Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Sunday, October 24, 2010

Play Hard!

Assalamualaikum..

Harini aku dh balik U semula..
Sempatlah main hujan sebelum sampai bilik tadi..
Terasa mcm xnk balik jer..
sebab rumah dah ada astro beyond..
tambah2 ada dua channel menarik..
HD lagi tu..
Channel 393 dan 721..
Malam ini kena siapkan juga assignment sebelum aku pulun habis2an utk study..
sebab assignment mmg kena antar esok..
nasib baik final start hari rabu..
Doakan aku utk berjaya..
Klu dapat Dean List.. Alhamdulillah..
kepada yg akan menjalani final juga..
selamat menduduki final exam..
semoga berjaya..
It's time to play hard..

Assalamualaikum..

Saturday, October 23, 2010

Rasa Yang Sebenar


Assalamualaikum..

Harini aku first time temankan mak aku kat tempat dialisis..
lama jugak proses pencucian tu berlaku.. dekat 4 jam..
mak aku baru start minggu ni kena cuci buah pinggang..
jadi kesempatan aku balik ni aku temanlah mak aku..

Sambil aku tggu dan teman mak aku..
tiba2 fikiran aku mula mengimbau balik kenangan2 lalu..
aku pun xtahu kenapa.. mgkn sebab lagu yg aku dgr masa tu..
tapi masa tu aku dgr lagu korea..
manalah aku tahu apa yg dorg nyanyi..
mgkn ttg kenangan2 lalu kot..

semuanya kenangan masa aku berada kat u..
ttg persahabatan aku..
bagi akukan aku amat menyayangi kawan dari kekasih(makwe)..
mgkn sebab aku xprnh ada makwe..
tmbh2 aku xsuka org yg lebihkan makwe dari member..
time dorg perlukan sesuatu barulah cari member..
time best2 bergembira dgn awek..
time ssh bru ingat member..
mgkn tu mmg lumrah bercinta..

bila perkara gembira barulah bersama dgn kekasih..
biala kesusahan baru cari member..
lumrah!
aku dah melalut..

Sebenarnya aku rasa impressive gak dgn diri aku ni..
yelah org yg pendiam macam aku ni..
leh dpt ramai member..(ramai ke?) lebih sorg ramai r tu..

tetapi bila aku kenang balik..
aku rasa aku byk buat salah pada mereka..
padahal bg aku mereka sgt2 penting..
xkisahlah klu dia buat mcm mana pun..
aku still rasa perlukan mereka..
aku xtahu kenapa sejak dua menjak ni aku asyik fikirkan mereka..
mgkn sebab aku dh nk finalkan..

bila aku xpuas hati..
aku terus tunjuk muka xpuas hati..
kdg2 aku terlepas ckp..
mgkn dorg xckp dpn2 aku..
tp aku tahu dorg terasa..
aku ni mgkn xpndi nk nasihat2..
patutnya let go jer apa yg dorg nk buat..
sekurg2nya hubungan persahabatan aku xterjejas..
aku xprnh nk buat musuh dgn org..

tadi masa jln2 kt megamall..
aku call member aku yg sorg ni..
member first aku rapat masa kt u..
tapi dia xangkat call aku..
tiba2 aku terfikir nak call dia..
mgkn sebab sem ni..
aku duduk kt hostel..
dia duduk kat luar rumah sewa..
jd aku dh xrapat dgn dia..
dulu aku mmg rapat dgn dia..
sebab dia first tegur aku..
tapi byk sikap dia yg aku xsuka..
kdg2 aku ckp direct kat dia..
kdg2 aku buat muka kat dia..
dia still terima semua ckp aku mcm gurauan..
bila aku fikir balik..
sepatutnya aku terima je macam mana sikap dia..
siapa aku nak suruh dia ubah sikap dia..
dah kalau dia macam tu aku kena terimalah..
selagi dia xmemudaratkan aku..
aku patut yakin yg setiap perbuatan jahat pasti ada balasan..
jadi aku xsepatutnya hukum dia..
siapa aku??
sekarang aku rasa dia pun dh mula berasa hati dgn aku..
ni semua salah aku sbb nk tunjuk aku baik..
mentang2 aku xmerokok..
mentang2 aku xsuka meniru masa exam..
mentang2 aku xsuka melepak xtentu pasal..
mentang2 aku xsuka cakap benda xsenonoh bila tgk perempaun..
mentang2 aku xsuka bodek lecturer tuk bg mrkh tggi..
aku ingat aku dah cukup baik..
aku bukan bdk baik..
bila aku ssh aku cari dia..
sem depan aku kena duduk luar..
aku minta dia tolong carikan rumah utk aku..
dia sanggup tolong..

