Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Tuesday, November 30, 2010

Keluar Dari Syurga Sementara

Assalamualaikum..

Wah, tajuk taknak mengalah..
biasalah seperti semua tahukan..
bila kita ni suka duduk rumah dan anggap rumah tu selamat utk kita..
pasti kita akan menganggap rumah itu bestkan..

RUMAHKU SYURGAKU..

perkataan ni selalu aku baca masa kat sekolah rendah..
sebab perkataan ni selalu aku napak kat dinding bangunan sekolah bersebelahan kelas aku..
selain itu ada yg ni..
YANG KURIK ITU KENDI
YANG MERAH ITU SAGA
YANG BAIK ITU BUDI...
YANG _____ ITU BAHASA... aku xingatlah yg tmpt kosong tu..
siapa yg tahu?

Harini aku keluar pergi mall..
wah lama betul aku xpergi east coast mall ni...
seperti biasa sebagai adik yg baik..
aku temanlah kakak2 aku bershopping..
aku ni macam bodyguard doranglah.. aku kena jaga keselamatan dorang..
kalau jadi apa2kan susah.. hahah..

Biasalah klu org perempuan shopping ni lama..
mata semua jadi rambang bila nak memilihkan..
tapi sekurang2nya aku dapat upah..
aku dapat makan di PAPA CHOP MAMA GRILL..
first time tu aku dapat mkn kat situ..
makanan kat situ mmg bleh thn jugak rasanya..
bila dah kenyang sambung balik ikut dorg shopping..
sambil teman dorang shopping..
sempat juga aku beli brg2 aku..

aku kalau keluar mmg dua rang ni je yg aku akan beli..
kalau x novel aku akan beli DVD drama korea..
tapi harini.. dua2 aku beli..
aku beli novel MISI KE MARIKH...

novel dah lama aku perhatikan..
tmbh2 aku dgr novel ni akan dijadikan filem..
bertambah terujalah aku.. tu yg nak baca sesangat..
dah habis baca nnt aku buat review yerk..
dan aku beli DVD drama korea..
cerita CINDERELLA SISTER..

harap2 best...
akhirnya keluar juga aku dari syurga sementara..
apa2pun RUMAHKU SYURGAKU... heheh..

Assalamualaikum..

Monday, November 29, 2010

Cinta saja tak cukup!

Assalamualaikum..

Setiap hari aku selalu bangun lmbt..
adatu sampai dekat pukul 3 baru bangun...
sebab aku suka online waktu malam..
tmbh2 aku guna P1w1max..
klu petang mmg slow2 sgt..
dekat rumah aku ni xboleh pakai streamyx..
sebab katanya kat area rumah aku ni xde tiang telefon..
apa2lah..

Harini aku tgk dua buah cerita..
yang menyebab aku tulis tajuk entri sebegitu..
satu drama melayu..
dan satu lagi filem hindustan..
selain minat tgk drama korea..
aku juga minat tgk cerita hindustan ni sejak kecik lg..
cuma citer hindustan sekarang dah tak sebest citer hindustan dulu..

mula2 aku tgk drama DALIL CINTA yg tercalon dlm Anugerah skrin nanti..

sebenarnya dalam drama yang dilakonkan oleh Sharifah Amani dgn Fahrin Ahmad ni..
mmg byk pengajarannya..
CINTA saja xcukup..
walau kedua2nya saling mencintai..
itu belum mampu menjamin kebahagiaan..
bila dah berkahwin.. setiap pasangan mestilah tahu tugas masing2..
aku rasa citer ni mmg menarik...
dan aku rasa cam tgk citer korea skit.. hahah.. korea lg..

kemudia aku tgk filem hindustan tajuknya DHADKAN..

filem ni sebenarnya dah lama dan aku dah pernah tgk..
lagu dlm filem nipun sedap.. heheh..
lakonan akshay kumar, shilpa shetty, sunil shetty dan mahima choudry..

aku masih ingat lagi masa aku sekolah menengah..
aku pun xingat siapa yg sampaikan ceramah ni..
CINTA itu boleh bg kenyang ker?
CINTA itu boleh bagi hidup selesa ker? rumah boleh bersih ker?
kenapa kamu nak kahwin? sebab saya ada cinta!
kamu kerja apa? saya(bkn aku) penganggur tapi jgn risau saya ada cinta..
Cinta saja tak cukup..

mmg aku akui cinta itu penting..
tapi ingat juga cinta tak mampu nak bagi kita makan pakai yg cukup..
sebab tulah kita kena tgk kemampuan seseorang..
jadi fikirlah jgnlah kerana cinta ada yang hilang maruah sebelum berkahwin..
ada yang membuang bayi yg xberdosa..
dan ada yg membuat perkara diluar kewarasan kerana cinta..

jd ingat..
cinta itu ada dalam setiap hati manusia..
tapi jgn bertuhankannya..

Assalamualaikum..

Saturday, November 27, 2010

Aku Tak Malu Tapi Kecewa

Assalamualaikum..

