Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Friday, December 31, 2010

Selamat Tinggal 2010

Assalamualaikum..

Pejam celik pejam celik hari ni merupakan hari yg terakhir utk tahun 2010..
byk perkara yg telah kita lalui..
sama ada perkara2 itu memberikan kenangan manis atau pahit buat kita..
dan setiap perkara yg lepas akan menjadikan kekuatan untuk harungi perkara yg akan datang..

Tahun 2010 ini mmg byk mewarnai hidup aku sebagai blogger..
walaupun aku ni cuma blogger biasa2 saje(xpopular).. kah3..
tapi aku ttp suka menulis..
kdg2 blog ni tmpat aku meluahkan rasa yg terbuku dihati..
sekurgnya aku rasa lega dapat luahkannya disini..
daripada aku terus menyimpannya.. tapi setiap perkara pasti ada hadnya..

lagipun aku suka pergi ke blog org lain..
suka dgr citer dalam dan luar mereka..
setiap manusia itu berbeza bukan..
jadi setiap cerita mereka mmg berbeza..
dan aku sukakan perbezaan itu...

Ok aku nak ceritakan perjalanan aku sbg blogger selama setahun setengah ni..
aku start buat blog pada tahun 2009..
10 April 2009..
tarikh mula2 aku buat blog..
tapi pada tahun tu aku bukanlah seorg blogger yg aktif..
tulis pun perkara budak2 lagi..
bila aku melangkah ke universiti..
blog ditinggalkan macam tu jer..

Masuk saja tahun 2010..
masa cuti sem masa tu..
barulah aku nk bergiat aktif dlm blog..
masa tu baru aku tahu ada nuffnang..
rasanya bulan 6 haritu aku start pasang nuffnang..
tapi aku xpernah cash out lagi.. sbb xsampai dia punya had pengeluaran.. kah3..
tapi aku xkesah..
klu ada, adalah...

Aku juga xpernah join mana2 gathering lagi..
mgkn belum cukup keyakinan tuk berhadapan dgn org baru..
klu korang prnh baca entri2 aku sebelum ni..
mesti korang dah boleh baca mcm mana perangai dan sikap aku..

Ok tu jelah cerita aku sbg blogger pd tahun ni..
aku harap tahun depan aku menjadi blogger yg lebih baik..

Tahun ni plak.. adalah tahun yg plg byk aku pergi jalan2..
aku ni sebenarnbya mmg suka pergi mengembara..
sebab tulah aku nak sgt masuk THE AMAZING RACE ASIA..
sebab aku boleh pergi tempat2 yg aku xpernah pergi..

Tahun aku dapat pergi TAMAN NEGARA, GAMBANG WATERPARK dan KUALA LUMPUR..
keala lumpur pun susah nak pergikan.. kah3..
kalau aku pergi KL mahu sesat rasanya..
tapi tahun ni aku pergi KL sekali..
sempatlah pergi lowyat, times square dan midvalley..
tulah kali pertama aku pergi sana..


gmbr2 kat atas semuanya kat KL.. sape yg biasa kat KL tu mesti tahu kat mana aku pergikan.. haha.. kah3..

seterusnya sorotan gmbr2 aku tahun 2010.. selamat enjoy.. lama dah aku xpublish gmbr sendiri dlm blog ni.. kah3..



Dan tahun ni juga byk kenangan yg agak menyedihkan..
mak aku sakit tapi skang dah ok sikit..
dan kehilangan kawan aku baru2 ni..

tahun ni jugak 2 0rg kakak aku telah bertunang..
mgkn tahun depan dorg bakal kahwin..

Apa2pun semuanya akan menjadi kenangan buat aku..
SELAMAT TINGGAL 2010..

Assalamualaikum..

Tolong Jangan Dampingi Aku

Assalamualaikum..

Wah tajuk entri bukan kemain lagi.. ada ke yg nak mendampingi aku? mestilah ada akukan jejaka yg kacak.. hahah.. poyo2..

Ok2 aku xnk melalut nanti korang meluat pula..
hari ni aku keluar malam sebab aku baik hati nak support tiket wayang utk member aku.. tapi dia kena support transport dan popcorn berserta soft drink... adilkan... bagus3..

Aku mmg dah aim nak tgk citer DAMPING MALAM ni..
sebelum aku nk bagi tahu sama ada cerita ni best atau tidak..
aku nak cerita benda lain dulu..
aku agak terkilan sbb aku xdpt tgk permulaan cerita..
aku dgn kawan aku lambat 20 minit...

yelah nak tgk pukul 8.25 tapi traffic jammed teruk sgt kt bandar kuantan waktu malam..
mentang2lah esok cuti.. semua pakat nak berjimba pada malam jumaat...
entah apa2 termasuklah aku.. hehe..
Jadi sepanjang yg aku tgk cerita ni..
dari aku start tgklh sbb akukn lewat..
jalan cerita ni dah menarik..
tapi olahan dia kuranglah..
menceritakan ttg hantu pendamping..
aku trylh google gmbr hantu pendamping..
aleh2 keluar gmbr ni..
comelnyer pendamping ni yerk..

ok2 berbalik pada cerita tu..
babak seram dlm ni mmg kurang..
perasaan terkejut lgsg xde.. akulh yg xterkejut.. ada je aku dgr org menjerit2.. siap meraung lagi... hahah.. bajek beranilh ni..
hantu pun make up simple2 jer..
tapi satu yg aku suka..
aku dpt apa yg cuba disampaikan dlm cerita ni..

Aku cerita serba sedikit je ttg filem ni..
WAdi dan Ku Khalira berkahwin dan punya seorang anak yg bernama Nuraiza..
dan mak saudara Ku Khalira, Umi Siah juga duduk bersama-sama dgn mereka sekeluarga..
keluarga mereka ni mmg berjaya dan kaya harta tapi bukan agama..
kisah bermula bila anak dia start masuk asrama penuh..
salah seorang keluarga dia telah membuat perjanjian dgn hantu pendamping..
dan org itu telah melanggar janji..
dan salah seorang dlm keluarga tersebut telah terkorban..
agak sedihlah tapi xsampai nak nangis..

Aku bagi filem ni 3.5/5 bintang..
jalan citer dah mantap..
tapi olahan dia kurang.. dan citernyer xseram sgt..

Okalah aku tulis malam2 ni..
tolonglah jgn ada yg dampingi aku.. hehe..

Assalamualaikum..

Thursday, December 30, 2010

Terharu Sangat-Sangat

Assalamualaikum..

