Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Friday, December 30, 2011

Pandangan : Novel Ngeri

Assalamualaikum..

Entri sebelum ini aku dah list novel yang aku telah beli..
Dan aku telah pun selesai membaca novel NGERI oleh Gina Yap Lai Yoong..
cover yang sgt sesuai dgn tajuk.. ngeri siot..
Sinopsis :
Joanne, Samuel dan Rehan tiga sekawan mahasiswa filem yang bercita-cita besar untuk maju sehingga ke Hollywood. Kegilaan mereka: menghasilkan skrip-skrip yang menampilkan pembunuhan sadis.

Skrip-skrip mereka selalunya ditolak oleh profesor, yang merasakan ceritanya tak berasaskan logik. Namun, segalanya berubah menjadi menggerunkan apabila berlaku siri pembunuhan sebenar yang mirip skrip-skrip mereka.

Trio itu saling mencurigai. Apabila pembunuhan semakin mendekati persekitaran universiti, keadaan bertukar cemas. Adakah pembunuh NGERI itu sememangnya salah seorang daripada mereka?


Pandangan :
Membaca novel ini membuatkan aku teringat kepada seorang penulis penyiasatan bersiri dari barat bernama Agatha Christie. Banyak novel penyiasatannya telah aku baca antaranya Pembunuhan ABC, Kopi Hitam, Pembunuhan di Sungai Nil dan banyak lagi. Semuanya aku dapat di library sekolah dan di universiti.

Novel Ngeri mempunyai jalan cerita yang sangat menarik. sudah lama aku dahagakan novel bergenre sebegini. kes pembunuhan di dalam novel ini mmg mengerikan dan agak kejam. seorang budak perempuan dibekukan dalam peti sejuk, pelumba haram dibunuh ala pinochio, mencari harta karun melalui potongan-potongan badan manusia dan terakhir sekali memerangkap profesornya sendiri..

Aku mengambil 5 jam untuk menghabiskan bacaan novel ini.. bacaan yang sangat smooth tanpa rasa sedikit bosan.. walaupun di tengah pembacaan aku sudah dapat mengagak pembunuh yang sebenar.. namun novel ini harus dibaca bagi penggemar siri penyiasatan/pembunuhan.. terasa begitu pendek dan tidak puas membaca novel ini..

Novel ini ditulis oleh Gina Yap Lai Yoong dan diterbitkan oleh FIXI.. sekarang aku tengah on the way baca novel jerat oleh Dayang Noor pula.. Novel keluaran FIXI telah menarik minat aku untuk kembali membaca..

Semalam aku pergi popular Kuantan nak cari novel Pecah dan Kasino tapi dah habis.. mungkin kena tunggu beberapa hari lagi baru ada stok.. aku tak reti nak beli online.. takut2 tak sampai.. novel pecah bakal difilemkan dan apa yang menarik Melly berlakon filem tu.. eh, Cikgu zakiahlah..

Tapi sempatlah aku suruh kakak aku beli novel Fiksyen 302 oleh Ramlee Awang Murshid.
Image Detail
melihat cover novel ni teringat aku pada drama ghost season 2.. romeo sebiji pakai macam ni..
novel ni aku akan baca lepas abis jerat.. aish rajin sgt membaca sampai lupa assignment.. akan baca lepas siap assignment aku.. nanti aku bagi pandangan..

Bintang : 4/5 bintang

Aku pun baru abis tgk drama penyiasatan jepun.. Shinzanmono
Image Detail
ada kata-kata yang menarik dalam drama ni..
manusia menipu sebab 3 perkara.. pertama untuk melindungi diri sendiri.. kedua untuk kenakan orang lain dan yang terakhir untuk melindungi orang lain(tersayang)..

Assalamualaikum..

p/s: kakak aku xleh tgk cover novel ngeri.. sebab ngeri sangat.. heheh..

Tuesday, December 20, 2011

Musim Membaca

Assalamualaikum..

Tak sedar masa cepat berlalu..
Minggu depan cuti mid sem bermula..
heaven selama seminggu..
tak heaven manalah sebab ada assignment perlu disiapkan..
kata studentkan..

Hidup mesti ada perancangankan..
Selain menyiapkan assignment..
aku dah plan satu aktiviti yang dah lama aku tinggalkan..
musim membaca aku dah mari..

So..
aku nak tunjuk list buku yang aku dah beli..
klu aku buat review tu maksudnya aku dah habis baca..
aku ni suka berkongsi..
sharing is caringkan..

1. Tajuk : Jerat
Penulis : Dayang Noor
Terbitan : Fixi
2. Tajuk : Contengan Jalanan
Penulis : Hlovate
Terbitan : Jemari Seni
3. Tajuk : Ngeri
Penulis : Gina Yap Lai Yoong
Terbitan : Fixi
4. Tajuk : Aa + Bb
Penulis : Hlovate
Terbitan : Jemari Seni
Aku skang tengah addicted dengan drama bersiri penyiasatan/detektif jepun..
yang terbaru aku layan drama BOSS..
season 1 dah habis..
season 2 on the way..
Assalamualaikum..

p/s: bila agaknya nak datang musim jiwang aku balik yerk..

Sunday, December 18, 2011

SONGLAP - ADA YANG TERLELAP?

Assalamualaikum..


Banyak Review yang aku baca tentang filem ini rata-rata mengatakan filem ini bagus.. dan ada yang menggelarnya filem terbaik tahun ini..

Aku menonton filem ini malam semalam.. Sebelum nak beli tiket tu pun dah tak sependapat dengan kakak aku yang mahu menonton Mission Impossible: Ghost Protocol.. Nasib baik kerana waktu tayangannya tidak sesuai.. yang wajib perlu diutamakan..

Aku ingin menonton filem inipun disebabkan Shaheizy Sam berlakon bukan dengan MIG.. aku memang boleh katakan lakonan Shaheizy Sam memang bagus.. begitu juga dengan pelakon lain..

Jujur aku cakap kutipan filem ini tak mampu menandingi filem KL Gangster ataupun Ombak Rindu.. Dalam panggung semalam tak sampai separuh.. rasanya suku panggung saja yang berpenghuni.. tak macam dua filem yang aku sebutkan tadi.. full house masa aku tonton..

Filem ini merupakan filem berat.. memaparkan sisi-sisi kotor penghuni Kuala Lumpur.. Pemerdagangan orang, judi dan pelacur serta aktiviti negatif yang lain..

Aku bagi filem ini 3.5/5 bintang..
Mungkin agak rendah bagi pencinta filem lain.. ini cuma dari aku yang tak punya ilmu dalam bidang ini yang suka ke pawagam untuk menonton satu hiburan..

30 minit pertama filem ini ditayangkan aku dah rasa tak senang duduk.. orang belakang aku dah mula buka mulut..

Buat filem macam ni aku rasa kena pandai.. aku banyak menonton filem-filem luar yang memaparkan genre sebegini.. sisi-sisi gelap negara mereka.. seriously filem2 mcm ni kena buat orang rasa excited, ingin tahu bukan rasa bosan.. kenapa hidup dia macam ni?

Kalau aku compare filem Kami the movie dgn filem ini yang ditulis dan diarahkan orang yang sama.. aku lebih suka filem Kami the movie..

Dialog filem ni.. "Saya.. Saya.. Ini Saya!" pahceroh ini saya ini saya macam tu.. satu lagi babak sara ali.. "bapak.. bapak.."

Jalan cerita sudah ada tapi garapannya agak lemah.. rasa sedih dia tak sampai kot..

Filem BLEAK NIGHT nipun jenis filem berat juga.. tapi aku excited nak tengok sampai habis..

Aku bukan nak kutuk filem malaysia.. aku sokong filem malaysia sebab tu aku tengok dekat wayang.. filem2 luar aku download jer..