Bila menjadi seorang yg punya kurang keyakinan diri..
mereka mula hidup dalam dunia sendiri..
tanpa ada bantuan dan bimbingan semakin hari ia menjadi semakin parah..
pelik, aneh dan adakalanya menjadi unik..
manusia itu beza semuanya..


Aku sendiri pun tak sedar..
dan mungkin aku sendiri tak tahu..
semasa kecil aku mmg seorang kanak2 yg aktif..
seperti kanak2 normal yg lain..
tetapi bila umur aku mula meningkat..
semakin hari sikap dan perangai mulai berubah..
aku jadi manusia yg malu tidak bertempat..
walhal hendak keluar dari rumah bersendirian pun rasa malu..
aku dapat rasakan bila aku berada dikelompok org ramai..
mereka semua mengata aku..
mengutuk aku, menghina aku..
namun ia berbeza bila aku bersama dgn keluarga dan rakan2..
perasaan malu itu terus hilang..
aku boleh berada dalam kelompok org ramai itu..
tetapi tidak bila aku bersendirian..
tapi itu semua dulu..
bila aku sudah mula menjadi seorang remaja..
perasaan itu mulai menghilang..
aku sudah mampu berjalan sendirian..
kini aku xmalu lagi...
tapi bila nak ckp dgn org yg bru aku kenal..
mmg memakan masa yg lama sket..

tp!!

Aku sendiri tak tahu mana silapnya..
aku rasa aku masih belum berubah hati..
malahan aku masih tetap aku..
buat perkara yg aku suka..

dulu..
kau kaburi hatiku dgn kemewahan..
walaupun bg org lain..
apalah sgt dgn nilai2 yg kau bg itu..
tp aku gembira malah teruja..
kau bangkitkan semangatku..
untuk terus melakukan perkara yg aku minati..
kau beri sinar dlm hidupku..

tapi..
semua itu cerita lama..
kau sudah mengewakan aku..
kau kecewakan aku..
aku dikecewakan oleh kau..
lebih sebulan bersikap sebegitu..
kau buat aku menunggu..
kau tahu penantian itu satu penyeksaan..

tolong..
kembalikan semangatku..
hampir dua bulan..
kau tidak menambah2 apa2 nilai pun padaku..

NUFFNANG!
jgn kecewakan hatiku ini..
sikit lagi aku dah nak boleh cash out.. ish2..
xdelah sikit lg.. byk gaklh..
tp xtau kenapa nuffnang dh xnk bg aku apa2...
dah hmpir 2 bln...

Assalamualaikum..

Friday, November 26, 2010

Selera BESAR!

Assalamualaikum..

Sudah lama aku xbaca novel jiwang ni..
setelah aku ubah selera aku pada novel jenis thriller dan islamik..

Baru2 ni kakak aku ada beli novel jiwang..
tajuknya Lafazkan Kalimah Cintamu oleh Siti Rosmizah...

Aku tak abis lagi baca novel ni..
mcm biasalah novel jiwang ni jalan cerita yg agak sama..
cuma olahannya berbeza.. ceritanya byk ditambah unsur klaka..
dan ada bahagian yg sedih..
lagipun aku dh xjumpa novel thriller yg best lg..
kalau siapa2 yg ada baca novel thriller yg best bagitahulah aku..
sharing is caringkan.. heheh...

sekarang pun aku kurang selera nak makan..
klu dulu selera nak besar jer..
nak makan ikan bakarlah, itulah inilah..
tapi skang aku pun xtahulah..

mgkn hajat aku akan tercapai kot..
nak jadi kurus bila umur 23 tahun nanti..
bertambah2lah kekacakkan aku.. hahahah...

Assalamualaikum..

Thursday, November 25, 2010

Tak Dapat BESAR, KECIK pun jadilah

Assalamualaikum...

Sudah masuk dua minggu dah aku cuti sem..
Bulan januari nanti aku dah start masuk part 4..
kiranya ada setahun setengah lagi aku nak abiskan diploma ni..
sungguh xsabar rasanya nak abis belajar dan kerja dan kahwin..

Kali terakhir aku keluar rumah sabtu lepas..
tu pun sebab tgk filem Harry Porter...
kadang2 aku rasa aku ni dah jadi anak terlampau baiklah pula..
sampai xnak keluar rumah..
dah mcm anak dara nak tggu kena sunting pula..
tapi anak dara sekarang pun keluar rumah balik lewat malam pun dah biasa..

Aku tak keluar rumah sebab aku xada pengangkutan...
kalau dulu rumah aku dekat sgt dgn bandar..
jalan kaki dua minit dah masuk pusat beli belah..
lepas aku pindah beberapa bulan yg lepas mmg bndr jauh r..
nk jalan kaki mahu satu jam sampai bandar..

sem depan aku dah kena duduk rumah sewa..
jadi aku ingat nak bawa kereta...
kalau aku xdapat waja, persona, inspira.. haha.. semua kereta proton..
dapat kancil ke kelisa ke viva ke dah okaylah..
aku sebenarnya kurang sket nak naik motor..
sebab tu aku lebih suka naik kereta sambil dgr radio..
tak dapat yang besar pun yg kecik jadi r..

tapi aku ingat nnt nak tgk wayanglah plak..
cerita AKU TAK BODOH..
citer ni cambest jer aku tgk..
aku ni mmg support filem2 melayu ni..
tapi sorry r aku xdpt support 2 ALAM..
heheh...