First2 sekali korang dah tgk header baru aku tu..
header tu khas dibuat utk aku...
aku dh jatuh cinta tgk header yg dibuat oleh Raji...
blog beliau prettylikelife..
terima kasih byk2 bro..
aku sungguh-sungguh terharu..
dan yg paling best kau buat free jer utk aku..
siapa xsuka yg free kan.. hehe..

Raji telah buat dua desing utk header aku..
dan aku kena pilih yg mana satu..
dan aku suka kedua2nya..
tapi yg paling aku suka yg aku letak kat header tu..

first design

second design

thanks byk2 bro..
jasamu sentiasa dikenang..
rasa nk nangis plak.. hahah...
ni merupakan adiah arijadi aku 3 hari lagi..

Assalamualaikum..

Wednesday, December 29, 2010

Semuanya baik! Semuanya baik! MALAYSIA menang!

Assalamualaikum..

Akhirnya Malaysia menang Piala AFF Suzuki dgn aggregate 4-2..
walaupun agak terkilan sedikit sebab pada pusingan kedua ini Malaysia kalah 2-1..
namun itu tidak membuatkan aku kecewa malah bangga dengan kejayaan Malaysia kali ni..
teruskan dgn semangat juang ini Pemain Malaysia..
dan pujian harus diberikan buat mereka terutamanya Safee Sali dan Khairul Fahmi yg bermain dgn cemerlangnya..

Separuh masa pertama mmg memberi debaran sekali.. aku jadi xsenang duduk.. yelah gawang gol kita menjadi sasaran pemain indon yg begitu aktif sekali..
tapi bila masuk separuh masa kedua hati jadi lebih tenang ditambah dgn jaringan yg dilakukan oleh Safee Sali.. good job!

teringat tadi aku tgk cerita 3 Idiots lagi sekali petang tadi kat Channel 110..
Semuanya Baik! Semuanya baik! masih terngiang2 lagi kat telinga aku dialog tu..
sampai masa perlawanan sebentar tadi aku pun sibuk cakap macam tu..
sekurangnya2 rasa gelisah tu berkurangan..
Tahniah Pasukan Malaysia! 100,000 us dollar milik anda!

Sebenarnya tadi aku malas nk tgk..
sebab bukan takut Malaysia kalah..
tapi setiap kali aku tgk perlawanan bola ni..
setiap pasukan yg aku tgk mesti kalah punya..
tgk tadi tu Malaysia dah kalah.. tapi aggregate Malaysia menang..
jadi lepas ni aku kena fikir byk kali kalau aku nk tgk ke tak lepas ni.. hahaha..

Tadi aku nak sgt tgk mana kelibat Julia Perez..
tapi enggak ketemu cuma wajah Luna Maya yg sempat jadi tatapan..
Ah! lupakan minah2 indon itu.. aku lebih suka tgk Lisa Surihani dgn Heliza lagi..
dorang lagi cun.. hehe..

Semuanya baik! Semuanya baik! Malaysia Menang! Yahuuuuuuuuu...

Assalamualaikum..

Tak Puas!

Assalamualaikum...

First2 skali aku nak tanya kacak tak jejaka yg kat header tu???..
alah yg pakai baju warna biru tu... yg style rambut kena jilat lembu tu..
jilat lembu? tu yg kawan aku bgtahu lepas tu terus aku xbuat style tu..
trojan lebih baik kot.. hahaha...

ok2.. manusia seperti aku ni mmg macam2 perkara yg tak puas..
selagi kat hati ni rasa tak puas..
selagi tulah hati beliau tak tenang..
bila hati beliau tak tenang beliau jadi cepat marah..
sebab tulah beliau disyaki kena darah tinggi..
sian beliau muda lagi tu ditambah dgn kekacakkan beliau itu lagi.. sungguh sedih..

ok aku akan berhenti melalut..
esok aku akan follow the one and only abang aku..
untuk upgrade balik kereta savvy yg bakal berkeliaran di uitm jengka beberapa hari lagi..
nak tumpang?? boleh2.. aku bukan jenis berkira sgt.. cuma penuhkan tangki minyak kereta aku cukuplahkan.. sungguh baik akukan..
sebenarnya aku terpaksa bagitahu yg aku bukan tahu sgt ttg kereta2 ni..
xdelah smpi tahap zero..
setakat tahu tukar tayar kereta dgn minyak itam tu jer..
nak buat mcm mana kat sekolah memandu bukan semua ilmu leh masuk dalam kepala aku.. dua ilmu tu pun dah cukup.. mcm kat sekolah 100 yg cikgu bagi, kita mgkn dapat area 80 klu subjek bm.. klu fizik mgkn kita dapat 20.. eh, itu bukan aku yerk.. hehe..
abg aku cakap tayar kereta dah botak..
plug kereta kena tukar dan wiper skali..
nampaknya bukan tayar kereta je botak.. kepala aku pun bakal botak..

sebut ttg tak puas..
aku mmg byk kali try nak buat header..
tapi lama2 aku rasa biarkanlah buat apa header cantik2 klu isinya xcantik..
yg penting owner blog ni kacak sudahlahkan..

Korang pakai astro beyond tak?
kalau korang pakai aku cuma nak bg tau yg ada channel tmbhn sempena tahun baru ni..
channel 110 fiesta tahun baru..
byk cerita yg bakal ditayangkan.. bermula semalam..
dalam byk2 filem yg bakal ditayangkan aku paling suka tgk filem hindustan ni..
3 IDIOTS..
aku rasa lebih lima kali aku tgk cerita ni.. citer ni mmg menarik dan best..
tak puas aku tgk.. bila tgk semalam ditambah dgn saluran HD lagilah best..
dan sarikata juga mmg jelas dan tepat..
yelah sebelum2 ni aku tgk yg download punya..
sarikata dalam english plak tu.. sekejap ada sekejap xde.. mmg xberapa bestlahkan..
tapi kalau korg rasa nak gelak2 sakan..
korang tontonlah citer ni..
tentang 3 org pelajar yg berlainan latar belakang pergi sambung belajar dikolej kejuruteraan..
bidang sama dgn aku tu...
lakonan Aamir khan mmg terbaik disamping kareena kapoor...

Malam tadi juga..
aku dapat makan udang dan sotong celup tepung..
tapi favourite aku udang..
xpuas rasanya makan tadi..
bilalah dpt mkn lagi udang ni..
klu kt jengka xdptlh gamoknyer...
kan nk berjimat.. kena guna duit ptptn sebaik2nyer...

Assalamualaikum..

p/s: kena buka buku akaunlah rasa2nya..

Tuesday, December 28, 2010

Wanita-Wanita Di Malaysia Sungguh Bertuah

Assalamualaikum..