Bila agaknya dapat tengok filem malaysia yang semua orang excited nak tengok..

semalam.. satu kedai dvd tayang filem orang putih.. ramai gila orang berdiri depan kedai tu untuk tengok filem tu macam tengok dekat wayang sampai habis.. see.. filem malaysia sepatutnya macam tu..

Assalamualaikum..

p/s: semalam lepas abis tengok SONGLAP.. sempat layan cerekarama BERTAUT KASIH.. cerita ttg poligami.. bagus tapi satu tak puas hati.. kenapa bini pertama dia tak kena tangkap? dia dah bunuh orang kot..

p/s: tapi filem ni lagi bagus dari KL Gangster!

Tuesday, December 13, 2011

Hidup Ini Penuh Drama

Assalamualaikum..

Sebenarnya aku ni peminat drama..
tapi bukanlah dramaking..
aku suka tengok drama sebab banyak episod..
tapi xdelah sampai beratus episod..
paling banyak pun 30 episod..
lebih daripada itu memang tak bolehlah..

Sejak akhir-akhir ini..
selera aku lebih kepada drama berbentuk misteri/penyiasatan/thriller dan seangkatan dengannya..
aku lebih gemar menonton drama sebegini kerana sifat ingin tahu dan berfikir..
kalau dulu aku layan drama jiwang punya..
tapi aku rasa cukup-cukuplah layan jiwang..
sebab dulu single tapi sekarang tak lagikan..

aku mengambil bidang engineering atas dasar aku dicampak kesekolah teknik beberapa tahun dahulu..
tapi sekarang aku rasa berminat dalam bidang penyiasatan..
sebab aku rasa macam best jadi detektif..
drama memang nampak bestkan..
tapi realitinya.. sedih!
so.. layan drama lagi bagus..

Disini aku ingin berkongsi beberapa drama yang aku dah habis tengok dan rasa bagus..
drama berbentuk seperti ini amat kurang di negara kita..
mungkin musimnya belum sampai..

1. JOKER Yurusarezaru Sousakan (Jepun)
Joker Yurusarezaru Sousakan
Cerita tentang seorang anggota polis membuat hukuman sendiri kepada penjenayah yang terlepas dari tindakan undang-undang..
Episod : 11 + sp
Aku bagi 4.5/5 bintang untuk drama ni..

2. Ghost 1 & 2 (Malaysia)
Drama ini ada dua musim.. lakonan Cheryl Samad yang sangat best.. selama ni aku tak tahu pula yang Cheryl Samad ni pandai berlakon.. tentang seorang wartawan yang boleh nampak hantu dan selesaikan misteri kematian mereka..
Episod : Season 1 = 10 episod
Season 2 = 13 episod
Aku bagi 4.3/5 bintang untuk drama ni..

3. Detektif Conan (Jepun)
Detective Conan (J-Drama)
Drama ni berbentuk live action maksudnya lakonan manusia bukan kartun.. Kalu korang peminat komik Conan boleh layan drama ni..
Episod : 13
Aku bagi 4.4/5 bintang untuk drama ini..

4. Sign ( Korea Selatan )
Image Detail
Drama ini tentang seorang pakar autopsi(bedah mayat) yang mencari pembunuh mayat tersebut. Membedah mayat adalah cara untuk mengetahui bagaimana mereka mati!
Episod : 20
Aku bagi 4.4/5 bintang untuk drama ni..

Jadi bagi sesiapa yang ada masa terluang.. bolehlah layan.. kes2 dia pun menarik..
Tapi bagi aku drama CSI lagi best.. tapi aku tengok kat AXN jer.. tupun time balik rumahlah..

Hidup aku nipun banyak misterinya.. kalau didramakan lagi bagus.. mungkin banyak persoalan yang perlu dikupas.. Biasalh Hidup ini penuh drama..

Assalamualaikum..

p/s: drama hidup anda bagaimana pula?

Sunday, December 11, 2011

Jangan Terlalu Emotional

Assalamualaikum..

Bila aku jalan dalam shopping complex..
semua mata memandang kearah aku..
tak kiralah perempuan atau lelaki..
muda atau tua..
kecik atau besar..
Aku hairan juga mungkin muka aku macam artis korea..
jambu siot sebab tu ramai yang asyik pandang-pandang..
aku sedang mengecapi populariti..
thanks tu my tongkat..
semua orang teruja tengok aku pakai tongkat..
sambil jalan-jalan dalam shopping complex..
agaknya tak pernah kot orang pakai tongkat datang shopping complex..
mungkinkah aku orang yang pertama?

Walaupun keghairahan aku nak menulis dalam blog ni makin berkurangan..
tapi aku still ambil masa lepak2 dekat blog lain..
baca blog yang mungkin punya pengisian yang baik untuk aku..

Ramai sekarang yang tulis ketidakpuasan hati mereka kepada muzik kpop..
aku sebenarnya tidak faham dalam isu ini...
bagi aku kau kita tidak suka..
tak payah tengok atau tak payah dengar..
seperti contohlah..
aku tak suka menonton sinetron yang beratus-ratus episod itu..
tapi kakak aku suka sangat..
jadi aku melarikan diri dari menontonnya dan membuat kerja lain yang lebih berfaedah..

Aku faham setiap orang punya citarasa lain-lain..
jadi kalau citarasa dah tak sama..
tak perlulah nak kutuk atau kondem citarasa orang lain..
awak layan awak punya.. saya layan saya punya..
ni tidak bila orang tak sama dengan citarasa kita..
kita duk luahkan rasa ketidak puasan hati kita..
lepas tu kutuklah orang lain..
bila orang lain terasa dengan kutukan kita..
meledaklah kemarahan depa..

Contohnya bagi mereka yang suka dengan kpop ni..
mereka ni takkan bising kalau takde orang jentik mereka..
klu dah tahu mereka ni dah obses sgt..
tak perlulah nak cari pasal..
sampai akhirnya bergaduh..
keluar semua kata-kata kesat..
tak kisahlh lelaki ke perempuan semua sama naik..
hilanglah perempuan melayu terakhirnya dengan carutan dan makian yang sgt hebat..

Ramai yang tulis artis kpop ni seksilah, buat pembedahan plastiklah, jual muka comellah...
lantak depalah sebab tu cara depa cari makan...
kalau dorang pakai seksi pun dorang tu bukan islam..
sebenarnya sama jer..
korea ke, jepun ker, amerika ke..
semua ada artis-artis seksi..
malahan malaysia dengan indonesia pun ada..

Apa bezanya korang minat SNSD dengan Megan Fox?
Sama jer...
kenapa ramai yang kecoh sebab artis korea..
tapi takde pula orang kecoh tentang artis amerika..
sebab korang minat korang xkutuk..
bila korang minat baru korang puji..

Jadi take it easylah..
kalau dah tak suka biarlah..
tak perlulah nak tulis macam-macam..
last2 dapat carutan dari orang..
kenapa korang suka sangat kena sumpah kena kutuk?

kalau nak buat entri yang lebih berilmiah lagi bagus..
dari buat entri berbaur kutukan..
depa xde buat salah kat hangpa pun kena kutuk...
tupun dapat dosa kot kutuk orang...

ataupun korang tulis macam tu sebab nak naikkan trafik semata2..
mgkn sebab nak kejar trafik sanggup kena kutuk dan kena bahan kaw2..

Janganlah terlalu emosional..
kalau korang tak emosional..
orang lain takkan emosionalkan..

kepada yang terasa terasa plak..
tak perlulah nak emosional sangat samapai lemparkan kata-kata kesat..
walaupun dah biasa cakap atau dah jadi percakapan hari-hari..
hipokritlah sikit..
terutamanya perempuan...
mencarut tu tak baik buat kamu...

aku rasa kalau nak kutuk artis kpop ni..
lebih baik kita nasihatkan artis negara kita dulu..
tak salahkan?