Assalamualaikum..

Kemaruk

Assalamualaikum..

Syukur nasib baik laptop aku xmeletup semalam..
ni semua sebab keghairahan aku nak tgk drama sgt..
tapi sebenarnya laptop aku ni mmg dah lama dah..
amanat dari kakak aku lagi..
rasa2nya nanti bila nak sambung ijazah bru aku beli kot..
sebab laptop xboleh nak buat autocad.. jadi aku kena survey dlu..

beberapa minggu yg lalu..
kakak aku ada beli dvd drama korea..
PLAYFUL KISS @ MISCHIVENOUS KISS
aku bru abis tgk semalam citer ni.. ada 16 episod..
tu pun masa episod akhir tiba-tiba laptop aku keluar asap..
terus aku tutup laptop sambil belai2 dia jadi sejuk..

jadi aku rasa aku nak review sikit ttg cerita ni..
Jalan cerita dia oklah.. biasalah kisah cintakan..
heroin dia ni mula2 cerita nampak xcantik..
tp lama2 tgk heroin dia ni comellah..

bila tgk citer ni kdg2 aku geram jugak r dgn perempuan ni..
nampak sgt dia ni kemaruk..
padahal lelaki tu dah layan dia teruk dah..
klu aku baik dia terima hero kedua tu..
tapi dah jalan cerita dia macam tukan.. cinta itu buta...
lgpun hero tu genius dan jambu..
tapi mmg ada ke perempuan yg kemaruk sampai macam tu sekali?
hahah... beruntung betul lelaki tu..
dan cerita ni berakhir dgn happy ending...

dan aku pun sekarang dah kemaruk dgn drama korea ni..
tmbh2 ada channel 393..
semua drama dalam tu menarik..

Haritu masa blogwalking..
aku ada baca dalam blog beautifulnara..
ttg ada seorang laki ni complain kat tv3..
ttg penyiaran drama indon ni yg byk..
aku pun perasan..
drama indon akan ada waktu petang..
bukan tv3 jer..
haritu masa buka tv3 keluar citer Alisa..
buka astro ria keluar Cinta Kirana..
buka astro prima Keluar Safa dan marwah..
buka astro oasis pun keluar drama indon..
hahahaha.. punyalah byk drama indon..
tp nak buat mcm manakan.. pilihan dorang.. aku pun xlayan.. aku layan channel aku jer..
namapun kemaruk...

Assalamualaikum..

Monday, November 22, 2010

Formula berjaya SPM

Assalamualaikum...

Kalau xsilap akulahkan SPM start esok..
aku ni manalah tahu sebab aku ni anak last dlm keluarga..
SPM ni dah xpenting dah dalam keluarga aku..
SPM pun dah HD ke skang?
aku ingat astro je yg HD..
so, kepada pelajar yg akan menempuh SPM..
aku ucapkan SELAMAT MENJAWAB SOALAN DENGAN TERBAIK..

so, sebagai senior yg telah berjaya menjawab SPM dengan jayanyaa..
dan mendapat keputusan yg MARVELLOUS tu.. bkn riak yerk..
aku nak kongsikan sikit formula untuk menjawab SPM dengan jayanya..
ilmu2 ni xbaik kedekutkan..

seperti yg kita tahu..
SPM ni penting, sebab apa?
dimana kita akan pilih arah tujuan kita yg sebenar..
seperti aku yg mendapat reult yg marvellous tu..
aku mengambil keputusan menyambung peringkat diploma dahulu..
tapi apa2 keputusan ada ditangan kita..
kita seharusnya memilih yg mana terbaik utk kita..
tapi..
sebelum tu kita kena jawab SPM dulu..
nak pilih peringkat2 tu pun kena tgk result jugakan...

okay, straight to the point!
aku nak bagi formula nak jawb SPM..
kalau yg mmg dah terror dan lancar dan mantap nak jwab SPM..
korg xdialukan mencuba formula ini...

first, korang jgn target2 soalan.. study je semua..
nnt korang kecewa plak masa jawab..

ok formula2nya..
mesti menjadi masalah bg penjawab SPM bila doarng xtahu nak jawab apakan..
sma ada dorang xphm soalan atau mmg dah xtahu lagsg..
korang MESTI penuhkan jawapan xkira apapun masalahnya..
itu penting ok..