Mungkin semua dah tahu dan mungkin masih ramai yang tak tahu..
apa yg aku nak bagitahu ni semuanya fakta belaka.. tiada auta disini yerk..
beberapa hari yang lalu aku ada terbaca suratkhabar...
nampak mcm lama xbaca suratkhabarkan.. yelah skang main online jer..

penduduk di Malaysia sekarang ni sudah melebihi 27 juta org..
aku puas duk cari surat khabar tu tapi xjumpa2..
sebab tulah aku xdpt bagi kiraan yg tepat..
jadi aku bgtau yg mana aku ingat jelah..

penduduk lelaki seramai 14 juta +++...
dan penduduk wanita seramai 13 juta+++..
ini bermakna penduduk lelaki lebih satu juta dari wanita..
jadi wanita2 semua boleh nampakkan disitu..
korang semua xperlu risau xboleh nak kahwin ke, jadi andartu ker..
sebab lelaki lebih ramai dari perempuan...
so, wanita2 dia Malaysia sgt2 bertuah..

tapi bagi lelaki pula..
korang kena prepare duit byk2 skang..
takut ada plak yg jadi antertu..
jangan bagi lelaki lain kahwin lebih sampai 4..
takut korang pula yg xsempat..
tapi..
jgn risau sgt..
klu dah xdapat wanita Malaysia..
wanita maghribikan ada.. heheh...

aku juga nak ucapkan terima kasih kepada nick irfan sebab bg award kat aku..
byk plak tu sampai 15.. jadi aku ambil satu jelah..
sebab blog aku ni cuma blog biasa2 jer..
xlayak nak dapat award yg bagai2 tu.. terima kasih sekali lagi..
aku ambik award ni.. hehehe..

Kemudian aku nak jawab soalan yg menarik dari hans semalam berkaitan dgn entri aku yg lepas..
"Ko rasa kehilangan x masa kakak ko kahwin?"
soalan yg menarik.. tapi kakak aku baru jer bertunang masih belum kahwin lagi.. ura2 mungkin tahun depan..
tapi kalau kakak aku kahwin adakah aku akan terasa kehilangan?
memang aku akan terasa kehilangan itu... mmg xboleh nak tipu..
hubungan kami mungkin xakan jadi serapat dulu..
mgkn nak bertemu pun susah..
yelah dia sudah jadi milik org..
mungkin aku anggap sudah ada objek yg menjadi pemisah antara kami..
aku mgkn dah xboleh nak pow atau minta itu ini lagi pada dia..
tapi apa2 pun aku tetap akan rasa bahagia kalau kakak aku bahagia..
tiada apa lagi yang memnbahagiakan kita apabila org yg kita sayang mendapat kebahagiaan..
aku harap pilihan kakak2 aku adalah pilihan yg tepat..

Assalamualaikum...

p/s: beberapa hari lagi cuti nak abes...

Amatur di Majlis chop!

Assalamualaikum..

Entri sebelum ni aku dh bagitau sbb lama xupdate..
sebab aku sibuk dengan majlis tunang atau majlis chop!
maknanya kakak aku dah kena chop dah jadi milik lelaki tu..
jadi jejaka2 lain dah xboleh nak potong line dah.. heheh..

masa time tu mmg sgt2 sibuk..
rasa2 klu timbang berat badan aku skang mesti dah turun 10 kilo..
aku ditugaskan untuk membeli barang.. abis minyak kereta.. hehe..
dan juga sebagai tukang ambik gmbr..
jadi korg boleh tgk r hasil2nya..
aku ni amatur lagi.. lagipun kamera aku biasa jer.. bkn dslr.. hehe...

nilah kakak aku yg dah kena chop tu..


bersama daddy dan mummy.. heheh..
bersama dgn kakak sulong dan bakal abg ipar serta tunangan..

adik beradik.. gmbr ni aku xambik tu yg cantik tu.. hahah..
hantaran dari pihak lelaki.. kek tu yg first abis.. hehe..
aku sebenarnya nak letak gmbr aku sorang.. tp sayangnya aku xde org nak ambilkan gmbr aku.. sedih betul.. dahlah aku xnmpk kacak sangat masa ni..



dan tema majlis inilah adalah warna PINK.. kakak aku ni suka sgt warna pink..
aku nnt nak warna blue.. sebab aku ni suka blue..
hehe..

Assalamualaikum..

Sunday, December 26, 2010

TAHNIAH! TAHNIAH!

Assalamualaikum..

lama betul xbuka blog ni..
3 hari berturut-turut..
selalunya xdelah mcm ni..
tapi semuanya sebab kesibukkan..
majlis pertunangan kakak aku yg kedua telah pun selesai semalam..
tahniah kepada kakak aku dan pasangannya..

tadi juga aku ingin ucapkan Tahniah kepada Pasukan Malaysia yg telah berjaya menang untuk pusingan pertama akhir ni..
3 berbalas kosong..
tahniah2..

Assalamualaikum..

Wednesday, December 22, 2010

Malaysia Ada Salji

Assalamualaikum..

Entri sebelum ni semangat aku bagitahu nak jimat sampai nak makan lempeng dgn roti bakar jer hari2..
tapi sebenarnya aku dah ada aim lain..
tempat aku belajar kat jengka tu mmg dekatlah dengan KL dan Selangor..
selama ni aku asyik dgr org cerita jer sampai meleleh air liur..
sem lepas sekali je aku pergi kl sbb nak pergi lowyat.. sempat beli kasut kat times square(tp dh kena curik.. sadis betul)

Jadi bila dah ada kereta tambahan dah duduk luar ni.. bolehlah aku bersiar-siar kat tempat2 yg aku xpernah pergi.. time2 macam nilah boleh pergi jalan2..
nanti bila lagi nak pergikan..
sebenarnya aku ada aim 2 tempat yg aku nak pergi..
klu setakat pavilion, i-setan, times square dan KLCC aku xhadap sgt.. hahah.. padahal tmpt2 tu xprnh pergi pun..
tempat2 yg aku nk pergi mestilah yg menarik sgt2..

1. i-City

aku naik cemburu bila kawanb duk bercerita pergi sini.. aku mmg suka tempat2 macam ni.. yelah aku mmg jakun xpernah tgk lampu2 yg macam2 bentuk ni.. jadi aku nk tgk depan mata aku sendiri.. tgk dlm gmbr xde feel... sambil tgk2 cahaya lampu yg bergemerlapan ni leh jiwang2 sikit sambil nyanyi lagu2 hindustan..