Honestly, aku suka tengok drama-drama korea dan lagu jiwang-jiwang dorang walaupun aku tak paham.. dan aku tak suka lagu joget2 dorang jadi aku tak tgk dan dengarlah.. mudahkan.. kadang-kadang hairan juga.. kalau sesuatu benda yang kita tak suka kita takkan ambil tahukan..
ni tak suka tapi beria sampai buat entri bagai.. kelakarkan..

aku rasa lebih baik korang baca entri SINI..
baru korang2 lagi faham kot..

Assalamualaikum..

Sunday, December 4, 2011

Pandangan Kacak Menonton Ombak Rindu

Assalamualaikum..

It's time to watch movie..
Dan pilihannya OMBAK RINDU?

Semalam aku pergi menonton filem yang diadaptasikan dari novel popular Fauziah Ashari, OMBAK RINDU bersama dengan kakak-kakakku.. dah lama tak tengok wayang..

Filem : Ombak Rindu

Bintang : 4/5 Bintang

Pandangan :

Aku tak pernah baca pun novel ni.. aku pernah baca novel jiwang masa sekolah menengah pun novel BICARA HATI yang aku rasa sgt awesome masa tu.. dengar-dengar nak buat drama.. ok bagi aku filem ini agak best jugaklah.. melihat keterujaan manusia-manusia didlm pawagam itu.. full house masa aku tengok time tu.. Jalan cerita tak boleh pertikailah sebab mmg novel tu bestkan.. lakonan pun bagus cuma kurang boleh terima melihat Maya Karin mengizzahkan dirinya.. tapi kenalah skang kan kat kampung ramai dah orang-orang kampung ada anak pan asia.. sinematografi yang sgt cantik.. dan rasanya berbaloi kot RM10 untuk tonton cerita.. alah kakak aku belanja lagipun..

Tapi dalam kesedapan dan keterujaaan manusia-manusia didalam wayang tu menonton filem ini.. walaupun bergenre melodrama tapi byk juga scene yang boleh buat orang2 tergelak.. bab sedih tu aku mmg tak rasalah.. tapi kakak2 aku of courselah lap2 mata.. tapi takdelah tahap tersedu-sedu..

Antara babak-babak yang aku tergelak.. masa mula2 cerita yang Izzah terbaring kat atas batu dengan layang2.. aku tak paham apa maksud tersirat disebalik kelakuan beliau.. pelik pun ada.. yang kedua time Hariz peluk Izzah kat atas batu tiba-tiba ada bayangan manusia berbaju pink lalu kat belakang tanpa rasa apa-apa.. siapakah manusia pink itu? yang ketiga time Pak Dollah mengajuk ayah Hariz minta Hariz jadi anak dia.. mmmg klaka betol Pak Dollah.. dan yang terakhir si Driver yang blur sambil lap2 kereta tgk Pak Dollah yang marah-marah.. byk lagi scene yang klaka tapi sedih lagi banyaklahkan..
aku rasa macam klaka bila tengok maya karin pakai tudung nampak sekop macam ni..

Masa tengok filem tu tisu mmg tak diperlukan langsung tapi baju sejuk memang perlu.. kesejukkan aku dalam tu.. peringatanlah kena pakai baju sejuk klu tgk wayang nanti..

Pandangan aku berhenti disini..

Assalamualaikum..

Friday, November 4, 2011

Yang Sedang-Sedang Saja

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik hari ini sudah hari Jumaat..
Rasanya baru semalam aku makan Nasi Goreng Seafood..
tapi sebenarnya hari selasa lepas aku makan itu..
dan tiba-tiba teringin benar nak makan kerang bakar..
bukannya mengidam tapi ketagihan..
aku dah jadi seafood addicted especially udang dan kerang..
love it so much!
Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari..
dan hari ini jugalah result diploma pelajar UiTM keluar..
dan buat pertama kalinya dalam lima sem aku belajar..
aku sgt2 excited nak tahu result..
selama ni aku macam blank sikit..
selagi member tak tanya ko dapat berapa..
selagi tulah aku tak tahu aku dapat berapa..
ada tu masa sem dua..
3 hari lepas tu bru aku check result..
mmg pendinglah aku dapat maklumatnya..

Tapi kali ini dari semalam aku dah start ready buka email..
result akan dihantar selepas pukul 12 pada 4 November 2011..
mmg nervouslah aku sampai sakit perut..
aku mmg macam tu kalau ada event penting mesti sakit perut..
Hans cakap aku darah gemuruh..


Akhirnya dekat pukul 1..
satu email dari UiTM masuk..
dan resultnya..
YANG SEDANG-SEDANG SAJA..

aku memang xexpect akan masuk dean list..
dan mmg jauhlah nak sampai tahap itu..
walaupun kekecewaan jelas terpancar..
tapi sekurang-kurangnya aku bersyukur..
sem ini mmg banyak dugaannya..
sebulan lebih tak masuk kuliah..
terperap dalam hospital sampai lali bau ubat..
Alhamdulillah aku lulus semua..
itu yang penting sebab aku nak graduate on time..
jadi sem depan aku akan perbaiki lagi..
better than this..
dan berjaya menjadi jurutera yang baik..

Terima kasih aku ucapkan pada keluarga dan rakan-rakan..
yang membantu saat sukar aku..
tanpa mereka mungkin aku tak dapat nak tempuh semua ni..
mmg banyak kali rasa give up..
tapi kalau kita mengalah..
kita yang akan rugi..
hargailah orang2 yang sentiasa disisi kita..
TERIMA KASIH..

Assalamualaikum..

Thursday, November 3, 2011

Lawak Kampus

Assalamualaikum..

Bagi sesiapa yang pernah baca majalah GEMPAK sama ada beli atau tumpang member punya pasti pernah baca ruangan lawak kampus..

Aku dulu suka beli majalah gempak.. tapi skang aku dah tak beli.. jarang-jaranglah..

Tapi baru2 ini aku menemani kakak aku pergi kekedai buku popular untuk membeli novel baru.. tiba-tiba aku ternampak koleksi lawak kampus yang sangat tebal..

Aku membelinya dengan harga RM 29.90.
memang tebal giler.. lebih tebal dari kamus.. dan lebih tebal dari novel siti rosmizah...

Lawak kampus menggabungkan semua koleksi-koleksi cerita lawak kampus yang telah disiarkan dalam majalah gempak dan juga buku-bukunya.. dan ditambah beberapa cerita baru..

Watak utama didalam lawak kampus adalah Vaness, aditas, si kosong, bepop, froggy dan cikgu noodle serta Xena..

apa yang menariknya tentang lawak kampus adalah karakter2 dalam cerita ini..
jadi siapa2 yang mahu mendapatkan buku ini.. silalah kekedai buku popular sahaja.. kedai buku lain takde yerk..
budak misteri yg tak tahu asal-usulnya.. kelebihannya suka menari..

Assalamualaikum..

p/s : muka aku dah mula naik jerawat.. harap2 tak jadi macam bepop..

Tuesday, November 1, 2011

Ceritera Terindah : Episod 4

Assalamualaikum..

Episod sebelumnya :

*****

Cikgu Azri keluar dari bilik Cikgu Yusoff bersama-sama dengan pelajarnya. Mereka berjalan bersama-sama menuju kekelas. Sudah tiba waktu Cikgu Azri mengambil kelas pelajar tingkatan lima kejuruteraan awam dua. Dalam perjalanan, masing-masing diam seribu bahasa. Wajah guru kelas mereka dipandang kejap-kejap. Takut untuk bersuara. Tiba-tiba Isma berhenti.

