajar NR memang perbezaannya amat terasa..
minggu ini merupakan minggu ketiga aku menjadi pelajar NR..
minggu depan akan bermulanya cuti mid sem+tahun baru cina..
sepanjang berlangsungnya sesi pembelajaran pada sem ini..
nikmat belajar itu rasa berkurangan..
tidak seperti semasa aku tinggal di kolej dulu..
mungkin aku masih tidak biasa dengan keadaan sebegini lagi..

Memang tak dapat aku nafikan masa tinggal di kolej dulu...
memang perasaan untuk belajar itu lain sama sekali..
bila tinggal dikolej kita tidak perlu untuk membayar yuran kolej, elektrik mahupun air..
malah jarak untuk pergi kuliah pun tidak menjadi masalah..
bila lapar pula tidak perlu melangkah jauh untuk mendapatkan makanan dan harga makanan pula berpatutan..
Apabila ada aktiviti kolej, universiti atau MPP..
aku dapat pergi dan bersama-sama berebut kupon bersama mahasiswa-mahasiswa yang lain..
bila aku perlukan bantuan..
aku cuma perlu pergi ke bilik rakan-rakan yang lain dengan senang..
pergi ke perpustakaan tak sampai lima minit..
hendak berjumpa pensyarah pun tidak menjadi masalah..
aku juga tidak perlu tergesa-gesa apabila terlambat atau lewat..

Namun..
Sampai bila aku mahukan kesenangan sahaja..
bila lagi aku ingin merasakan kesusahan bukan..
setiap perkara yang berlaku ada kebaikan dan kekurangan juga..
walaupun perasaan aku sekarang yang merasakan universiti itu bagaikan tempat persinggahan saja..
aku rasa aku boleh laluinya...
mungkin aku memerlukan masa..
ini bukan alasan untuk aku tidak cemerlang pada semesta kali ini..
malah aku perlukan lakukan lebih baik..

Pensyarah aku selalu menceritakan pahit getir kehidupan mereka semasa belajar dahulu..
dulu dan sekarang memang jauh berbeza terutamanya dari segi teknologi..
walaupun disogok banyak kali cerita-cerita seperti ini..
tapi rasa ketidak puasan hati tetap ada..
tapi..
walaubagaimanapun niat itu penting..
seperti cerita Adnan Sempit the series yang berulang kali ditonton oleh kawan aku seringkali menggunakan kata-kata "DIMANA ADA KEMAHUAN, DISITU ADA HIGHWAY.."
tetapkan niat untuk belajar..
mungkin sekarang darah tak berapa nak mengalir ke otak..
sebab tu otak macam beku lagi...
jadi solat lima waktu jangan dilupakan.. solat bukan sahaja ibadah malah mampu menjadi senaman yang baik untuk manusia..

Sekarang..
aku pun dah selalu bangun awal..
sebab jarak nak pergi kekelas dari rumah pun dah ambil masa setengah jam..
pensyarah pun dah kunci pintu kalau lewat..
makin berdisiplin..
jadi sama ada tinggal dikolej mahupun di rumah sewa..
masing-masing punya kelebihan dan kekurangan..

Jadi konklusi untuk entri kali ni..
1. kalau niat kita betul, walau sesusah manapun kita pasti akan berjaya..

Aku mungkin perlukan masa untuk sesuaikan keadaan..
housemate dah boleh tengok ragam masing-masing..
memang manusia ini dilahirkan dengan sifat kelakar dalam diri mereka..
keluar malam pun tak kisah sampai pukul berapa..
Kurangnya Nikmat Belajar?
Tak, ini semua alasan bagi mereka yang tak mahu berusaha untuk berjaya..

Assalamualaikum..

p/s: bilalah orang streamyx nak mari.. aku masih setia menunggu..

8 comments:

Ayuni said...

sesuatu yg terjadi ader rahmatnye....

echah mashuri said...

heee...xpelah syah.ko kan ade knderaan?

shamsiah shamsuddin said...

haah..kan ade keta..
ape ade hal..
bgun awal..ok la tu..kre transformasi diri la tu tuk sem ni..

.sweet-ants. said...

biase lah tu...student life, life pon lain sket..hehe. semoga hidup bjalan lancar

FaizalSulaiman said...

insyaAllah, syah bleh going through punya!don't give up k.

d_tieah said...

Hahaha..
Takpe2, berdikari utk bgun awl..
Org kata kalo kita bgun awl pagi dan mandi sebelum subuh boleh kurus dow..
*Aku tak ckp ko gemuk tau syah..
Ngee.. :)
Just nak bg ko smgt belajar je..

mie said...

lain orang lain perangainya...
yang penting tidak terjebak menda2 negatif

rossoneri said...

kalau duduk kat kolej pun xmenjanjikan akan rajin jugak, duduk kolej pun kalau nak ponteng, ponteng jgak kan...xpelah,xbiasa lagi tuh.. lama2 ok lah