Bagi nak jawab soalan objektif..
kalau korang dah mmg xtahu nak jawab soalan tu..
mesti korang hentamkan.. kan.. kan..
nak hentam pun ada cara atau pun style..
klu style aku dulu senang jer..
dah klu namapun hentam kita mesti redha ok..
objektif ada 4 pilihan jawapan..
jadi korang nyanyilah...
letak pensel kat jawapan tu pastu nyanyi lagu ni.. lagu favourite aku lagu ni..
(tan tan tut, tali wa wa, siapa kentut, dia ketawa)
klu korang nak nyanyi lagu lain pun boleh..
lagu siti nurhaliza ke hujan ke syahir ke.. bleh gak..
gunalah cara ini klu korang mmg dah xtahu sgt k.. hahahah..

klu jawapan subjektif..
masa aku SPm dulu..
mmg subjek fizik dan kimia dalam bahasa inggeris..
so, mmg menjadi satu masalah bila aku kena jawab dalam bahasa inggeris..
kadang2 aku tahu nak jwb xtpi xtahu nak tulis dlm bahasa inggeris..
puas juga nak susun2 ayt ni..
so klu korang dah mmg xtahu korang jawab je dalam bahasa melayu terus..
jangan buat cara aku..
klu aku dulu aku buat bahasa rojak..
bi+bm.. hahah.. sebab tu result fizik dgn kimia aku terlalu cemerlang...
INGAT! walau apa jua situasi pun..
korang kena PENUHKAN JAWAPAN..
jangan biarkan kosong.. xelok, xcantik..

dan INGAT keluar je SPM jgn biarkan kertas kamu keluar dgn cantik..
biar kertas tu kotor dengan pensel..
xkisah r kamu nak buat jalan kira atau nak lukis2 abiskan masa..
sebab apa kena buat macam tu?
sebab dgn cara macam tu dpt menyenangkan korang..
korang kan rasa korang telah menjawab soalan tu dgn jayanya..
klu kertas soalan tu bersih.. korg akan rasa korang mcm xjawab soalan tu...

so tu r formula2 yg aku nak bagi..
oh satu lagi..
fizik dan kimakan byk formula..
bila korang dah tak tahu sgt..
xsalah kalu korang nak gunakan formula sendiri..
asalkan dpt jawapan..
aku ingat lg aku pernah guna formula sendiri tapi aku dpat jawapan yg betul malah jalan kira kau lagi pendek dari itu..
hahahah...
tapi INGAt guna bila terpaksa k..

jadi tamatlah sudah perkongsian kali ni..
kornag boleh guna cari ni bila TERPAKSA..
selalunya cara ni digunakan pada saat2 akhir..
jgn nak mengada2 keluar awal..
gunakan masa sebaik mungkin..
dan ingat sebelum dan selepas menjawab kena baca DOA..
itu PENTING!

ok salam dari senior SPM..
SELAMAT MENJAWAB
fighting!
ASSALAMUALAIKUM...

Sunday, November 21, 2010

Harry Porter

Assalamualaikum..

Petang tadi aku telah pergi megamall..
asalnya nak pergi tgk PC fair..
tapi alang2 dah nampak panggung wayang..
aku dan 2 org kakak aku terus pergi serbu..

Aku ajaklah dorang tgk Harry porter..
tambah2 dorang nak belanja..
aku sebenarnya dah baca novel harry porter yg terakhir tu masa form 5..
tapi aku dah tak ingat..
apa yang aku ingat ending dia jer..
tapi cerita harry porter ni kalau baca novel xterasa sangat keterujaannya..
tu yang aku nak tengok versi filem plak..

selama dua jam lbih dalam tu..
aku rasa cerita dibikin dengan baik..
tmbh2 hermione makin cantik..
filem kali ni byk ditambah rencahnya..
terutamanya dorang dah bercintan cintun..
dalam filem ni kisah cinta ron-hermione yg lebih..
harry xde pun..

tapi aku mmg suka dengan siri harry porter.. sebab cerita dia menarik..
maaflah klu aku compare dengan twilight yg aku rasa cerita dia agak slow..
sebab tu aku suka harry porter dari twilight..
tak sabar plak aku nak tunggu sambungan part 2 plak..

filem harry porter kali ni..
xdepun adegan diaorang kat sekolag dorang..
dan ending dia dobby mati.. sian dobby..
dan voldemort dapat kayu sakti dari dumbledore..

habis tgk wayang..
sempat jalan2 kejap kat PC fair...
pastu terus ambik laptop aku yg dah siap..
hahah.. aku dah boleh update blog guna laptop sendiri..

Assalamualaikum..

Friday, November 19, 2010

Aku bukan siapa-siapa

Assalamualaikum..

Entri kali ni aku nak tulis ttg fitrah manusia..
CINTA!

walaupun aku belum ada pengalaman mencintai dan dicintai..
tapi aku sentiasa hidup dalam kalangan manusia2 sebegini..
cinta yg aku ingin katakan ttg both gender..
lelaki dan perempuan..