“Kenapa Isma?” tanya Cikgu Azri apabila melihat Isma tiba-tiba sahaja berhenti.

“Saya rasa lebih baik kalau kami semua mengaku, kami taknak cikgu terlibat sama. Saya rasa kes macam ini takkan buat kami semua kena buang sekolahkan.” Isma meluahkan pendapatnya.

“Saya pun sokong dengan cadangan Isma!” ujar Ikhwan sungguh-sungguh.

Cikgu Azri tersenyum melihat gelagat pelajarnya. Masing-masing menunggu jawapan yang keluar dari mulutnya.

“Baik sungguh hati kamu semua sebab taknak libatkan saya tapi saya dari semalam lagi sudah terlibat dalam hal ini. Kamu semua jangan risau, apa yang penting kamu fokus untuk belajar. Kamu bukannya bunuh orang, kamu Cuma tersilap langkah saja. Setiap orang buat salah, biarlah kali ini abang besar yang tolong selesaikan masalah kamu semua.” Masing-masing terpegun mendengar kata-kata yang terluah dari mulut Cikgu Azri. Akhirnya senyuman terukir dibibir masing-masing.

“Jom kita semua masuk kelas, hari ini cikgu nak ajar chapter baru. Minggu depan dah nak ujian bulanan. Siapa gagal add math kali ini, cikgu taknak bawa kamu pergi jalan-jalan.” Ujar Cikgu Azri memandang seorang demi seorang pelajarnya.

“Jalan-jalan? Kemana?” tanya Amir ingin tahu.

“Tempat yang akan buat minda kamu jadi lebih segar, sesegar bunga yang mengembang mekar. Jom kita masuk kelas!” ajak cikgu Azri lalu berjalan mendahului pelajar-pelajarnya. Mereka berempat yang sungguh teruja dengan janji yang dilafazkan oleh guru kelas mereka itu terus berlari menuju kekelas.

Nisa masih setia menghadap buku didepannya. Namun, fikirannya bukan pada buku itu tetapi kepada perbualannya ditelefon bersama dengan adiknya petang tadi. Sebenarnya dia sendiri malas untuk menyesakkan fikirannya dengan masalah keluarganya. Namun sebagai anak sulung dia amat diperlukan untuk adik beradiknya yang lain. Ayahnya kini sudah jauh berubah setelah ibunya pergi menghadap ilahi dua tahun yang lalu. Rasa cinta yang menebal terhadap ibu membuatkan ayahnya hilang pertimbangan. Ayahnya masih belum ada tanda-tanda untuk berubah. Bagi ayahnya, ibu masih lagi hidup. Ayahnya seakan-akan tidak dapat menerima kenyataan dan suratan yang telah ditetapkan. Gara-gara rimas dengan sikap ayahnya, dia memohon untuk memasuki sekolah teknik. Alhamdulillah, permohonannya berjaya dan dia berada jauh dengan ayahnya.

Nisa merasakan cinta itu hanya untuk menyakitkan. Kerana cinta ayahnya jadi begitu. Dia sendiri berasa tidak mahu bercinta, dia tidak mahu jadi seperti ayahnya. Kalah dengan kuasa cinta. Sehingga sekarang dia belum pernah bercinta, kadang-kadang dia hairan kenapa orang lain yang sebaya dengannya mudah untuk jatuh cinta. Ramai mengatakan cinta zaman sekolah merupakan cinta monyet. Jadi, apa perlunya bercinta seperti monyet, sepatutnya pelajaran perlu diutamakan. Namun sejak akhir-akhir ini, dia dapat merasakan perubahan pada dirinya. Setiap kali melihat kelibat Isma, hatinya jadi tidak keruan. Inikah cinta? Argh! Nisa menyumpah dirinya sendiri, dia tidak mahu bercinta. Dia mahu tumpukan kepada pelajaran, cinta saja tidak cukup untuk memberinya makanan. Tetapi perasaan ini bukan sesuatu yang mudah untuk dikawal. Perasaan itu sungguh menyesakkan. Buku ditutup.

Isma membatalkan niatnya untuk kedewan makan, perutnya tiba-tiba memulas. Dia berlari menaiki tangga menuju kebilik. Lampu biliknya terpasang, dia yakin pasti ada orang didalam biliknya. Pintu bilik dikuak perlahan. Kelibat seorang manusia yang sedang berdiri menghadap almari pakaian. Syahrafi!

Lelaki itu sedang asyik menatap sekeping gambar sehingga tidak sedar kehadirannya.

“Kau tak pergi makan ke?” ujar Isma sambil menukar seluar treknya kepada tuala.

“Hah? Aku tak lapar.” Syahrafi menyimpan kembali gambar tersebut ditempat asalnya.

“Kau tengok gambar siapa? Awek yerk?” Isma sekadar ingin bergurau. Lagipun atmosfera di dalam bilik itu terasa lain bila masing-masing berdiam diri.

“Bukan!” jawab Syahrafi acuh tak acuh.

Isma duduk di birai katil berdekatan Syahrafi. Dia terlupa yang dia sepatutnya tidak patut berada di dalam bilik pada saat yang genting ini.

“Habis tu gambar siapa? Banyak kali aku nampak kau asyik tengok gambar tu sampai nak berlubang.” Isma ingin juga mengetahuinya. Bukan sekali dia melihat temannya itu menatap gambar tersebut. Kadang-kadang sampai mengalirkan air mata. Pasti ada sesuatu yang yang tersimpan dalam gambar tersebut sehingga temannya itu menjadi begitu sensitif. Dia tidak mahu temannya itu terus bersikap demikian. Memendam perasaan bukanlah seseuatu perkara yang baik. Malah akan memburukkan lagi keadaan. Sebagai rakan dia hendaklah membantu.

“Kau tahu dalam sekeping gambar itu menyimpan 1001 cerita. Jadi kalau aku nak cerita pada kau 30 hari 30 malam pun takkan habis.” Ujar Syahrafi selamba.

“Wah, kau dah pandai bergurau. Tapi ayat kau ayat novel. Jadi kesimpulannya kau taknak berkongsi dengan akulah?” Isma membuat kesimpulannya sendiri.

“Belum masanya lagi. Eh, kau ada bau busuk tak?” tanya Syahrafi tiba-tiba.

“A’ah, adalah. Bau apa yerk?” Isma masih belum sedar.

“Kenapa kau pakai tuala?” tanya Syahrafi.

“Aku pakai sebab aku nak pergi tandas tadi sebab perut aku sakit. Ya Allah! Aku terlupalah. Aku nak berak tadi!” dengan sepantas kilat Isma berlari ke tandas.

Syahrafi ketawa terbahak-bahak melihat tingkah rakannya yang seorang itu. Dia pun rasa senang untuk berbual dengan rakannya itu. Namun belum masanya lagi dia menceritakan kisah peribadinya. Selagi dia masih mampu bertahan, dia akan bertahan.

Isma berehat di depan koperasi sambil makan ais krim pop yang dirasuah oleh Ikhwan untuk menemaninya ke koperasi. Seperti kebiasaan, Ikhwan pasti akan datang melepak ke koperasi sewaktu Afiqah bertugas. Memang dasar ulat bulu. Ikhwan belum tahap buaya lagi.

“Buat apa mencapap depan koperasi ni?” tiba-tiba seseorang datang mengurnya.

“Mencapap? Mana ada, tunggu Ikhwanlah.” Cepat Isma menafikannya. Rupa-rupanya Nisa yang mengurnya.

“Tak nampak pun Ikhwan?” tanya Nisa lagi.

“Ada kat dalam tu. Pergilah masuk. Mana tahu boleh bagi nasihat kat dia,” ujar Isma selamba.