2. Genting Highland

aku pernah pergi sekali kat sini masa form 3 sebab terpilih utk pergi lepas exam PMR.. sebelum tu sape yg amik result esok.. Semoga berjaya ok.. ok sambung balik.. masa tu aku sempat main outdoor games jer.. mmg bestlah.. main sampai xhengat.. tp time tu byk yg tutup tu frust tertonggeng tu.. nak masuk rumah salji pun xleh sebab sedang diupgrade masa tu.. mmg betul2 kecewa masa tu... kat Malaysia kat situ je ada Salji.. walaupun salji palsu..


Tu jelah 2 tempat yg aku rasa nak pergi sgt sem depan.. tp bila2 fikir kat best klu ada org boleh tunjuk jalan.. aku mmg xtahu lgsg jalan nk ke i-city.. klu genting leh lagi.. ingat2 lupa...
dan mmg kena minta biasiswa FAMA lah.. yelah mesti duit laju je mengalir mcm air.. xdenyer nak berjimat... hahaha...

Assalamualaikum...

Makanan orang single

Assalamualaikum..


klu xnmpk tekan je kat gmbr tu.. bru besau.. mcm mana dgn lukisan aku yg pertama?? hebatkan... hahah.. byklh.. nipun aku blaja dari blog HS..

Hari tu aku imaginasi macam mana rumah sewa aku tukan.. sekarang aku kenalah buat perancangan belanja pula.. yelah duk kat luar bukan sama Check Spellingduduk kat dalam..
byk betul pakai duit.. ptptn tu comform2 xcukup...
jadi klu dulu duit aku dihabiskan dgn beli buku2..
skang dh bertambah tuk rumah sewa, elektrik dgn air dan juga minyak kereta..

langkah pertama tuk penjimatan dirumah sewa.. adalah dgn makanan..
klu dulu bleh lahap aiskrim dgn lolipop hari2...
nanti dah xboleh dah... kedai jauh nnt abis plak minyak kereta tupun semata2 nk makan lolipop.. berbaloi betul..
nak makan nasi xboleh macam dulu dah.. klu dulu belh mkn ayam, udang, sotong, kerang dan ikan 3 rasa..
tapi lepas ni nasi pun xleh nak makan dah.. kena jimat.. baru menjadi rancangan belanjawan utk sem 4 aaku nnt..

jadi mari kita check apa yg aku boleh makan tuk sem depan.. tapi makanan ni khas utk org single jer.. sebab klu org tu xsingle xknlah dia nak makan makanan macam ni... haha.. comform awek mintak putus... hehe..

1. Lempeng cicah gula
abaikan sambal ikan bilis.. aku punya cicah gula jer..
jadi bahan2 dia simple..
  1. tepung gandum..
  2. garam secukup rasa..
  3. air suam
  4. gula
masa masak pula jgn lupa guna tudung periuk utk tutup lempeng... bru kaw rasanya...

2. Roti bakar
pastikan korang guna pembakar roti yg jenis kepit tu.. baru menjadi..
bahan2nya ialah...
  1. roti petak sahaja..
  2. marjerin planta
  3. gula
marjerin dgn gula kena gaul dulu.. xsebati pun xpe sebab gula akan cair bila dibakar..

ok itu 2 resepi tuk jimat.. jimatkan.. tulah kita kena buat perancangan.. kos hidup skang makin tinggi.. jadi kena buat juga rancangan kewangan... heheh..

diingatkan satu lagi.. semua makanan ini manis2 sebab bahan utamanya gula.. jadi bykkn minum air masak yerk... lepas ni korang mmg akan tersenyum manis bila mencuba makanan org single ni.. yg bru putus pun boleh cuba jgn segan2 k..

Assalamualaikum..

Tuesday, December 21, 2010

Khayalan Tingkat Tinggi

Assalamualaikum..

Dulu aku pernah mengatakan aku ni seorang yg kuat berkhayal..
dan malah ia sudah menjadi hobi masa lapang tmbh2 cuti sem ni mmg byklah masa lapangnya..
so mmg imaginasi aku ni mmg tggi betul..
sebab tulah aku ambil subjek lukisan masa sekolah menengah..
tapi sayangnya aku xpernah dapat A utk subjek itu.. mgkn sebab lukisan kejuruteraan kot..
yelah subjek tu xperlu bermain dgn warna2.. mana ada bukit bukau, gunung ganang, sungai mungai, dan seangkatannya..

seperti yang sedia maklum... akibat kepadatan pelajar dikolej aku..
kami telah diusir secara baik untuk duduk diluar...
dan aku dan kwn2ku telah berjaya memperolehi sebuah rumah setelah berjaya meletakkan harga yg paling tinggi..
ingat senang nak dapat rumah kat kawasan aku belajar tu..
sudahlah kawasan tersebut merupakan kawasan jin bertendang..

Kami telah berjaya mendapat sebuah rumah yg sungguh cantik.. rumah papan..
aku xtgk lagi rumah tu sbb masa hari suai kenal dgn tuan rumah aku xdpt menghadiri.. bukan aku ponteng tetapi demi carry mark aku terpaksa berkorban.. aku kena antar assignment time tu...
jadi aku cuma dapat mendengar dan berimaginasi dri apa yg telah diperkatakan oleh kawan2 aku.. skang aku masih berteka teki.. bagaimanakah rumah aku itu?

adakah yg ini.. tidak mustahil sbb melihat kawasan tempat aku tu pun mmg agak menyeramkan.. kawasab yg dikelilingi hutan.. yelah senang nk belajar,.. aman, tenang dan xde gangguan... tp korg rasa klu umh mcm ni akan aman, tenang dan tiada gangguankah buat kami?

ataupun macam ni?? nampaknya xdptlah aku nk bergurau senda dgn teman2 aku.. bru berhajat nak main gusti dlm rumah..

atau mungkin yang ini?? alah asal tandas kat luar plak.. aku dhlah mlm2 selalu sakit perut.. kang jadi mcm citer HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH macam maner.. hehe..

atau yg ini... wah aku dh tgk mmg marvellous r klu aku dpt rumah camni.. xdelah menyesal sgt kitaorg letakkan harga yg tinggi utk dptkan rumah ni..

Hah.. tulah aku duk terbayang mcm manalah agaknya rumah sewa aku nnt.. tapj xpe.. klu korg nak tahu gak.. tggulah 2 januari nnt.. aku akan tunjukkan rumah sewa aku nnt.. bkn ape.. bkn aku nk menunjuk2 tapi mana tahu korg nampak rumah aku nnt leh r singgah.. singgah tu jgn tgn kosong.. phm2lah pelajarkan.. hehe..

sebenarnya aku xkisah sgt rumah tu bentuk macam mana... yg penting aku selesa, aman dan kawasan persekitarannya bersih.. cukup utk aku selesa belajar...
jgn rumah je yg best.. tapi belajar xnk.. tmbh2 bila duk luar ni aku dgr godaan dia byk.. sukar utk ditepis.. hehe...