MENCINTAI TIDAK SEMESTINYA MEMILIKI..

sepatutnya setiap org pelu percaya dgn kata2 ini..
aku mmg percaya dgn kata2 ini..

kadang2 kita menyukai seseorang..
tetapi org itu tidak mencintai kita..
semua org tahu perasaan tidak boleh dipaksa dia akan dtg dengan sendiri..
tapi kenapa bodoh sgt xdpt terima kenyataan..

haritu dalam facebook ada video seorg lelaki bunuh diri..
sebab kecewa dgn seorng gadis..
aku langsung xbersimpati dgn lelaki itu..
tapi aku rasa nak menyumpah..
lelakikah dia?

bunuh diri tu bukan bermaksud dia terlalu mencintai..
tetapi dia adalah LOSER..
sedangkan dia sendiri tahu dalam islam tak boleh bunuh diri..
yg ni org kata mati katak.. mati yg sia-sia..

dia perlu tahu dan yakin pada ketentuanNya..
yakinlah pada jodoh kamu..
bila tiba masanya kamu akan menemui teman hidup kamu..
kegagalan buka penamat..

mesti sshkn nak terima kenyataan bila org yg kita suka tapi xsuka pada kita..
sebab tu kita perlu ada iman..
kita perlu masa untuk tabah..
gagal sekali bkn bermakna gagal untuk selamanya..

satu lagi..
tahukah kamu beza suka dan cinta?
suka ni kita perlukan sebab..
"kenapa kau suka dgn girlfriend kau?"
"Sebab dia cantik, putih dan seksi!"
suka xbermakna cinta..
kerana cinta xperlukan sebab..
jika cinta perlukan sebab hubungan tu xkn berkekalan lama..

contohnya..
kalau kamu cintakan dia kerana cantik tapi satu hari dia kemalangan dia jadi hodoh.. cintakah kamu lg pada dia?
jika dia seorang yg pandai berkata2 tapi satu hari dia menjadi bisu.. cintakah lg kamu pada dia?

sebab tulah cinta xperlukan sebab..
fitrah manusia..
dia hadir dengan ikhlasnya..
nobody perfect right?
jika pasanagn kita punya kelamahan atau melakukan kesalahan..
sudah menjadi tugas kitakan utk membetulkannya..

aku tulis berdasarkan apa yg aku rasa..
kalau ada yg xsuka x apa..
sebab aku bkn siapa2..
aku cuma blogger yg menghujahkan pendapat sendiri..
jgn marah2 k..

Assalamualaikum...

ketagih!

Assalamualaikum..

Sedar xsedar dah seminggu cuti sem aku berlalu..
tinggal lg 7 minggu..
sepanjang cuti ni berlangsung aku jadi anak yg baik jer..
duduk kat rumah xpergi mana2 pun..

Nak keluar dgn member semuanya duk bercuti balik kampung sambut raya..
jadi kena tggu semua balik dulu r..
mesti dorang dpt byk duit raya..
leh aku pow dorang belanja aku tgk harry porter..

duduk kat rumah ni boleh menghadap tv je r..
nak online pun terpaksa guna komputer rumah..
sebab laptop baru anatr baiki.. xtaulah elok lg ke x..
tapi tv pun bkn ada rancangan menarik pun..
selain tgk sukan Asia aku layan drama korea kat channel 393..
mmg byk drama2 korea yg menarik.. aku kan addicted kat drama ni.. hahah..
bkn aku xlayan drama melayu..
cuma dah bleh tau jalan cerita dia..

ttg kekayaan org melayu.. orang korporat..
pastu hasad dengki nak jatuhkan hero..
xpun still dlm cerita kelompok org kaya..
klu miskin buat miskin sgt..
buatlah cerita ttg golongan sederhana ni..
barulah menarik.. heheh..

Assalamualaikum..

Wednesday, November 17, 2010

Kalaulah Aku Dapat..

Assalamualaikum..

Kegilaan aku pada drama korea dan jepun baru bermula tahun lepas..
ni semua gara2 aku xdapat tgk tv kat kolej..
jadi seperti biasa external akan bertukar external..
tu sebab aku dah suka tgk drama korea dan jepun..

Kali ni aku nak cerita ttg sebuah drama jepun..
baru lagi cerita ni... tahun lepas punya..
tajuknya BUZZER BEAT..
cerita nipun sdg ditayangkan kt 8tv pada hari ahad...
aku xtgk kt 8tv sebab aku dah khatam cerita ni masa final aritu.. heheh..

cerita dia ttg impian dan percintaan..
hero ni impian dia nak jadi pemain bola keranjang yg berjaya..
heroin plak nak jadi vionist yg terkenal..
mula2 dua org macam menuju kehancuran je dgn impian dorang..
tapi bila dua2 dah berjumpa mereka saling menyokong impian masing2..
masa tu semua dah ada makwe dan pakwe masing2..
makwe hero tu curang dgn hero sebab dia rasa impian hero xkn kesampaian..
ingat lagi aku dgn member aku kutuk makwe hero teruk2..
sebab kiteorg mmg suka gila dgn heroin yg mmg cun melecun bg aku..
terasa plak nak awek jepun..
tapi xleh sbb aku nak isteri tudung labuh...
cantikkan?? kalaulah aku dapat... heheh...
heroin ni mcmcm muka lisa surihani sket..

apa2pun aku rasa cerita ni best..
bila aku tgk ni ada gak org yg berimpian tinggi macam ni..
dari semangat nak main bola keranjang..
lebih baik cari kerja yg tetap pendapatan ni..
kalau cedera ke sakit ker.. macam mana plak.. hahahah..