“Nasihat? Kenapa tak awak je nasihat dia?” perbualan dengan Nisa menjadi semakin rancak.

“Dah puas saya nasihatkan dia. Tapi macam biasalah, menasihati Ikhwan bagai mencurahkan air kedaun keladi.”

Nisa ketawa mendengar kata-kata Isma. Di mata Nisa, Isma seorang yang mdah, lurus, naif dan kelakar. Sebab itulah dia berasa senang untuk berbual dengan lelaki itu. Walhal dia tidak pernah berbual selama itu dengan budak lelaki lain.

“Aish, dari dalam lagi aku duk dengar nama aku diseru-seru. Awat korang berdua ni? Mengumpat? Banyak dah ketupat yang siap?” Ikhwan tiba-tiba datang menganggu perbualan mereka.

“Dah siap boleh makan dah. Nisa pun dah kenyang makan. Dah beres dah hal kat dalam?” Isam sugah pun mengangkat bontotnya untuk beredar.

Ikhwan menaikkan ibu jarinya keatas bermaksud semuanya sudah selesai.

“Habis tu habuan aku mana?” Isma menghulurkan kedua-dua belah tangannya kepada Ikhwan.

Satu genggam choki-choki diletakkan dalam tadahannya. Isma tersenyum lebar.

“Jom blah, ok Nisa selamat jalan!” ujar Ikwan lalu meletakkan tangannya keatas bahu Isma. Isma pula asyik menghisap choki-chokinya.

Nisa pula berasa sedikit hampa kerana tidak dapat berbual panjang dengan Isma.

CikguYusoff memandang wajah Cikgu Azri seperti harimau mahu menerkam kuda belang. Namun reaksi Cikgu Azri bersahaja. Apa yang perlu ditakutkan kerana Cikgu Yusoff juga manusia.

“Cikgu Azri rasa hukuman apa yang saya patut berikan kepada anak murid kamu? Gantung? Ataupun Buang terus dari sekolah?” tanya Cikgu Yusoff sambil menggaru-garu kepalanya yang licin itu.

“Saya rasa mereka tak perlu diberi hukuman tetapi peluang. Lagipun saya tak rasa kesalahan mereka terlalu besar untuk digantung atau dibuang sekolah!” jawab Cikgu Azri tenang.

“Tak cukup besar? Kamu tahu perbuatan mereka hampir-hampir memusnahkan sekolah. Bagaimana kalau malam itu sekolah terbakar? Sekolah terpaksa menanggung kerugian yang besar dan imej sekolah juga akan terjejas. Malam itu juga muka sayang cukup tebal bila berhadapan dengan Pegawai Bomba. Saya malu besar!” tengking Cikgu Yusoff sehingganya muka menjadi merah padam.

“Maafkan saya cikgu, tapi saya rasa sekolah tidak menanggung apa-apa kerugian dan imej sekolah juga tidak terjejas disebabkan hal itu. Lagipun pembakaran tersebut dibuat jauh dari bangunan sekolah. Saya akui murid-murid saya salah tetapi kita perlu ambil tindakan yang sewajarnya. Kita perlu tahu alasan-alasan mereka berbuat demikian. Kita tak boleh menjatuhkan hukuman begitu saja. Sekolah tempat kita menuntut ilmu bukan tempat menjatuhkan hukuman. Disinilah mereka akan belajar yang mana salah dan yang mana betul! Sebagai guru, tanggungjawab kitalah untuk membimbing mereka.” terang Cikgu Azri panjang lebar.

“Saya sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid merangkap guru disiplin yang akan mebuat keputusan. Kamu cuma guru biasa Cikgu Azri. Kamu boleh keluar sekarang!” sinis kata-kata yang dilemparkan oleh Cikgu Yusoff.

“Sebelum saya keluar, boleh saya cakap sesuatu? Memang cikgu ada kuasa tapi jangan terlalu memudahkan kuasa yang cikgu ada sebab kadang-kadang kuasaitu akan memakan diri sendiri. Sebenarnya cikgu tak marahkan budak-budak tukan tapi cikgu masih menyimpan dendam. Dendam itu juga akan memakan diri cikgu juga.” Selesai berbicara Cikgu Azri keluar dar bilik cikgu Yusoff.

Peristiwa sepuluh tahun lepas masih menganggu Cikgu Yusoff. Disebakan pelajar dia kehilangan orang yang disayanginya.

BERSAMBUNG..


Assalanualaikum..

p/s: dah lama baru sambung.. ada permintaan dari seseorang.. :D

Friday, October 21, 2011

Cinta Harus Memiliki

Assalamualaikum..

Pulanglah dengan selamat kerana aku seorang penakut. Aku takut tanpamu, sisa kisah kita akan menjadi mimpi yang mati. Maaf dari hati kerana tak dapat menjemputmu kerana terpaksa mengharungi ujian hidup yang luar biasa. Jika kau selamat sampai kita berdua bersatu tetapi jika sesuatu berlaku, beribu sesalan kurasakan. Ingatlah cinta harus memiliki dan aku tak mahu talking to the moon setiap hari. Pandulah dengan selamat, ingatlah cinta matiku.
Pesanan khidmat masyarakat dari Kacak.

Pulanglah - Awie Rafael
Penakut - Yuna
Sisa Kisah Kita - Lena
Mimpi Yang Mati - Bliz
Maaf Dari Hati - Sofaz
Ujian Hidup - Imam Muda
Luar Biasa - Shahir
Berdua Bersatu - Forteen
Beribu sesalan - shila amzah
cinta harus memiliki - anuar zain
Talking to the moon - Bruno mars
Cinta matiku - sixth sense

Hahah.. bersusah payah aku buat semua ini.. tapi ni semua sebab hanie dan jue.. puas aku cari lagu2 kat malaysia ni.. agak mengarut tapi aku sahut cabaran mereka berdua.. ok aku dah VOICE IT! Suarakan

siapa-siapa yang nak join khidmat pesanan masyarakt ni.. joinlah segmen Hanie dan Jue.

Selain lagu Talking To The Moon tu.. aku suka layan lagu Cinta Harus Memiliki dari Anuar Zain.. Dari banyak2 lagu dalam album dia tu.. satu saja aku suka..

Sejauh ku berlari
Meninggalkan dirimu
Masih bayangmu yang menawan
Sekuat ku mencoba
Melupakanmu kasih
Lalu Mengapa ku tak sanggup

Pre Chorus:
Adakah waktu tak berpihak
Atau memang sudah jalannya
Untuk kita terpisah
Selamanya

Chorus:
Ku tak percaya kita
Cinta tak harus memiliki
Lalu mengapa?
Hati terasa sakit
Sekeras ku berfikir
Mencari alasannya
Semakin jauh ku terluka
Adakah waktu tak berpihak
Atau memang sudah jalannya
Untuk kita terpisah
Oh…

Chorus:
Ku tak percaya kita
Terpisah karena berbeda
Ku cuma berdiri kaku hampa
Kau didakap mesra si dia
Semuanya pudar tak bermaya
Kau tinggalkanku memujamu
Ibarat suria hilang cahaya

Chorus:
(Dan kau kembali cuba merawat hati)
(Ku bingung dikau kah atau aku yang kecewa)
Meraih simpati
Apa yang mengaburi tafsiranmu
Cintaku atau batas kebebasanmu itu
Takkan ku ulangi
(Dan kau kembali cuba merawat hati)
(Ku bingung dikau kah atau aku yang kecewa)
Meraih simpati
Apa yang mengaburi tafsiranmu
(Cintaku) atau batas kebebasanmu itu
Takkan ku ulangi

Sekarang musim berjiwang.. sebab tulah lagu slow2 motion ni menarik jiwaku ini.. Dalam hati ada Taman.. Sekarang Si Kacak dah ada Si Manis..