Masih terngiang-ngiang lagi kat telinga aku..
satu ceramah yg aku dgr ttg sahabat ni..
selemah2 sahabat adalah org yg bersangka baik kepada sahabatnya..
aku nak bersangka baik susah sgt..
ni mgkn sebab cas2 negatif terlalu byk dlm tubuh aku..
byk kali aku sangka buruk pada dia..
kenapa aku ni??

seterusnya setinggi2 sahabat adalah..
org yg melebihkn sahabt dari diri sendiri..
hahahah.. aku macam ni..
lambat lg kot..
aku adalah org yg sentiasa sygkan diri aku..
aku sendiri xmahu disakiti..
tetapi terlalu menyakiti hati org lain..
Ya Allah layakkah aku menjadi sahabat org lain..

aku xnk hubungan persahabatan jadi musuh..
aku xnk bermasam muka dgn kawan2 aku..
aku nk jadi kawan yg baik..
boleh aku jadi sahabat yg baik..
Bolehkah aku lakukan ini?


mgkn bukan senang nak dapat sahabat sebegini..
tapi sekurg2nya aku cuba jadi seperti ini..

Inilah rasa yg sebenar~

Assalamualaikum..

Thursday, October 21, 2010

Selamat Berjaya Sayang

Assalamualaikum..

Harini aku dah sampai umah..
Kononnya nak buat surprise kat family..
last2 aku yg kena surprise bila family aku xde kat umah..
nasib baiklah aku ada keupayaan menjadi pencuri yg berjaya..
dapatlah aku masuk kerumah tanpa kunci dgn jayanya..

Baru harini aku nak balik rumah..
walaupun study week dah bermula lama..
ni semua sebab nak siapkan assignment aku yg byk tu..
klu aku balik rumah jawabnya mmg xsiaplah assignment tu..
nipun ada satu lg assignment yg kononnya aku nak siapkan kat rumah..
semoga aku rajin dan berjaya siapkan..

Bila aku tgk jadual final exam aku..
aku rasa jadual sem ni agak pelik..
pelik??
kenapa agaknya??
2 sem sblm ni jarak antara satu course ke satu course mmg lama..
ada tu sampai seminggu lebih..
tapi sem ni..
jarak dia sehari atau dua hari jer..
dah tu course yg tough2 plak buat aku..
mcm mana aku nk study ni..
aku dahlah mmg penstudy last minute..
klu aku study awal..
awallah aku lupa..
bunyinya mcm belajar utk exam jekan..

Apapun sem ni..
aku aim nak kekalkan result aku seperti sem2 sebelum ni..
klu boleh biar lebih dari sem lepas..
klu dekan.. Alhamdulillah...
jd kena study betul2kan..


Pada yg akan menjalani final exam pada minggu depan..
aku ucapkan selamat menjawab..
jangan tinggal kosong..
kalau xtahu juga bantai r..
tapi jgnlah jwb jawapan yg mmg xde mengena lgsgkan..
fikir betul2 sebelum jawab

teringat jawapan member aku masa sekolah menengah..
subjek fizik masa tu..
soalan: macam mana kita aplikasikan penggunaan tenaga haba dgn kinetik? (mcm nilah bunyinya)
jawapan member aku: dengan memasak maggi..

cikgu aku terus marah dan membebel sampai abis kelas.. heheh..

jgn buat mcm ni time final.. isilah dgn aktiviti yg lebih berfaedah

Assalamualaikum..

Wednesday, October 20, 2010

Kenapa Perlu Rasa Begini?

Assalamualaikum..

"Manusia xkan pernah lepas dari dugaan dalam hidup mereka!"

Aku sendiri tak tahu dan tak faham..
Kenapa aku perlu rasa bersalah..
ya, mgkn sebab aku dah sakitkan hati org..
tapi aku sendiri lakukan tanpa niat..
dan dia pun lakukan perkara sama dgn aku..
tapi xperlulah dia buat aku rasa bersalah..