Assalamualaikum..

Tuesday, November 16, 2010

Rela Dikorbankan..

Assalamualaikum..

First..
korang jangan ingat aku plak yg kena korban esok..
yelah tajuk entri tu double meaning...

Apa2pun esok dah Hari Raya Aidiladha..
Jadi aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA..
aku seperti biasa xprnh tgk org sembelih lembu,kambing atau unta..
kalau ayam pernahlah dari kecik lagi..
sebab apa?
sebab aku ada perasaan kesian..
bila aku kesian tgk lembu kena sembelih aku xbleh makan daging lembu tu..
jadi lebih baik xpayah tgk..
lagipun aku xleh makan daging byk2..
nanti pening kepala..

sebenarnya dalam hidup ini byk yg perlu dikorbankan..
demi masa depan kita dan juga org lain..
kdg2 kita terpaksa korbankan 'sesuatu' utk org lain..
tapi jgn ingat pengorbanan kita itu sia-sia..
sebab kadang pengorbanan kita yg kecil itu akan dibalas dgn lebih besar lagi..
aku rasa aku rela dikorbankan jika aku ingin org yg aku sayangi bahagia..
sekurang-kurangnya aku dpt mengurangkan kesediahan atau penderitaannya..
apa2pun.. xsalah berkorban.. tapi biar berpada2 k..

selamat berkorban!

Assalamualaikum..

Monday, November 15, 2010

Itulah Sayang!

Assalamualaikum..

Perlu ke aku melafazkan kegembiraan setelah final exam aku telah tamat semalam.. walaupun final dah tamat namun masih ada mulut yg belum menamatkan kisah final ini..
"Macam mana soalan final tadi? senang jekan!"
ayat yg last sekali xbleh blah. senang? genius kau yerk atau aku sorg saja yg kurang cerdik.. apa2 pun aku xnk repeat sudah.. 3 jam dlm dsg mcm nak beku satu badan.. ah! lupakan!

Semalam aku dah sampai rumah.. harini xtahu nak buat apa.. mgkn nak selongkar rancangan tv apa yg menarik skang.. lama xtgk tv.. aku pun xtahu nak buat apa.. kerja? x2..

Walaupun tv disediakan dikolej aku.. aku lgsg xberminat nk tgk.. mungkin kedudukan tv tu xsesuai kot sebab aku xbleh nak terguling tergolek depan tv tukan.. aku ske layan sesuatu sambil terbaling dan golek2 skit..
sebab tu aku membeli external utk kumpul drama dan movie yg menarik.. sejak aku masuk U ni kegilaan aku telah jatuh kepada drama2 korea dan jepun.. sebab cerita diaorg memang kelakar dan mempunyai motif yg kuat terutama drama jepun..

Jadi aku nak kongsi satu drama jepun yg menarik kat sini..
Tajuknya Yasuko to kenji..
xsilap aku drama nipun dari salah satu manga diadaptasikan kedrama..
kebanyakkan drama jepun mmg byk dri mangakan..

cerita ini mmg best bg aku..
mmg kelakar dan ada juga part2 yg sedih..

cerita ini tentang seorg abang yg begitu menyayangi adiknya..
tetapi adiknya ingat abang dia ni nak konkong hidup dia..
sebab adik perempuan dia ni dan umur 17 jadi nak jugak berpakwe..
tapi dlm phone dia xde pun nmbr bdk lelaki..

abg dia ni merupakan geng biker.. ketua lg..
tetapi setelah mak dgn ayah dia meninggal..
abg dia berhenti sebab nak jaga adik dia ni..
akhirnya abg dia jadi pelukis manga..

abg dia ni walaupun adik ni masak xsedap..
dia xpernah kutuk atau marah.. relax je dia makan smpi habis..
Itulah Sayang!
Kalau kita tgk nampak abg dia punya keganasan dan marah..
mimik muka abg dia mmg xbleh blah..
adik perempuan dia tu plak mmg cute abis..

Kalau korg rasa nak tgk citer yg menarik ni..
aku syorkan korg tgk drama ni..
aku ni xpandai sgt nak rekomen2 ni..
tapi korg akan ketawan berdekah-dekah tgk cerita camni..

aku rasa drama melayu yg selalu buat cerita kelakar kena tukar r..
jgn dah r asyik buat lawak bodoh.. dah xbest..
apa salahnya buat lawak yg natural.. yg xbodohkan..
sekurg2nya aku enjoy tgk cerita macam tu..

sebenarnya byk lg cerita yg aku tgk..
tp lain kali aku cerita lagi k..
rindu plak time tgk drama ni dgn member sebilik aku yg minat juga drama jepun..
nak buat2 apa-apa pun kena tggu dia dulu..