Assalamualaikum..

Wednesday, October 19, 2011

Talking To The Moon

Assalamualaikum..

Hampir dua minggu cuti sem bermula..
Sekadar berada dirumah..
bukannya asing rumah itu bagi aku..
tetapi bila bertambah ahlinya..
aku pula yang terasa terasing..

Pergerakan yang terbatas..
cukup buat aku jadi lebih sensitif..
aku lebih suka berdiam dari bersuara..
kerana aku takut sesuatu yang kasar bakal melepasi kawalanku..

Bila menyendiri..
lagu menjadi temanku..
dan aku suka dengar lagu TALKING TO THE MOON by BRUNO MARS


I know you’re somewhere out there
Somewhere far away
I want you back
I want you back

My neighbors think I’m crazy
But they don’t understand
You’re all I have
You’re all I have

At night when the stars
Light on my room
I sit by myself

Talking to the moon, tryin’ to get to you
In hopes you’re on the other side talking to me too
Oh, am I a fool who sits alone talking to the moon

I’m feeling like I’m famous
The talk of the town
They say I’ve gone mad
Yeah, I’ve gone mad

But they don’t know what I know
‘Cause when the sun goes down
Someone’s talking back
Yeah, they’re talking back

At night when the stars
Light on my room
I sit by myself

Talking to the moon, tryin’ to get to you
In hopes you’re on the other side talking to me too
Oh, am I a fool who sits alone talking to the moon

Do you ever hear me calling?

‘Cause every night
I’m talking to the moon, still tryin’ to get to you
In hopes you’re on the other side talking to me too
Oh, am I a fool who sits alone talking to the moon

I know you’re somewhere out there
Somewhere far away



walaupun liriknya langsung tak ada kena mengena dengan aku..
cukuplah hati ini terasa terhibur..

Assalamualaikum..

Tuesday, October 18, 2011

Pandangan Kacak Tengok Wayang - Al Hijab

Assalamualaikum..

Fuh! Habis dah nervous test muet tadi..
speaking test tadi bersama2 tiga gadis jelita rupawan..
thanks sebab tolong si kacak yang OKU sikit ni..
tak lama lagi nak kembali normal..

Ok..
Haritu si kacak pergi tengok wayang..
mulanya taknak pergi..
sebab pakai tongkat macam ni susahlah..
tapi sebab kesiankan kakak nak tengok sgt cerita hantu ni tapi takut..
temanlah juga mana tahu boleh hempuk hantu tu pakai tongkat..

Memang dah aim nak tengok Filem Al Hijab..
dah lama tak tengok cerita hantu ni..
sebelum nak bagi pandangan nak bagitahu sikit..
setahu si kacak hijab ni ada dua maksud..
yg pertama hijab yang dikenali sebagai penutup kepala wanita islam..
dan satu lagi hijab dimata setiap manusia yang merupakan penghalang daripada kita melihat alam lain..

Filem Hijab ni pula semestinya tentang mata kita tukan takkan nak buat hantu tudung pula.. tapi mustahil ada..
contohnya orang2 yang curi tudung tu hantu2lah belaka..

ok2..
pandangan si kacak..
permulaan cerita dia agak lambat..
jadi agak bosan sikit..
tapi dekat2 nak setengah cerita barulah menjelma hantu2nya..
hantu dlm filem ni improve sikit dari hantu2 filem lain..
dan jalan cerita agak baik..
jadi sikacak bagi 3.5/5 bintang untuk cerita ni..
cerita ni xdelah seram manapun..
tapi oklah dari filem2 seram yang lainkan..
so pilihan koranglah nak tengok ke tak..
filem ini dibintangi Pierre Andre dan Nur Fathia..

Assalamualaikum..

Saturday, October 8, 2011

Kisah Detektif Kacak


Assalamualaikum..

Kadang-kadang bukan semuanya fantasi akan tetap berfantasi..
bila perkara yang tidak dijangka berlaku..
barulah kita baru mula menerima realiti..
seperti kata orang drama, filem dan novel hanyalah rekaan dan khayalan penulis semata-mata..
namun bukan senang untuk berimaginasi tanpa melaluinya..
ada yang benar dan ada yang ditokok tambah serta dihiasi cantik dengan imaginasi kreatif sang penulis..

Ok.. daripada aku terus melalut..
aku ingin lepaskan kelegaan aku..
akhirnya berakhirnya final exam untuk semesta ke-5..
terlalu banyak suka dan duka..
gelak ketawa dan stress yang terpaksa ditempuhi..
Alhamdulillah walaupun terasa sakitnya ia tetap berjalan dengan baik..

Sebagai peminat cerita2 penyiasatan seperti CSI dan Detektif Conan..
aku selalu berimaginasi untuk jadi salah seorang dari mereka..
mungkin sebagai Horatio ataupun Conan..
tapi hidup tak best jadi orang lain..
jadi aku lebih suka jadi Detektif Kacak..
Satu kisah benar...
ini realiti bukan fantasi..
seperti kebanyakan mereka yang selalu tinggal dikawasan asrama..
banyak barang yang akan kehilangan..
yang pastinya itu kerja manusia..
laptop, handphone, mp3 dan iphone antara barang yang terlaris..
aku banyak juga kehilangan..
contohnya kasut, selipar, boxer, seluar pendek, sabun mandi dan bermacam lagi..

Satu hari...
seorang 'criminal' telah diaim..
sekarang kita tak boleh guna pakai mulut..
selagi tiada bukti atau saksi..
semuanya jadi sia-sia..
dan Detektif Kacak mula meyertainya..
Ok, fine mula2 aku tak masuk campur..
tapi bila bilik aku menjadi tempat meeting..
aku join sekali..
dan akhirnya kami berjaya mendapatkan bukti..
dan mereka yang bersalah terpaksa mengakuinya..
selepas itu aku tak tahu apa yang berlaku..
tapi aku adalah antara orang yang meyertai penyiasatan itu..
Bagaimana kami mendapat bukti?
Apa yang terpaksa kami lalui untuk dapatkan bukti?
biarlah rahsia.. hahah..
anda patut mengalaminya..
ia penuh dengan debaran..
itulah Kisah Detektif Kacak..

Assalamualaikum..

p/s: masih berkira-kira.. perlu kesambung dalam bidang forensik pula?

Thursday, September 29, 2011

Kisah Si Kacak, Si Smart dan Si Comel

Assalamualaikum..

Si Kacak : Wei, tengok tu! Cantik siot perempuan tu. Macam muka Yoona SNSD versi pakai tudung bawal.



Si Comel : A'ah.. cantik gila!

Si Smart : Alah, perempuan macam tu mesti hantaran tinggi.

Si Kacak : Sampai situ dah kau fikir. Kau dah nak buat bini ke?

Si Smart : Yelah, aku nak isteri terus. takde masa nak bercinta lama-lama.

Si Kacak : Kita belajar lagilah. kerja pun belum tentu dapat. entah-entah tanam anggur.

Si Smart : Aku comform aku akan dapat kerja.

Si Kacak : Yakin betul kau yerk!

Si Smart : Mestilah!

Si Kacak : Kalau kau yakin sangat, jom kita tengok siapa yang boleh dapat nombor telefon dia dulu.

Si Smart : Aku no hal.

Si Kacak : Ok. Siapa kalah jadi hamba selama seminggu. Deal?

Si Smart : Deal!

Si Kacak : Kejap, mana Si Comel?

Si Smart : Entah!

Si Comel : Wei, aku dah dapat nombor telefon dialah. Nama dia Hanie Jue!

p/s: sekarang ni siapa cepat dia dapat..

p/s : mungkin dari kisah benar kot.. hehehe..

jom layan video klip best ni!