Dulu aku xmacam ni..
manusia berubah bukan..
klu dulu org boleh selalu gunakan aku..
tapi sekrang aku dh xsuka dipergunakan..
aku mahu menikmati hidup aku tanpa rasa bersalah..

kenapa aku selalu memikirkan perasaan org lain..
kenapa aku selalu rasa bersalah walaupun aku rasa kdg2 itu bukan salah aku..
kenapa perlu rasa begini?
aku xpernah nak mencari musuh dlm hidup aku..
aku ingin menjadi kawan dlm hidup semua org..

kalau dulu walau aku xsuka sekalipun..
aku xkn pernah tunjuk..
tapi sekarang aku sendiri xdpt nak kawal..
bila xsuka aku terus luahkan..
walaupun aku xberniat..

Dalam hidup ni..
aku perlukan kawan..
aku xsuka hidup sendirian walaupun aku selalu bersendirian..
sebab tu aku selalu cuba berhati-hati jaga tingkah laku dan kata2 aku..
hinggalah sekarang aku rasa aku dah tak mampu nak kawal..
kata2 aku kadang tajam macam pisau..
kenapa aku yg salah..
kenapa perlu rasa begini..
kdg2 aku penat..
sshnya jadi manusia mcm aku ni..

Assalamualaikum..

Tuesday, October 19, 2010

Soal Hidup Dan Mati?

Assalamualaikum..

Pagi tadi terpaksa bangun awal..
Sebab kul 11 ada test koko dgn ustaz..
kalau tak mesti bgn lagi awal dari harini..

Aku tak tahu sejak bila pula datang penyakit nervous aku ni..
Mgkn sebab dah lama xbuat test face to face kot..
sebab tulah bacaan aku tadi tunggang langgang..
sampai ustaz suruh aku tenang dulu..
ni yg buat aku risau nak kahwin ni..
org kata klu nk kahwin nervous dia semacam skit..
gawat2.. hahah.. lmbt lg kot nk kahwin..

Lepas abis test tu..
ustaz ada bagitahu ttg penyambungan ke ijazah..
dari diploma ke ijazah..
maksudnya aku terus boleh ambik ijazah tanpa perlu abiskan diploma..
tapi cgpa perlulah melebihi 3 keatas..
dulu aku dah tahu ttg ni..
tapi aku rasa aku mmg nk abiskan diploma..
sebab2 sekurg2nya aku ada diploma..
tapi bila ustaz cerita ttg tu..
aku rasa okay juga kalau aku terus ambil ijazah..
sampai sekarang aku masih fikirkan perkara tu..

perlu ke aku mohon?

Tapi..
bila buat check2 diri..
dgn penyakit kemalasan yg masih belum sembuh..
aku rasa lebih baik aku abiskan diploma..
mana tahu diploma tu dpt digunakan time sesak barak..

study week dah bermula 2 hari lepas..
patutnya aku dah mula study habis-habisan..
sebab aku rasa carry mark mestilah rendah..
sbb test aku amatlah teruk..
tapi aku xnk stress2..
sebab klu dah stress makin byklah ilmu aku kehilangan..
jadi aku kena relax..
bak kata org..
study smart no study hard..


Assalamualaikum..

Monday, October 18, 2010

Pandanglah Kedepan

Assalamualaikum..

Malam tadi aku baru saja habis test aku yg terakhir..
Memang aku jawab mcm sampah..
aku sendiri xpaham..
sama ada soalan terlalu susah atau aku yg xtahu nak buat..

Malam tadi juga seorang kawan telah menelefon aku..
Lama betul kami tidak berbual..
sejak aku meninggalkan sekolah kebangsaan chini 2..
dimana aku menghabiskan zaman kanak-kanak dan kenakalan aku disitu..
jika waktu mampu diputar..
ingin saja aku kembali kewaktu itu..
terlalu byk kenangan yg mencuit hati..
sudah 7 tahun berlalu..

Namun panggilan yg aku terima tadi memberi byk kejutan..
Rakan-rakan aku kini semuanya sudah berubah..
plg yg aku tidak boleh terima..
seorg kawan lelaki yg agak rapat dgn aku masa sekolah dulu..
sekarang sudah pun jauh berubah..
apa ayat yg sesuai untuk aku gmbrkan..
mmg dulu dia agak lembut tapi sekarang keadaan sudah jauh lebih dari itu..
bukan saja parasnya sudah kelihatan seperti perempuan..
tapi pemakaiannya juga..
sampai aku xsanggup nak tgk berulang kali gmbrnya di facebook..