Assalamualaikum..

Saturday, November 13, 2010

The Last One

Assalamualaikum..

Akhirnya hari yg ditunggu bakal menjelma..
Perasaanku berbaur..
ada gembira, ada gementar..
ada risau, ada xsabar..
apa2 pun aku akan cuba sedaya upaya..
selebihnya aku berserah kepadaNya..

Sem kali ini akan berakhir esok..
habis saja paper terakhir..
aku sudah melangkah kealam cuti..
lepas ini mgkn aku dapat berblogging dgn aktifnya..

Aim tuk sem depan..
aku akan mula tukar cara belajar aku ni..
yg semakin lama jadi semakin menggerunkan..
tmbh2 nak ambil muet plak sem depan..

Harap2 paper the last one esok ni..
dapat membangkitkan mood cuti yg menggembirakan..
jgn jadikan mood cuti aku penuh kegusaran..
terasa nak pergi bercuti pula..

Assalamualaikum...

Thursday, November 11, 2010

25 Tentang Aku

Assalamualaikum...

Mood Study tadi menggila2..
tapi bila dah tgk laptop member mood blogging pula menerpa tiba..
yelah laptop sendiri pun dah rosak..
kenalah pakai org punya...

Beberapa hari yg lepas..
seorg blogger yg merupakan seorg pensyarah..
juga dikenali sebagai penulis telas menge'tag' aku..
FAIZAL ISMAIL..
eh bukan2..
tu deejay radio...
FAIZAL SULAIMAN (SEINDAH DUNIA KITA)



"Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts or goals about you. In the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tags you. If I tag you, it’s because I want to know you more."

Jadi rasa cam menarik jer nak jawab...
25 perkara/fakta atau apa2 jer ttg aku..

1. seorg yg suka membaca buku fiksyen... mmg suka melepak ke kedai buku utk mencari naskah2 cerita yg dapat menarik perhatian dan hati.. dan boleh menghabiskan novel yg tebal dalam masa sehari jika jalan cerita mantap..

2. seorg yg suka berangan.. setiap masa akan berangan.. sebelum tidur, masa study, masa makan dan masa2 tertentu..

3. memegang prinsip 'no job no couple' heheh.. masih berjaya sbb mmg xlaku..

4. sentiasa merasakan diri ini kacak.. sebab setiap ciptaan Allah itu cantik dan mempunyai kelebihan masing... dan merasakan diri ini kacak.. hahah...

5. suka menonton drama korea dan jepun... boleh menghabiskan satu siri (9-12 episod) dlm satu hari setengah....

6. seorg yg suka menulis.. bercita2 utk menjadi penulis satu hari nanti.. sebagai part time job..

7. cita2 utk menjadi seorg jurutera yg berjaya atau seorg guru yg cemerlang...

8. seorg yg amat pendiam apabila tidak kenal bila face to face dan xakan memulakan perbualan...

9. seorg yg hyperaktif dlm mengacau org lain apabila sudah rapat..

10. selalu dianggap budak skema.. padahal aku xskema ok..

11. meminati matematik

12. seorg yg susah untuk sakit tapi bila kena sekali mmg lama terutamanya demam.. tapi selesema senang sebab mmg xbleh kena habuk skit pun dah terbersin sini sana..

13. mudah mengungkap kata maaf sehingga ada member cakap "maaf kau tu murah sgt".

14. suka mendengar lagu2 jiwang dan pop rock..

15. seorg yg mudah memaafkan...

16. suka mendengar dan menonton cerita seram...

17. suka cerita penyiasatan kadang2 terpikir nak jadi penyiasat..

18. seorg yg pemalu...

19. tidak sukan makan sayur, yogurt dan seangkatan dengannya..

20. pandai memasak tapi xpandai mengemas... sbb mmg suka makan tambahan selalu mendapat pujian ramai.. hahahahah...

21. subjek sejarah merupakan subjek pertama yg aku gagal dalam exam..

22. suka menonton wayang walau baru beberapa kali pergi...

23. suka makan udang...

24. ingin berkahwin pada umur 25 tahun dan ingin 5 0rg anak...

25. mudah bertolak ansur..


Aduh penat nak tulis semua ni..
padahal semuanya perkara2 biasa saja.. xmenarik pun..
harap jgnlah ada yg xsuka dgn perkara2 diatas..
sebab ini mmg adalah aku..
xkn aku perlu menjadi org lain bukan..

aku nak semua followers aku buat boleh???
siapa nak buat dipersilaKAN..

Assalamualaikum...

Hadapi Realiti!

Assalamualaikum..

Tinbggal 3 hari lagi utk aku jawab last paper..
Solid mechanics..
Subjek yg tough bg semua budak EC..
tapi xtahulah takut2 aku sorg je rasa mcm tu..