Assalamualaikum..

Tuesday, September 27, 2011

Kisah Kim Tak Goo dan Seo Tae Joo

Assalamualaikum..

Kim Tak Goo dan Seo Tae Joo merupakan adik beradik yang berlainan ibu..
Kim Tak Goo seorang yang sangat baik dan penuh dengan impian..
Manakala Seo Tae Joo pula hidup dengan penuh kesunyian dan penuh dendam hanya semata-mata mahu mendapatkan kasih sayang seorang ayah..
Kewujudan bagaikan tidak perlukan..
dia hidup hanya untuk merealisasikan impian ayahnya..
namun ayahnya tetap mahukan Kim Tak Goo mewarisi syarikatnya..
pengorbanannya bagaikan sia-sia..
hinggakan dia bertukar menjadi lebih teruk..
malah hidupnya selalu dikonkong ibunya...
dia sentiasa perlu patuh dengan kata-kata ibunya yang sangat membenci Kim Tak Goo..
dia tidak peduli dengan kata-kata orang..
"Perangai kau macam dajjallah!"
Malah ada yang melemparkan kata-kata nista padanya..
"Sejahat-jahat jin, sebaik-baik kau Seo Tae Joo!"
dia tidak langsung peduli dengan kata-kata itu..
sebab dia hidup bukan itu mereka..
hidup dia adalah untuk dirinya sendiri dan juga kasih sayang ayahnya..

Namun segala usahanya bagaikan sia-sia..
nasib sentiasa menyebelahi Kim Tak Goo..
dia hanyalah manusia yang takkan pernah berjaya menandingi abangya itu..
akhirnya dia mengambil keputusan merampas wanita yang dicintai abangnya itu..
dalam dia cuba mendapatkan gadis itu dia jatuh cinta..
dan wanita itu menjadi miliknya..
Kim Tak Goo berasa kecewa..
separuh jiwanya hilang..
dia hidup selama ini daripada kekuatan wanita itu..
namun dia redha dengan pilihan wanita itu yang memilih adiknya..

Walaupun Seo Tae Joo berjaya memiliki wanita itu..
dia tetap tidak merasa bahagia..
kerana wanita itu tidak mencintainya tetapi mendekatinya hanya untuk membalas dendam kepada ibunya..
semakin hari wanita itu semakin teruk..
ibunya mnjadi terlalu tertekan..

Satu hari...
ayah dan ibunya bergaduh...
satu rahsia terbongkar..
dia bukan anak ayahnya..
hancur hatinya..
patutlah layanan ayahnya sangat lain padanya..
ayahnya tidak pernah memandang kematanya apabila bercakap..
ayahnya rebah..
dia datang membantu dan memapah ayahnya masuk kedalam bilik..
setelah ayahnya baring keatas katil dia menuju kepintu..
dan sebelum dia pergi..
"Maafkan saya kerana dilahirkan dimuka bumi ini!"

Akhirnya Kim Tak Goo dan ayahnya hidup bahagia..
tapi bagaimana pula nasib Seo Tae Joo?
adakah dia memiliki kebahagiaan...

*****

Setiap perbuatan manusia itu ada sebabnya..
dan kadang-kadang mereka melakukannya diluar kawalan mereka..
namun mereka yang jahat tidak akan jahat selamanya..
dan mereka yang baik tidak akan baik selamanya..
hanya kerana manusia itu akan berubah..
sebab pilihan semuanya ditangan manusia itu sendiri...

Assalamualaikum..

p/s: Seo Tae Joo hidup bahagia juga akhirnya dengan wanita itu..

Monday, September 26, 2011

Just Because

Assalamualaikum...

Just because I want drink the water..
it doesn't mean I can drink it..
Just because I want to get best Result in my exam..
it doesn't mean I can success well..
Just Because I want my life is better..
it doesn't mean my life will be smooth all the time..

JUST BECAUSE..
it happens naturally..

and..

JUST BECAUSE..
my life and english writing is so sucks!

Assalamualaikum..

Saturday, September 24, 2011

What A Sad Story

Assalamualaikum..

Bila musim exam macam ni.. perkara macam ni selalu berlaku..
kenapalah kena ada hafal menghafal ni.. adoi..
tak cukup masa untuk memahami?
So sad... hahaha..

Assalamualaikum..

Sunday, September 18, 2011

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum..

Sebelum kesibukkan bermula..
aku nak update entri sempena hari perkahwinan kakak sulungku..
kali pertama keluarga aku mengadakan majlis begini..
dan majlis2 ini akan menyusul lagi pada tahun depan..

Esok Final exam bermula..
masa inilah nak cari nota yg ditulis dicebisan2 kertas..
kalau dulu aku tulis dalam buku tulis yang bdk sekolah rendah bawa tu..
lepas aku kena kutuk dengan lecturer..
terus aku pakai texpad yang sekeping-sekeping tu..
tapi bila dah guna kertas macm tu..
memang berterbangan entah kemana-mana..
masa2 macam nilah aku nak kena cari dan kutip nota yang mana patut..
Aish... tak sistematik langsung..

Ok aku nak cerita hal kahwin..
dah melalut hal lain..
tapi sebelum tolong doakan aku jawab dengan baik final nanti..
ok kawan2..
kakak aku guna tema biru air laut..
cis aku baru nak guna warna tema tu..
kelabu tahi anjing masih available lagi..
siapa2 yang nak jadi bini aku kena suka warna kelabu tahi anjing okay..
dan pengapit perempuan itu merupakan kakak aku yang ketiga..

yang pakai baju kurung warna biru air laut tu kakak aku no. 2 yang bakal menyusul jejak langkah kakak aku yang sulung pada tahun depan..
satu2 kakak aku meninggalkan adik lelakinya yang kacak ini sendirian..

Oleh kerana aku tak mampu nak menolong sangat dan rasa begitu terkilan..
aku hanya mampu menunjukkan wajah sebegini..
kacak kan?

Assalamualaikum..

p/s: Thanks to JUE and HANIE kerana sebut nama mr. syah dalam vlog korang.. aku rasa tu mmg aku dah kot.. hahah..

p/s: rasa mcm nak buat vlog tapi suara aku sedap sangat.. kena tggu beberapa tahun lagi.. hahah..

p/s: masih menunggu mood untuk study... please come to papa..

p/s: tadi rumah sewa aku buat open house.. makan ayam bbq sedap giler.. aku mkn sikit je dalam 5 ketul macam tu..

Wednesday, September 14, 2011

Keimanan Cinta


Assalamualaikum..

Keimanan Cinta merupakan sebuah drama bersiri yang diadaptasikan dalam sebuah novel yang ditulis oleh Murni Asra.
Drama ini ditayangkan si Slot Ratu TV9 pada pukul 8.30-9.30 malam setiap hari isnin dan selasa..

Sinopsis :

Menghidapi penyakit yang boleh membawa maut adalah sesuatu yang tidak dijangka oleh Fazura. Allah SWT telah memberi satu dugaan terhebat kepadanya selain daripada kematian ibu bapanya. Namun, Fazura redha dengan ketentuannya kerana setiap titis darah, hembusan nafas dan degupan jantungnya adalah milik Yang Maha Esa. Dialah yang lebih berhak ke atas kehidupan setiap hamba Nya.

Pertemuan Fazura dengan Tan Sri Yong, seorang ahli perniagaan berbangsa Cina yang merupakan salah seorang hartawan Malaysia sesuatu yang tidak dijangka. Menikahi cucu hartawan itu pula langsung tidak pernah terlintas dalam fikirannya. Kini Allah SWT telah memberinya peluang untuk bercinta kepada kaum adam dengan satu ikatan perkahwinan yang suci.