Assalamualaikum..

Monday, December 20, 2010

Bila Emosi Berkuasa

Assalamualaikum..

Ramai yg tertanya2 kenapa aku bg filem tron legacy tu 3.5 bintang saje...
Mmg xdapat nafikan citer tron mmg hebat dikaca mata aku.. aku xtipu sbb mmg aku pakai kaca mata masa tu..
Tapi bagi aku citer itu menunjukkan jalan citer yg klise.. dah boleh agak ending dia macam mana..
Mula2 cerita pun aku xberapa nak faham.. ditengahnya bru aku dapat tangkap.. tp kwn aku abis cerita pun masih blur.. aku nk terangkan pun ssh utk dilafazkan dgn kata2..
Namun itu semua xmenjadi masalahnya sebab itu pandangan dari aku.. setiap org punya pandangan masing-masingkan.. jadi klu korang dh tgk korang kongsilah plak pandangan korang ok..

Alright.. manusia mmg dilahirkan beremosi..
ada ker manusia yg tiada emosi? ingin sekali aku bertemu dgn mereka2 ini..
sedangkan aku selalu cuba berlagak cool akhirnya tewas dgn emosi sendiri..
mmg ssh nak kawal emosi sendiri...

Apabila emosi mula menguasai diri.. pasti akan berlakunya pertengkaran yg tidak diundang..
walhal perkara ini berlaku pada aku sendiri..
sebab tulah tekanan darah aku selalu naik..
pada asalnya dari pembincangan biasa namun kitaran emosi seseorg itu bknnya tetap..
sebab emosi itu banyak.. gembira.. sedih.. marah dan so on..
kdg2 salah seorang akan menangis.. salah seorg lagi akan naik hantu.. dan seorang lagi masih cool.. dan akhirnya semuanya menjadi satu...
pembincangan akan menemui jalan buntu..
kenapa ini semua berlaku?

1. sifat tidak mahu mengalah..
- dia seorang saja yg betul.. setiap kali org lain berkata-kata pasti ada saja yg dibangkangnya.. ini salah itu salah.. walhal perkara yg remeh temeh pun ingin didebatnya.. dia saja yang nak menang..

2. tidak mahu dipandang rendah..
-mula2nya seseorng itu ingin bertindak sebagai pendengar saja.. apabila dia juga turut dikaitkan dia masih lagi cool.. tapi bila dirinya direndah2kan akhirnya emosi mula menguasai diri.. manusia mana mahu dipandang rendah oleh orang lain.. walhal seteruk mana sekalipun seseorang itu dia masih tidak mahu dipandang rendah... setiap org punya kelebihan masing-masing.. jadi jgn sama sekali memandang rendah kepada org lain..

3. pendapat yg bercanggah..
-setiap org punya pandangan yg berbeza2.. bkn semua org akan setuju dgn pendapat kita.. sebab tulah ada sistem undian dalam hidup kita ini.. suara majoriti.. dalam pilihanraya malah dalam rancangan realiti pun turut sama menggunakan sistem ini.. jadi xsalah cuba berbincang dgn mengambil pandangan dari pihak majoriti.. bukan bermaksud minoriti itu tidak betul atau bagus.. jika tidak berpuas hati sekalipun cubalah menjelaskan pendapat kita dgn jelas dan lembut... ini tidak apabila dibantah.. mulalah semuanya naik hantu..

Sebenarnya kita boleh mengawal emosi kita sendiri.. bila rasa nk marah atau naik hantu.. cepat2lh ambil wudhu'.. boleh menenangkn diri kita.. bila berbincang gunalah perkataan yg lebut dan jelas.. jgn sekali memperlekehkan seseorang dan pendapat mereka.. jika tidak bersetuju sekalipun jgnlah terus memangkah tanpa memberi penerangan sewajarnya.. semua masalah dapat diselesaikan.. namun jgn biarkan emosi melebihi segalanya..

xsalah seseorang itu emosi.. itu menunjukkan manusia itu normal tapi biarlah tempat yg betul.. bkn senang nak kawal emosi tmbh2 mereka yg jenis baran ni.. tapi ingat bila emosi mula mengawal diri.. org ketiga sudah mula bersorak sebab dapat memporak perandakan anak cucu Adam..

Harini aku reka satu header sementara.. mmg xbagus lagi.. besar gedebak punya.. heheh,,
Assalamualaikum..

Sunday, December 19, 2010

Kau Boleh Tahu Ker Orang Tu Masih Dara/Teruna ke tak?

Assalamualaikum..

Habis hilang kegebuan dan keputihan tangan aku ni..
gara2nya nak makan keropok lekor..
tolonglah goreng keropok tu sendiri..
sekali tanpa disangka keropok tu meletup2..
fuh! nasib baik xkena wajah aku yg kacak ni..
klu x abis saham gua jatuh..
habis merah2 dan gelembung tgn gua.. sedihnya dan sadis betul..

ok.. lupakan saham gua yg telah jatuh tu..
aik apsal aku guna gua ni.. xpelah.. xpenting pon..

semalam kawan aku ajak keluar jalan2..
naik motor dia.. aku skang rasa mcm trauma saja nak naik motor..
tapi nak buat mcm mana klu xdisebabkan roadtax kereta aku dah mati..
aku dh heret dia naik kereta aku(kereta ayah aku tapi sudah jadi milik aku)..

asalnya nak jalan2 cuma..
tapi dah bila jalan2 xde arah tujuan..
tmbh2 jln 2 org jer.. kawan aku ajak tgk wayang..
aku pun ikut saja..

Masa nak tgk filem apa yg sesuai ditonton..
kawan aku sempat tanya aku..
Kenapa Filem tu tajuk AKU MASIH DARA?
AKU MASIH TERUNA TAKDE KER?
aku mula2 malas nak layan sebab aku tahu mmg nak gurau2..
tapi aku ttp jawab dgn soalan..
KAU BOLEH TAHU KER ORANG TU MASIH TERUNA KE TAK?
pastu dia tanya aku..
KAU BOLEH TAHU KER ORANG TU MASIH DARA KE TAK?
aku jawab dgn senyuman jer..

lupakan ckp2 kosong itu..
kami berdua akhirnya pilih tgk filem TRON LEGACY..
citer ni ttg manusia yg masuk kedunia game..
biasalah klu filem hollywood..
mmg hebat dgn teknologi CGI dia..
mmg marvellous.. 3.5 bintang dari 5 bintang utk filem ni..

Assalamualaikum..

Saturday, December 18, 2010

KENANGAN : Cinta Gila

Assalamualaikum..