Sem ni mcm2 perkara yg berlaku..
dari awal sampailah ke titik akhir sem kali ni..
biasalah hidup manusia mana yg xde masalah..

Aku masih ingat lg 3 hari lepas..
hari kelam kabut bg aku..hari itu aku ada paper soil..
bila aku dh siap2 semua tiba2 aku dpt tahu kjasut aku hilang..
dgn stokin sekali..
mmg aku rasa menyirap..
tergopoh2 aku cari kasut aku tapi xjumpa..
terpaksalah aku pki kasut sukan dgn kemeja dan slack..
mmg rasa xselesa dan diperhatikan walau xde org perasan pun tapi perasaan tu kuat sgt..
sampai dlm dewan dh berpeluh-peluh..

subjek ni kononnya aku target bleh cemerlang..
sebab carry marks amat memberangsangkan tapi..
entah kenapa aku rasakan..
pembuat soalan terlalu kejam utk kami..
masa aku buat soalan2 final sem2 sebelum ni..
soalan mampu aku jawab sebaiknyalah walau xperfect..
tapi kali ni soalannya selalu terkeluar dari jangkauan...
bukan course soil saja tapi semua..
walaubagaimanapun aku tetap jawab..
dgn berpegangkan prinsip aku..
JGN BIAR KOSONG...
walaupun aku rasa agak kecewa dan terkilan..


Dan seperti yg dijangka..
semua pelajar bahagian 4 lelaki sem dpn..
kena duduk diluar..
aku dah duga awal dah..
mls nak ckp apa2 atau nk complain sebab nnt ckp xbersyukur plak..
aku jadikan ini sebagai pengalaman...

harapan aku tuk sem kali ni..
cuma nk konsistenkn result..
aku xnk aim tinggi2..
sebab kita mampu berangan setinggi awan..
tapi mampukan kita menggapainya?
hadapi realiti!
tahu dimana kemampuan kita!

bagi aku xsalah berangan..
sebab aku mmg suka berangan..
tapi bukn mcm mat jenin..
selagi kita berpijak dibumi yg nyata..
kita boleh berangan sepuas-puasnya..

Assalamualaikum..

Saturday, November 6, 2010

Bulu Meremang Tengok Free Show!

Assalamualaikum...

Xlama lagi musim final exam ni akan tamat..
dalam perkiraan aku tggl lg seminggu...
aku dh habis jawab 4 paper..
tggl 2 lg paper..
aku ada sedikit tertekan sbb course yg aku ske aku xdpt jwb dgn baik..
kecewa mmg kecewa tapi aku kena let go je r..
yg tinggal aku kena bertawakal kepada Allah..

Sekarang bukan saja musim final..
tapi kat tempat aku ada musim hantu..
menarikkan..

Musim hantu ni bukan ada bdk2 kena histeria ke atau seumpamanya..
sambil study sama2 dgn kawan2..
kiteorg selitkan sekali dgn cerita hantu..
masing2 dtg dari sekolah yg berlainan dan majoriti duduk asrama..
biasa r klu duduk asrama ni mmg xsah klu xde cerita2 hantu ni..

aku pun ada gak ceritanya..
tapi cerita yg aku dgr dari org sbb aku xpernah mengalaminya..
setakat tgk bdk histeria mmg byk r..
dahtu waktu cerita lepas pukul 12 malam plak..
yelah study bagai nak rak..
sampai tidur pun nk dekat pukul 4...

klu dulu aku selalu bangun pukul 4 pagi nak pergi tandas..
sekarang nak pergi pun nak kena pandg2..
sebab ramai member cerita ttg hantu tandas..
selama ni xpernah rasa apa-apa pun..
tapi skang bulu aku pun dh pandai nak meremang..
aku ni mmg ske tgk citer seram...
dgr citer seram pun suka...
tapi aku prnh kena 'tindih' sklai..
masa aku sekolah menengah dulu..
tu r first aku kena..
skang xde dah..
kdg2 perkara2 macam ni sebenarnya perasaan semata2..
patutnya xyah nak fikir perkara2 mcm tu..
tapi biasalah kenormalan manusia..
ke ada yg xmeremang bila dpt tgk free2 'menda' tu??
aku siap dpt petua lg dgn member aku bila nampak 'menda' tu..
aku akan gunakan petua tu nnt..
tp harap2 aku xkn pernah jumpa..
xdpt pengalaman pun xpelah..

korang pernah nampak free show tu?
ceritalah kat aku..
heheh..

Assalamualaikum..

p/s: hope result nnt konsistenlah..

Monday, November 1, 2010

Baru 3..

Assalamualaikum...

sedar xsedar dah seminggu dah final exam berlalu...
dah 3 paper dah selamat dijawab..
tinggal lagi 3..
harap aku dpt make it dgn jayanya..

doakan kejayaan aku...

Assalaualaikum..

p/s: masa tempuh final nilah dugaan makin byk.. laptop rosak..

Yang Penting Buat Yang Terbaik Dalah Hidup Kita Supaya Tak Menyesal Kemudian Hari.