Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Monday, January 31, 2011

Aku kuat cemburu?

Assalamualaikum..

Orang kata cemburu itu tandanya sayang..
Tak dapat aku nafikan yang aku cemburu pada blogger-blogger yang lain..
Maknanya aku sayanglah pada para blogger semua..
Macam inilah, baik aku berterus terang sahaja pada semua..
Aku cemburu dengan blogger yang dapat bertemu dengan Heliza..
Ada tu siap ambil gambar bersama-sama lagi..
Bilalah time aku..
Dah banyak aku tengok gathering-gathering yang dianjurkan oleh para blogger..
tapi satu pun aku tak pernah join...
mgkn terlalu banyak sebab aku tak dapat nak join sekali..
antaranya tempat perjumpaan itu terlalu jauh untuk aku..
tapi ramai saja aku tengok blogger dari negeri-negeri lain dapat join..
kedua mungkin kalau aku pergi, takde sape yang kenal dengan aku..
aku yang sedia pendiam tahap maksimum ini pasti akan terus mendiamkan diri..
aku ni kalau tak kenal memang susah nak tegur..
orang selalu cakap aku ni muka sombong..
kawan-kawan aku dulu pun selalu cakap..
kau ni muka skema dan sombong..
tapi bila dah rapat baru dorang tahu tanggapan dorang salah..
memang hari-hari akan kena dengan aku..
tapi aku memang bukan jenis yang boleh memulakan perbualan pada orang yg pertama kali bertemu..

Namun begitu, satu hari nanti aku akan cuba join juga majlis2 blogger ini..
yelah takkan nak tengok blog sahajakan..
mestilah nak meramaikan member2 juga..
nak kenal juga member dari negeri-negeri lain...
mungkin ini boleh dijadikan azam untuk tahun ini..

Sekarang ramai student yang cari kerja sampingan untuk tambahkan pendapatan..
yelah mana cukup dengan wang pinjaman dan biasiswa..
nak bayar yuran, buku-buku, dan kalau yang duduk diluar kolej..
terpaksa fikirkan duit rumah sewa, air dan elektrik dan juga internet..

aku pun berura-ura juga untuk cari duit sampingan ini..
memang tak cukup duit pinjaman yg aku dapat..
tambahan pula aku ni budak diploma..
duit yang dapat tak banyak macam budak ijazah..
tempat belajar aku plak dah macam bandar besar..
sewa rumah dengan harga makanan dah macam KL punya harga dah..
padahal kawasan pendalaman juga..
aku makan kat KL haritu pun lagi murah dari aku makan kat J-Town ni..

Kawan aku ada tawarkan satu kerja ini..
tapi kena pergi seminar dulu kat KL..
aku ni dahlah teruk sikit kalau dekat KL ni..
mmg tak tahu langsung..
macam rusa masuk bandar jer(betul ke ni?)..
aku pun tak tahu lagi kerjanya macam mana..
kalau kena promote2 barang..
atau bercakap denga orang ini..
memang satu kelemahan aku..
serius aku tak boleh nak cakap banyak dengan orang yang baru pertma kali jumpa..
tapi harap-harap aku boleh dapat kerja sampingan yang sesuai dengan aku..
tak naklah selalu menyusahkan mak ayah saja..
kalau nak dapatkan pendapatan dengan blogging..
mmg taklah.. nak tunggu cash out untuk yg pertama kali pun mahu kena tggu 2 atau 3 tahun lagi..

apa2pun.. korang jangan risau..
aku bukan jenis yang kuat cemburu..
aku cemburu dengan perkara yang baik2 sahaja..
hope nanti dapat jumpa korang satu hari nanti..

Assalamualaikum..

12 comments:

d_tieah said...

Huhuhu..
Samalah, salu je aku dpt info pasal gathering blogger ni..
Bencilah tak dapat nak join..
Rata2 hari ni semua cerita pasal gathering tu..
Haish!

Latest entry : Siapa Fynn Jamal?
: Projek Kesian Fynn Jamal
: Perhatian: Krisis di Mesir dan nasib rakyat Malaysia

Ayuni said...

hm, sye pun....

FaizalSulaiman said...

InsyaAllah ada masa kang syah leh le join!:)

DaK CoMoT said...

jelez3!!jelez..jelez=cemburu..ahahaa

NICK IRFAN said...

aku pun x pnh join gathering blogger kat penang ada jgk dorg selalu buat aku pun di jemput tp nk pegi segan plak sbb kebanyakan semua tua2 (30an) aku je muda! segan la..

Raji berkata said...

hahaha xpe lah weh
jumpa dgn aku sorang jer lah cmtu
xD

ak pun segan nk pgi gath =.=
ramai xknl nnti wat malu jer xD

Frodo Baggins said...

hahhahaha ... lu sombong ke? ehkekeke x nampak cam sombong pun

zaty luvlianncezzz said...

owhhh..xpe t kta organize lak sndiri gathering

hehehe


aiii :)

IMANSHAH said...

alahai, ye ke ada heliza


kalau Imanshah buat ghatering, sure takde org datang..wakakaka

nazirulhazwan~ said...

len kali dtg la bro, nice dow gathering. mmg hepi2 la, haha

NICK IRFAN said...

aku tag ko lagi syah! hehe

Eazy Izzuddin said...

next time ak inform ko
insyallah