Seorg kawan lelaki yg dulu aku amat bangga padanya..
semasa darjah 3..
kami sama2 mengambil ujian PTS..
daripada 20 org yg ambil cuma dua org saja yg lulus..
dan dia tergolong dalam dua org itu..
tapi sekarang aku dapat tahu..
dia sudah join geng2 mat rempit dan malas belajar..
sedangkan aku rasa masa depannya cerah..
tapi semua itu bukan aku yg tentukan..

Dan pada cuti hari raya haritu aku ada jumpa seorg kawan perempuan..
dia sekarang sudah bekerja dan dia tak sambung belajar..
aku xnk tanya lebih2..
tp bila tgk dia yg usia masih muda..
tapi cuma bekerja di mini market..
hati aku jd sayu..
mcm mana nasibnya nanti..

Sama macam aku..
walaupun aku sudah berjaya menjejaki kaki ke menara gading..
adakah aku akan dapat menghabiskan pembelajaran aku disini..
aku harap aku berjaya grade dgn cemerlang..
tapi..
xsemestinya aku berjaya grade..
aku akan terus dapat kerja..
bygknlah berapa ramai yg mengambil course yg sama dgn aku..
bukan universiti aku saja yg menawarkan course ini..
bleh dikatakan seluruh universiti di Malaysia ini menawarkan course civil ini..
belum campur kolej2 swasta lagi...

Tapi apapun..
tidak kira walau dimana manusia itu berdiri sekarang..
nasib mereka pasti akan berubah..
kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan..
Jadi aku dan kawan2 aku haruslah sentiasa memandang kedepan..
sentiasa berubah utk menjadi yg terbaik..
kerana tidak semestinya harini kita susah..
esok juga kita akan susah mungkin kesenangan sedang menunggu kita..
jadi hidup ini tidak boleh berputus asa..
walaupun beribu kegagalan menjelma..
kita kena yakin..
akan adanya sekali kejayaan buat kita..

Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya..

Pandanglah kedepan dan jadikan kenangan lalu sebagai pengajaran untuk menjadi lebih baik pada masa depan..



Assalamualaikum..

Sunday, October 17, 2010

Feeling Like Dying

Assalamualaikum..

Terima kasih sebab bg feedback pd entri aku sebelum ini..
aku tulis berdasarkan apa yh aku rasa dan faham..
jauh sekali utk meyatakan aku ni insan yg baik..
aku mmg byk gila buat dosa..
tetapi apa yg boleh aku tegur aku cuba tegur..
ada org kata perkara tu lumrah dunia..
kalau macam tu kita kena biarkanlah perkara tu terus menjadi-jadi..
macam kes buang bayikan kita biarkan jelah org buang bayi..
biar meningkat lagi statistik pembuangan bayi setiap tahun..
xkira perkara tu kecil ataupun besar..
kita kena fikir baik buruknya..
kadang2 perkara yg kecil akan memberi kesan yg besar..

OK.. Lupakanlah ttg perkara tu..
terima kasih kepada yg faham apa yg cuba aku sampaikan..

Korang Pernah Bercinta?

Aku rasa org yg selalu singgah kat blog aku ni semuanya remajakan..
mesti ada yg pernah bercinta xpun ada yg tgh asyik bercinta..

Dari kawan menjadi kekasih?

perkara ni biasa berlaku..

Ni ada satu cerita ttg seorg kawan aku..

Dia ni suka pada kawan dia masa sekolah menengah..
walaupun diorg dah xjumpa lepas abis spm..
diaorg berhubung melalui laman sosial..
hari-hari diaorg bersembang..
tapi kawan aku ni xde keyakinan nak berterus terang..
dia cuma bagi hint je kat perempuan tu..
tapi..
perempuan tu xdpt nak tangkap..
lgpn dia rasa bersalah klu dia bersama dgn perempuan tu..
sebab perempuan tu pernah bersama dgn kawan baik dia..
walaupun mereka dah putus dua tahun dia ttp rasa bersalah..

dan kawan aku ni juga ada masalah lain..
dia takut bila dah couple dia xleh layan perempuan tu baik2..
dia tak tahu nak pujuk bila perempuan merajuk...
dia takut dia xdpt nak bagi perhatian pada peremnpun tu..
dia tak pandai nak jiwang2..
dia takut dia akan lakukan perkara xelok pd perempuan..
dia takut dosa..
dan yg plg teruk dia xsure lg perasaan dia terhadap perempuan tu..
mgkn sekadar suka..
atau itu dinamakan cinta..
dia compius..

Aku pun compius..



~Feeling like dying~
How To do?

Assalamualaikum..