Allah lebih suka seseorang itu mengaku berdosa walaupun tidak berdosa..
dan..
Allah lebih benci seseorang itu mengaku tidak berdosa tetapi berdosa..

Kata2 ni aku dapat dari menonton drama di astro semalam..
AKU BUKAN RABIATUL..
drama ttg pelacur yg ingin pulang kepangkal jalan.. drama yg agak menarik..
lakonan Wan Maimunah..

Bila bersendirian..
aku biarkan emosi menguasai diri..
terbayang kenangan2 lalu yg mencuit hati..
terasa berdosa apabila bergurau secara melampau kepada arwah..
kdg2 tanpa sedar rasa bersalah itu menerbitkan air mata..
mgkn aku tak punya byk pengalaman kehilangan org yg berada hampir dgn aku..
aku akan teruskan perjuangan yg terhenti..
kehilangannya akan dijadikan pelengkap untuk aku melangkah kemasa hadapan..

Masa muda2 dulu..
sekarang pun muda lagi.. masih hangat dipasaran lagi..
aku mmg suka berangan.. skarang pun suka lagi..
selalu nak jadi hero.. bukan superhero.. xsanggup nak pakai underwear kat luar..
klu boxer kuat lagi..
sampaikan angan2 tu aku realisasikan dalam bentuk cerpen..
jadi aku adiahkan korang cerpen masa aku sekolah menengah ni..
sekadar suka2.. xpaksa baca.. sebab terlalu byk sgt nada PhD korg pada aku..
hahah...
gurau2..

CERPEN : CINTA GILA

“Lembab tul kau ni Zura, aku nak cepat ni nanti tutup pulak library.” Marah Syahrafi pada Baizura. Dia perlu cepat kerana jam sudah melangkah ke pukul 10.30 pagi. Buku-buku yang dipinjam perlu dipulangkan jika tidak terpaksa dia membayar dua puluh sen. Baizura pula ingin mengikut tapi jalan terkedek-kedek.

“Kau ni nak marah-marah pula, kan Ara yang jaga mesti tutup lambat. Dia kan suka berlama-lama kat dalam library tu,”omel Baizura. Tu yang Syahrafi musykil, Sahara memang suka cari pasal dengannya. Pantang bertemu pasti berlaku pergaduhan mulut. Sahara memang terkenal dengan mulut becoknya. Syahrafi terus melangkah meninggalkan Baizura yang memegang buku pinjaman. Sampai saja di library, Sahara telah menutup library. Syahrafi menyumpah seranah Baizura dan Sahara. Dia tidak kisah setakat membayar dua posen tu tapi namanya pasti tercatit didalam buku kelewatan. Buat malu jer namanya ada disitu sedangkan dia pengawas library.

“Eh, Ara apsal kau tutup awal sangat. Belum 10.30 lagi, kau saje tutup awal bila tengok aku datang. Kau memang nak cari pasal dengan aku,” tiba-tiba kemarahan Syahrafi menerpa.

“Apa plak, betul dah pukul 10.30. Kau tu lembab sangat. Padan muka kau kena marah dengan cikgu besok. Nampaknya tak layaklah kau jadi ketua library sebab nama kau kena black list,” ejek Sahara. Hatinya senang apabila dapat mengutuk Syahrafi. Amarah Syahrafi makin menyala-nyala mendengar kata-kata Sahara. Dia mula mengangkat tangan tapi sempat ditahan Baizura.

“Dahlah, kita dah lambat ni, kelas awam nak mula dah. Karang tak pasal-pasal kena marah dengan cikgu,” Baizura cuba meredakan keadaan. Syahrafi terus melangkah meninggalkan Baizura dan Sahara. Sememangnya kata-kata Sahara itu ada betulnya. Hati jahat Syahrafi mula berkata, ‘balas dendam kat budak ara tu’. Akhirnya Syahrafi tersenyum sendirian.

“Weyh, kau buat apa ni John?” Tanya Isma kehairanan. Teman-teman rapatnya memangilnya John kerana dia merupakan bekas pelajar kelas 4 awam 3. Semua pelajar dikelas itu mempunyai gelaran, syahir digelar taiko, aliff digelar saddam dan ada beberapa pelajar lagi.

“Aku nak membalas dendam, kau diam jer jangan bagi tahu sesape termasuk awek kau.” Arah Syahrafi.

“Yelah kau nak buat apa ambik buku budak Ara ni?” Tanya Isma lagi.

“Aku nak sorok buku dia biar dia kena denda dengan teacher, baru puas hati aku,” syahrafi ketawa sambil memandang Isma. Dia pasti Sahara pasti akan didenda jalan itik di seluruh bangunan pelajar tingkatan lima.

“Weyh, tak baik kau buat macam tu. Kesian dia, nanti malu pulak dia. Dahlah cun, kena jalan itik depan semua kelas.” Isma meluahkan simpatinya.

“Itu yang aku mahu, baru glamour sikit minah sombong tu. Ingat jangan kau bagi tahu awek kau Khairunnisa’ tu,” Syahrafi memasukkan buku kerja grammar Sahara ke dalam beg sekolahnya. Dia tersenyum dsendirian. Hatinya berbisik, ‘dendam akan terbalas’.

“Sahara, where your exercise book?” Tanya Teacher Azlina.

“I don’t know,” jawab Sahara perlahan.

“What?” marah teacher Azlina dengan jawapan yang diberikan.

“Tadi ada tapi….,”belum sempat Sahara memberi penjelasan, Teacher terus menyuruhnya keluar dari kelas. Hanya Sahara saja yang tidak membawa buku. Dia didenda berjalan itik di seluruh bangunan.

Habis sahaja kelas bahasa inggeris, Sahara terus duduk ditempatnya dan menangis. Khairunnisa’ cuba memujuknya. Namun hasilnya sia-sia. Isma memandang Syahrafi yang cuba membuat muka bodohnya.

Tiba-tiba Syahrafi bangun dan berjalan kearah Sahara. Lalu dia melemparkan buku Sahara. Semua pelajar di dalam kelas itu terkejut dengan perbuatan Syahrafi.

“Akhirnya dendam aku pada kau terbalas, baru kau tahu bagaimana sakitnya hati aku bila kau buat aku macam tu,” kata Syahrafi penuh keangkuhan. Dia menang. Syahrafi terus duduk ketempatnya semula apabila Cikgu Fauziah masuk ke dalam kelas.

Syahrafi sempat menjeling kearah Sahara. Dia nampak ada kolam jernih dimata Sahara. Entah kenapa hatinya tersentuh. Tapi cepat-cepat dia memadamkan perasaan itu.