Perkahwinan tanpa dimulakan dengan cinta… hanya petunjuk daripada Allah SWT. Setelah memohon pada Nya,akhirnya Fazura nekad untuk berkahwin dengan Alan. Namun, ada hati insan lain yang memendam rasa tanpa disedari oleh Fazura. Bagi Azman, wanita sebaik Fazura bukan sepatutnya dimiliki oleh lelaki seperti Alan. Namun, adakah dirinya sesuai untuk wanita seperti Fazura? Dalamkah ilmu agamanya untuk bergandingan dengan Fazura?

Jessica yang muncul dalam kehidupan Fazura sedari kecil mula merasakan manisnya KEIMANAN CINTA Fazura. Setiap insan yang muncul dalam diri Fazura akan menyayangi insan ini. Sempatkah untuk Fazura menyaksikan KEIMANAN CINTAnya subur mekar dalam setiap jiwa insan-insan di sekelilingnya? Kelmarin adalah sejarah, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan dan misteri… Saksikan kesudahannya.

Drama ini menarik bagi aku sebab aku dah layan sampai episod 3..
drama ini semua sekali ada 10 episod..
masih lagi ditayangkan di TV9..
bukan senang aku nak layan drama melayu..
Nora Elena pun aku tengok gitu-gitu saja..
cuma dulu aku layan drama Juvana...
sekarang drama ini pula lagipun heroin cerita ini merupakan Cikgu Zakiah dalam drama Juvana..

Selalu layan drama Korea..
sekali sekala layan drama melayu pula..
Selamat menonton..

Kalau nak download drama ni boleh klik SINI

Assalamualaikum..

Tuesday, September 13, 2011

Panic Disorder atau Agoraphobia


Assalamualaikum..

Sebelum melangkah ke alam universiti..
aku menghidap sejenis penyakit..
yang aku sendiri tidak tahu apa namanya..
dan setelah aku cari dan gali akhirnya aku jumpa penyakitnya..

Tetapi aku sendiri tidak pasti sama ada aku menghidap PANIC DISORDER atau AGORAPHOBIA.. sejenis penyakit psikologi.. aku sudah hampir sembuh...
aku sendiri tidak tahu bila penyakit ini bermula..
Semasa aku menjadi ketua pengawas disekolah rendah..
aku boleh berdiri dihadapan orang ramai dan menyampaikan ucapan..
mungkin biasa kita lihat ramai yang tidak berani memberikan ucapan dikhalayak ramai..
tetapi aku mula tidak dapat berinteraksi dihadapan orang ramai apabila aku melangkah kealam sekolah menengah..

aku tidak boleh berada dalam kalangan orang ramai bila bersendirian..
contohnya didalam shopping complex..
dada aku akan jadi berdebar-debar..
nafas terasa sesak..
mula terasa pening-pening..
takut melihat orang ramai...
disebabkan itu aku jarang keluar rumah..
menjadi kemusykilan apabila seorang anak teruna duduk dirumah tanpa bergaul dengan anak-anak polis yang lain..
aku hanya terperap dirumah sepanjang masa..
bertemankan buku dan juga televisyen..
apabila aku masuk ke asrama..
aku tidak punya masalah..
mungkin kerana aku punya kenalan yang aku kenal..
aku tidak punya masalah bila aku bersama dengan orang..
tapi penyakit aku datang bila aku bersendirian bersama-sama dengan orang-orang yang tidak dikenali dalam jumlah yang sangat ramai..

Semakin lama penyakit aku jadi makin parah..
dan aku mula takut ia menjadi lebih parah..
apabila aku keluar dari rumah dan orang2 disekeliling memandangku..
aku jadi terlalu malu..
nafasnya aku tidak seimbang...
aku jadi takut terhadap orang-orang sekeliling aku..
lalu aku masuk semula kerumah..
banyak kali juga aku disindir abang dan kakak aku..
bila aku menolak untuk membuang sampah diluar kawasan rumah..
"Macam paparazi nak ambil gambar!"
aku tidak kisah dengan sindiran itu..
tapi sememangnya aku tidak dapat mengawalnya..

Akhirnya aku mengambil keputusan untuk mengubati penyakit ini..
aku beranikan diri untuk keluar dari rumah sendirian..
aku pergi ke shopping complex sendirian..
mulanya ianya amat sukar..
namun aku tetap mencubanya setiap hari..
dan penyakit aku akhirnya berkurangan..

Setelah mengkaji dengan bersumber maklumat internet..
aku rasakan penyakit aku lebih kepada AGORAPHOBIA tetapi aku juga punya simptom2 PANIC DISORDER..

Panic disorder
Panic disorder is a type of anxiety disorder in which you have repeated attacks of intense fear that something bad will occur when not expected.

A panic attack begins suddenly, and most often peaks within 10 - 20 minutes. Some symptoms may continue for an hour or more. A panic attack may be mistaken for a heart attack.

Panic attacks may include anxiety about being in a situation where an escape may be difficult (such as being in a crowd or traveling in a car or bus).

A person with panic disorder often lives in fear of another attack, and may be afraid to be alone or far from medical help.

People with panic disorder have at least four of the following symptoms during an attack:

Panic attacks may change behavior and function at home, school, or work. People with the disorder often worry about the effects of their panic attacks.

Simptom2 yang dialami oleh orang yang mempunyai penyakit panic disorder banyak aku alaminya.. ia berlaku bila aku sendirian didalam kawasan orang ramai...

Agoraphobia
agoraphobia is a condition which develops when a person begins to avoid spaces or situations associated with anxiety. Typical "phobic situations" might include driving, shopping, crowded places, traveling, standing in line, being alone, meetings and social gatherings.

Agoraphobia arises; from an internal anxiety condition that has become so intense that the suffering individual fears going anywhere or doing anything where these feelings of panic have repeatedly occurred before. Once the panic attacks have started, these episodes become the ongoing stress, even when other more obvious pressures have diminished. This sets up a "feedback condition" which generally leads to increased numbers of panic attacks and, for some people, an increase in the situations or events which can produce panicky feelings. Others experience fearful feelings continuously, more a feeling of overall. discomfort, rather than panic.

A person may fear having anxiety attacks, "losing control", or embarrassing him/herself in such situations. Many people remain in a painful state of anxious anticipation because of these fears. Some become restricted or "housebound" while others function "normally" but with great difficulty, often attempting to hide their discomfort.

Agoraphobia, then, is both a severe anxiety condition and a phobia, as well as a pattern of avoidant behavior.

Tetapi Agoraphobia lebih tepat menjelaskan keadaan aku.. aku pun sendiri tidak tahu bagaimana aku boleh menghidapi penyakit ini.. sedangkan adik beradik aku yang lain normal sahaja..
namun begitu setelah usaha yang aku lakukan mendatangkan hasil.. walaupun ia masih ada dan kadang-kadang menyerang aku.. tetapi ia masih terkawal.. aku harap beberapa tahun lagi aku akan sembuh dari penyakit ini.. InsyaAllah.. aku mahukan hidup yang berkualiti.. Allah tidak akan mengubah seseorang itu jika mereka tidak berusaha mengubah diri mereka.. dan Alhamdulillah usaha aku mendatangkan hasil..

Bagi mereka yang pernah mengalami penyakit seperti ini.. janganlah gusar kerana penyakit ini boleh diubati.. malah ada orang yang telah sembuh dari penyakit ini mampu berjaya dari mereka yang normal.. kita cuma perlu melawannya...

Assalamualaikum..

suber di SINI dan SINI dan SINI

p/s: sorrylah tak translate.. aku faham je walau dalam bi tapi nak translate payahlah sikit.. aku tahu korang fahamkan..