Saturday, October 16, 2010

Cara Kotor !

Assalamualaikum..

Manusia sanggup lakukan apa sahaja untuk berjaya..
Tidak kira melalu cara bersih atau kotor..
banggakan bila kita dah berjaya..
org lain pun akan berbangga dengan kita..

Tahu tak kenapa gejala rasuah semakin menjadi2 kat malaysia..
sebab ada manusia yg nak berjaya dgn cara kotor..
dia sanggup lakukan apa saja untuk kepentingan diri tanpa memikirkan org lain..
dan dia bangga sebab dia berjaya..

Orang selalu cakap kita akan berjaya kalau kita berusaha..
mmg dia berjaya dgn usaha..
usaha dgn cara kotor...
itu tetap usahakan..

Bila org tanya?
apa rahsia kejayaaan kamu?
jawab dia.. Ini rezeki Allah Taala..
kenapa xbagitahu saja rahsia kejayaan tu pada semua org..
supaya org lain pun boleh berusaha macam kamu..

Bila kita tgk cerita kita mesti xsuka/menyampah/benci dgn org yg lakonkan watak jahat..
sedangkan realitinya kita tergolong dalam kalangan mereka bukan..
sedar atau tidak sedar sahaja..

Okay, sorry aku merepek buat korg xpaham..

Aku cuma nak ceritakan sesuatu bila aku mula hilang hormat pada seseorang..
aku serius cakap aku suka budak cerdik..
dekat sekolah dulu dari sekolah rendah sampailah sekolah menengah..
aku selalu rasa nak mendampingi budak cerdik..
sebab aku nak tahu apa rahsia kejayaan mereka..
aku xdilahirkan genius..
otak aku sama mcm otak org lain..
dan kebanyakkan budak cerdik tu org perempuan..
lglah aku nk mendampingi mereka secara sedar atau tidak..

bila dah berjaya naik menara gading..
lagilah ramai aku jumpa org cerdik..
aku mula hormat pada mereka2 yg cerdik ni..
aku rasa aku nak jadi macam diaorg..
kenapa diaorg paham tapi aku xpaham..
itu selalu menjadi persoalan dibenak aku..
sedangkan otak kami sama..
bezanya cuma satu sebab dia cerdik..

tapi bila aku tahu org cerdik tu gunakan cara kotor utk berjaya..
aku jadi hampa.. sebab aku salah menafsir mereka..
aku hilang hormat pada mereka2 ini..
aku xbangga jadi kawan mereka..

mak dan ayah kita mesti banggakan bila anak mereka berjaya..
anak mereka cerdik..
tapi mereka xtahu kecerdikkan anak mereka telah menipu mereka..
anak mereka berjaya dgn cara kotor..

apa gunanya seseorg itu berjaya..
dengan cara yang tak betul..
biarlah kita gagal utk kejayaan yg lebih bernilai..
jangan kita lupa yang kita ada Allah..
kita ingat kita guna cara kotor Allah tidak tahu..
patutlah kita seringkali ditindas..
ini semua sebab kita sendiri telah mengotori diri kita sendiri..
kita sendiri yg merasakan diri kita tak berguna..

Apa gunanya kamu berjaya sekarang..
satu hari nanti kamu akan menyesal..
xsalah berjaya guna cara bersih..
mungkin untuk menuju kejayaan itu lambat..
tapi sekali kita berjaya kita pasti berpuas hati...


mungkin penjaga xtahu tapi Allah tahu...

Assalamualaikum..

Thursday, October 14, 2010

Mengapa Perlu Beratkan Otak..

Assalamualaikum..

Esok hari terakhir aku belajar utk sem yg ketiga ni..
Pastu menyusul plak study week..
waktu untuk mengumpul balik ilmu2 yg dipelajari dari awal sem..
lalu diluahkan diatas kertas semasa final exam..

Tapi masih ada test dan assignment yg masih belum selesai..
tambahan pula aku telah membuat keputusan..
utk tggl dirumah sewa pd sem depan..
kerana melihat keadaan kolej kediaman yg dilanda tsunami..
6 org sebilik? Cukuplah sekali..

Sebagai pelajar yg dilahirkan untuk study last minute..
mmg perkara ni tidak dapat dielakkan..
jika aku study awal.. aku akan lupa awal..
so, that's mean aku belajar kerana exam..
aku selalu kata kita belajar kerana hidup bukan kerana exam..
tapi aku sendiri xmampu nk pegang kata2 aku..
sedih dan menyesal juga..