“Tak baik kau buat macam tu pada Ara,sian aku tengok dia kat asrama asyik kena nganjin je dengan budak budak ni. Ada budak laki panggil dia pingu masa depan koperasi semalam,” cerita Baizura. Syahrafi nmeluahkan ketawanya. Dia ketawa terbahak-bahak apabila mendengar Sahara digelar pingu.

“Biar dia rasakan, sebab dia aku tak jadi ketua.” Kutuk Syahrafi.

“Semalam aku tengok dia menagis masa study,” sampuk Syahirah.

“Eleh, setakat jalan itik tu pun nak nangis. Kita dulu pun kena jugak,” Syahrafi terus membalas kata-kata Syahirah.

“Yelah, kita kena ramai-ramai. Dia kena sorang-sorang,” tiba-tiba Syahir menyampuk.

“Sejak bila kau sebelah dia pulak? Kau minat kat dia ke?” Tanya Syahrafi.

“Mahunya tak minat, cantik tu siot. Kesian kau buat macam tu kat dia,” Syahir meluahkan simpatinya. Sahara masuk ke dalam kelas bersama-sama Khairunnisa’. Jelas terpancar kesedihan diwajahnya. Matanya bengkak kerana kuat menangis. Syahrafi berasa bersalah. Entah kenapa dia anti dengan Sahara walhal hubungannya dengan pelajar perempuan lain elok saja. Sahara dengan pelajar lelaki pun juga elok Cuma mereka berdua asyik bertengkar. Hari ini tidak kedengaran keriuhan suara Sahara. Tiada lagi pertengkarannya dengan Sahara seperti hari-hari lain. Tiba-tiba dia jadi rindu untuk mendengar suara itu. Hatinya berbisik, ‘kenapa dengan aku ni?’.

Hari ini Syahrafi bertugas dikaunter library. Tidak ramai pelajar yang meminjam dan memulangkan buku. Dia jadi bosan menunggu waktu rehat. Tiba-tiba seorang pelajar menyerahkan buku padanya. Dia memandang pelajar tersebut. Mata mereka berdua bertaut. Ada debaran didalam dada mereka. Syahrafi tersedar ada mata yang memandang, dia cepat-cepat melarikan pandangannya. Dia mengambil kad pelajar tersebut tanpa memandangnya. Alangkah terkejutnya apabila melihat nama yang tertera di kad pinjaman itu. Syahrafi mengangkat mukanya. Dia melihat wajah lesu Sahara. Tiada lagi sergahan yang akan membuatnya sakit jantung seperti dulu setiap kali Sahara memulangkan buku. Hatinya jadi rindu dengan kelakuan Sahara dulu. Kini Sahara sudah jauh berubah. Suaranya tidak kedengaran seperti dulu. Setiap kali perbentangan didalam kelas dia pasti bertanya itu ini pada Syahrafi untuk mengenakan Syahrafi sehingga dia tak mampu menjawabnya. Syahrafi nekad untuk meminta maaf kepada Sahara. Sememangnya dia kalah melihat raut kesedihan diwajah Sahara. Adakah dia meminati Sahara? Hanya dia saja yang tahu.

Syahrafi asyik mendengar lagu dalam mp3 miliknya. Dia malas untuk turun ke padang untuk bermain. Dia lebih suka menghabiskan masa mendengar lagu. Tiba-tiba Isma meluru masuk kedalam dormnya.

“John, Ara nak jumpa kau kat koperasi.” Kata Isma termengah-mengah.

“Buat apa?” tanyaku acuh tak acuh.

“Mana aku tahu, pergi jelah. Dia beria-ria nak jumpa kau. Kesian aku tengok muka dia,” pinta Isma mengharap. Syahrafi melangkah malas kearah locker untuk mengambil dompet. Dia terus pergi ke koperasi seorang diri dan dia berkira-kira untuk membelin set squarenya yang patah.

“Kenapa nak jumpa aku? Nak balas dendam?” kasar Syahrafi bertanya.

“Bukan awak ke nak jumpa saya?” Tanya Sahara kehairanan.

“Bila pulak aku nak jumpa kau, Isma beria-ria kata kau nak jumpa, kau jangan main-main boleh tak?” tiba-tiba Syahrafi jadi marah. Terasa dia dipermainkan.

“Betul, saya tak tipu. Nisa cakap awak yang nak jumpa,” kata Sahara.

“Diaorang nak main-mainkan aku nampaknya,”Syahrafi jadi panas.

“Takperlah macam tu, saya pergi dulu.”Belum sempat Sahara pergi Syahrafi menahannya.

“Err… aku.. aku ada benda nak cakap dengan kau. aku nak mintak maaf sebab buat kau macam tu. Sebenarnya aku marah kat kau sebab aku tak dapat jadi ketua,” Syahrafi meluahkan perasaannya.

“Ermm.. saya pun. Saya tahu saya tak patut buat macam tu. Awak memang layak pegang jawatan tu,”kata sahara lembut. Kata-kata itu mencuit hati Syahrafi.

“Tak, sebenarnya saya tak layak. Orang yang panas baran macam saya mana boleh jadi ketua,” ikhlas kata-kata yang keluar dari mulut Syahrafi. Entah mengapa dia membahasakan dirinya saya sedangkan selama ini dia menggunakan aku.

“Ara, sebenarnya dah lama saya nak cakap benda ni kat awak tapi saya malu,”perlahan saja Syahrafi berkata.

“Malu? Apa yang awak nak cakap? Awak tak perlu malu,” Tanya Sahara lembut seperti memberi kekuatan pada Syahrafi.

“Saya suka awak!” Nah keluar juga kata-kata hikmat itu. Muka Syahrafi merah padam apabila melihat reaksi Sahara tenang mendengar kata-katanya. ‘aku bertepuk sebelah tangan ke? Malunya aku,’ bisik hatinya.

“Saya pun suka awak, dah lama pun sejak awak pindah masuk kelas saya,” alangkah terkejutnya aku mendengar kata-kata yang terbit dari mulut Sahara.

“Wah, diaorang dah couple.”kedengaran suara Isma menjerit. Isma dan khairunnisa jalan beriringan datang kearah mereka. Syahrafi terus menumbuk bahu Isma. Isma hanya meluahkan ketawanya yang masih bersisa.

“Kalau kita tak buat macam ni, korang mesti tak baik lagi dan mungkin tak couple,” lancar saja kata-kata yang keluar dari mulut Khairunnisa’.

“Betul tu, korang kena ucapkan terima kasih kat kami berdua,” sampuk Isma. Syahrafi dan Sahara hanya tersenyum mendengar kata-kata mereka. Sememangnya Syahrafi dan Sahara tahu yang cinta mereka cinta gila, datang kerana kerinduan yang mendalam apabila masing-masing membisu. Syahrafi dan Sahara berjanji tiada lagi pertengkaran antara mereka.