Tapi mengapa perlu beratkan otak..
masa final exam aku perlu relax dan cool..
aku akan cuba berubah..
maybe not this time..
sebab aku risau..
apa yg aku belajar cuma sia2..
mgkn tinggi bila result keluar..
tapi lepas tu aku dah tak tahu apa-apa..
terpaksa rujuk buku balik..
mcm mana aku nk praktikan ilmu yg aku ada..

aku xnk beratkan otak sekarang..
aim aku nk siapkan assignment yg byk dan selesaikan test..
aku nk dilahirkan sebagai engineer yg berjaya..
jd aku kena belajar uktuk hidup..
harap2 aku berjaya..

Assalamualaikum..

p/s: lg sebulan cuti sem.. heheh..

Tuesday, October 12, 2010

Jangan Biarkan Dia Terjatuh

Assalamualaikum..

Aku dah back to normal..
aku rasa aku mmg xsesuai guna gua dgn lu..
aku kau lebih sesuai untuk aku..

Nobody perfect!
ayat ni kita selalu dgr dah..
ke ada yg first timer?
xkisahlah tp sekurang2nya kita tahu..

kita dah akil baligh..
dah boleh beza yg mana baik yg mana buruk..
ustaz aku cakap..
kalau kita buat perkara yg xbaik walaupun dgn niat yg baik..
perkara tu tetap tak baik..

contohnya:
seseorg itu mencuri untuk menderma kepada org lain..
mencuri tu semua org tahu berdosa dan salah..
mmg perkara yg xbaik..
jadi xperlu mencuri utk menderma..
buatlah perkara yg halal klu kita betul nk buat perkara baik..

aku setuju dgn perkara tu..
klu kita mencuri sebab nk balas dendam kepada org kaya yg mencuri tu..'
maksudnya kita pun samalah dgn org tu..
tergolong dalam kategori pencuri jugalah...
jadi baik cari inisiatif yg lain..

ttg perokok2 plak..
aku rasa semua org tahu kenapa perokok merokok?
sebab diaorg suka asap..
dan korg tahu makhluk apa yg suka asap?
jin adalah makhluk pencinta asap sbb dia diciptakan dari api..
jd hilanglah sifat kemanusian dalam diri perokok..
yg ada cumalah sifat kejinan mereka..
kenapa?
sebab dorg dh tahu rokok bahaya..
tapi dorg ttp nak isap juga sampai bahayakan org lain..
aku xkisah sgt klu perokok tu nk merokok..
sebab dia tak minta duit aku langsung..
tapi masalahnya asap dia tu bahaya utk nyawa aku..
aku masih mahu hidup..
klu bau tu menyenangkan xpe..
tapi bau dia mmg xbleh blah..
aku bukan anti dgn org merokok..
jauh sekali membenci..
kawan aku pun ada hisap rokok..
mgkn sbb dorg dah ketagihan..
tapi xsalah klu dorg cuba perlahan2 tuk berhenti..
tmbh2 student lg..
dorg bknnya kerja..
habis duit ptptn minta duit mak ayah..


jadi fikir2kanlah..
aku pun tgh bermuhasabah diri..
apa kekurangan dan kelemahan aku..
setiap manusia mmg adanya kelemahan dan kekurangan..
cuma diri kita yg boleh mengubah diri kita..
dan kita jygalah perlu membantu kawan2 kita..
yg buntu mencari jalan keluar.,.

jangan biarkan dia terjatuh..
sebb kdg2 manusia ada yg xmampu berdiri sendirian..

Assalamualaikum..

Monday, October 11, 2010

Sorry, I love you!

Assalamualaikum..

Sebelum gua mula berbicara..
gua nak ingatkan ni bukan entri jiwang..
dan gua pun xtahu kenapa gua bahasakan diri gua mcm ni..
manusia xselalunya konsisten terutamanya gua..