****

Ditulis semasa tingkatan lima.. sekadar suka2.. :D


Assalamualaikum..

Friday, December 17, 2010

Aku ada PhD

Assalamualaikum..

Dulu aku rajin juga nak edit2 gambar..
guna photo scape.. tu pun xberapa reti lagi..
photoshop apatah lagi.. zero terus..
sebab tulah blog aku ni xde header.. sbb aku mmg xreti nk buat..
satu hari nanti aku harap2 blog aku ni nnt ada header..
ada perasaan hasad dengki pula pada blogger yg ada header.. hahah... PhD..

apa2pun aim aku nk belajar sampai dapat PhD..
walaupun aku nipun bukannya rajin belajar tapi xsalah klu aku berimpian macam nikan..
langkah aku makin jauh.. dari satu kesatu tapak..
mgkn akan penuh dgn duri..
doakan kejayaan aku.. semoga impian aku ini bakal tercapai..

Assalamualaikum..

p/s: tiba2 lagu nasyid kumpulan hijjaz lagu kau sahabat kau teman sejati terngiang2 ditelinga aku...

Thursday, December 16, 2010

keinsafan yang sementara

Assalamualaikum..

I LOVE U..


entri ni ditulis bukan bertujuan..
untuk aku menguar-uarkan yg aku dah ada girlfriend..
mmg aku ada dan sangat2 ramai..
sebab aku mmg kacak.. xdapat disangkal dan dinafikan lagi..
ok aku lari tajuk.. aku masih single.. hahah..

korang tgk tak filem AKU TAK BODOH?
aku xtahu berapa kutipan filem tu sekarang..
kalau dah masuk angka juta tu.. kira oklah.. aku pun ada share sekali dalam kutipan itu..
semangat sgt sampai first day tayang aku dah tgk..

watak antara ayah dan anak.. sudin dan ayahnya..
bagaimana ayahnya mengatakan rasa sayangnya kepada anaknya..
I LOVE U..
selalunya aku selalu dgr perkataan ni keluar dari mulut pasangan merpati dua sejoli..
xkisah r dalam tv ker, dalam novel ker ataupun realiti..
masa jumpa ckp i love u..
masa call pun ckp i love..
pastu i terberanak anak u..

I LOVE U ni..
bermaksud kita meluahkan rasa sayang dan cinta kepada seseorang..
bukan sahaja pada mereka yg bakal menjadi teman hidup kita..
tetapi kepada ibu bapa kita, adik beradik kita, kawan2 kita..
aku akui aku sendiri xpernah ckp mcm ni kat sape2.. malu!

petang tadi..
aku sempat chatting sekejap dgn ex roomate aku..
yelah aku nak tahu lebih lanjut ttg kawan aku yg baru meninggal tu..
aku still masih rasa sebak..
walaupun cuma 5 bulan aku dah rasa rapat..
kdg2 gurau senda aku dgn dia masih terngiang2 lagi..
aku sebenarnya xpernah alami perkara macam ni..
last aku terasa kehilangan semasa aku darjah dua..
time adik aku meninggal.. mmg aku nangis bagai nak rak..
aku dapat title anak bongsu sbb kehilangan adik aku ni..
ada apa dengan anak bongsu?
bagi aku cukup kasih sayang yg sama rata dari mak ayah..
xdenyer yg ini dapat lebih yg ini dapat kurang..
xtahulah klu ada mak ayah yg bersikap pilih kasih..
klu adapun mgkn sebab anak dia mmg terbaik bagi dia..

kawan aku dapat melihat jenazah dikebumikan..
dia juga cerita masa dia jumpa dgn arwah..
arwah xbyk cakap.. xseperti yg kiteorg knal..
dia mmg byk cakap dan suka melawak..
dan dia sempat delete facebook dia before dia meninggal..
dan arwah dapat dekan sem ni.. aku turut berbangga dan tahniah untuk dia..

Bila dan sampai ajal sesorang..
xkn lambat walau sesaat dan xkn awal sesaat..
arwah sudah selamat dikebumikan..
semoga dia aman dan ditempatkan dalam kalangan org2 yg beriman..

aku pun terfikir..
bagaimana pula dgn aku?
sudah bersediakah jika giliran aku pula tiba..
aku xdapat nafikan aku ni jenis cepat insaf..
bila berlaku sesuatu perkara mmg akan cepat terbitnya keinsafan dalam diri..
dan aku mula ingin berubah..
tapi hanya utk sehari dua..
lepas tu aku akan kembali keperangai yg lama..
keinsafan yang sementara cuma..

kita tak tahu bila giliran kita tiba..
mgkn hari ini mgkn esok mahupun seribu hari lagi..
amal ibadah masih tunggang langgang..
klu boleh aku betul2 nak berubah..
tapi utk melawan kesemua itu terlalu susah bg aku..
setiap kali aku mencuba.. setiap kali itu jugalah aku tewas..
aku harap satu hari nnt aku dapat berubah...
sebelum aku menghembuskan nafas yg terakhir..
sebelum roh berpisah dari jasad..

dalam kenangan..

Assalamualaikum..

p/s: sekadar luahan rasa yg ingin terluahkan..

Wednesday, December 15, 2010

Bila Sudah Tiba Waktunya

Assalamualaikum..

Yang Hidup Pasti Akan Mati...

Beberapa hari lepas aku yg mengalami eksiden..
namun Alhamdulillah tiada kecederaan yg berlaku..
tetapi semalam aku menerima satu berita yg betul2 mengejutkan..
seorang sahabat aku telah meninggal dunia semalam..
disebabkan eksiden motosikal..

Mula2 sedekahkanlah Al-Fatihah buat arwah...


Aku mengenali arwah sejak sem satu lagi..
tapi aku mela rapat dgn arwah apabila aku menjadi roomate dia sem lepas..
masih baru lagi..
arwah seorang yg baik dan lucu..
dia yg membuatkan bilik kami 'hidup'
dengan senda guraunya..
walaupun aku selalu menjadi 'mangsa'nya..
tetapi tidak sedikit pun aku simpan dalam hati..

arwah jugalah teman aku menonton drama korea dan jepun..
memang itu minat kami yg sama..
dia juga baik dgn rakan2nya yang lain..
rasa macam xpercaya arwah telah pergi meninggalkan kami semua..

semoga arwah ditempatkan dalam kalangan org yg beriman dan rohnya dicucuri rahmat..
amin...
Syukri Ali (30/1/1991-15/12/2010)

Assalamualaikum..

p/s: bila dgr ttg citer Putera Katak teringat arwah... hmm...