Sebenarnya gua tulis entri kali ni..
sebab gua rasa gua dah lama pendam perkara ni..
gua rasa gua nak lepas semua..
sebelum gua mati sesak nafas..
mgkn lu org akan gelakkan gua bila baca entri ni..
gua xkisah..

gua ada org yg gua sayang..
tanpa dia gua xkn sesihat ini..
tanpa dia, lu org pasti xkn kenal gua..
gua gerenti sangat pasal ni..

sejak akhir2 ni..
gua rasa gua byk betul berdosa..
gua selalu rasa sakit hati dekat dia..
gua selalu xpuas hati dgn dia..
gua rasa dia layan gua xbetul..
kdg2 gua rasa marah pada dia..
dan gua pernah tinggikan suara pada dia..

gua rasa gua ni manusia xbersyukur..
gua ada dia..
tapi lu org ada yg xde..
gua selalu bantah kata2 dia..
sebab dia layan gua teruk..
gua pun kena layan dia teruk..
terukkan gua..
gua tak sedar masa tu siapa dia pada gua..
gua rasa normal gua ada dia..

sekarang..
dia sakit..
gua rasa sedih..
gua nak minta maaf..
tapi gua malu..
sebab gua xpernah buat perkara tu..
gua malu sgt2..
sebab dia xpernah ajar gua buat benda tu..
salah gua ke?
memang salah gua sebab..
bukan semua benda dia perlu ajar gua..
dia dah suruh gua belajar tinggi2..
suruh gua pikir sendiri..
tapi gua tetap xcerdik..
gua sampai sekarang malu nak minta maaf..

walaupun dia sakit..
dia selalu marahkan gua..
gua selalu cepat naik angin..
bila gua dah sejuk baru gua menyesal..
tapi gua xminta maaf pun..
sebab gua xboleh..
gua sendiri xtahu gua xboleh..

sekadar gmbr hiasan gua..

SORRY, I LOVE U..
kalau boleh gua nak cakap macam tu sgt2..
tapi mulut gua yg kecoh nipun macam kena mangga..
kenapa?
walaupun seteruk mana dia..
gua tetap sygkan dia..
sepenuh hati gua..
gua harap hari tu akan muncul jua..
gua nak rasa kehangatan pelukan dia..
gua nak rasa macam lu org rasa..
gua betul2 nak rasa..

gua tahu setiap manusia ada hidup masing2..
sebab tu kubur pun asing2..
jika gua rasa hidup gua teruk..
ada lagi manusia yg hidupnya lebih teruk dari gua..
jadi gua xboleh nak bandingkan hidup gua dgn lu org..
sebab tu gua jd blogger..
gua nak tahu tahu hidup lu org macam mana..

gua minta lu org doakan gua..
supaya hari yg gua nantikan akan tiba..
gua nak berbakti untuk dia...
biar gua kuat semangat..
biarpun macam mana layanan dia pada gua..
gua tahu dia sayang gua..
gua pun sayang dia sgt2..

SORRY, I LOVE U
gua tahu dia takkan baca blog gua..
tapi gua harap ada yg akan sampaikan pada dia..
gua betul2 berharap...

lu org rasa gua dpt x kejar cita2 gua untuk kegembiraan dia?

Assalamualaikum..

Cerita Seorang Sahabat 5

Assalamualaikum..

******

Dia masih lagi terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Dr. Syah sebentar tadi. sedari tadi dia hanya mampu mendiamkan diri. Am hanya mampu membisukan diri. Am pun tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Namun, walau apapun yg berlaku Am akan tetap berada disampingnya.

Multiple Myeloma. Itulah penyakit yang dihidapinya. Penyakit ini jarang berlaku. selalunya penyakit ini menyerang mereka yg lanjut usia. tapi ada 1% yang menyerang mereka yg berumur 30 tahun kebawah dan dia salah satunya.

Dia kecewa. Dia merasakan takdir untuknya tidak adil. Kenapa dia harus lalui semua ini?

Dia ponteng kelas. Mood untuk belajar telah hilang. Am, Faizal dan ery risau akannya. Selama ini dia tidak pernah ponteng kelas walaupun dia sakit sekalipun. Dia masih belum dapat menerima hakikat. Multiple Myeloma merupakan sejenis penyakit dalam kategori kanser atau lebih dekat dgn kanser darah. Sukar betul hatinya untuk menerima hakikat ini.

Nurul Iman ingin berjumpa dengannya. Dia nekad untuk memberi keputusan.

Nurul Iman terkedu dgn jawapan yg diberikan. Namun dia pasrah. Nurul Iman menyukainya kerana sikapnya yg tidak byk cakap dan selalu tersenyum membuatkan Nurul Iman jatuh hati. Dia tidak pernah bercakap perkara-perkara yg kotor atau mengarut sepertimana pelajar-pelajar lelaki yg lain. Walaupun perit Nurul Iman menerima ketentuan ini.

Aisyah datang berjumpa dengannya. Wanita itu semakin cantik tidak menggambarkan umurnya yg sebenar. Entah kenapa hatinya tiba-tiba tertarik dgn wanita itu. Wanita itu mengajaknya keluar makan bersama-sama. Dia menerima.

Semakin hari hubungan mereka berdua semakin rapat. Bagaikan pasangan kekasih. Berpegangan tangan sambil memeluk pinggan tanpa segan silu. Dia berasa bahagia bila bersama dgn Aishah. Dia lupa akan penyakitnya. Dia merasakan waktu untuk dia mendapat kebahagian sudah tiba.

Am yang melihat keakrabannya dengan aisyah mula berasa tidak sedap hati. Dia kerap ponteng kelas semata-mata untuk keluar dgn Aishah.
Suatu hari, Am cuba menasihatinya. Namun dia naik angin lalu memnumbuk muka Am.

*******
Bersambung...

Assalamualaikum..

Sunday, October 10, 2010

Site Visit!!

Assalamualaikum..

Hampir seminggu aku xupdate blog ni..
biasalah hari2 penting mula mendekati..

Pada hari khamis lepas..
kelas aku telah pergi site..
untuk subjek engineering material..
di UMP Pekan..

memang bertambah knowledge aku..
aku dpt tgk dan tanya sendiri..
dgn engineer2 kat situ..
byk kemusykilan aku selama ni terjawab..
lepas ni kena siapkan report plak..





nilah muka engineer-to-be...
satu hari nnt pasti kami majukan negara kita..
jadi doakanlah kejayaan kami..

kamu perasan tak?
Bila bangunan runtuh jer..
mesti org ckp siapalah engineer yg buat tu??
tapi..
bila Bangunan tersebut dh siap dan tersergam indah..
org mesti cakap.. arkitek mana yg buat tu??
mmg tu kenyataan..
tapi sebenarnya kedua2nya saling memerlukan..
jgnlah menidakkan hak2 engineer..
kecik hati kami...

hahahah..

Assalamualaikum..

Sunday, October 3, 2010

Pengkhianat

Assalamualaikum..

Lama xupdate.. Ingat nk update cerita seorg sahabat 5 tp skang pn update guna phone je.. Nk blogwalking pn ssh.. Mggu ni mmg pdt dgn test ditambah dgn soalan test yg melampau susahnya.. Tp aku rasa aku yg xphm sebenarnya.. Heheh..

Sem dpn aku xtau lg sama ada aku dpt duduk kolej atau luar. Pihak upk masih bermain teka teki dgn kami..

Td bru abis test. Alhamdulillah bleh jwb semua tp xtau r btul ke tdk. Sebelum test, aku ada bincang dgn kwn aku ttg kes meniru ni. Kwn aku kata yg mak saudara dia kata, klu blaja kt malaysia ni mmg kena meniru.. Lain r blaja kt oversea.. Tp apa2pn aku kurang skit bab2 meniru ni. Kdg2 aku panas gak ble org meniru ni, org lain study bgi nk rak tp dia relax je tiru org lain. Sblm nk meniru tu, cuba buat dlu betul2.. Mmg blaja ni ssh, tp klu kte berusaha skurg2nya kte puas.

Td sambil tgk cite korea dgn kwn aku, aku tanya dia. Kenapa org ni bleh ingat ttg subjek ni walaupn brthn dia dah tggl. Sdgkn kte sebulan tggl pn dh lupa?
Kawan aku relax je jwb, sbb dia belajar utk hidup. Bkn mcm kte, blaja utk exam..

Biarlh kte gagal utk kebaikan masa dpn walaupun aku takut utk gagal.. Jika seseorg 2 bleh brjaya, xmustahil kte jugak bleh berjaya. Apa guna markah tggi jika bkn dr usha kte sendiri.. Xda apa yg bleh dibanggakn.. Xtahu kenapa aku xsuka org meniru dlm exam, klu meniru perkara yg baik xpe.

Ok, abis bab tiru ni sbb semuanya brbalik pd diri sendiri.

Berbalik pd tajuk entri aku. Perkhianat. Korg prnh dikhianati?

Stlh semua kepercayaan diserahkn kepadanya dia mengkhianati.. Aku rasa aku blum prnh dikhianati tp kwn aku ada cerita yg dia dikhianati kwn serumahnya.. Kesian..
Betul kata org, kwn kena pilih gak walaupn kte xde hak nk pilih seseorg itu..
Argh! Kenapa pendapat aku sering berbeza dgn org lain..

Assalamualaikum..